Bersama Zulkifli Sulung dan Mohd Sayuti Omar di pejabat ISMA Pusat.
1. Sebelah pagi kursus dikendalikan oleh Zulkifli Sulung. Beliau adalah Editor HarakahDaily. Sekiranya pembaca masih ingat, semasa debat di antara DSAI dan Shabery Chik, beliau adalah pembantu DSAI ketika itu.
2. Kami diajarkan asas asas penulisan rencana. Berbagai teori penulisan dikemukakan.Bahkan group kami di minta untuk menyelesaikan assignment, mengulas tentang tajuk Pilihan Raya Kerajaan Tempatan. Beliau meminta kami menelefon pakar pakar berkaitan dengan isu ini. Nyatanya saya tiada kenalan atau pakar untuk dirujuk di dalam isu ini.
3. Pilihan Raya Kerajaan Tempatan adalah sebuah bentuk pilihanraya untuk memilih Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Malaysia pernah mengamalkannya pada sekitar tahun 1950an kemudian memansuhkannya pada tahun 1960an.
4. Isu ini kembali timbul apabila kerajaan PR di P.Pinang menuntut untuk diadakan kembali pilihanraya kerajaan tempatan dan isu ini ditentang oleh kerajaan Pusat. Kerajaan PR di P.Pinang berhujah bahawa amalan pelantikan PBT sekarang ini dipenuhi dengan amalan kronisme, nepotisme dan korupsi sehingga mempengaruhi prestasi kerja PBT.
5. Manakala, sesetengah pihak di kalangan pejuang Melayu melihat ini adalah gerakan tersembunyi PR (Cina) di P.Pinang untuk menyingkirkan Melayu di situ berikutan majoriti penduduk yang mendiami kawasan bandar bukanlah orang Melayu. Apatah lagi, kita sedia maklum PBT di kawasan bandar ialah PBT yang boleh membuat duit.
6. Ketika Sdr Zulkifli Sulung meminta saya menyatakan pendirian, saya menjawab saya menyokong seruan kerajaan PR di P.Pinang untuk diadakan pilihanraya kerajaan tempatan tetapi dengan meletakkan beberapa syarat, yang mana syarat itu bertujuan menutup kerisauan orang melayu. Syarat syarat ini tidak dapat saya cadangkan kerana saya hanya melihat isu ini sepintas lalu tanpa mengkaji secara mendalam. Secara asasnya, mungkin yang perlu dikaji ialah undang undang atau bidang kuasa PBT, dan juga kuota kuota PBT mengikut kaum. InsyaAllah apabila selesai, saya akan menghantar kepada Sdr Zulkifli Sulung untuk semakan. Andai semakan sudah dilakukan, saya akan 'post' artikel itu di sini.
7. Sebelah petang kursus dikendalikan oleh Sdr Mohd Sayuti Omar. Beliau bertanggungjawab memberikan tips tips untuk menjadikan sebuah penulisan itu menarik.
8. Sangat mengejutkan saya apabila beliau menceritakan bahawa beliau menulis 3 (tiga) artikel sehari. Sesuatu yang bagi saya ketika ini, impossible untuk dipraktikkan. Beliau juga berkata, blog mestilah di update selewat lewatnya 3 hari sekali bagi mengelakkan pembaca (follower) bosan.
9. Penulis rencana harus menulis dengan jiwa. Jangan terikat dengan kaedah kaedah penulisan atau teori penulisan kerana ia akan merencatkan kelancaran penulisan kita. Bahkan, saat yang paling baik menulis adalah apabila emosi kita terganggu dengan sebarang isu, apatah lagi otak kita sedang padat dengan pelbagai hujah. Cuma sahaja, artikel yang ditulis dikala emosi sedang memuncak harus diteliti ulang agar kita tidak melampaui batas.
10. Bahkan, kita perlu menimbulkan polemik bagi menggalakkan pembaca kita berfikir. Pelbagai isu beliau kupas dan beliau turut menjelaskan approach yang beliau gunakan dalam struktur penulisan beliau bagi memenuhi tujuan penulisan beliau.
11. Kedua dua pengendali kursus menegaskan agar menggunakan bahasa yang mudah agar bacaan kita dapat difahami oleh masyarakat umum. Dan kedua dua menyatakan, penulis adalah pejuang!!
12. Dengan ini, saya berazam untuk mengupdate semua blog saya sekurang kurangnya 3 hari sekali. Saya juga akan menyiapkan berbagai artikel yang kemudiannya akan dihantar ke pelbagai media cetak bersesuaian dengan tajuk dan tujuan penulisan. Doakan saya.
Wallahualam.
5 comments:
owh. ada kursus penulisan? bila ni akh? best tul dapat ikut kursus2 camni.
ameen, mudah2an dapat capai target ;)
baru je.semalam,. post dibuat setelah habis dari kursus.
nak pos ke pelbagai media cetak,,macam menarik..macam mana nak buat?, ada syarat syarat ka?
huhu, sekarang link yang ada ke Harakah Daily dengan Siasah.
Yang lain tengah diusahakan.
antum buka je la mana mana media cetak yang sesuai, hantarkan artikel. Majalah I, Solosi, surat khabar etc.
MSO kata dia pernah hantar 40 puisi ke Dewan Sastera, tapi tak pernah tersiar.
Pointnya, don't give up sampai berjaya
Post a Comment