Hizb At Tahrir adalah sebuah parti politik Islam yang dakwahnya berpijak pada kewajiban mengembalikan Khalifah Islamiyyah dengan bertopangkan kepada fikrah (ideologi) sebagai method paling asas dalam perubahan. (rujuk Gerakan Keagamaan dan Pemikiran, Ishlahy Press, ms 88)
Sejarah Tertegaknya
Didirikan oleh Syeikh Taqiyuddin Nabhani (1909-1979 M) di Urdun ( bukan di
Prinsip dan Pemikiran
- Dalam soal akidah.
Hizbut Tahrir meletakkan akidah perlu bersandar pada akal fikiran (rasional). Dalam kitab Al Imam, Hizbut Tahrir berkata: Islam telah membangun akidah di atas akal sehingga dapat dicernakan dan diketahui, atau dari rujukan rujukan yang tetap menurut akal fikiran seperti Al Quran dan Hadith yang mutawattir. Dan Hizbut Tahrir sentiasa mengharamkan ahlinya untuk meyakini azab kubur dan munculnya Al Masihud Dajjal, sebab hadisnya merupakan dalil dalil dzanni. (Lihat “Ad Dakwah Islamiyah”, Dr Shadiq Amin, ms 118)
- Dalam pengamalan hukum Islam.
- Hizbut Tahrir tidak perlu berdakwah kepada amalan amalan solat, puasa atau hukum hukum lainnya, sebab menurut pandangan mereka itu adalah tanggungjawab pemerintah Islam sesudah berdirinya pemerintahan Islam. (Lihat “Mafahim Hizbut Tahrir” ms 62-65)
- Menidakkan amalan amar ma’aruf nahi munkar kerana anggapan mereka bertentangan dengan marhalah yang di bawa Rasulullah di Makkah.
- Dalam soal akhlak dan pengajaran.
Hizbut Tahrir menganggap tidak perlu membawa dakwah kepada akhlak mulia, yang dapat mengangkat darjat ummat yang berpendidikan dan berpengajaran. Hizbut Tahrir mengatakan: Jemaah tidak diperkenankan menjadi kelompok ruhiyah, kelompok ilmiah, kelompok pengajaran atau apa pun yang menyerupainya. Hizbut Tahrir adalah parti politik dan segala sesuatu dilihat dari sudut politik. Hizbut Tahrir mengkritik jemaah Islam yang mengarahkan manhaj dakwahnya kepada akhlak mulia. Islam tidak akan bangkit melalui akhlak mulia, tetapi mereka akan bangkit melalui akidah yang diyakininya, fikrah fikrah dan nidzam yang diterapkannya (Lihat “At Takattul al ‘hizbi, ms 18)
- Dalam soal fiqhiyah.
- Hizbut Tahrir membenarkan mencium wanita ajnabiyyah dan bersalaman dengannya.
- Boleh melihat gambar pornografi.
- Menjatuhkan hukuman 10 tahun kepada penzina yang telah melakukan zina dengan muhrimnya yang abadi (sumbang mahram).
Beberapa catatan.
1. Perhatian dakwah hanya tertumpu kepada aspek ideologis dan politis serta meremehkan aspek pendidikan dan keruhanian.
2. Anggota Hizb disibukkan dengan berbagai diskusi dan perdebatan dengan aliran aliran Islam yang lain.
3. Menempatkan ‘akal secara berlebihan dalam membina kepribadian dan bahkan dalam aspek akidah dan keyakinan.
4. Tergambar bahawa cita cita utama Hizb adalah merebut kekuasaan.
Hadallahu Waiyyakum Ajma'in.Wallahu'alam
4 comments:
BLOGNYA BAGUS ;-)
Asw. Insya Allah antum seorang yang ingin jd orang sholeh. Alangkah baiknya segala hal yang berkenaan dengan khobar di luar antum diklarifikasi dengan orangnya langsung, sehingga tidak menjadi fitnah. Insya Allah antum faham maksud ana.
Syukron katsir Akhi
* Hizbut Tahrir membenarkan mencium wanita ajnabiyyah dan bersalaman dengannya.
* Boleh melihat gambar pornografi.
* Menjatuhkan hukuman 10 tahun kepada penzina yang telah melakukan zina dengan muhrimnya yang abadi (sumbang mahram).
fitnah dah
Simak diskusi antara Hizbut Tahrir dan mantan Hizbut Tahrir, tentang Hizbut Tahrir dan da'wah khilafahnya di :
mantanht.wordpress.com
Semoga menambah wawasan kita bersama.
Post a Comment