Scenario 1
Pada hari jumaat yang lepas, mimbar jumaat di Masjid An Nur UTP menyentuh isu murtad dan di dalamnya diselitkan satu pendedahan yang boleh saya sifatkan sebagai sangat berani dan memeranjatkan. Khatib yang bertugas, mengatakan bahawa beliau telah melakukan satu pertemuan dengan Sahibus Samahah Dato’ Seri Harussani Zakaria, Mufti Perak beserta dengan beberapa NGO Islam yang lainnya. Di dalam pertemuan itu, Mufti Perak mengesahkan akan diadakan satu acara pembaptisan orang Melayu di sebuah Gereja di Silibin yang akan disaksikan oleh Dato’ Azhar Mansor
Scenario 2
Saya mendapat satu sms yang lebih kurang berbunyi seperti begini dari sahabat saya:
“Sejumlah Melayu akan dibaptiskan oleh Dato AZHAR Mansor Ahad ini di gereja Silibin
Perkara ini tiada apa bezanya dengan apa yang didedahkan oleh Khatib dalam khutbahnya, cuma sahaja ada tambahan 600 pelajar dari Politeknik Ungku Omar (PuO). Maka dengan segeranya saya, mem’forward’
Scenario 3
Saya dikejutkan apabila diberitahu bahawa acara pembaptisan di gereja Silibin tidak melibatkan orang Melayu tetapi 110 kanak kanak
“IPOH 5 Nov. – Ketua Polis Perak, Datuk Abdul Aziz Bulat kesal dengan perbuatan tidak bertanggungjawab pihak yang menyebarkan khidmat pesanan ringkas (SMS) yang berbaur perkauman dan menyentuh sensitiviti agama.”
“IPOH 5 Nov. – Azham Mansor, abang sulung kepada pelayar solo negara, Datuk Azhar Mansor, hari ini menafikan adiknya itu sudah murtad dan tinggal di
Ahli perniagaan berusia 56 tahun itu menegaskan, Azhar masih beragama Islam dan kini tinggal di Langkawi kerana menguruskan perniagaannya di
Katanya, mesej Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dan e-mel yang tersebar luas mengatakan Azhar sudah menganut agama Kristian serta membaptiskan ramai pelajar adalah fitnah dan tidak benar sama sekali.
‘‘Saya sebagai abang Azhar mahu menjelaskan bahawa SMS itu menipu dan tidak benar sama sekali. Setahu saya adik saya bekerja keras menjalankan perniagaan di Langkawi.
‘‘Saya pasti dan tahu Azhar seorang Islam. Saya minta tolonglah jangan ganggu dia lagi, sejak semalam saya cuba hubungi dia tapi tak dapat,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini hari ini.”
Dari laman web PEMBELA, www.myislamnetwork.net/portal/
“PEMBELA ingin memaklumkan bahawa maklumat yang telah disebarkan secara berleluasa dalam sistem pesanan ringkas (SMS) baru-baru ini tidak dapat disahihkan kebenarannya.
PEMBELA memohon jasa baik semua pihak untuk tidak membuat apa-apa kesimpulan yang drastik dan melulu terutama berasaskan maklumat yang belum pasti. Sebarang makluman yang relevan dan penting untuk masyarakat akan dimaklumkan oleh pihak PEMBELA kelak.”
Dalam emel sahabat saya tersebut, beliau ada memberi nasihat bagi peng’forward’ sms itu supaya mengambil pelajaran dari ayat Allah dalam Surah Hujurat ayat ke 6 yang bermaksud:
“Hai orang yang beriman, apabila datang orang fasik membawa sesuatu berita maka TABAYYUNlah.. “ (Surah 49:6)
Apa sebenarnya yang berlaku??
Saya sebagai salah seorang yang terlibat dalam aktiviti mem’forward’
Saya juga tersentak apabila diberi tazkirah (tazkirah umum) untuk menghayati ayat 49 surah Hujurat (untuk teliti segala berita dari orang fasik) kerana ternyata menurut beliau, saya secara tidak langsung telah bersekongkol dalam menyebarkan fitnah ini .
Ketika mana saya mem’forward’
Maka apabila timbulnya isu bahawa sms itu palsu, maka dengan secara langsungnya kami di UTP boleh mengambil salah satu dari dua kesimpulan berikut:
1. Khatib menipu dan menyandarkannya pada Mufti Perak.
2. Khatib dan Mufti adalah penipu.
Maka perlulah bagi kita, untuk tidak membuat sebarang kesimpulan terhadap berita yang kita sendiri tidak pasti keshahihan dan kepalsuannya. Adapun apa yang diumumkan oleh laman web PEMBELA tidak pernah menyatakan kebenaran atau kepalsuan sms tersebut. Laman web PEMBELA hanya menyatakan bahawa sms tersebut tidak dapat dishahihkan kebenarannya. Atau dalam bahasa lain, pihak PEMBELA juga mengatakan sms tersebut tidak dapat dishahihkan kepalsuannya.
Setiap kesimpulan yang diambil mana mana pihak akan memberikan kesan buruk seperti yang berikut:
1. Andai ada pihak yang mengatakan sms itu palsu, maka Khatib tersebut dengan secara automatiknya akan dikatakan sebagai penipu. Segala usaha dakwahnya di UTP dan di mana mana akan menjadi sia sia dan masyarakat akan mula hilang tsiqah kepadanya. Mufti Perak tidaklah menerima natijah yang serupa kerana beliau tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi.
2. Andai ada pihak yang mengatakan sms itu benar, maka Dato’ Azhar Mansor dengan secara automatiknya di label sebagai murtad, seterusnya mengesahkan 600 org pelajar PuO turut murtad. Keadaan ini amat membimbangkan dan bakal mencetuskan polemic agama yang mungkin akan bertukar menjadi sesuatu keadaan yang sangat buruk.
Saya bukanlah mahu membela mana mana pihak atau pun diri sendiri. Saya sendiri tidak mengetahui yang manakah kebenaran? Adalah kesilapan bagi saya untuk terlibat dalam aktiviti mem’forward’
Berkaitan dengan isu ini, mari kita lihat kemungkinan kemungkinan tersebut:
1. Mungkin ketika pertemuan dengan Mufti, Khatib tersalah faham dengan statement Mufti.
2. Mungkin Mufti benar benar mengesahkannya, tetapi timbul juga kemungkinan bahawa mungkin Mufti mendapat maklumat yang tidak benar berkaitan dengan isu tersebut.
3. Mungkin Mufti tidak pernah mengesahkannya, Khatib sahaja yang mereka reka cerita untuk mendapat publisiti.
4. Mungkin saya yang tersalah dengar ketika khutbah, Khatib tidak pernah mengaitkan dengan Mufti, cuma saya sahaja pandai pandai tambah. (boleh check dengan member member yang dengar khutbah jumaat di UTP)
5. Mungkin isu ini benar, setelah mengetahui bahawa umat Islam akan berkumpul untuk membantah, maka pihak gereja menukar waktu atau menukar agenda.
6. Mungkin isu ini benar, tetapi pihak kerajaan tidak mahu berlaku polemic agama, maka menyembunyikan hal ini.
Tetapi, kebenarannya hanya akan dapat terungkai andai dua individu terpenting dalam isu ini dapat memberikan keterangan, iaitu Sahibus Samahah Mufti Perak Dato’ Seri Harussani Zakaria dan Dato’ Azhar Mansor. Kita sibuk untuk mencari kemungkinan kemungkinan yang berlaku, meneka neka siapakah yang bersalah tetapi kita lupa terhadap dua individu terpenting ini. Andai mereka mahu bersuara, dan suara mereka di’benar’
No comments:
Post a Comment