Monday, November 08, 2010

Memahami Dakwah

Masyarakat Dakwah VS Organisasi Dakwah

1) Masyarakat dakwah ialah masyarakat yang melaksanakan amar ma'aruf nahi mungkar. Samada mereka bersama sama melakukannya atau masing masing melakukannya.

2) Masyarakat dakwah ialah masyarakat yang sentiasa membudayakan amalan nasihat menasihati sesama mereka dan juga menasihati pemimpin mereka.

3) Organisasi dakwah pula ialah sebuah organisasi yang tersusun, dengan matlamat yang sama dan manhaj yang sama. Mereka mesti bersama di dalam melaksanakan dakwah bersesuaian dengan manhaj yang disusun oleh qiyadah mereka.

4) Organisasi dakwah wajib menjadi pemacu kepada terwujudnya masyarakat dakwah. Tetapi harus di ingat, masyarakat dakwah itu bukanlah masyarakat yang terbentuk di dalam organisasi mereka, tetapi terbentuk dengan sinergi organisasi itu dengan masyarakat di sekeliling mereka.

5) Untuk lebih mendekati realiti, masyarakat dakwah hendaklah dipacu oleh organisasi organisasi dakwah yang bersinergi sesama mereka. Organisasi organisasi ini duduk semeja memikirkan perancangan dan strategi di dalam membentuk masyarakat dakwah tanpa mencampuri manhaj dan pegangan masing masing.

6) Ia adalah suatu perkara yang sukar tetapi tidak mustahil.


Cakupan Dakwah

1) Dakwah ialah menyampaikan seruan Islam kepada semua pihak. Tanpa kecuali.

2) Maka untuk melaksanakan tugasan itu, para pendakwah harus mengetahui bahawa dakwah itu mempunyai tiga cakupan.

3) Cakupan pertama ialah Dakwah Fardhiyah.Dakwah Fardhiyah adalah sebuah proses yang terfokus untuk membina qa'idah sulbah (kader inti) bermula dari proses recruitment, pembinaan diri dan pelaksanaan amal.Amal amal yang terkait di dalam Dakwah fardhiyah ialah ziarah/silaturrahim, halaqah mingguan, daurah tsaqafah, MABIT, Ijtimak Tarbawi Nasional dan pelbagai lagi program untuk memantapkan jatidiri pendakwah. Untuk lebih memudahkan kefahaman,Dakwah Fardhiyah ialah proses menjadikan seorang yang umum untuk menjadi 'ikhwah/at' dalam erti kata, menjadi seorang jundi yang melaksanakan manhaj yang sama dengan kita dan mentaati perintah qiyadahnya selagi tidak bermaksiat pada Allah.

4) Cakupan kedua adalah Tawassul Ijtima'i. Pada cakupan ini, pendakwah yang sudah ditempa dengan baik di cakupan Dakwah Fardhiyah, berdakwah kepada masyarakat yang berkait dengan diri dia. Seperti keluarga, jiran, rakan sekelas, rakan sekerja, organisasi surau dan masjid, organisasi masyarakat, rakan facebook dan apa sahaja yang berkait dengan diri dia. Pada cakupan ini, kita tidak menyasarkan individu/masyarakat yang kita dakwahi ini untuk mengikuti manhaj atau organisasi kita.Cukuplah mereka mampu berubah ke arah yang lebih baik dan seterusnya memahami dakwah kita dan memahami manhaj yang kita bawa. Kita menyasarkan mereka akan menjadi penyokong dakwah kita, bersama sama kita di dalam urusan kemaslahatan umum, memberikan harta dan tenaga mereka untuk membantu program program dakwah kita dan seterusnya menjadi pembela kita sekiranya kita difitnah pada masa mendatang.

5) Cakupan yang ketiga ialah Rabtul 'Am. Pada cakupan ini, dakwah kita lebih menjurus kepada masyarakat umum, mempengaruhi 'public opinion' dengan agenda perjuangan kita, atau menyasarkan masyarakat umum untuk bersama sama kita di dalam satu agenda nasional yang lebih besar. Amal yang terkait dengan cakupan ini ialah ceramah umum, penulisan di arus alternatif (blog) dan di arus perdana, demonstrasi di jalanan, dialog antara agama dan pelbagai lagi.Pada cakupan ini, kewujudan kader yang menjadi tokoh tokoh masyarakat sangat memberi kesan.

6) Bagi sebuah organisasi dakwah, semua cakupan dakwah itu dilakukan dengan serentak tetapi harus bijak di dalam membahagi peruntukan masa dan tenaga bagi sesebuah cakupan dakwah.

7) Bagi seseorang kader dakwah, cakupan dakwah yang wajib mereka kuasai adalah pada cakupan Tawassul Ijtima'i.

8) Walaupun kita sangat menginginkan setiap kader dakwah kita menguasai Dakwah Fardhiyah ataupun menjadi tokoh masyarakat, tetapi nyatanya ia bukanlah satu keinginan yang realiti. Hakikatnya tidak semua mampu membina kader yang sama hebat dengan dirinya, dan tidak semua kader ada kriteria untuk menjadi tokoh masyarakat.

9) Tetapi pasti ianya tidak menghalang setiap individu untuk meng'eksplor' kelebihan yang ada pada diri dan juga bantuan dan sokongan dari organisasi dakwah bagi membantu kadernya menguasai Dakwah Fardhiyah dan Rabtul 'Am.

10) Setelah memahami cakupan cakupan dakwah ini, insyaAllah setiap kader sentiasa ada ruang untuk menyumbangkan sesuatu bagi organisasi dakwah yang dia sertai. Sesungguhnya sebuah organisasi dakwah perlu mampu menampung pelbagai jenis manusia dan karekteristik mereka.

Wallahua'lam.

No comments: