Wednesday, June 02, 2010

Blokade Gaza: Sejarah Pasti Berulang

Telah menjadi sebuah kefahaman, bahawa peristiwa di dunia ini berlaku seperti roda yang berputar. Sebuah kerajaan yang gemilang dek kerana kecekapan pengurusannya, pemimpin yang hebat dan sokongan rakyatnya, perlahan lahan akan melemah dek kerana harta kemewahan, pemberontakan, politik dalaman, ketiadaan bakat pimpinan. Dan akhirnya kerajaan ini roboh dan digantikan dengan kerajaan baru yang mengulangi kembali kehebatan kerajaan sebelumnya. Dan kerajaan baru akan mengalami sunnatullahnya sendiri, perlahan lahan dia akan melemah dan akhirnya akan digantikan lagi dengan kerajaan yang lain.

Umat Islam pernah menjadi sangat terhina ketika mana jatuhnya kerajaan Islam di Iraq pada tentera Monggol. Leher mereka diserahkan untuk disembelih tentera Monggol tanpa sebarang perlawanan, seolah olah binatang ternak yang redha terhadap nasibnya. Oleh kerana putaran alam, yang menjajah akhirnya menganut agama yang dijajah. Dan Islam kembali menyinar.

Dan putaran alam kembali berlaku. Umat Islam kembali terhina, pada 1924M, runtuhlah sistem Khalifah milik umat Islam dek kerana kelemahan umat Islam sendiri. Hingga sekarang, sesudah 86 tahun, kita masih gagal menebus maruah kita.

Tetapi, butakah mata kita? Tidakkah kita melihat percikan kebangkitaan Islam sudah meletus lama. Kebangkitan Islam di mana mana dengan berbagai rupa. Keadaan Islam sudah membaik berbeza di awal awal titik kejatuhan kita. Ertinya, putaran alam, kembali melakukan tugasnya.

Periode an-Nubuwwah (kenabian) akan berlangsung pada kalian dalam beberapa tahun, kemudian Allah mengangkatnya, setelah itu datang periode khilafatun ‘ala minhaj an-Nubuwwah (kekhalifahan atas manhaj kenabian), selama beberapa masa hingga Allah ta’aala mengangkatnya, kemudian datang periode mulkan aadhdhon (penguasa-penguasa yang menggigit) selama beberapa masa, selanjutnya datang periode mulkan jabbriyyan (penguasa-penguasa yang memaksakan kehendak) dalam beberapa masa hingga waktu yang ditentukan Allah ta’aala, setelah itu akan terulang kembali periode khilafatun ‘ala minhaj an-Nubuwwah. Kemudian Nabi Muhammad saw diam,”(HR Ahmad 17680).

Periode an-Nubuwwah = Zaman pemerintahan Nabi sehingga wafat
Khilafatun 'ala Minhaj an-Nubuwwah = Zaman Khalifah ar Rasyidin
Mulkan 'Aadhdhon = Khalifah Bani Umayyah sehingga Khalifah Turki Uthmaniyah
Mulkan Jabbriyyan = Dari 1924M (kejatuhan Khilafah) sehingga sekarang.

Dan Allah menjanjikan akan kembalinya Khilafatun 'ala Minhaj an Nubuwwah. Islam akan kembali kepada era kegemilangannya. Islam akan kembali menjadi syiar yang paling tinggi, menjadi solusi bagi segenap lapisan masyarakat. Janji Allah adalah benar.

Blokade Dunia Terhadap Gaza

Tidakkah kita melihat bahawa peristiwa ini berlaku seperti deja vu kepada umat Islam. Ingatkah kita kepada peristiwa boikot Quraisy terhadap Bani Hasyim yang mana semuanya adalah keturunan dan sahabat Baginda saw. Mereka hidup dalam kesengsaraan, kehinaan dan kepayahan. Sehingga terpaksa memakan kulit kulit kayu dan batu batuan untuk mengalas perut yang lapar.

As-Suhaili berkata: "Apabila suatu kafilah dagangan tiba di Mekah, para sahabat segera pergi ke pasar untuk membeli sedikit makanan untuk keluarga mereka. Lantas bangkitlah Abu Lahab dan berkata "Wahai para pedagang, naikkan harga barang kepada pengikut pengikut Muhammad. Agar mereka tidak dpat membeli apa apa daripada kamu. Kamu semua tahu tentang hartaku dan aku menepati janji. Aku jamin kamu tidak akan rugi."

Yunus pula meriwayatkan daripada Sa'ad bin Abi Waqqash ra bahawa beliau berkata " Aku keluar untuk membuang air kecil pada suatu malam. Semasa kencing, aku terdengar bunyi sesuatu di timpa air kencing. Aku pun ternampak sepotong kulit unta yang kering. Lalu aku mengambilnya dan membasuh kulit itu. Kemudian aku membakarnya dan hancurkannya dengan air. Dengan memakannya, aku bertahan selama 3 hari."

Dan keadaan ini berterusan selama 3 tahun yang suram (Dipetik dari Fiqh Sirah, Muhammad al Ghazali)

Akhirnya tibalah saat Allah menentukan saat pembebasan Bani Hasyim dari blokade Quraisy. Hisyam bin Amru dari Bani Amir bin Lu'ay secara sembunyi sembunyi sering membawa makanan kepada Bani Hasyim. Kemudian dia mendatangi Zuhair bin Abi Umayyah al Makhzumi dan berkata, " Zuhair, apakah kamu sanggup bersenang lenang makan dan minum, sementara kamu mengetahui bagaimana keadaan saudaramu sekarang ini (Bani Hasyim)?" Zuhair menjawab, "Apa yang boleh aku lakukan? Aku hanya seorang diri. Seandainya ada orang lain yang bersedia membantuku, naskah perjanjian (blokade) itu akan kurobek robek." Hisyam menyahut "Kamu telah mendapatkan seorang yang bersedia membantumu" Zuhair bertanya "Siapa dia?" Hisyam menjawab "Saya." Kemudian Zuhair berkata kepada Hisyam "Kita harus mencari orang ketiga"

Kemudian mereka menemui Muth'am bin Ady, dan Hisyam berbicara seperti yang dilakukannya kepada Zuhair dan Muth'am bersetuju. Kemudian mereka berjumpa Abul Bukhturi dan kemudia Zam'ah bin al Aswad. Kelima mereka berkumpul di Hujun dan bersepakat untuk membatalkan perjanjian blokade.

Keesokan harinya, mereka berangkat ke Kaabah dan melakukan tawaf. Setelaf tawaf, Zuhair menghadap ke khalayak dan berkata " Wahai penduduk Mekah, apakah kita bersenang-senang makan dan minum, sedangkan Bani Hasyim kita biarkan binasa, tidak melakukan jual beli? Demi Allah, saya tidak akan duduk sebelum merobek robek naskah pemboikotan yang zalim ini."

Abu Jahal yang berada di sisi berkata: " Kamu dusta. Jangan kau robek" Zam'ah menyanggah Abu Jahal, "Demi Allah, kamu yang berdusta. Kami tidak rela terhadap naskah ini ketika ditulis." Abul Bukhturi memperkuat ucapan Zam'ah, dan sesama mereka, mereka saling memperkuatkan satu sama yang lain.

Sementara itu, Abu Talib yang berada di sisi Kaabah datang kepada mereka, kerana Allah telah menunjukkan kepada RasulNya tentang perkara naskah perjanjian tersebut. Yakni, Allah telah mengirim anai-anai untuk memakan seluruh is perjanjian itu kecuali tulisan yang menyebutkan Allah Azza wa Jalla.

Berita itu Rasulullah sampaikan kepada kaumnya dan Abu Talib keluar menemui orang orang Quraisy dan mengabarkan kepada mereka bahawa anak saudaranya telah berkata begini dan begitu. Jika ia dusta, kami akan menyerahkan dia kepada kalian, dan jika benar, kalian harus menghentikan pemboikotan dan kezaliman terhadap kami. Mereka menjawab "Anda telah berlaku adil".

Setelah terjadi dialog antara orang orang Quraisy dan Abu Jahal, Muth'am bangkit menghampiri naskah perjanjian dan ia melihat seluruh isi kandungan perjanjian telah musnah dimakan anai-anai kecuali tulisan yang tertulis Bismikallahumma. Dengan itu, berakhirlah boikot terhadap Bani Hasyim. (Dipetik dari Ar Raheequl Makhtum, Syeikh Safiyurrahman al Mubarakfuri)

Sejarah akan berulang.

Sebelum ini, Freedom Flotilla, bantuan kemanusiaan untuk Gaza dan juga sebagai sebuah kempen untuk menghentikan blokade Israel kepada Gaza, telah diserang oleh Komando Tentera Israel yang mengakibatkan hampir 20 orang syahid dan mengakibatkan hampir 50 yang lain cedera.

Kempen yang disertai hampir 40 negara, dari Eropah, Arab dan Asia, dari pelbagai agama dan bangsa telah membuka mata dunia tentang hakikat kekejaman tentera Zionis Israel. Kecaman kecaman hebat mula menimpa Israel, Amerika Syarikat terpaksa berhati hati dalam menyatakan sokongan terhadap Israel kerana itu akan mempengaruhi pandangan dunia terhadap kepimpinan mereka, apatah lagi, janji Barrack Obama untuk mengubah polisi luar negaranya, akan meletakkannya pada satu posisi yang sulit.

Sejarah akan berulang. Gaza pasti akan dibebaskan. Allah telah mengaturkannya. Dunia sedang mengikuti perancangan Allah Yang Maha Sempurna.

Tetapi bukan sejarah ini sahaja yang akan berulang. Sejarah yang lain juga. Setelah ini, pasti peristiwa Hijrah yang besar akan berulang juga, meski dalam bentuknya tersendiri. Peristiwa Badar, Uhud, Khaibar akan berulang. Apatah lagi, peristiwa Fathul Mekkah, mungkin menjadi Fathul Palestin.Tentera Muhammad akan menundukkan Yahudi laknatullah 'alaih. "Khaibar khaibar Ya Yahud, Jaisyu Muhammad Saufa Ya'uud, Khaibar, Khaibar, wahai Yahudi, tentara Muhammad akan kembali"

Dari Abi Hurairah ra. bahwa Nabi SAW bersabda, "Tidak akan terjadi hari kiamat hingga kalian (muslimin) memerangi Yahudi, kemudian batu berkata dibelakang Yahudi, "Wahai muslim, inilah Yahudi di belakangku, bunuhlah!" (HR Bukhari dan Muslim dalam Shahih Jami' Ash-Shaghir no. 7414)

Tidak akan terjadi hari kiamat, hingga muslimin memerangi Yahudi. Orang-orang Islam membunuh Yahudi sampai Yahudi bersembunyi di balik batu dan pohon. Namun batu atau pohon berkata, "Wahai muslim, wahai hamba Allah, inilah Yahudi di belakangku, marilah dan bunuh saja. Kecuali pohon Gharqad (yang tidak demikian), karena termasuk pohon Yahudi." (HR Muslim dalam Shahih Jami' Ash-shaghir no. 7427)

Persoalannya, dimanakah kita?

Sesungguhnya, dari zaman kejatuhan Khalifah Islamiah Turki, sesuai peraturan alam, di dalam kebangkitan ini, ramai yang telah mengukir nama, menjadi sebahagian dari arkib sejarah. Menempa nama mereka di dalam peristiwa peristiwa penting kebangkitan Islam. Menyumbang harta dan jiwa mereka bagi menyelamatkan umat ini dari kehinaan. Sepanjang masa, nama nama ini akan terus terpahat di jiwa mereka yang rindukan kemenangan. Hasan al Banna, Syed Qutb, Abu 'Ala al Maududi, Syeikh Muhammad al Ghazali, Syeikh Zakaria dan Yusuf Kandahlawi, Syeikh Taqiuddin Nabhani dan berbagai lagi.

Di dunia kontemporer, perjuangan Islam tidak pernah surut. Seruan kebenaran akan selalu bergema. Cuma, dimanakah kita? Adakah kita golongan yang diseru itu? Atau kita adalah golongan yang menyeru?

Oleh itu, apa yang kita tunggu lagi. Mari menjadi sebahagian dari aturan Allah dalam membebaskan umat ini.

Ayuh berdakwah dan ber tarbiyah. Jom Halaqah!!

Abu Humaira
Mohd Sahrularifin Ab Manan
Ahli ISMA Cawangan Hulu Langat.

p/s:

BANTAHAN SEKATAN GAZA & SOKONGAN TERHADAP PENDIRIAN KERAJAAN TURKI akan dianjurkan oleh Aman Palestin, ISMA dan PEMBINA seperti berikut:

Tarikh: Jumaat, 4 Jun 2010
Masa : 11.00 pagi
Tempat: Di Depan Kedutaan Turki

8 comments:

Anonymous said...

dah jadi ahli isma DHL ya??? haha

Abu Humaira said...

Ya.

Borang dah lulus katanya.

Abu Humaira said...

Tapi, dari panjang berjela post ana,

yang antum nampak yang tu je...haishh..

adeq said...

ana pon nampak yang bawah tu je..menarik..

tahniah..moga lebih gencar..

dalam kita GIGIH beramal..ada satu sisi yan tidak boleh kita abaikan..

iaitu GIGIH menjaga niat di balik amal..

-ana punya bila la nak diluluskan-

Abu Humaira said...

Mengangkat bendera kebaikan, itu pesan Syeikh Muntalaq.

Cabaran yang paling utama ialah ikhlas.

Jzkk atas nasihat.

Anonymous said...

"Mengangkat bendera kebaikan, itu pesan Syeikh Muntalaq."

afwan kurang faham..mohon penjelasan untuk pencerahan..jzk..

Abu Humaira said...

Secara amnya, pesan Syeikh Muhammad Ahmad ar Rasyid (Syeikh Muntalaq) agar pendakwah mengangkat nama dan amalnya supaya boleh dilihat orang lain untuk diikuti.

InsyaAllah ana akan buat artikel berkaitan dengannya nanti.

Semoga Allah mempermudahkan

Anonymous said...

buat2..ana x faham sangat maksudnya..jzkk..