Friday, July 02, 2010

Melayu Bersatu; Mungkinkah?

(artikel ini adalah respon kepada artikel INI, INI,INI dan INI.)

Melayu Bersatu; Mungkinkah?

1. Mungkin ramai yang tidak faham, apa sebenarnya kepentingan kesatuan Melayu dan kaitannya dengan Islam. Walaupun mungkin tidak tepat mengatakan kesatuan Melayu sama dengan kesatuan Islam, tetapi sekiranya Melayu bersatu, at least ada harapan Islam akan terpelihara, dan dapat ditinggikan.

2. Tun Dr Mahathir telah berkali kali mengulangkan perkara ini. Di semak kembali lipatan sejarah, diingatkan kembali tentang kuasa minority Melayu dan sebagainya. Semua pendapat beliau saya sokong. Cuma, mungkin apa yang tidak kelihatan ialah Melayu nak bersatu di mana?

3. Sebahagian kawan saya mengatakan, itu usaha Tun untuk mengembalikan sokongan kepada UMNO. Saya berpendapat tidak, Tun dengan jelas mengatakan 50% Melayu menyokong PAS. Manakala baki 50% dimiliki oleh UMNO dan PKR, yang mana UMNO lebih banyak. Logiknya, biarlah Melayu bersatu di tempat yang paling ramai penyokong Melayunya, iaitu PAS. Saya rasa ini pun bukan seruan Tun. Dan bagi saya, ini juga seruan yang tak praktikal.

4. Karpal Singh mengulangi pendirian dia bahawa sekiranya PR berkuasa, tidak mungkin negara ini akan menjadi negara Islam. ‘Langkah mayat dia dulu’. Tapi, Tuan Guru Nik Aziz memiliki kadar Husnu Zhan (berbaik sangka) yang sangat tinggi. Dia kata itu pendapat Karpal seorang sahaja, bukan DAP. Apa kata kita buat survey kepada bukan Islam, terutama penyokong DAP dan PKR yang bukan Islam, sekiranya PR landing di Putrajaya, mereka terima tak konsep negara Islam? Siapa betul, Karpal ke Tuan Guru? Anda rasa bagaimana?

5. PAS dah menunjukkan kecenderungan untuk meletakkan calon bukan Islam bertanding bagi tiket PAS. Saya tidak nampak logiknya. Adakah ia menepati maqasid syarak? Apa jaminan bukan Islam untuk wala’ dengan perjuangan PAS? Sekiranya PAS hendak menunjukkan kepada bukan Islam, bahawa PAS UNTUK SEMUA, ini bukan masanya. Ketika mana Melayu-Islam bergelut dalam survival politiknya, PAS mengeruhkan lagi keadaan.

6. UMNO dah terang terang rela meletakkan calon bukan Melayu bertanding di kawasan Melayu. Sekarang, PAS pula nak jadi macam tu. Pernah kawasan cina, MCA atau Gerakan bagi UMNO bertanding? Dulu UMNO mengalah kepada GERAKAN di Penang, sekarang GERAKAN dah terkubur di Penang. Kerusi BN semua UMNO, tetapi adakah GERAKAN nak bagi balik kuasa dekat UMNO? Jangan mimpi. Temasek menjadi Singapura, ada harapan ke jadi Temasek balik? Tak belajar ke wahai sahabat PAS?

7. Kalau PAS merujuk kepada PKS di Indonesia yang memberi peluang kepada bukan Islam untuk menjadi ahli, kena ingat, di Indonesia 90% umat Islam. Dan sekarang, kuasa politik di sana masih di tangan umat Islam. Sama ke keadaanya dengan Malaysia?

8. Sekiranya PAS dah berkuasa di Putrajaya, Tuan Guru Haji Hadi dah jadi PM, masa tu kalau PAS nak menunjukkan keterbukaan kepada bukan Islam, dah tidak menjadi masalah, bahkan dituntut. Tetapi, bukan sekarang. Sekarang, matlamatnya ialah memenuhkan Parlimen dengan Melayu-Islam.

Apa seruan kita?

1. UMNO, PAS, NGO Islam, NGO Melayu dan segala sendi keMelayuan yang lain, perlu duduk berbincang, bagi merancang agenda Melayu yang menjurus kepada kesatuan Melayu.

2. Orang Melayu kena sedar ancaman yang sedang dihadapi mereka. Nisbah pengundi Melayu baru yang berdaftar dengan pengundi bangsa lain ialah 1:40. Jika keadaan ini berterusan, tidak lama lagi Malaysia akan jadi Singapura.

3. PAS kena memikirkan sematang matangnya tahalluf siyasi mereka dengan PR. Adakah memang ia bermanfaat untuk Islam sekarang ini. Bagi saya tidak.

4. Paling baik, PAS dan UMNO dapat duduk bersama membentuk Kerajaan Perpaduan. PAS sudah memiliki ‘bargain power’ yang tinggi berbanding PAS yang dulu. Ada harapan yang tinggi PAS akan jadi ‘main player’ di dalam kerajaan Perpaduan dengan UMNO, melihat kepada sokongan Melayu yang besar kepadanya. Berbanding di dalam Pakatan Rakyat, PAS susah nak jadi ‘main player’nya. Tetapi saya tidak menafikan kelicikan UMNO. Dan saya juga yakin pimpinan PAS bijak bijak belaka.

5. Sekiranya UMNO dan PAS ‘ketegaq’ sangat, kuasa rakyat Melayu kuasa keramat. Tolong undi orang Melayu sahaja. Dengan itu, UMNO dengan PAS pikir panjang nak letak calon bukan Melayu di tempat Melayu.

6. Kepada ulama Sunnah yang masuk UMNO, tolong Islamkan UMNO dengan keIslaman yang benar. Sebab Tuan Guru Nik Aziz kata, PAS akan bubar sekiranya itu terjadi. Tetapi risikonya besar wahai ulama Sunnah sekalian. Imam al Ghazali masuk kedalam Ilmu Kalam untuk membasminya, akhirnya dia sendiri tidak dapat keluar dari pengaruhnya. Ambil iktibar.

Wallahu’alam.

No comments: