Monday, December 18, 2006

Menerapkan Al Hilm dalam diri.

Seorang ustaz pernah memberi taujih kepada saya berkaitan dengan Al Hilm. Selama ini saya memahami Al Hilm sebagai satu sikap santun, lemah lembut, dan segala sesuatu yang berkaitan dengannya. Nyatanya maksud sebenar di sebalik Al Hilm menurut ustaz tersebut adalah penguasaan sepenuhnya akal terhadap emosi, kesabaran di dalam menahan amarah.

Ustaz tersebut berkata bahawa sesungguhnya bersabar di dalam perang adalah syajaah (keberanian), bersabar di dalam berusaha adalah mujahadah (bersungguh sungguh) dan bersabar di dalam amarah adalah Al Hilm. Taujih ini diberikan kepada saya selepas kami sama sama membaca Al Mathurat selepas solat Subuh di dalam penghabisan Mabit (Malam Bina Iman dan Takwa) kami. Sebenarnya saya di dalam keadaan sedar tak sedar sahaja. Almaklumlah, sehari suntuk sibuk dengan aktiviti. Mata pun dah kuyu sahaja, antara masuk atau tidak taujih yang ustaz tersebut berikan. Tetapi alhamdulillah, gist dari taujih dari ustaz tersebut dapat saya tangkap.

Fenomena perlunya Al Hilm:

Kisah 1

Saya di minta untuk memberi taujih buat akhwat di Tanjung Malim seawal jam 8.00 pagi. Sedangkan perjalanan dari UTP ke Tanjung Malam (mengikut kadar kelajuan biasa) lebih kurang 2 jam. Bermakna saya perlu bertolak dari UTP selewat lewatnya jam 6.00 pagi. Saya mengajak bersama saya beberapa ikhwah yang di harapkan boleh menemani saya kerana liqa semalam yang habis lewat (mengantuk). Kami berjanji untuk bertolak selepas solat Subuh. Nyatanya terdapat seorang ikhwah yang tidak menepati janji. Tak henti henti saya cuba menghubungi hensetnya tapi tidak berhasil. Amarah saya sudah meninggi. Manakan tidak, tidak menepati janji bukanlah sifat seorang dai, tetapi sifat seorang munafik!!.

Saya hampir berputus asa.Tetapi tiba tiba henset saya berbunyi, si ikhwah memohon maaf, dia tertidur. Nak dijadikan cerita, kami bertolak lewat lebih kurang pukul 7 pagi. Saya terpaksa menelefon akhwat di sana memohon maaf berkali kali dan meminta untuk melambatkan waktu pengisian saya ke pukul 8.30 pagi. Di dalam hati saya penuh dengan sumpah seranah, ‘izzah saya telah tercemar dengan keterlambatan ikhwah tersebut. Saya berdoa moga moga saya sempat sampai sebelum pukul 8.30 pagi.

“Afwan akh, ana terlambat bangun.”

“Antum tak pasang alarm ke?” suara saya sudah mula meninggi.

“Pasang akh, tapi tak dengar. Ana letih sangat kot.”

“Kenapa?”

“Tak, semalam ana mesin rumput dekat banglo ikhwah, dah tinggi sangat rumputnya. Sengal sengal jugalah badan ana nie.” jelas beliau.

Memang saya akui, memotong rumput sangat melelahkan. Saya masih ingat ada seorang ikhwah yang demam sesudah memotong rumput di banglo tersebut. Saya secara peribadi tidak pernah mencuba untuk memesin rumput rumput di banglo, tetapi melalui pengalaman pengalaman ikhwah, saya memahami tugas memotong rumput memang melelahkan. Amarah saya mula menurun. Alhamdulillah, saya tak sempat melepaskan amarah saya tadi. Alangkah indahnya andai saya mampu bersangka baik terhadap beliau. Alangkah baiknya andai Al Hilm ada pada diri saya ketika itu. Akhirnya saya tiba ke lokasi jam 8.20 pagi setelah memecut kenderaan Kenari milik ikhwah yang lain dengan kadar 180 km/j. Alhamdulillah saya selamat sampai.

Kisah 2

Peristiwa ini sudah sangat lama berlalu. Seorang manusia telah menghantar email kepada saya, mengutuk saya. Saya jadi begitu emosi. Saya mula melakukan ‘tugas’ saya. Jari jemari saya memainkan peranan menulis bait bait kalimat yang ingin saya ungkapkan. Karangan itu dihasilkan dengan cepat, saya menulis dengan lancar. Mungkin kerana ia datang dari hati. Tetapi malangnya, ia datang dari hati yang beremosi. Tanpa berlengah lagi, saya pun menghantar balasan saya itu. Dalam hati saya terbit satu kepuasan yang tidak dapat nak digambarkan. Biar padan dengan muka dia. Tetapi tidak lama selepas itu, saya menerima kutukan balas. Adus, ini tidak boleh jadi. Maka jari jemari saya pun memainkan peranan kembali. Melakukan serangan balas, tetapi kali ini tiada reserve, all out. Saya melakukan serangan dari segala arah, dari kiri, dari kanan, dari depan dan dari belakang. “Heh, sekarang cuba nko balas lagi. Siap nko aku kerjakan” getus hati saya. Nyatanya memang dia membalas kembali, dan tanpa reserve, all out (saya fikir). Maka saya pun bersiap sedia untuk membalas kembali. Lalu, entah kenapa hati saya terlintas untuk melihat waktu. Nyatanya sudah hampir 3 jam masa berlalu sejak saya membalas kutukan tersebut. Terus saya delete kutukan kutukan saya. Dan terus tutup komputer. Dalam hati saya berkata, nasib baik aku tak hantar kutukan lagi, mau mau sampai esok tak habis. Lalu saya terfikir, apa manfaat yang saya peroleh. Erm, takde!. Kan dah membazir 3 jam. Jikalau saya ada Al Hilm ketika itu, kan saya dah menyelamatkan 3 jam saya.

Sama juga ketika ikhwah mula mula menjinakkan diri di dalam dunia pem’blog’an ini. Blog yang saya dan mereka kendalikan akhirnya terjebak di dalam kancah perdebatan berkaitan dengan jemaah. Saya alhamdulillah dengan sebaik mungkin cuba menjawab dengan cara yang terbaik yang tidak menyinggung mana mana pihak (tak tau hasilnya), tetapi malangnya terdapat segelintir ikhwah yang tidak senang duduk dengan perdebatan tersebut. Masing masing cuba untuk melihatkan kebenaran sendiri. Perdebatan yang atas dasar syok sendiri pasti akan melibatkan emosi dan itu nyata sekali akan memberi dampak yang negatif bagi ukhuwah islamiyyah. Setiap jawaban di jawab dengan pantas tanpa perlu membaca semula soalan. Dan jawaban itu tidak pernah di bacaulang untuk melihat jenis tulisan yang mereka tuliskan, adakah ia bersikap rasional atau lebih kepada emosional. Tulisan yang emosional biasanya akan membawa kepada perpanjangan debat yang menghiris jiwa yang membacanya. Manakala tulisan yang rasional akan memberi kepuasan bagi si penanya dan menutup peluang syaitan untuk mengobarkan api permusuhan. Jadi pesan saya buat ikhwan dan akhwat sekalian, jauhkanlah diri dari perdebatan, dan andai mahu juga memberi penjelasan, maka letakkanlah Al Hilm dalam dirimu. Insyaallah, tulisanmu akan menjadi tulisan yang bererti.

Idle time....

Lama x update blog, bukan apa. Saya dalam mode 'idle'. Berehat sebentar, lagi pun UTP tengah cuti semester. Cuti semester=cuti update blog :), lagipun aktiviti saya dah menggila. Takde masa rasanya nak menghadap computer. Sekarang nie alhamdulillah ada sedikit masa nak update. Ok lah, semoga Allah terus memberi saya keberkahan waktu supaya sempurna semua aktiviti yang dirancangkan sambil saya mampu meng'update' blog ini. Amiin.

Monday, December 04, 2006

If I had My Child to Raise Over Again

“If I had My Child to Raise Over Again”
By Diane Lemons
(From Chicken Soup for the Soul)

If I had my child to raise all over again :
I’d build self-esteem first, and the house later.
I’d finger-paint more, and point the finger less.
I would do less correcting and more connecting.
I’d take my eyes off my watch, and watch with my eyes.

I would care to know less and know to care more.
I’d take more hikes and fly more kites.
I’d stop playing serious and seriously play.
I would run through more fields & gaze at more stars.

Tuesday, November 28, 2006

Kupasan Buku: EMPAYAR MINDA MUSLIM

BEDAH BUKU

EMPAYAR MINDA MUSLIM

Modul Tarbiah Asas Alaf Ketiga

credit to: http://pakare22.googlepages.com/download

Judul: EMPAYAR MINDA MUSLIM

Modul Tarbiah Asas Alaf Ketiga

Penulis: Dr. Danial Zainal Abidin

Penerbit: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd., Pahang.

Cetakan: Kedua, 2004

Bilangan muka: 294

APA ITU ISLAM?

PRINSIP-PRINSIP ISLAM

  1. Rabbaniyah (Bersifat ketuhanan) 45:20, 4:59, 20:123-124

+ Rabbaniyah = Allah yang Maha Pentadbir lagi Maha Penentu.

+ Islam didatangkan oleh Allah, segala dasar dan prinsip ditentukan Allah.

+ Sumber rujukan = Al-Quran, as-Sunnah, dll.

  1. Syumuliah (Komprehensif) 5:3, 2:208, 2:42, 2:85

+ Hasan Al-Banna: “Ajaran Islam mencakupi kesemua bidang kehidupan. Islam adalah Negara dan watan, atau pemerintah dan umat. Islam adalah akhlak dan kekuatan, atau rahmat dan keadilan. Islam adalah pengetahuan dan undang-undang, atau ilmu dan kehakiman. Islam menekankan aspek kebendaan dan harta, atau usaha dan kekayaan. Islam juga mementingkan jihad dan dakwah, atau ketenteraan dan fikrah. Islam adalah akidah yang benar dan ibadah yang sah.”

  1. Universal (Ke seluruh alam) 21:107, 34:28

+ “…..dikurniakan kepadaku syafaat dan setiap Nabi diutus kepada kaumnya yang khusus sedangkan aku diutuskan kepada manusia sejagat.” (HR Bukhari dan Muslim)

  1. Menentang jahiliyah 5:50, 3:154

+ ‘Jahiliyah’ berasal daripada kalimat Arab ‘jahala’ (jahil).

+ Said Hawwa: “Zaman jahiliyah adalah suatu keadaan yang berlaku apabila hukum hakam dan syariat ditentukan mengikut hawa nafsu manusia terpisah daripada minhaj atau kaedah dan syariay ditentukan Allah.”

+ Darwinisme – Kesemua makhluk yang hidup sama ada manusia ataupun haiwan berasal daripada keturunan yang sama. Penentu dalam proses evolusi ialah ‘natural selection’ (kuasa semulajadi).

+ Machiavellianisme – Perangai yang cenderung melakukan tipu daya dan putar belit demi mencapai cita-cita dan kehendak peribadi.

+ Tabarrujul jahiliyah – Kaum wanita berjalan di hadapan lelaki dengan gaya yang mengghairahkan. 33:33

  1. Menentang khurafat dan tahyul 2:170

+ Khurafat & tahyul = Kepercayaan sesat yang tidak bersandarkan Al-Quran dan As-Sunnah serta tidak dapat diterima oleh akal yang waras.

+ Contoh; pemujaan keramat, bulan Safar sebagai bulan bala, kucing hitam petanda buruk, dan nombor 13 membawa sial.

  1. Mengutamakan akhirat tanpa mengabaikan dunia 3:185, 28:77, 29:64, 87:17

+ “Jadilah kamu di dunia seperti seorang pengembara atau seorang yang sedang melalui satu jalan.” (HR Bukhari)

+ Dunia adalah tempat semaian benih dan akhirat adalah tempat tuaian hasil.

  1. Mengutamakan akal dan ilmu 96:1, 2:31, 27:38-40, 3:79, 3:190, 9:122, 8:60

+ Ulul albab = Golongan yang berakal

+ “Menuntut ilmu adalah suatu perkara yang diwajibkan ke atas setiap muslim.” (HR Ibn Majah)

+ Khalifah Umar bin Abdul Aziz: “Sesiapa yang melakukan sesuatu tanpa ilmu, dia akan mendatangkan lebih banyak kerosakan daripada kebaikan.”

  1. Mudah dan sederhana 7:157, 5:87

+ “Islam itu mudah dan tidaklah seseorang mempersusahnya melainkan dia akan dikalahkan oleh agama.” (HR Bukhari)

+ “Sesungguhnya kamu diutuskan bagi memudahkan dan kamu tidak diutus untuk menyusahkan…” (HR Bukhari, Abu Daud, Tirmizi, Ahmad)

+ “Sesungguhnya Tuhanmu ada hak ke atasmu, dirimu ada hak ke atasmu dan ahli keluargamu ada hak ke atasmu. Berikan setiap yang berhak ini haknya. (Kata-kata Salman al-Farisi ra kepada Abu Dardak) (HR Bukhari)

FAKTOR YANG MELONJAKKAN UMAT KEPADA KEUNGGULAN

  1. Penghayatan syahadatain melahirkan umat yang bermisi. 12:40
  2. Ibadah melahirkan pengurus masa yang baik. 23:1-3, 103:1-3
  3. Ibadah melahirkan insan efisien lagi efektif. 23:1-2, 29:45, 2:197
  4. Ibadah melonjakkan akal dan ilmu.
  5. Ibadah melahirkan tokoh yang terang hatinya. 107:4-6
  6. Ibadah merangsang pengukuhan ekonomi.
  7. Ibadah melonjakkan ISO kualiti. 67:2, 23:1-2, 2:267
  8. Ibadah melahirkan umat yang sihat. 13:28, 25:47
  9. Ibadah melahirkan umat yang tahu keutamaan.
  10. Ibadah mendekatkan manusia kepada alam. 21:30
  11. Ibadah melahirkan pemimpin-pemimpin masyarakat.
  12. Ibadah melonjakkan globalisasi akidah dan takwa.

IMAN

Iman = (Bahasa) Membenarkan sesuatu di hati

Iman = (Iktikad Ahli Sunnah Wal Jamaah) Keyakinan yang mantap di hati disusuli dengan manifestasi melalui perkataan dan amalan dalam kehidupan.

GOLONGAN AHLI SUNNAH WAL JAMAAH

Ahlu Sunnah Wal Jamaah:

Sahabat-sahabat Nabi SAW dan mereka yang mengikut minhaj serta landasan para sahabat Nabi SAW daripada kalangan tabi’in, ahli hadis serta ulama fekah, daripada generasi dahulu hingga generasi kini..

Ciri-ciri golongan Ahlu Sunnah Wal Jamaah:

  1. Mengikut landasan al-Quran dan as-Sunnah.
  2. Taat kepada kebenaran, bukan kepada bangsa dan negara.
  3. Iktiraf dan berlapang dada terhadap perbezaan pendapat di sudut fekah.
  4. Yakin al-Quran adalah Kalam Allah yang qadim, bukannya makhluk.
  5. Yakin Allah tidak boleh dilihat di dunia. Di akhirat, orang beriman boleh melihat Allah.
  6. Yakin iman ada perkara pokok dan cabang. Kemaksiatan seseorang tanpa menjejaskan perkara pokok tidak menyebabkan seseorang menjadi murtad
  7. Mencintai Allah, Nabi SAW, ahlul bait, isteri-isteri Nabi SAW serta para sahabat Nabi SAW tanpa meyakini adanya kemaksuman kepada sesiapa kecuali Nabi SAW.
  8. Mencintai orang soleh dan para wali Allah. Yakin bahawa golongan ini tidak dapat memberi sebarang kemudaratan atau kemanfaatan kepada manusia.
  9. Berjihad mencegah kemungkaran dan menegakkan kebenaran.
  10. Yakin keramat dan kejadian yang luar biasa yang harus berlaku pada para aulia dengan izin Allah.

AJARAN SESAT

  1. Khawarij

+ Lahir selepas kematian Uthman bin Affan.

+ Ketika berlaku persengketaan antara Saidina Ali dan Muawiyah, mereka menarik balik sokongan kepada Ali dan berkampung di Harura’.

+ Mengagungkan al-Quran tetapi keluar daripada as-Sunnah dan al-Jamaah.

+ Mengkafirkan setiap mukmin yang berdosa, Uthman, Ali dan para pengikut mereka.

  1. Syiah

+ Lahir selepas kematian Uthman bin Affan.

+ Pengasas = Abdullah bin Saba’ (Seorang Yahudi yang memeluk Islam).

+ Abdullah bin Saba’ menyemarakkan kefahaman di kalangan umat Islam bahawa Nabi mewasiatkan kepimpinan kepada Ali dan Ali adalah sahabat yang paling layak menjadi khalifah.

+ Penentang ajaran ini dianggap kafir.

+ Syiah Rafidah

@ Paling ekstrem.

@ Beriman dengan konsep imamah (kepimpinan Ali), ‘ismah (kemaksuman Ali), nubuwwah (kenabian Ali) dan ilahiyah (ketuhanan Ali).

@ Tuduh golongan Ansar dan Muhajirin menyembunyikan nas-nas qat’ie tentang kepimpinan dan kemaksuman Ali.

@ Semua sahabat kecuali beberapa orang adalah kafir.

+ Syiah as-Sabbah

@ Suka mencaci para sahabat Nabi SAW

@ Terpengaruh dengan Abdullah bin Saba’ yang sering mencela Abu Bakar, Omar, Uthman dll.

  1. Murjiah

+ Tidak wajib melaksanakan beberapa tuntutan syariat.

+ Tidak perlu menjauhi segala perkara yang haram.

+ Amalan tidak termasuk dalam persoalan iman.

  1. Qadariah

+ Dua golongan; al-Qadariah an-Nufat (Muktazilah) dan al-Qadariah al-Mujbirah (Jahmiah).

+ Muktazilah

@ Mengingkari takdir.

@ Yakin Allah tidak mencipta perbuatan para hamba-Nya, tidak tahu siapa yang akan melakukan taat dan maksiat.

@ Menafikan Kudrat, Iradat dan Ilmu-Nya.

@ Konsep pegangan ialah ‘manzilatun bainal manzilatain’ (satu kedudukan atau keadaan antara dua kedudukan).

+ Jahmiah / Batiniah

@ Menafikan sifat-sifat Allah dan anggap iman hanyalah pembenaran di hati sekalipun tidak dilahirkan melalui ucapan lisan.

@ Manusia tiada sebarang perbuatan dan kudrat.

@ Yakin buruk dan baik adalah sama, perintah dan larangan-Nya adalah sama, dan tiada beza antara tauhid dan syirik serta halal dan haram.

@ Menolak syariat dan nubuwwah.

  1. Bahai

+ Yakin Mirza Ali Muhammad sebagai Rasul dan kitab suci mereka, al-Bayan memansuhkan kitab al-Quran.

+ Cuba menyatukan ajaran Yahudi, Nasrani dan Islam dengan alas an semua agama itu dating daripada Tuhan.

+ Sembahyang 9 kali sehari semalam.

+ Puasa Ramadhan digantikan dengan puasa 19 hari pada musim bunga.

  1. Qadiani

+ Pengasas: Mirza Ghulam Ahmad dari Qadian.

+ Yakin pengasasnya sebagai Nabi, Rasul, Nabi Isa, al-Mahdi.

+ Jihad tidal wajib dan ibadah haji diubah dari Mekah ke Qadian.

  1. Anti Hadis

+ Sebahagian tokoh Islam terpengaruh dengan tulisan orientalis Barat seperti Goldzieher.

+ Mengutuk Imam Zuhri dan menganggap beliau membuat hadis palsu.

+ Pertikai kebenaran beberapa para sahabat Nabi SAW dan mempersoalkan kebenaran hadis.

+ Dr Rashad Khalifa

@ Pengembang ajaran anti hadis di Amerika.

@ Lahir di Mesir.

@ Bapanya adalah ketua satu kumpulan tarekat di Mesir.

@ Mengatakan hadis dan sunnah adalah omongan iblis.

@ Menjadi imam di masjid Tucson dan pernah dakwa dirinya jadi Nabi.

@ Mati dibunuh pada 1990.

+ Dr Kassim Ahmad

@ Pengasas anti hadis Malaysia.

@ Dibantu Othman Ali.

@ Cuba menubuhkan Jemaah Al-Quran Malaysia tetapi ditolak pendaftaran.

@ Difatwakan haram pada 6/9/1995.

MENGENALI ALLAH

1. Manusia boleh mengenali Allah melalui 3 cara; mengenali sifat-Nya, mengenali Asma al-Husna-Nya dan mengenali af’al-Nya.

2. Sifat-sifat Allah termasuklah Wujud, Qidam (sedia ada), Baqa (kekal), Mukhalafatuhu lil hawadith (tidak menyerupai yang baru), Qiyamuhu binafsihi (berdiri dengan sendiri), Wahdaniyah (esa), Qudrat (maha berkuasa), Iradat (berkehendak), ‘ilmun (maha mengetahui), Hayyun (hidup), Samak (maha mendengar), Basar (maha melihat), Kalam (maha berkata-kata).

3. Asma al-Husna 59:22-24, 17:110

4. Af’al Allah 21:31, 23:115, 87:1-5

+ Kekuasaan Allah bagi mewujudkan dan mencipta segala sesuatu.

+ Umat Islam yakin bahawa Allah tidak menjadikan sesuatu itu sia-sia.

BUKTI KECINTAAN TERHADAP ALLAH

  1. Tidak melakukan syirik. 4:11, 2:22
  2. Keikhlasan. 18:110
  3. Tidak mudah terpedaya dengan tipu daya dunia. 9:24
  4. Berjihad di jalan Allah dan mencintai mati syahid. 61:4
  5. Mengutamakan perkara yang dicintai Allah serta mengetepikan hawa nafsu dan kehendak peribadi.
  6. Mencintai al-Quran dan as-Sunnah.

BUKTI KEBENARAN AL-QURAN

  1. Kaum Thamud 26:149

+ Kesan peninggalan sejarah yang berkaitan dengan kaum Thamud berbentuk bangunan-bangunan yang dipahat di gunung ganang ditemui di Lembah Rom, Jordan.

  1. Peristiwa banjir besar Nabi Nuh as

+ Leonard Woolley dan rakan-rakan dari Muzium Britain dan Universiti Pennsylvania melakukan penyelidikan dari tahun 1922-1934 sehingga akhirnya mereka menemui bukti jelas yang menunjukkan banjir Nabi Nuh as berlaku di Lembah Mesopotamia di Iraq.

  1. Kehancuran kaum Nabi Lut as di Sodom 11:82

+ Azab yang menyebabkan negeri kaum Lut dibalikkan selari dengan kejadian gempa bumi dan azab berbentuk hujan batu tanah yang terbakar pula selari dengan kejadian letusan gunung berapi.

+ Ketika mengkaji kesan kehancuran di kawasan Laut Mati, pakar arkeologi Jerman, Werner Keller, mengesahkan kejadian kedua-dua bala ini.

  1. Ashabul Kahfi 18:8-26

+ Dalam Tafsir Al-Azhar oleh Hamka disebutkan: “Seorang tokoh orientalis Perancis membuat kajian berhubung gua di Bulaqaak, Oman pada 1868. Jabatan Purbakala Jordan memulakan kerja penggalian gua di Bulaqaak pada 1962. Di dalamnya terdapat tulisan-tulisan huruf Byzantium dan ini selari dengan pandangan yang mengatakan mereka hidup di zaman Byzantium. 6 peti mati yang dipenuhi tulang dan tengkorak serta dua kuburan ditemui dan ini selari dengan pendapat ramai ahli tafsir yang mengatakan jumlah mereka adalah 7 orang dan seekor anjing. Di atas gua ditemui sebuah tempat ibadah dan ini selari dengan Surah al-Kahfi ayat 21. Apabila matahari terbit, cahayanya tidak memancar terik ke dalam gua dan ini selari dengan Surah al-Kahfi.

  1. Tembok Zulkarnain

+ Hamka menyebutkan dalam Tafsir Al-Azhar: “Imam Ibn Kathir meriwayatkan, khalifah al-Wathiq daripada Bani Abbas pernah menghantar satu ekspedisi mencari tembok ini. Selepas dua tahun mereka pun kembali melaporkan tembok itu sudah ditemui. Syed Qutb dalam Tafsir Fi Zilal mengatakan tembok itu terdapat di kota Tarmiz, Asia Tengah.

  1. Kemenangan Rom ke atas Parsi 30:1-4

+ Pada peringkat awal, Parsi berjaya mengalahkan Rom. Pemerintah Parsi, Maharaja Khosrau II memulakan serangan besar-besaran ke atas Rom pada tahun 602M. Tahun 613M Damascus ditawan diikuti dengan Jerusalem (Baitul Maqdis) pada tahun 614M. Inilah yang dimaksudkan dengan kejatuhan bumi terdekat dengan Mekah.

+ Namun, Allah menjelaskan, dalam jangka masa yang singkat (bidh’a sinin), Rom akan kembali menang. Bermula tahun 622M Maharaja Heraclius (pemerintah Rom) berjaya mengusir tentera Parsi keluar dari bumi jajahan mereka secara berperingkat-peringkat.

+ Bidh’a sinin = beberapa tahun.

= tujuh tahun.

= 3-9 tahun.

  1. Pembukaan kota Mekah (Fathu Mekah) 48:27

+ Pada tahun ke-6 Hijrah, Nabi SAW bermimpi umat Islam akan memasuki kota Mekah dan beribadah dengan aman. Persiapan dilakukan untuk melakukan umrah tahun itu. Pada bulan Zulkaedah, tahun ke-6 Hijrah, Nabi SAW dan 1500 umat Islam bertolak ke Mekah untuk umrah. Mereka berhenti rehat di Hudaibiyah dan di situ mereka dihalang pemuka-pemuka Quraisy. Akhirnya, termeterai Perjanjian Hudaibiyah.

+ Tidak lama selepas itu, pihak Quraisy melanggar syarat Perjanjian Hudaibiyah, iaitu tidak boleh membantu sekutu-sekutu mereka dalam peperangan. Pihak Quraisy membantu Bani Bakar dengan memberikan senjata.

+ Nabi SAW menyiapkan 10000 tentera Islam dan bertolak ke Mekah. Akhirnya, Mekah ditakluki pada hari Jumaat, 10 Ramadhan tahun ke-8 Hijrah.

  1. Pengembangan alam 51:47

+ Said Hawwa mengatakan langit telah dijadikan Allah dalam keadaan mengembang secara berterusan.

+ Pada 1929M, Edwin Hubble (tokoh astronomi Amerika) mendapati alam ini sedang mengembang. Pada 9 Mei 1996M, satu kenyataan akhbar dikeluarkan berhubung dengan teori pengembangan alam.

+ Dua kumpulan pakar sains antarabangsa mengesahkan teori ini malah mereka berjaya mengukur kelajuan pengembangan alam.

  1. Teori Big Bang 21:30

+ Diasaskan daripada formula General Theory of Relativity oleh Albert Einstein pada 1915M. Pada 1922M, Alexander Friedmann (pakar fizik Rusia) mengembangkan teori ini dan mengukuhkan teori Big Bang. Pada 1929M, Edwin Hubble mendapati alam ini sedang mengembang. Penemuan ini mengukuhkan lagi pendapat bahawa alam ini dahulunya bercantum padu diikuti dengan satu letupan besar. Letupan besar inilah yang menyebabkan pengembangan.

BIBLE DAN KISAH-KISAH YANG MENGAIBKAN NABI

  1. Nabi Lut as

+ Dalam Bible versi King James bab Genesis (19:30-36) yang diterjemahkan mengikut Bible al-Kitab Berita Baik oleh Bible Society of Malaysia yang menunjukkan Nabi Lut as sanggup meminum arak sehingga mabuk dan kemudian terlibat dengan perbuatan sumbang mahram dengan kedua-dua anak perempuannya.

  1. Nabi Daud as

+ Dalam Bible versi King James bab 11 Samuel menunjukkan Nabi Daud as sanggup berzina dengan isteri orang tanpa segan silu.

NABI MUHAMMAD SAW

  1. Nabi Muhammad SAW adalah rasul terakhir yang diutus Allah kepada seluruh alam. 33:40, 33:21, 2:129, 21:107, 34:28, 2:146

  1. Nabi SAW dalam Bible

+ Dikenali sebagai Paracletos, Comforter, Consoler, Paraclete, Penolong, Roh Kebenaran dan Ahmad yang akan bersama-sama dengan umat manusia untuk selama-lamanya.(Gospel St. John; 16:7, 14:16-17)

+ Gospel; 14:16-17: “Aku (Isa) akan minta kepada Bapa (Tuhan) dan Ia akan memberikan kepadamu seorang Penolong (Muhammad) yang lain, supaya Ia menyertai kamu selama-lamanya.”

+ Ada tokoh-tokoh Kristian mentafsirkan kalimat Paracletos sebagai Holy Spirit (Roh Suci) walau bercanggah dengan doktrin (ajaran) Kristian yang menetapkan bahawa Roh Suci sudah sedia ada sebab dia adalah Tuhan dalam konsep Tritunggal (Trinity).

+ Dalam The English Version of the Authorised Version of the Bible pada bab Isaiah 29:12 menceritakan peristiwa di Gua Hira’.

  1. Nabi SAW dalam Veda dan Purana (kitab-kitab suci agama Hindu)

+ Digelar sebagai Narashangsa (The Praised – Yang Terpuji), Antim Rishi (Final Sage – Utusan Terakhir), Kalki Avatar (Sage of the Last Period – Utusan Akhir Zaman), serta Mahama dan Ahamiddhi (Muhammad).

+ Dalam Atharva-Veda disebutkan:

@ “Dia akan guna unta sebagai kenderaan.” (Nabi SAW ada seeokr unta bernama Adhba’)

@ “Dia ada 12 isteri.”

@ “Tuhan akan memuliakannya dengan 10 kalungan di leher.” (10 orang sahabat Nabi SAW yang dijamin masuk syurga)

@ “Dia akan menerima anugerah 10000 ekor lembu.” (10000 umat Islam semasa Pembukaan Kota Mekah)

  1. Nabi SAW dalam Gospel of Buddha

+ Dikenali sebagai Maitreya.

+ Seorang manusia (18:110) berperibadi amat mulia (33:21, 68:4) yang akan datang sebagai pemimpin bagi manusia (4:80) dan pembimbing kepada kebenaran. Dia diutus kepada seluruh manusia (34:28) dan ajaran yang dibawanya adalah suatu ajaran yang lengkap (5:3)

BAHAGIAN-BAHAGIAN TAKDIR

  1. Qada mubram

+ Allah mengetahui segala-galanya sebelum ia benar-benar berlaku.

+ Tidak mungkin berubah secara mutlak. (50:29)

+ Takdir dalam ilmu Allah yang azali.

+ Takdir yang pasti.

  1. Qada mu’allaq

+ Boleh berubah dari semasa ke semasa. 13:39

+ “Tiada yang boleh menolak takdir selain doa dan tiada yang boleh memanjangkan umur kecuali perbuatan yang baik.” (HR Tirmizi)

TANDA-TANDA KECIL HARI KIAMAT

  1. Terangkat ilmu dan berleluasa kejahilan. (HR Bukhari dan Muslim)
  2. Perbuatan zina berleluasa. (HR Bukhari dan Muslim)
  3. Minuman arak berleluasa. (HR Bukhari dan Muslim)
  4. Jumlah kaum lelaki berkurangan berbanding wanita sehingga mencapai 1L:50W.
  5. Urusan (umat) diserahkan kepada mereka yang tidak layak. (HR Bukhari)
  6. Api (kebakaran) berlaku di bumi Hijaz sehingga menerangi leher-leher unta di Busra. (HR Bukhari dan Muslim). Kebakaran ini berlaku di Madinah pada 650H dan berterusan selama 3 hari. Cahayanya dapat dilihat dari Busra, Damaskus, Yamamah.
  7. Tentera Islam berperang dengan tentera Rom. 1/3 tentera Islam melarikan diri, 1/3 tentera Islam syahid, dan 1/3 tentera Islam mendapat kemenangan dan menguasai Konstantinople. (HR Muslim). Kota Konstantinople berjaya ditakluk pada 753H (1453M) pada zaman kerajaan Othmaniah di bawah pimpinan Sultan Muhammad al-Fateh yang berumur 24 tahun.
  8. Binatang buas bercakap kepada manusia, hujung cemeti dan tali kasut seseorang bercakap kepadanya serta paha seseorang memberitahu kepadanya perbuatan yang dilakukan oleh ahli keluarganya. (HR Tirmizi). Kini, manusia bercakap dengan menggunakan alat komunikasi yang canggih.
  9. Api yang akan menghimpunkan manusia dari Timur ke Barat. (HR Bukhari).
  10. Masa menjadi singkat, setahun seperti sebulan, sebulan seperti seminggu, seminggu seperti sehari, sehari seperti sejam dan sejam seperti masa menyalakan api. (HR Tirmizi)
  11. Hamba melahirkan tuannya, orang yang tidak berkasut, berpakaian, hidup miskin sebagai pengembala kambing duduk bermegah-megah dalam bangunan yang besar. (HR Muslim)
  12. Berlaku pembunuhan dalam keadaan pembunuh tak tahu mengapa dia membunuh dan yang terbunuh tak tahu mengapa dia dibunuh. Nabi ditanya mengapa ini berlaku. Nabi menjawab: “Huru-hara. Yang membunuh dan yang terbunuh sama-sama masuk neraka. (HR Muslim)
  13. Umat Islam memerangi orang Yahudi. Apabila orang Yahudi bersembunyi di belakang batu dan pokok, pokok dan batu itu akan berseru: “Wahai hamba Allah, di belakangku terdapat seorang Yahudi, bunuhlah dia.” Hanya pokok Qarqad tidak berseru kerana ia adalah pokok Yahudi.

TANDA-TANDA BESAR HARI KIAMAT

  1. Asap
  2. Dajjal
  3. Haiwan yang bercakap (dabbatul ard)
  4. Matahari terbit dari Barat
  5. Turun Nabi Isa as
  6. Yakjuj dan Makjuj
  7. Bumi tenggelam di tiga tempat
  8. Terbit api dari Yaman

(HR Muslim)

AL-MASIH AD-DAJJAL

1. Antara kejadian Adam dan kejadian hari kiamat, tidak ada kejadian yang lebih dahsyat daripada Dajjal.” (HR Muslim)

2. Dajjal = dajala (yang menutup). Dajjal adalah pendusta yang menutup kebenaran dengan kebatilan. Dajjal akan mendatangkan huru-hara dan pancaroba yang dahsyat di muka bumi.

3. Mata kanannya buta dan mata kirinya bersinar seperti bintang (HR Bukhari dan Ahmad) – tidak mementingkan aspek kerohanian sama sekali, hanya untuk duniawi.

4. Di dahi Dajjal tertulis kalimat ‘kafir’ dan dapat dibaca oleh setiap Muslim (HR Ahmad) – sebahagian manusia terpedaya dengan tipu daya orang kafir, mukmin akan mengenali kesesatan mereka berdasarkan kebenaran al-Quran.

5. Dajjal menyembuhkan orang buta, pesakit kusta dan menghidupkan orang mati – teknologi moden.

6. Kelajuan perjalanan Dajjal adalah seperti awan yang dipukul angin. (HR Muslim dan Tirmizi), Dajjal akan mengenderai keldai. Jarak antara kedua telinganya adalah tujuh puluh ela. (HR Baihaqi), Dajjal akan melompat antara langit dan bumi. (HR Abu Daud) – sistem pengangkutan, kapal terbang, jet.

7. Dajjal akan mengarahkan langit dan langit akan menurunkan hujan dan dia akan mengarahkan bumi dan bumi akan mengeluarkan tumbuh-tumbuhan. (HR Muslim dan Tirmizi) – Daily Telegraph 20/8/1969 melaporkan, kristal silver iodine digunakan di padang pasir supaya menurunkan hujan.

8. Dajjal akan datang dari sebelah Timur. Tujuannya adalah menghancu.

rkan Madinah…” (HR Bukhari dan Muslim) – Palestin diserang Israel, Afghanistan diserang Amerika, Iraq diserang Amerika.

9. 70000 golongan Yahudi dari Isfahan akan mengikut Dajjal. (HR Muslim) – Bekas Senator Amerika, J. William Fulbright pada 1973 menegaskan bahawa kongres Amerika sebenarnya dikawal oleh Israel.

10.Dajjal akan melalui segolongan manusia dan menyeru mereka (supaya mengikutnya) tetapi mereka menolak Selepas Dajjal pergi, keesokan paginya, mereka mendapati segala harta benda mereka luput. (HR Muslim dan Tirmizi) – Dalam akhbar Philadelphia Inquirer 13/9/2002, David Perlmutter memberi amaran bahawa mereka yang tidak mahu mengikut rentak Washington ‘perlu bersedia menerima padah dalam bentuk kemusnahan industri minyak, markas ketenteraan, serta pejabat kerajaan…Akan berlaku kehancuran ke atas kerajaan dan sistem ekonomi negara itu selama satu generasi.’

11. Dajjal akan melalui suatu kawasan dan berkata: “Keluarkan segala perbendaharaan.” Segala perbendaharaan itu akan mengikut Dajjal seperti lebah mengikut ketuanya. (HR Muslim dan Tirmizi) – Menurut Enver Masud, penulis buku ‘War on Islam’ (1891-1991), Eropah telah mengeksploitasi getah asli serta gading di Congo dan akibatnya 10 juta orang Afrika terkorban.

12. Dajjal akan membawa air dan api. Apa yang dilihat manusia sebagai air sebenarnya api yang membakar. Apa yang dilihat sebagai api sebenarnya air yang sejuk lagi lazat… (HR Bukhari dan Muslim) – Rakyat Palestin = pengganas, Israel = mangsa.

13. Dajjal akan membawa sesuatu seumpama syurga dan neraka. Syurga Dajjal adalah neraka… (HR Bukhari dan Muslim) – Projek ‘The Stealth Crusade’ di mana mubaligh-mubaligh Kristian dilatih cara bergerak dalam dunia Islam untuk mengkristiankan golongan Islam. Rujuk www.motherjones.com dan cari kata ‘stealth crusade’.

14. Ujian Dajjal yang paling hebat adalah dia mendatangi seorang lelaki yang kematian abang dan bapa dan berkata: “Jika aku dapat hidupkan bapa dan abangmu adakah kamu akan mempercayai aku Tuhanmu?” Lelaki itu menjawab: “Ya.” Maka syaitan akan mencipta sesuatu yang menyerupai bapa dan abangnya. (Hadis Misykatul Masabih Jil.4 Hal.70) – Pada 29/12/2002 Dr Brigitte Boisselier mendakwa berjaya mengklon seorang bayi perempuan hasil DNA daripada seorang wanita Amerika 31 tahun.

15. Dajjal akan membawa segunung roti dan sungai yang dipenuhi air. (HR Bukhari dan Muslim) – Roti dan air = kekayaan dan kemewahan.

16. Golongan terakhir yang akan mengikut Dajjal adalah kaum wanita dan anak-anak luar nikah. (Kanzul Ummal Jil.7) – Mengikut The Times London 29/12/1962, bagi setiap lapan orang bayi yang dilahirkan, seorang adalah anak luar nikah.

17. Air di Tasik Tiberia atau Laut Galilee di Israel akan surut. (HR Muslim) – Reuters 14/8/2001 memaparkan artikel yang mengatakan air Laut Galilee sedang berada di paras terendah dalam sejarah (214.04m), lebih rendah daripada paras bahaya yang ditetapkan.

YAKJUJ DAN MAKJUJ

1. Yakjuj dan Makjuj (Gog and magog) adalah golongan yang suka membuat kerosakan di muka bumi. 18:94-98, 21:96

2. Pada suatu hari Nabi SAW bangun daripada tidur dalam keadaan merah padam wajah baginda dan bersabda: “Lailahaillallah. Kecelakaan bagi golongan Arab disebabkan kebinasaan yang hampir menimpa. Pada hari ini telah terbuka benteng Yakjuj dan Makjuj sebesar ini (Nabi membuat bulatan menggunakan ibu jari dan jari telunjuk).” Zainab bt Jahsy bertanya: “Apakah kita akan binasa sedangkan masih ramai di antara kita yang soleh?” Baginda bersabda: “Ya, apabila kekejian berleluasa.” (HR Bukhari dan Muslim)

3. Yakjuj dan Makjuj berasal daripada kata Arab ‘ajja’ dan ‘taajjaja’ yang bermaksud ‘menyala, membakar, menggelegak’.

4. Hamka merumuskan dalam Tafsir al-Azhar: “Yakjuj dan makjuj adalah dua nama yang bersatu padu melaksanakan aktiviti kerosakan di muka bumi. Ia boleh diertikan sebagai isme dan ideologi sesat yang boleh membawa manusia kepada kebinasaan. Yakjuj dan makjuj bergerak laksana air, ia akan terus mencari ruang untuk masuk walaupun ruang itu sebesar lubang jarum. Justeru, benteng dalam bentuk pemikiran yang baik, cita-cita yang mulia serta ideologi yang sihat mesti sentiasa teguh dalam diri seseorang.

MATAHARI AKAN TERBIT DARI BARAT?

1. As-Syeikh Syed Sabiq dalam kitabnya al-Aqaid al-Islamiyah menyebutkan beberapa fakta daripada buku al-Islam Maal Hayah. Buku ini memuatkan keratan akhbar Jumhuriah 13/12/1957 berhubung kajian oleh seorang pakar ilmu alam Rusia. Beliau menjelaskan, apabila sesuatu planet atau cahaya yang kuat mendekati bumi, pelbagai kejadian luar biasa boleh berlaku. Antaranya, bumi berputar lebih perlahan atau berhenti sama sekali sehingga pada pandangan mata kasar perjalanan matahari terhenti. Lautan boleh terbelah dua dan awan boleh tergantung seperti tiang lurus dari atas ke bawah sepanjang hari.

2. Ada berpendapat sabda Nabi SAW tentang matahari terbit dari Barat mungkin bermaksud pada akhir zaman ramai dari Barat akan memeluk agama Islam.

+ Marc Ramirez dari Seattletimes dalam artikelnya 24/1/1999 melaporkan: “Dengan 6 juta penganut Islam di Amerika, Islam menjadi agama yang paling cepat berkembang di Amerika.”

+ Jocelyn Wiener dari St Petersburg Times 7/10/2002 melaporkan: “Setiap tahun lebih kurang 20000 orang memeluk agama Islam di Amerika.”

Friday, November 24, 2006

Barangkali, Kitalah Penyebabnya

Barangkali, Kitalah Penyebabnya


oleh Muhammad Fauzail Adhim


Menjelang tengah malam, seorang ikhwan mengirim SMS kepada saya. Dia seorang aktivis yang amat banyak menghabiskan waktunya untuk menyebarkan kebaikan. Bila berbicara dengannya, kesan yang tampak adalah semangat yang besar di dadannya untuk melakukan perbaikan. Kalau saat ini yang mampu dilakukan masih amat kecil, tak apa-apa. Sebab perubahan yang besar tak 'kan terjadi bila kita tidak mau memulai dari yang kecil. Tetapi kali ini, ia berkirim SMS bukan untuk berbagi semangat. Ia kirimkan SMS karena ingin meringankan beban yang hampir ada kerinduan yang semakin berambah untuk memiliki pendamping yang dapat menyayanginya sepenuh hati.

SMS ini mengingatkan saya pada beberapa kasus lainnya. Usia sudah melewati tiga puluh, tetapi belum juga ada tempat untuk menambatkan rindu. Seorang pria usia sekitar 40 tahun, memiliki karier yang cukup sukses, merasakan betapa sepinya hidup tanpa istri. Ingin menikah, tapi takut ! tak bisa mempergauli istrinya dengan baik. Sementara terus melajang merupakan siksaan yang nyaris tak dapat ditahan. Dulu ia ingin menikah, ketika keriernya belum seberapa. Tetapi niat itu dipendam dalam-dalam karena merasa belum mapan. Ia harus mengumpulkan dulu uang yang cukup banyak agar bisa menyenangkan istri. Ia lupa bahwa kebahagiaan itu letaknya pada jiwa yang lapang, hati yang tulus, niat yang bersih dan penerimaan yang hangat. Ia juga lupa bahwa jika ingin mendapatkan istri yang bersahaja dan menerima apa adanya, jalannya adalah dengan menata hati, memantapkan tujuan dan meluruskan niat. Bila engkau ingin mendapatkan suami yang bisa menjaga pandangan, tak bisa engkau meraihnya dengan, "Hai, cowok... Godain kita, dong. "

Saya teringat dengan sabda Nabi Saw. (tapi ini bukan tentang nikah). Beliau berkata, "Ruh itu seperti pasukan tentara yang berbaris." Bila bertemu dengan yang serupa dengannya, ia akan mudah mengenali, mudah juga bergabung dan bersatu. Ia tak bisa mendapatkan pendamping yang mencintaimu dengan sederhana, sementara engkau jadikan gemerlap kemapananmu sebagai pemikatnya? Bagaimana mungkin engkau jadikan gemerlap kemapananmu sebagai pemikatnya? Bagaimana mungkin engkau mendapatkan suami yang menerimamu sepenuh hati dan tidak ada cinta di hatinya kecuali kepadamu; sementara engkau berusaha meraihnya dengan menawarkan kencan sebelum terikat oleh pernikahan? Bagaimana mungkin engkau mendapatkan lelaki yang terjaga bila engkau mendekatinya dengan menggoda?

Di luar soal cara, kesulitan yang kita hadapi saat ingin meraih pernikahan yang diridhai tak jarang kerana kita sendiri mempersulitnya. Suatau saat seorang perempuan memerlukan perhatian dan kasih-sayang seorang suami, ia tidak mendapatkannya. Di saat ia merindukan hadirnya seorang anak yang ia kandung sendiri dengan rahimnya, tak ada suami yang menghampirinya. Padahal kecantikan telah ia miliki. Apalagi dengan penampilannya yang enak dipandang. Begitupun uang, tak ada lagi kekhawatiran pada dirinya. Jabatannya yang cukup mapan di perusahaan memungkinkan ia untuk membeli apa saja, kecuali kasih-sayang suami.

Kesempatan bukan tak pernah datang. Dulu, sudah beberapa kali ada yang mau serius dengannya, tetapi demi karir yang diimpikan, ia menolak semua ajakan serius. Kalau kemudian ada hubungan perasaan dengan seseorang, itu sebatas pacaran. Tak lebih. Sampai karier yang diimpikan tercapai; sampai ia tiba-tiba tersadar bahwa usianya sudah tidak terlalu muda lagi; sampai ia merasakan sepinya hidup tanpa suami, sementara orang-orang yang dulu bermaksud serius dengannya, sudah sibuk mengurusi anak-anak mereka. Sekarang, ketika kesadaran itu ada, mencari orang yang mau serius dengannya sangat sulit. Sama sulitnya menaklukkan hatinya ketika ia muda dulu.

Masih banyak cerita-cerita sedih semacam itu. Mereka menunda pernikahan di saat Allah memberi kemudahan. Mereka enggan melaksanakannya ketika Allah masih memberinya kesempatan karena alasan belum bisa menyelenggarakan walimah yang "wah". Mereka tetap mengelak, meski terus ada yang mendesak; baik lewat sindiran maupun dorongan yang terang-terangan. Meski ada kerinduan yang tak dapat diingkari, tetapi mereka menundanya karena masih ingin mengumpulkan biaya atau mengejar karier. Ada yang menampik "alasan karier" walau sebenarnya tak jauh berbeda. Seorang akhwat menunda nikah mesti ada yang mengkhitbah karena ingin meraih kesempatan kuliah S-2 ("Tahun depan kan belum tentu ada beasiswa"). Ia mendahulukan pra-sangka bahwa kesempatan kuliah S-2 tak akan datang dua kali, lalu mengorbankan pernikahan yang Rasullah Saw. Telah memperingatkan: "Apabila datang kepadamu seorang laki-laki (untuk meminang) yang engkau ridha terhadap agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah dia. Bila tidak engkau lakukan, maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerusakan yang merata di muka bumi." (HR. At-Ti! rmidzi dan Ahmad).

Saya tidak tahu apakah ini merupakan hukum sejarah yang digariskan oleh Allah. Ketika orang mempersulit apa yang dimudahkan oleh Allah, mereka akhirnya benar-benarmendapati keadaan yang sulit dan nyaris tak menemukan jalan keluarnya. Mereka menunda-nunda pernikahan tanpa ada alasan syar'i, dan akhirnya mereka benar-benar takut melangkah di saat hati sudah sangat menginginkannya. Atau ada yang sudah benar-benar gelisah, tetapi tak kunjung ada yang mau serius dengannya.

Kadangkala, lingkaran ketakutan itu terus belanjut. Bila di usia-usia dua puluh tahunan mereka menuda nikah karena takut dengan ekonominya yang belum mapan, di usia menjelang tiga puluh hingga sekitar tiga puluh lima berubah lagi masalahnya. Laki-laki sering mengalami sindrom kemapanan (meski wanita juga banyak yang demikian, terutama mendekati usia 30 tahun). Mereka menginginkan pendamping dengan kriteria yang sulit dipenuhi. Seperti hukum kategori, semakin banyak ! kriteria semakin sedikit yang masuk kategori. Begitu pula dengan kriteria tentang jodoh, ketika kita menetapkan kriteria yang terlalu banyak, akhirnya bahkan tidak ada yang sesuai dengan keinginan kita. Sementara wanita yang sudah berusia sekitar 35 tahun, masalah mereka bukan soal kriteria, tetapi soal apakah ada orang yang mau menikah dengannya. Ketika usia 40-an, ketakutan yang dialami oleh laki-laki sudah berbeda lagi, kecuali bagi mereka yang tetap terjaga hatinya. Jika sebelumnya, banyak kriteria yang dipasang, pada usia 40-an muncul ketakutan apakah dapat mendampingi istri dengan baik. Lebih lebih ketika usia sudah beranjak mendekati 50 tahun, ada ketakutan lain yang mencekam. Ada kekhawatiran jangan-jangan di saat anak masih kecil, ia sudah tak sanggup lagi mencari nafkah. Atau ketika masalah nafkah tak merisaukan (karena tabungan yang melimpah), jangan-jangan ia sudah mati ketika anak-anak masih perlu banyak dinasehati. Bila tak ada iman di hati, ketakutan ini akhi! rnya melahirkan keputus-asaan.


Wallahu A'lam bishawab.

Tuesday, November 21, 2006

Ketika Aisyah berusia 3 tahun.....

Dialog ini berlaku di dalam temuramah bersama Dato Rafizal, seorang pakar motivasi terkenal, di sebuah radio Ikmm.fm

Dato Rafizal: Jadi kami di PureBase Training Centre menyediakan summercamp yang berupa kursus motivasi 3 hari 2 malam untuk anak anak remaja yang mahu mendapat keputusan cemerlang di dalam peperiksaan dunia dan juga cemerlang di dalam peperiksaan akhirat. Sudah ramai yang menyertai program ini, dan alhamdulillah mereka semua bersyukur terhadap perubahan pada anak anak mereka.

DJ: Jadi Dato’, bagaimana jika terdapat ibubapa yang berminat, adakah nombor telefon yang boleh mereka hubungi?

Dato Rafizal: Ya, mereka boleh menghubungi kami di talian 03-******* ataupun melalui handphone saya di talian 019-*********

“tuut tuutt....tuut tuuutt.....”

DJ: Nampaknya Dato’ kita ada panggilan telefon ya. Assalamualaikum, siapa di sana?

Aisyah: Hello, nie adik nie. Adik nak tau pasal summercamp tue, adik nak daftar bley?

DJ: Owh, pasal summercamp tue. Boleh boleh. Sebelum tue akak nak kenal adik juga, nama adik siapa? Dari mana adik buat panggilan nie? Rumah ke? Ayah dan ibu bapa adik ada? Erm, sebenarnya berapa ya umur adik?

Aisyah: Nama adik Aisyah, Abi ngan Ummi panggil adik ‘adik’, kengkawan panggil Ecah. Abi ngan Ummi tengah tido kat ruang tamu tue. Adik bulan nie baru nak masuk 3 tahun.

DJ: Owh, baru nak masuk 3 tahun rupanya. Petahnya adik cakap. Bagus pula tue, kecil kecil sudah mahu mengikuti program motivasi. Mesti ibu bapa adik mendidik adik dengan baik kan?. Bagaimana Dato’, beria ia adik nak ikut program Dato’ nie. Ada ke program motivasi untuk kanak kanak berusia 3 tahun?

Dato Rafizal: Maaf lah adik, program pakcik hanya disediakan untuk pelajar sekolah rendah ke atas sahaja. Kalau adik nak jugak, adik tunggu lagi 4 tahun, haa, masa tue dah ada program untuk adik, insyaAllah.

Aisyah: Tak tak, akak ngan pakcik jangan salah faham. Adik bukan nak daftar diri adik. Adik nak daftarkan Abi ngan Ummi adik. Abi ngan Ummi tengah belajar lagi. tapi adik tengok diorang macam takde semangat je nak belajar. Tue yang adik risau tue. Adik risau nanti, kalu diorang gagal, siapa nak bagi makan adik. Adik takleh cari duit sendiri, adik kecil lagi. Tue la adik nak daftarkan Abi ngan Ummi dalam program pakcik. Kot kot naik semangat dia nak belajar. Hari nie diorang tak gi kuliah, tue yang adik buat buat merajuk tue. Padan muka Abi ngan Ummi.

DJ: (ketawa) la, macam tue ke. Kepada Abi ngan Ummi Aisyah yang tengah tidur tue, diharap dapat mendengar luahan hati anak anda yang mahu anda berjaya dunia dan akhirat.(mengeluh)....macam macam ye Dato’ dah terjadi kat dunia sekarang nie. Biasanya mak bapak yang risau anak anak tak belajar, ini, anak yang risau mak bapak tak belajar.

(p/s: kejadian di atas bersifat fiktif, rekaan semata mata. But Aisyah is so cute if she can talk like that. Really cute. Honey, ring a bell???)

Malaysia Campus Crusade for Christ?

Campus students have been on the cutting edge of change throughout history. They are always in the vanguard of revolution. Karl Marx of Bonn University brought misery to millions of people with his communist ideology, but Count Nicholas von Zinzendorf of Wittenberg University brought hope to millions as he took Christ's message to them. Campus students have the potential to shape the world. They will be leaders in government, media, education, business, religion and the worldwide Christian movement.

Our Purpose:

To raise influencers for Christ (IfCs) in college campuses in order to help fulfill the Great Commission.

Our Mission:

To turn lost campus students into lifetime Christ-centered influencers for Christ. Using Campus Life Connection (CLC) as a platform, we seek to bless both Christian and non-Christian students by encouraging them to live a healthy (physical, mental, emotional, social and spiritual) and purposeful life. We will share the good news, build them up to become disciples of Christ and send them out to be lifetime IfCs.

Our Vision:

One faculty, one IfC movement.

http://www.mccc.org.my/campus.htm

Berikut adalah penemuan terbaru saya yang paling mengejutkan. Ternyata pihak Kristian telah membuat perancangan untuk meluaskan pengaruhnya ke dalam kampus kampus di Malaysia. Saya tidak mempersoalkan kenapa mereka membuat begitu, saya yakin mereka semua berniat mahu menyebarluaskan kebaikan yang mereka percayai. Tetapi bagi kita umat Islam, ini adalah satu benda yang sangat serius, ini menyangkut kepada akidah kita. Masalah akidah adalah satu masalah yang tidak boleh diringankan. Kita selalu menyangka bahawa Gerakan Kristianity adalah sebuah gerakan hebat dengan berbekalkan dana yang cukup besar dan seolah seolah teramat susah untuk menghentikannya. Sedarlah wahai umat Islam, mereka tidaklah kuat cuma sahaja kita yang lemah. Begitu juga dengan Amerika dan Israel, mereka tidak kuat, kita sahaja yang lemah. Ayuh kita bersatu di atas landasan kesatuan akidah, kesatuan yang sangat kukuh yang kita miliki. Benarlah kata Ali r.a:

”Kejahatan yang terorganisasi akan mengalahkan kebaikan yang tidak terorganisasi”

Letakkanlah kepentingan Islam dihadapan, letakkanlah kepentingan individu, jemaah, parti dan segalanya di belakang, insyaAllah kita semua boleh bersatu. Amin ya Rabbal 'Alamin.

Friday, November 17, 2006

Wanita


wanita,
satu ungkapan yang tersirat,
dek menenun benang cakerawala,
memancar makna sebuah keindahan,
sesuci putihnya cahaya,
tanpa ketidakadilan yang Maha Pencipta...

wanita,
lambang pelangkap alam,
tak lari dari mencari kumbang di taman,
untuk mengintai kebenaran Al-Wajid,
Maha menemukan,
kerna kamus kehidupan tiada erti kesepian,
namun...waspadalah kaum keayuan,
jangan dicari kumbang keduniaan,
kerna takut kau sesat ditaman larangan,
dihanyut kealpaan buih dilautan,
tanpa ikatan...

wahai insan bergelar hawa,
lahirmu dari kebengkokan,
andai dilentur dengan keimanan,
gah berdirinya wirawati,
tapi...andai dibaluti dengan kelekaan maya,
maka benarlah kau pesona dunia,
jangan sia-siakan coretan kehidupan,
jadilah wanita bertakhtakan keilmuan,
menghiasi dengan kelembutan,
selari kelemahan dengan penghormatan,
berbalutkan sucinya keimanan,
bagai sekuntum bunga ditaman,
bersinar di satu sudut,
membenarkan erti kau seorang wanita....

credit to:i^believe production

Thursday, November 16, 2006

Kupinang engkau dengan Al Quran

Nasyid yang menjadi ‘zikir’ harian ketika ini. Sungguh menggugah hati dan membuaikan. Mengimbas memori sepanjang pernikahan dengan isteri tercinta. Pasang surut kehidupan terkadang mengalpakan. Sungguh, aku bersyukur dikau menjadi isteriku.


Kupinang engkau dengan Al Quran
Munsyid: Gradasi

Kupinang engkau dengan Al Quran
Kokoh dan suci ikatan cinta
Kutambatkan hati penuh marhamah
Harungi bersama samudra dunia

Jika terhempas di lautan duka
Tegar dan sabarlah tawakal pada-Nya
Jika berlayar di sukacita
Ingatlah tuk selalu syukur padaNya

Hadapi gelombang ujian
Sabarlah tegar tawakal
Harungi samudra kehidupan
Ingatlah syukur pada-Nya


p/s: sesiapa tau camne nak letak lagu kat blog? maklum le, saya ahli baru dalam dunia pem'blog'an.