PENYATUAN GERAK KERJA ISLAM
Mukadimah
“Sesungguhnya umat Islam adalah satu dan Aku Tuhan kamu, maka sembahlah Aku”
(Al Anbiya’ 21:92)
“Berpeganglah kamu pada tali Allah dan janganlah kamu berpecah belah…”
(Ali ‘Imran 3 :103)
“Hendaklah kamu berjemaah dan jauhkanlah dari perpecahan, sesungguhnya syaitan menjauhi jemaah dan mendekati orang perseorangan. Sesiapa yang inginkan syurga, hendaklah menyertai jemaah.”
(Sebahagian dari hadith riwayat Imam Tarmidzi dalam sunannya)
Penyatuan amal Islami sepatutnya adalah merupakan cita cita agung yang diharapkan oleh seluruh umat Islam walau di mana mereka berada terutama di tempat yang berlakunya fitnah perpecahan. Akan tetapi kebanyakan orang Islam menjadi serba salah kerana kini banyaknya Jamaah Islamiyyah yang wujud. Perkara ini mempengaruhi sikap serta cara mereka bertindak mengenai satu satu masalah. Lantaran itu timbullah tindak balas yang berbeza yang disertai dengan semangat fanatik jemaah!
Menurut Dr. Muhammad Abu Al Fath Al Bayanuniy dalam bukunya “Penyatuan Kerja Gerakan Islam :Di Antara Harapan Dan Kenyataan” yang lainnya bermaksud bahawa permasalahan yang dihadapai oleh pemuda masa kini sama dengan permasalahan pemuda pada zaman lampau yang menghadapai masalah perbezaan aliran fiqah dan madzhab. Mereka mempersoalkan mengapa boleh terjadinya banyak madzhab dan aliran fiqah sedangkan agama Islam, Al Quran dan Sunnah Nabi hanya satu?...suasana menjadi lebih buruk lagi bilamana muncul pengikut madzhab yang fanatik lantas mengecam dan menikam orang lain yang bukan dari madzhabnya.
Kesamaran seperti ini masih kekal di dalam fikrah umat Islam dan pendirian mereka sehingga Allah mentakdirkan lahir di kalangan umat ini orang yang mampu menerangkan hakikat perbezaan pandangan ilmiah dahulu atau sekarang serta menerangkan punca punca perselisihan pendapat dan mengelakkan cacian terhadap penganut madzhab lain dengan menyatakan pendirian yang sepatutnya dalam menanggapi masalah perbezaan ini.
Sekiranya timbul beberapa pandangan ilmiah dalam sesuatu masalah agama, ia merupakan masalah atau perkara biasa dan diakui oleh syarak berdasarkan hujah hujah tertentu. Oleh itu wujudnya pelbagai jemaah dalam medan Islam juga merupakan perkara biasa dan diakui oleh syarak, khususnya pada zaman mutakhir ini.
Reality Kewujudan Pelbagai Jemaah dan Faktornya.
Sekiranya dikaji sebab wujudnya pelbagai jemaah Islamiyyah dan memerhati tabiat kemunculannya, nescaya kita akan mendapati bahawa sebilangan besarnya adalah berpunca dari perbezaan manhaj dan cara bekerja para dai’e (pendakwah). Mereka memilih jalan yang difikirkan paling sesuai dan lebih dekat untuk mencapai matlamat , berpandukan nas nas Al quran dan al hadith dan membuat beberapa penyesuaian mengikut keperluan semasa.
Kita meyakini bahawa perbezaan ijtihad yang didasarkan kepada Al quran dan as sunnah samalah seperti perbezaan manhaj para nabi a.s dan syariat mereka dalam setengah perkara walaupun agama mereka agama yang sama. Allah berfirman:
“Katakanlah (wahai Muhammad), sesungguhnya aku telah ditunjukkan oleh tuhanku ke jalan yang lurus, iaitu agama yang benar, agama Ibrahim yang lurus.”
(Al An’am 6:161)
“Sesungguhnya aku telah meninggalkan agama kaum yang tidak beriman kepada Allah serta mengkufuri akhirat, dan aku akan mengikuti agama bapa bapaku Ibrahim, Ishak ,Yaakub…”
(Yusuf 12:37-38)
Kepelbagaian manhaj para nabi telah mempengaruhi cara berfikir para pendakwah pada hari ini. Hal ini telah mengajak mereka utk berijtihad berdasarkan pengalaman mereka terhadap Nas al quran dan as sunnah. Ijtihad ini sendiri mungkin menghasilkan natijah atau keputusan yang tepat dan mungkin tidak tepat. Jadi ianya mempunyai ruang untuk perbincangan dan kritikan!! . Bagaimanapun para mujtahid mendapat pahala hasil dari ijtihad mereka.
Perbandingan seperti ini pernah diterangkan oleh Imam Ibn Taymiyah : “Madzhab madzhab ulama’, jalan jalan cendekiawan dan pemimpin pemimpin politik, sekiranya nawaitu kerja mereka untuk mendapatkan keredhaan Allah, adalah sebahagian dari ibadat.
Oleh itu, janganlah kita sesekali mencerca atau menikam orang lain yang mempunyai fikrah atau jemaah yang berlainan.
”Janganlah kamu menganggap diri kamu lebih bersih, Allah lebih mengetahui siapakah di antara kamu yang lebih bertakwa.”
(An Najm 53:32)
“Hai orang2 beriman, janganlah kamu memperolok olokkan kaum yang lain kerana boleh jadi mereka yg di olok olokkan lebih baik dari mereka yang memperolok olokkan…”
(Al Hujurat 49 :11)
Faktor terjadinya perbezaan jemaah Islamiyyah.
1) Terdapat Nas Nas syarak yang sifatnya mengandungi lebih dari satu makna. Pemahaman terhadap nas nas dan sirah Rasulullah serta perjalanan hidup para sahabat berbeza antara seorang dengan yang lain yang akhirnya membawa kepada perbezaaan manhaj dan cara bekerja. Jika kita perhatikan perkara ini kita akan melihat bahawa Sirah Rasulullah dan Khulafa’ Ar Rasyidin memberi ruang yang lebih luas kepada perbincangan dan ijtihad berbanding dengan nas nas hukum syarak.
2) Hilangnya penyatuan politik dunia Islam yang mewakili khilafah Islamiyyah, yang menyatu padukan umat atau dengan kata kata lain hilangnya system khilafah sebagai satu kuasa politik yang bertanggungjawab dalam urusan pemerintahan dan penyelesaian masalah umat.
Dalam menerangkan perkara ini, Prof. Dr. Yusuf al Qardawi ada menyatakan dalam temuramah beliau dengan majalah al Islah yang dikeluarkan di
“Prof. semasa kita bercakap tentang kebangkitan Islam , timbulnya satu suasana yang perlu diberi perhatian iaitu masalah kewujudan pelbagai jemaah Islamiyyah yang beroperasi di
Beliau menjawab, “Kewujudan atau kemunculan jamaah Islamiyyah dengan pelbagai pendekatan pada hari ini adalah satu kemestian, akibat hilangnya satu tanggungjawab terbesar dalam Islam iaitu Khalifah Islamiyyah.”
Hari ini konsep baiah dan khalifah telah pun tiada akibat gugurnya Khalifah Islamiyyah. Oleh itu setiap jemaah Islamiyyah perlulah menyelaraskan kegiatan mereka antara satu sama lain.
3) Akibat wujudnya keinginan yang serius di kalangan pendakwah untuk menguasai sebanyak mungkin umat Islam supaya berada atau menyertai gerak kerja mereka. Usaha ini adalah untuk menyelamatkan umat Islam daripada diperalatkan oleh musuh2 umat Islam.
Satu hakikat yang tidak dapat nak dinafikan ialah umat Islam berasal dari pelbagai latar belakang juga dengan pelbagai pandangan dan ijtihad. Oleh sebab keadaan ini, maka amat sukarlah untuk menyatukan mereka dalam satu jemaah atau untuk meletakkan mereka di bawah satu pimpinana shj, terutama setelah hilangnya Jemaah Islamiyyah yang diakui oleh semua orang yang dipimpin oleh Muhammad s.a.w.
Dalam hal ini, Ustaz Abu Al A’la Al Maududi rahimullah, semasa beliau menerangkan perkara yang mendorongnya untuk menubuhkan Jamaat Islami mengatakan, “Saya telah mencuba, serta rakan2 saya yang sealiran selama 3 thn untuk menyatukan jamaah yang ada pada ketika itu supaya berada di bawah satu peraturan dan perancangan yang hampir memenuhi seluruh kehendak agama. Dukacita dinyatakan bahawa percubaan kami tidak berjaya. Tidak ada pilihan bagi kami selain dari mengumpulkan mereka dan menubuhkan Jamaat Islami. Hal ini berlaku pada tahun 1941 masihi. Faktor seperti inilah yang menyebabkan wujudnya pelbagai Jemaah Islamiyyah. Dan kenyataan seperti inilah memperkuatkan hujah bahawa kepelbagaian jamaah pada hari ini adalah merupakan satu keperluan semasa yang tidak dapat dielakkan.
Sikap sikap yang perlu ada dalam menanggapi hal ini.
1) Semua kumpulan dakwah hendaklah menerima konsep kepelbagaian jamaah Islamiyyah dan mengiktiraf jemaah lain sebagai satu jemaah dan bekerjasama dalam membanteras golongan yang melakukan kerosakan.
2) Menghormati di antara satu sama lain dan menjauhkan prasangka2 buruk terhadap golongan yang lain. Apalagi menuduh mereka dengan tuduhan yang liar yang menggambarkan kecetakan ilmu orang yang menuduh.
“Sangkaan yang baik itu adalah sebahagian daripada kesempurnaan ibadah”
(Riwayat Abu Dawud)
“Wahai orang yang beriman, hendaklah kamu menjauhi kebanyakan sangkaan itu, kerana setengah sangkaan itu adalah berdosa”
(Al Hujurat 49:12)
3) Setiap jamaah hendaklah mengiktiraf kelebihan serta kebaikan jemaah yang lain dan menghargai sumbangannya walaupun sedikit. Sesungguhnya orang yang mempunyai kelebihan shj akan mengakui kelebihan yang lain.
4) Membebaskan dari ashabiyah kepartian yang keterlaluan sehingga melahirkan kebencian dengan jemaah yang lain. Setiap kumpulan juga tidak seharusnya mendakwa bahawa kumpulannya lebih baik drpd yg lain dengan alasan mereka lebih lengkap, lebih tua dan lebih ramai jumlahnya.
”Janganlah kamu menganggap diri kamu lebih bersih, Allah lebih mengetahui siapakah di antara kamu yang lebih bertakwa.”
(An Najm 53:32)
5) Bekerjasama dalam hal hal yang disepakati dan bertolak ansur dalam hal2 yang diperselisihkan selagi terdapat keharusan ijtihad dalam masalah itu. Dalam konteks ini, Prof Dr Yusuf Al Qardawi menyebut “Kami mengetahui kaedah mahsyur ini yang telah dikemukakan oleh Syeikh Rasyid Rida dan diungkapkan oleh Hassan Al Banna iaitu, kita hendaklah bekerjasama dalam perkara perkara yang disepakati dan bertolak ansur dalam hal hal yang diperselisihkan.”
Dipetik dari terjemahan kitab “Penyatuan Kerja Gerakan Islam;Di Antara Kenyataan Dan Harapan oleh Dr Muhammad Abu Al Fath Al Bayanuniy.
8 comments:
“Berpeganglah kamu pada tali Allah dan janganlah kamu berpecah belah…”
(Ali ‘Imran 3 :103)
--------->Pentingnya kesatuan dan jangan senang2 sgt membawa kepada perpecahan atau ta'adud, selagi kita mampu utk mencapai kesatuan..
--------->Begitu senang itu berijtihad menyebabkan perpecahan berleluasa..elakkan selagi boleh..
“Hendaklah kamu berjemaah dan jauhkanlah dari perpecahan, sesungguhnya syaitan menjauhi jemaah dan mendekati orang perseorangan. Sesiapa yang inginkan syurga, hendaklah menyertai jemaah.”
(Sebahagian dari hadith riwayat Imam Tarmidzi dalam sunannya)
--------->Pentingnya kesatuan dan jangan senang2 sgt membawa kepada perpecahan atau ta'adud, selagi kita mampu utk mencapai kesatuan..
Kepelbagaian manhaj para nabi telah mempengaruhi cara berfikir para pendakwah pada hari ini. Hal ini telah mengajak mereka utk berijtihad berdasarkan pengalaman mereka terhadap Nas al quran dan as sunnah. Ijtihad ini sendiri mungkin menghasilkan natijah atau keputusan yang tepat dan mungkin tidak tepat. Jadi ianya mempunyai ruang untuk perbincangan dan kritikan!! . Bagaimanapun para mujtahid mendapat pahala hasil dari ijtihad mereka.
------->Menubuhkan satu jamaah lain memerlukan seorg Mujtahid. Utk menjadi seorg mujtahid utk mengeluarkan ijtihad dlm perkara2 sperti ini memerlukan kriterianya(Salah satu kriteria utk menjadi mujtahid tak silap ana boleh berbahasa Arab dgn fluent kerana 1st hand knowledge itu dalam bahasa Arab) . Bukan SEBARANGAN orang boleh mengeluarkan ijtihad..
------->Kita kena selidik latarbelakang (pendidikan dan sebagainya utk memastikan ketelusan dan kebenaran ijtihad mereka) seseorg itu sebelum menerima ijtihad mereka ini, tidak boleh terus bertaklid dgn pendapat2 mereka.
Penyatuan amal Islami sepatutnya adalah merupakan cita cita agung yang diharapkan oleh seluruh umat Islam walau di mana mereka berada terutama di tempat yang berlakunya fitnah perpecahan. Akan tetapi kebanyakan orang Islam menjadi serba salah kerana kini banyaknya Jamaah Islamiyyah yang wujud. Perkara ini mempengaruhi sikap serta cara mereka bertindak mengenai satu satu masalah. Lantaran itu timbullah tindak balas yang berbeza yang disertai dengan semangat fanatik jemaah!
--------->Jangan bersifat fanatik jamaah, ikutlah jamaah yg memperjuangkan Islam secara Syumul (Bukan dari sudut t'tentu spt Ekonomi dsbgnya mengikut waqi' kawasan..& utk berijtihad bukan calang2 org yg boleh berijtihad..), kalau ada kekurangan boleh dibaiki, mari sama2 baiki, bukan dengan semangat FANATIKL dan ikut-ikutan terus buat jamaah yg baru kerana Tanggungjawab membuat jmaah yg baru ini adalah besar dan bukan mudah.. Jangan bersikap terburu-buru..
Hari ini konsep baiah dan khalifah telah pun tiada akibat gugurnya Khalifah Islamiyyah. Oleh itu setiap jemaah Islamiyyah perlulah menyelaraskan kegiatan mereka antara satu sama lain.
-------->Mari selaraskan Kegiatan, jangan compete/bertanding kerana ini memburukkan lagi keadaan dan menyebabkan kita tidak focus kepada hal2 Umat Islam yg lain yg lebih Aula selain mencetuskan fitnah yg besar kepada Umat Islam dari kaca mata lain.
”Janganlah kamu menganggap diri kamu lebih bersih, Allah lebih mengetahui siapakah di antara kamu yang lebih bertakwa.”
(An Najm 53:32)
“Hai orang2 beriman, janganlah kamu memperolok olokkan kaum yang lain kerana boleh jadi mereka yg di olok olokkan lebih baik dari mereka yang memperolok olokkan…”
(Al Hujurat 49 :11)
------->Refleksi diri bersama.. Sama2 la kita bermuhasabah & bukan dengan emotional..kalau ada ijtihad (oleh org yg layak)/ pendapat/dalil2 yg Lebih Tepat daripada org yg Lebih Layak, mari sama2 kita belapang dada dan menerimanya & membuang sikap ego..
Wallahua'lam, Allah knows best..
Begini la akhi (or ukhti,huhu, tak tau la), ana dah cuba untuk tidak menjadikan blog ana nie tempat utk berdebat. Semua yang ana tulis ana faham maksudnya insyaAllah, jangan antum risau. Ada beberapa point yang antum kena tau :
1) Jemaah ini bukan jemaah baru seperti yang antum fikirkan, pemula dakwah di sini hanyalah wakil jemaah. Itu sahaja. Manhaj dakwah ditetapkan oleh masyaikh2 dakwah yang far superior than him. Dia hanya mengikutinya sahaja. Terkadang dalam membawa manhaj, dia tersilap. Wajar, dia bukan malaikat. Seperti yang antum katakan, makhluk pasti mempunyai kesilapan. Kami mengatakan “Usrah adalah wajib bagi setiap ahli, walaupun dia seorang mursyid”. Jadi sudah semestinya, dia memiliki usrahnya tersendiri, dan murabbinya pun mempunyai murabbi sendiri dan seterusnya. Begitulah jemaah kami.
2) Dan dalam mengambil fatwa, insyaallah kami memahami bahawa di dalam setiap hal ada ahlinya. Dan kami alhamdulillah tidak taasub dengan pendapat satu orang atau dua orang sahaja. Berkaitan dengan hal khilaf, cthnya meeting campur lelaki dan perempuan, ikut program yg ada ikhtilat dsb, hal itu sudah dibincangkan dan telah dipersetujui ianya adalah khilaf dan tidak akan dibahaskan lagi. Andaikata ada individu dikalangan kami yang menjadikannya sesuatu issue, maka itu adalah pendapat peribadi dan minta dilaporkan kepada kami dengan segera untuk diambil tindakan.
3) Sebelum dakwah di Malaysia ini bermula, wakil jemaah telah berjumpa dengan setiap pimpinan tertinggi jemaah jemaah lain menyatakan hasrat untuk dibuat perbaikan bersama tetapi tidak berhasil di atas beberapa sebab. (Terpulang mahu percaya atau tidak)
4) Dan artikel di atas adalah kupasan buku, bukan tulisan peribadi. Dan tujuannya adalah untuk refleksi semua pihak termasuk kami.
5) Blog ini dibuat bukan untuk mengecam mana mana pihak. Jika ada mana mana pihak yang tersinggung pada artikel ana, bolehlah ajukan pada ana, insyaAllah, jika benar, ana akan tarik balik serta merta.
Wallahu’alam.
p/s: kagum dengan respon antum yang begitu cepat. Tidak sampai sejam ana post, dah ada respon. Jazakkallah, ini menunjukkan antum begitu concern dengan masalah ummat dan dakwah. Semoga Allah menambahkan orang orang soleh dan muslih seperti antum di Malaysia ini.
Assalamualaikum, out of curiosity...n supaya kita dapat berhusnozon apa stand/pendapat antum membuat jamaah baru ni? mst ada sebab yg konkrit..
Mmg benar tak boleh elak dgn pelbagai pendapat & ijtihad(oleh org yg ahlinya & menepati ciri2 seorg mujtahid).. Tp kita tanya diri kita sejauh mana usaha yg kita telah buat utk bersatu-padu(disaat Umat Islam berpecah-belah & difitnah & menjadi lemah disebabkan perpecahan)? Sekuat mana dalil kita utk membuat jamaah yg lain?
Byk perkara yg perlu difikirkan..
Wa’alaikumsalam....
Setiap jemaah mempunyai cara pemikiran yang berbeza, melihat solution bagi satu permasalahan dengan sudut pandang yang berlainan dari jemaah yang lain. Di Malaysia terdapat berbagai jemaah, contoh PAS, ABIM,JIM,ISMA, Salafi, Hizbut Tahrir, dan banyak lagi, yang berdakwah secara terang terangan dan sembunyi sembunyi. Masing masing ada manhaj tersendiri, kekuatan tersendiri. Dan setiap ahlinya amat yakin dengan kebenaran perjuangan masing masing. Dan untuk membicarakan tentang perbezaan pendapat antara jemaah amat memerlukan iman yang tinggi, rasa mahabbah yg kuat, tidak berburuk sangka, penuh dengan rasa hormat pada pihak yang lain, meletakkan Islam di hadapan jemaah, dan hati yang sangat ikhlas. Dan ana merasakan ianya sangat sulit untuk dilaksanakan. Lebih baik membicarakan persamaan, insyaAllah akan membuahkan hasil yang lebih bermanfaat. Ana menyeru semua yang membaca untuk meninggalkan debat yang sia sia, yang tiada penghujungnya.
“Aku menjamin, akan mendapatkan sebuah rumah di surga bagian bawah, bagi orang yang meninggalkan perdebatan, walaupun ia benar, dan sebuah rumah di tengah-tengah surga, bagi orang meninggalkan perbuatan dusta, walau hanya bergurau, dan sebuah rumah di surga paling tinggi, bagi orang yang akhlaknya baik”. (HR Abu Dawud, At Thabrani, Al Baihaqi dll, dan dihasankan oleh Al Haitsami).
"Aku adalah pemimpin rumah di tengah surga bagi siapa saja yang meninggalkan perdebatan padahal ia dapat memenangkannya"(HR. Abu Daud.)
Bersangka baiklah wahai akhi, tidak mungkin bagi seorang yang beriman mahu melihat kehancuran ummahnya sendiri.
Tahniah kepada sahabat2 yang menjawab scr professional. Boleh jadikan rujukan ni untuk dalil. Imam Ass-syahid Hassan Al-Banna di dalam wasiatnya juga melarang kita daripada berdebat.
p/s: sampaikan salam ana pd zura n baby ye.. wassalam
Assalamu'alaikum WBT..
Ya akhi..mohon disalin dan ditampal di blog ana. Ramai dok tanya n suro gabung 1 jemaah je. Penat dah tulih artikel, depa soalan sama je. IA post ini leh membantu. Jzkk
Post a Comment