Sunday, July 11, 2010

Sehari di Kursus Penulisan Rencana dan Berita

Bersama Zulkifli Sulung dan Mohd Sayuti Omar di pejabat ISMA Pusat.

1. Sebelah pagi kursus dikendalikan oleh Zulkifli Sulung. Beliau adalah Editor HarakahDaily. Sekiranya pembaca masih ingat, semasa debat di antara DSAI dan Shabery Chik, beliau adalah pembantu DSAI ketika itu.

2. Kami diajarkan asas asas penulisan rencana. Berbagai teori penulisan dikemukakan.Bahkan group kami di minta untuk menyelesaikan assignment, mengulas tentang tajuk Pilihan Raya Kerajaan Tempatan. Beliau meminta kami menelefon pakar pakar berkaitan dengan isu ini. Nyatanya saya tiada kenalan atau pakar untuk dirujuk di dalam isu ini.

3. Pilihan Raya Kerajaan Tempatan adalah sebuah bentuk pilihanraya untuk memilih Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Malaysia pernah mengamalkannya pada sekitar tahun 1950an kemudian memansuhkannya pada tahun 1960an.

4. Isu ini kembali timbul apabila kerajaan PR di P.Pinang menuntut untuk diadakan kembali pilihanraya kerajaan tempatan dan isu ini ditentang oleh kerajaan Pusat. Kerajaan PR di P.Pinang berhujah bahawa amalan pelantikan PBT sekarang ini dipenuhi dengan amalan kronisme, nepotisme dan korupsi sehingga mempengaruhi prestasi kerja PBT.

5. Manakala, sesetengah pihak di kalangan pejuang Melayu melihat ini adalah gerakan tersembunyi PR (Cina) di P.Pinang untuk menyingkirkan Melayu di situ berikutan majoriti penduduk yang mendiami kawasan bandar bukanlah orang Melayu. Apatah lagi, kita sedia maklum PBT di kawasan bandar ialah PBT yang boleh membuat duit.

6. Ketika Sdr Zulkifli Sulung meminta saya menyatakan pendirian, saya menjawab saya menyokong seruan kerajaan PR di P.Pinang untuk diadakan pilihanraya kerajaan tempatan tetapi dengan meletakkan beberapa syarat, yang mana syarat itu bertujuan menutup kerisauan orang melayu. Syarat syarat ini tidak dapat saya cadangkan kerana saya hanya melihat isu ini sepintas lalu tanpa mengkaji secara mendalam. Secara asasnya, mungkin yang perlu dikaji ialah undang undang atau bidang kuasa PBT, dan juga kuota kuota PBT mengikut kaum. InsyaAllah apabila selesai, saya akan menghantar kepada Sdr Zulkifli Sulung untuk semakan. Andai semakan sudah dilakukan, saya akan 'post' artikel itu di sini.

7. Sebelah petang kursus dikendalikan oleh Sdr Mohd Sayuti Omar. Beliau bertanggungjawab memberikan tips tips untuk menjadikan sebuah penulisan itu menarik.

8. Sangat mengejutkan saya apabila beliau menceritakan bahawa beliau menulis 3 (tiga) artikel sehari. Sesuatu yang bagi saya ketika ini, impossible untuk dipraktikkan. Beliau juga berkata, blog mestilah di update selewat lewatnya 3 hari sekali bagi mengelakkan pembaca (follower) bosan.

9. Penulis rencana harus menulis dengan jiwa. Jangan terikat dengan kaedah kaedah penulisan atau teori penulisan kerana ia akan merencatkan kelancaran penulisan kita. Bahkan, saat yang paling baik menulis adalah apabila emosi kita terganggu dengan sebarang isu, apatah lagi otak kita sedang padat dengan pelbagai hujah. Cuma sahaja, artikel yang ditulis dikala emosi sedang memuncak harus diteliti ulang agar kita tidak melampaui batas.

10. Bahkan, kita perlu menimbulkan polemik bagi menggalakkan pembaca kita berfikir. Pelbagai isu beliau kupas dan beliau turut menjelaskan approach yang beliau gunakan dalam struktur penulisan beliau bagi memenuhi tujuan penulisan beliau.

11. Kedua dua pengendali kursus menegaskan agar menggunakan bahasa yang mudah agar bacaan kita dapat difahami oleh masyarakat umum. Dan kedua dua menyatakan, penulis adalah pejuang!!

12. Dengan ini, saya berazam untuk mengupdate semua blog saya sekurang kurangnya 3 hari sekali. Saya juga akan menyiapkan berbagai artikel yang kemudiannya akan dihantar ke pelbagai media cetak bersesuaian dengan tajuk dan tujuan penulisan. Doakan saya.

Wallahualam.

Thursday, July 08, 2010

Deklarasi Janda Baik

p/s: sebuah deklarasi 2008 tetapi sangat relevan pada waktu sekarang

DEKLARASI JANDA BAIK, bertempat di kediaman Sdr Syed Hussein Al-Attas, bertarikh 26 Oktober 2008.

Blogger Keluarkan Deklarasi Janda Baik


BERTEMPAT di kediaman rehat, Syed Hussein Alattas (Pak Habib) di Wadi Hussein Janda Baik hari ini sekumpulan blogger bebas telah sepakat mengeluarkan satu deklarasi menyatakan keprihatinan, pendirian dan komitmen mereka berhubung beberapa isu semasa berkaitan kepentingan agama, bangsa dan negara.

Deklarasi yang dinamakan Deklarasi Janda Baik itu mengandungi 15 perkara berhubung kepentingan bangsa Melayu, negara dan juga kesucian agama Islam. Deklarasi itu pertama kali dikeluarkan oleh para blogger. Deklarasi berkenaan dizahirkan oleh Sdr Yassin Salleh (yassinsaleh), sebagai mewakili kumpulan berkenaan.


Pelahiran deklarasi itu adalah kesenimbungan kepada perjumpaan tidak rasmi kumpulan berkenaan di sebuah hotel di ibu negara minggu lepas dalam satu majlis apa dinamakan Cease Fire yang dikendalikan oleh seorang usahawan Abdul Aziz Chemor.


Antara blogger yang hadir dalam perjumpaan di Janda Baik pagi tadi ialah Yahaya Ismail, Abu Bakar Ninggal, Salahuddin Hashim, Webah Salleh dan beberapa yang lain. Perjumpaan tadi tidak secara informal berkebetulan sempena dengan upacara majlis cukur jambul cucu ke -8 Pak Habib, Manova.


Sehubungan itu menurut jurucakap kumpulan berkenaan Yassin, meminta kesemua bloggers ikut sama memberi sokongan kepada deklarasi berkenaan tanpa mengira fahaman politik, kedudukan dan juga darjat demi masa depan bangsa dan negara.


"Bagi mereka yang mendokong deklarasi yang dikeluarkan hari ini bolehlah menyatakan sokongan dengan ikut sama mengakseskan deklarasi berkenaan ke dalam blog masing-masing," ujar Yassin.


Kemungkinan satu pertemuan rasmi akan diadakan selepas ini untuk mengadakan perbincangan lebih lanjut serta tindakan ke atas melaksanakan atau memastikan rumusan yang terkandung dalam deklarasi berkenaan dilaksanakan.



Berikut disiarkan deklarasi berkenaan:


DEKLARASI JANDA BAIK

Memandangkan keadaan politik negara yang gawat, cabaran dan gugatan terhadap kepimpinan Melayu yang lemah oleh pihak-pihak tertentu, dari dalam dan luar negara serta keadaan ekonomi dunia yang kucar kacir dewasa ini, maka KAMI, para penulis, wartawan dan blogger yang prihatin terhadap nasib Bangsa, Agama dan Tanah Air, yang bersidang di Janda Baik, Pahang mengambil sikap dan pendirian seperti berikut:-

1. KAMI mendesak dan menuntut agar para pemimpin Melayu dari berbagai fahaman politik mengembelengkan tenaga, kerjasama dan buah fikiran demi mempertahankan keluhuran dan kekeramatan PERLEMBAGAAN MALAYSIA TANPA KOMPROMI
.
2. KAMI memberi amaran kepada para pemimpin politik Melayu dari semua fahaman ideologi agar jangan menjadi pemimpin Pak Pandir yang hanya menang sorak tetapi kampung halaman dan negara terjual kepada pihak asing.

3. KAMI juga memberi amaran keras kepada pihak-pihak tertentu yang memainkan sentimen perkauman dan mempertikaikan HAK ISTIMEWA MELAYU sepertimana yang termaktub dalam PERLEMBAGAAN NEGARA agar jangan mencetuskan permusuhan antara kaum, antara agama dan antara budaya oleh kerana mereka menganggap kepimpinan Melayu lemah dan boleh diperdagangkan untuk memenuhi agenda perkauman mereka.

4. KAMI juga memberi amaran keras kepada para pemimpin Melayu, khasnya UMNO, agar mereka jangan menjadi pengkhianat BANGSA, AGAMA DAN TANAH AIR hanya kerana didorong oleh nafsu kekayaan kebendaan, kuasa yang dipinjamkan Allah, hingga melupai tanggungjawab mereka terhadap generasi Melayu akan datang.

5. KAMI menggesa seluruh umat Melayu yang menjadi para pejuang BANGSA, AGAMA DAN TANAHAIR tanpa mengira aliran politik agar memilih barisan pemimpin mereka yang terbaik dan bersih dari korupsi, berbagai skandal yang memalukan, yang berwibawa, berilmu dan berjiwa dinamik untuk menerajui kerajaan dan badan-badan amanah lainnya.

6. KAMI memberi peringatan dan teguran ikhlas bahawa UMNO mesti melakukan revolusi mental dan perombakan pemikiran yang dekaden, konservatif, materialistik yang melampau, anti ilmu, berpuak-puak, mementingkan diri, kaum keluarga dan para kroni hingga sanggup memperjudikan nasib BANGSA, AGAMA DAN TANAHAIR
.
7. KAMI memberi amaran keras dan peringatan yang tulus ikhlas bahawa kepimpinan UMNO yang lemah, korup, rakus dan gila kuasa boleh menggerhanakan masa depan generasi muda Melayu dan rakyat yang telah memberikan sokongan mereka sejak 51 tahun UMNO memimpin kerajaan Malaysia.

8. KAMI juga ingin mengingatkan para pemimpin Melayu yang berkuasa agar jangan terlalu banyak berkompromi dengan golongan-golongan tertentu yang mempunyai agenda tertentu untuk melemahkan kepimpinan Melayu.

9. KAMI juga ingin mengingatkan para pemimpin Melayu yang berkuasa bahawa kelemahan kekuasaan politik Melayu akan membawa kehancuran dan penghapusan kuasa orang Melayu di bumi Malaysia yang bertuah ini.

10. KAMI menyeru dan menggesa rakyat Melayu bertindak proaktif dalam berbagai bidang kehidupan untuk menjamin kekuasaan politik Melayu tidak terhakis dan ketuanan Melayu dan Islam kekal subur selagi ada matahari dan bulan

11. KAMI merafak sembah memohon agar Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu mempertahankan kedaulatan baginda seperti mana yang termaktub dalam PERLEMBAGAAN MALAYSIA dengan memberi sokongan moral kepada perjuangan umat Melayu dan Islam dalam berbagai lapangan hidup. Perlulah dihayati kedaulatan dan kedudukan Raja-Raja Melayu akan berterusan sekiranya rakyat Melayu dan umat Islam memperjuang dan mempertahankan institusi Raja tersebut.

12. KAMI dengan penuh takzimnya memohon Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu dan kaum kerabat baginda agar jangan mengkhianati dan melakukan sesuatu tindakan yang boleh menjejaskan institusi Raja dan melukai perasaan umat Melayu yang mempertahankan institusi Raja selama ini.

13. KAMI juga menyeru kepada kerajaan agar melaksanakan KEADILAN dan TANGGUNGJAWAB sebagai pemerintah kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum memandangkan Malaysia negara majmuk.

14. KAMI ingin memberi peringatan kepada bukan Melayu agar berpegang teguh pada kontrak sosial dan PERLEMBAGAAN NEGARA demi menjaga keharmonian hubungan antara kaum serta kesejahteraan dan keamanan yang kita sama-sama mempertahankannya.

15. KAMI yakin dan percaya bahawa Kebebasan suara Rakyat dan amalan Demokrasi mestilah dipertahankan oleh kerana rakyat yang memberi mandat dan amanah kepada parti-parti politik tertentu untuk berkuasa. Oleh hal demikian KAMI akan bekerjasama dengan siapa saja, dan dari golongan mana sekali pun, demi memperjuangkan hak dan kebebasan Rakyat serta amalan Demokrasi di bumi Malaysia yang bertuah ini.

Inilah deklarasi yang tulus ikhlas yang KAMI abadikan sebagai cetusan rasa dari buah fikiran KAMI demi memperjuangkan hak dan kepentingan Rakyat, Keamanan dan Kesejahteraan Negara Malaysia.

KAMI rakamkan cetusan hati nurani Rakyat yang bernama DEKLARASI JANDA BAIK, bertempat di kediaman Sdr Syed Hussein Al-Attas, bertarikh 26 Oktober 2008.

Friday, July 02, 2010

Melayu Bersatu; Mungkinkah?

(artikel ini adalah respon kepada artikel INI, INI,INI dan INI.)

Melayu Bersatu; Mungkinkah?

1. Mungkin ramai yang tidak faham, apa sebenarnya kepentingan kesatuan Melayu dan kaitannya dengan Islam. Walaupun mungkin tidak tepat mengatakan kesatuan Melayu sama dengan kesatuan Islam, tetapi sekiranya Melayu bersatu, at least ada harapan Islam akan terpelihara, dan dapat ditinggikan.

2. Tun Dr Mahathir telah berkali kali mengulangkan perkara ini. Di semak kembali lipatan sejarah, diingatkan kembali tentang kuasa minority Melayu dan sebagainya. Semua pendapat beliau saya sokong. Cuma, mungkin apa yang tidak kelihatan ialah Melayu nak bersatu di mana?

3. Sebahagian kawan saya mengatakan, itu usaha Tun untuk mengembalikan sokongan kepada UMNO. Saya berpendapat tidak, Tun dengan jelas mengatakan 50% Melayu menyokong PAS. Manakala baki 50% dimiliki oleh UMNO dan PKR, yang mana UMNO lebih banyak. Logiknya, biarlah Melayu bersatu di tempat yang paling ramai penyokong Melayunya, iaitu PAS. Saya rasa ini pun bukan seruan Tun. Dan bagi saya, ini juga seruan yang tak praktikal.

4. Karpal Singh mengulangi pendirian dia bahawa sekiranya PR berkuasa, tidak mungkin negara ini akan menjadi negara Islam. ‘Langkah mayat dia dulu’. Tapi, Tuan Guru Nik Aziz memiliki kadar Husnu Zhan (berbaik sangka) yang sangat tinggi. Dia kata itu pendapat Karpal seorang sahaja, bukan DAP. Apa kata kita buat survey kepada bukan Islam, terutama penyokong DAP dan PKR yang bukan Islam, sekiranya PR landing di Putrajaya, mereka terima tak konsep negara Islam? Siapa betul, Karpal ke Tuan Guru? Anda rasa bagaimana?

5. PAS dah menunjukkan kecenderungan untuk meletakkan calon bukan Islam bertanding bagi tiket PAS. Saya tidak nampak logiknya. Adakah ia menepati maqasid syarak? Apa jaminan bukan Islam untuk wala’ dengan perjuangan PAS? Sekiranya PAS hendak menunjukkan kepada bukan Islam, bahawa PAS UNTUK SEMUA, ini bukan masanya. Ketika mana Melayu-Islam bergelut dalam survival politiknya, PAS mengeruhkan lagi keadaan.

6. UMNO dah terang terang rela meletakkan calon bukan Melayu bertanding di kawasan Melayu. Sekarang, PAS pula nak jadi macam tu. Pernah kawasan cina, MCA atau Gerakan bagi UMNO bertanding? Dulu UMNO mengalah kepada GERAKAN di Penang, sekarang GERAKAN dah terkubur di Penang. Kerusi BN semua UMNO, tetapi adakah GERAKAN nak bagi balik kuasa dekat UMNO? Jangan mimpi. Temasek menjadi Singapura, ada harapan ke jadi Temasek balik? Tak belajar ke wahai sahabat PAS?

7. Kalau PAS merujuk kepada PKS di Indonesia yang memberi peluang kepada bukan Islam untuk menjadi ahli, kena ingat, di Indonesia 90% umat Islam. Dan sekarang, kuasa politik di sana masih di tangan umat Islam. Sama ke keadaanya dengan Malaysia?

8. Sekiranya PAS dah berkuasa di Putrajaya, Tuan Guru Haji Hadi dah jadi PM, masa tu kalau PAS nak menunjukkan keterbukaan kepada bukan Islam, dah tidak menjadi masalah, bahkan dituntut. Tetapi, bukan sekarang. Sekarang, matlamatnya ialah memenuhkan Parlimen dengan Melayu-Islam.

Apa seruan kita?

1. UMNO, PAS, NGO Islam, NGO Melayu dan segala sendi keMelayuan yang lain, perlu duduk berbincang, bagi merancang agenda Melayu yang menjurus kepada kesatuan Melayu.

2. Orang Melayu kena sedar ancaman yang sedang dihadapi mereka. Nisbah pengundi Melayu baru yang berdaftar dengan pengundi bangsa lain ialah 1:40. Jika keadaan ini berterusan, tidak lama lagi Malaysia akan jadi Singapura.

3. PAS kena memikirkan sematang matangnya tahalluf siyasi mereka dengan PR. Adakah memang ia bermanfaat untuk Islam sekarang ini. Bagi saya tidak.

4. Paling baik, PAS dan UMNO dapat duduk bersama membentuk Kerajaan Perpaduan. PAS sudah memiliki ‘bargain power’ yang tinggi berbanding PAS yang dulu. Ada harapan yang tinggi PAS akan jadi ‘main player’ di dalam kerajaan Perpaduan dengan UMNO, melihat kepada sokongan Melayu yang besar kepadanya. Berbanding di dalam Pakatan Rakyat, PAS susah nak jadi ‘main player’nya. Tetapi saya tidak menafikan kelicikan UMNO. Dan saya juga yakin pimpinan PAS bijak bijak belaka.

5. Sekiranya UMNO dan PAS ‘ketegaq’ sangat, kuasa rakyat Melayu kuasa keramat. Tolong undi orang Melayu sahaja. Dengan itu, UMNO dengan PAS pikir panjang nak letak calon bukan Melayu di tempat Melayu.

6. Kepada ulama Sunnah yang masuk UMNO, tolong Islamkan UMNO dengan keIslaman yang benar. Sebab Tuan Guru Nik Aziz kata, PAS akan bubar sekiranya itu terjadi. Tetapi risikonya besar wahai ulama Sunnah sekalian. Imam al Ghazali masuk kedalam Ilmu Kalam untuk membasminya, akhirnya dia sendiri tidak dapat keluar dari pengaruhnya. Ambil iktibar.

Wallahu’alam.

Wednesday, June 16, 2010

Iktibar: Ekspedisi Nikhlah di Bulan Rejab

Bulan Rejab adalah salah satu daripada bulan bulan suci dan terhormat di dalam Islam. Ia disebut sebagai As Syahrul Huruum (bulan bulan haram) bersama 3 bulan yang lainnya iaitu Muharram, Zulhijjah dan Zulkaidah.

Allah Ta’ala berfirman:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا لَا تُحِلُّوا شَعَائِرَ اللَّهِ وَلَا الشَّهْرَ الْحَرَامَ
“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu melanggar syi'ar-syi'ar Allah , dan jangan melanggar kehormatan bulan-bulan haram …” (QS. Al Maidah (95): 2)

Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda:
السنة اثنا عشر شهراً، منها أربعةٌ حرمٌ: ثلاثٌ متوالياتٌ ذو القعدة، وذو الحجة والمحرم، ورجب مضر الذي بين جمادى وشعبان".

“Setahun ada 12 bulan, di antaranya terdapat 4 bulan haram: tiga yang awal adalah Dzul Qa’dah, Dzul Hijjah, dan Muharam. Sedangkan Rajab yang penuh kemuliaan antara dua jumadil dan sya’ban.” (HR. Bukhari No. 3025)

Pada bulan bulan haram, umat Islam dilarang berperang bagi menghormati bulan tersebut. Amalan menghormati bulan bulan haram adalah sebahagian dari amalan amalan jahiliyah yang terus diamalkan di dalam Islam.

Ekspedisi Nikhlah

“Mereka bertanya kepadamu tentang berperang pada bulan Haram. Katakanlah: Berperang pada bulan itu adalah dosa besar, tetapi menghalangi (manusia) dari jalan Allah, kafir kepada Allah, (menghalangi) masuk Masjidil Haram dan mengusir penduduknya dari sekitarnya, lebih besar dosanya di sisi Allah. Dan fitnah itu lebih besar (dosanya) dari membunuh…” (Al Baqarah 2: 217)

Latar belakang turunnya ayat ini adalah peristiwa 'Abd Allh ibn Jahsy yang membawa surat. Peristiwa tersebut berlaku pada tahun kedua Hijrah pada penghujung bulan Rejab. Oleh Rasulullah, ia dipesan agar tidak membuka surat itu sebelum menempuh waktu perjalan dua hari. Tetapi 'Abd Allh membukanya dan membacakannya di depan sahabat- sahabatnya. Setelah tahu isi surat itu, ia tidak memaksakan kepada salah seorang sahabatnya itu untuk melanjutkan perjalanan. Surat itu berbunyi: "Berjalanlah bersama beberapa orang yang mengikutimu sampai ke Nakhlah -tempat yang terletak di antara Nejd dan Taif. Amatilah kafilah Quraisy dan kabarkan kami tentang mereka."

Naskah surat itu memang menyebutkan secara jelas tidak adanya perintah perang. Hanya ada perintah untuk mengamati dan memata-matai pihak lawan. Akan tetapi, yang terjadi setelah membaca surat Rasulullah itu, dua orang pengikut 'Abd Allh ibn Jahsy memisahkan diri untuk mencari gembalanya yang hilang dan kemudian ditawan Quraisy. Dua orang itu bernama Sa'd ibn Ab Waqqsh dan 'Utbah ibn Ghazwn.

Pasukan 'Abd Allh ibn Jahsy kemudian tiba di Nakhlah. Di sana mereka melihat kafilah Quraisy berlalu membawa barang dagangan di bawah pimpinan 'Amr ibn al-Hadlramiy. Peristiwa ini terjadi di akhir bulan Rajab. Ketika masa hijrahnya umat Islam dari Mekah ke Madinah dahulu, orang-orang Quraisy sempat menahan harta dan barang-barang beberapa orang Muslim. Di antara mereka yang hartanya ditahan Quraisy itu ada yang bersama pasukan 'Abd Allh ibn Jahsy. Mereka akhirnya membicarakan apakah hendak memerangi Quraisy atau tidak. Mereka bingung, karena jika membiarkan kafilah Quraisy itu berlalu pada malam itu, mereka akan kehilangan kesempatan untuk merebut harta Quraisy sebagai ganti dari harta mereka yang dirampas dulu. Dan jika memerangi mereka, berarti mereka melakukan perang di bulan suci, Rajab.

Akan tetapi mereka terdorong untuk perang dan berhasil membunuh 'Amr al-Hadlramiy, menawan dua orang musyrik dan merebut harta rampasan. Ketika kembali ke Madinah dan menyerahkan satu perlima rampasan perang itu kepada Rasulullah, mereka ditolak. Rasul tidak mau menerima pemberian itu dan menilai buruk perbuatan mereka. Sabda Rasul, "Aku tidak memerintahkan kalian untuk perang di bulan suci."

Komentar Syeikh Syafiyurrahman Mubarakfuri (Ar Raheequl Makhtum)

Peristiwa tersebut telah digunakan oleh Musyrikin Mekah untuk menuduh kaum muslimin telah menghalalkan apa yang telah diharamkan oleh Allah, yakni berperang pada bulan Haram. Tuduhan itu tersebar luas dan menjadi buah mulut. Akhirnya, turunlah wahyu yang dengan tegas membantah desas-desus yang tersebar itu, bahawasanya apa yang dilakukan oleh olh kaum Musyrikin lebih besar dosanya daripada yang diperbuat oleh kaum Muslimin.

Wahyu tersebut dengan tegas mengatakan bahawa tuduhan yang dilemparkan kepada kaum Muslimin adalah sesuatu yang tidak berasas. Sebab kehormatan bulan suci telah dilanggar dan diperkosa oleh kaum musyrikin dengan tindakan mereka memerangi Islam dan menindas kaum Muslimin. Bukankah kaum Muslimin dahulunya adalah penghuni daerah suci (Mekkah), ketika harta kekayaan mereka dirampas dan Nabi mereka hendak dibunuh? Lalu, faktor apakah kiranya secara mendadak telah mengembalikan kehormatan bulan suci tersebut (setelah mereka melanggarnya). Sudah pasti, propaganda yang dilancarkan oleh kaum musyrikin itu dilandasi dengan niat jahat mereka.

Musuh sejati

“Sesungguhnya Yahudi dan Nasrani tidak akan pernah redha dengan kamu sehinggalah kamu mengikuti cara hidup mereka.” (Al Baqarah 2: 120)


Israel dan Amerika Syarikat cuba meyakinkan dunia bahawa sesungguhnya apa yang berlaku di Gaza adalah kerana kewujudan ‘pengganas’ HAMAS yang sentiasa menyasarkan penduduk awam Israel. Perjuangan HAMAS disamakan dengan sebuah bentuk terorisme yang perlu dikekang kewujudannya. Pelbagai propaganda telah di lakukan untuk menjayakan misi mereka.

Tidak sedikit masyarakat dunia telah terpengaruh dengan agenda yang mereka lakukan. Mereka seolah olah hendak menggambarkan bahawa merekalah juara keamanan dunia. Mereka adalah juara demokrasi. Tetapi, hakikatnya merekalah teroris dengan menepati segala definisi terorisme itu.

Di berbagai kesempatan, hasil dari penguasaan media oleh mereka, mereka memaparkan gambar gambar kesengsaraan rakyat mereka di Israel akibat serangan roket dari Hamas. Peristiwa luka luka dan kematian rakyatnya akibat dari tindakan HAMAS dan rakyat Palestin disebar luaskan bagi mengaburi hakikat bahawa sesungguhnya mereka telah merampas tanah Palestin, membunuh kanak kanak dan wanita Palestin, merobohkan rumah rakyat Palestin dan segala bentuk kejahatan yang lainnya.

Peristiwa ini sama seperti apa yang berlaku pada peristiwa Nikhlah. Orang musyrikin cuba menggambarkan bahawa mereka adalah bangsa yang beradab dengan menghormati bulan bulan haram, tidak seperti umat Islam yang melanggar adab bulan haram dengan melakukan serangan dan pembunuhan. Tetapi hakikatnya dijelaskan oleh wahyu Allah, bahkan merekalah yang telah melanggar kesucian bulan bulan haram dengan melakukan pengusiran dan penindasan kepada umat Islam di Mekkah, mereka lah dalang bagi segala punca kejahatan.

Hakikatnya, kematian yang menimpa penduduk Israel akibat serangan HAMAS, ataupun 3000 nyawa yang terkorban di World Trade Center (hingga kini belum dapat dibuktikan siapa pelakunya) adalah sangat sedikit jika dibandingkan dengan jutaan nyawa umat Islam yang terbunuh di atas kerakusan mereka. Sangat sedikit jika dihitung dengan jumlah wanita Islam yang diperkosa, kanak kanak yang menjadi yatim piatu, kanak kanak yang turut terbunuh, negara yang telah dihancurkan serta maruah yang telah dirobekkan. Ianya hanyalah bagaikan gigitan semut ke tubuh Israel dan sekutunya, kafir laknatullah ‘alaih. Semoga Allah melindungi iman kita semua.

Kesimpulan

1. Musuh musuh Islam akan sentiasa mengobarkan propaganda untuk menimbulkan keraguan terhadap kemurniaan ajaran Islam
2. Kita sebagai penganut agama ini, jangan sesekali berbuat sesuatu yang akhirnya akan menimbulkan fitnah bagi agama yang kita cintai ini. Islam menolak keganasan dalam bentuk apa sekalipun. Memahami agama dengan kefahaman yang benar adalah titik tolak kepada penyempurnaan seruan ‘Rahmatan lil ‘Alameen”
3. Pembunuhan yang dilakukan oleh Abullah Jahsy adalah salah dan berdosa, makanya Rasulullah memulangkan tawanan perang dan membayar diyat bagi yang terbunuh. Hakikatnya, kesalahan yang dilakukan oleh musuh kita, tidak boleh menjadi alasan bagi kita untuk berbuat salah yang serupa. Pembunuhan orang awam Islam tidak boleh di balas dengan pembunuhan awam non-muslim di kawasan yang tidak terlibat di dalam pergolakan. Begitu juga parti politik Islam yang terlibat dengan kes rasuah dan juga kronisme dan nepotisme. Mereka tidak boleh menjadikan hujah parti kerajaan lagi teruk bagi membenarkan tindakan mereka. Yang salah tetap salah.
4. Agama Islam adalah agama yang sempurna. Yang tidak sempurna adalah penganutnya.


Wallahu’alam.
Abu Humaira
Mohd Sahrularifin Ab Manan

Monday, June 07, 2010

SMS Berangkai: Nasrallah dan Palestin

"Pemimpin Hizbullah, Syd Hsan Nsrallah minta sume muslim utk mbca surah al Fath ayat 26-27, srah Yunus ayat 85, 86 n 88..malam ini. Tlg sbarkn, agar Israel hancur. Fwd seluruh umt Islam..sdra seagama telah dkpong tngu msa tuk dsmblih. Keadaan amat dhsyat..Tu saja jihad kita.-mntk tlg sgt2 kpd shbt2-sebar sramai mgkn."

SMS tersebut masuk ke HP isteri saya malam semalam dari seorang akhwat. Isteri saya terus menunjukkannya kepada saya. Saya meyakini dia bukanlah source kepada berita itu melainkan dia hanya menyambung rangkaian SMS sebelumnya atas semangat kepedulian terhadap nasib umat Islam. Saya terus menjawab:

"Jangan sebar sebarang berita sebelum tabayyun kesahihannya. Ambil pelajaran. Ipin."

Peristiwa ini sama dengan peristiwa yang berkaitan dengan umat Islam murtad di Silibin, Ipoh. Oleh kerana rantaian SMS yang tidak diperiksa asal mu'asal nya, umat Islam yang bersemangat untuk membanteras kejadian murtad di gereja Silibin, ternyata terkejut bahawa upacara pembaptisan adalah melibatkan kanak kanak India, bukan Melayu seperti yang didakwa SMS tersebut.

Nampaknya kita masih belum mengambil pelajaran.

Berkaitan dengan SMS yang dihantar malam semalam, ada beberapa isu yang menyelubunginya:

1) Adakah benar Sayyid Hassan Nasrallah meminta untuk berbuat demikian. Dimakah sumber berita tersebut? Tidakkah kita mengetahui bahawa Allah memerintahkan kita untuk tabayyun (re-check) segala berita yang kita terima, terutama yang tidak kita ketahui asal usulnya.

"Hai orang orang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu."
(Al Hujurat 49: 6)

Rasulullah pernah berpesan yang bermaksud:

"Daripada Abu Hurairah r.a., sesungguhnya Nabi s.a.w. bersabda: Cukuplah seseorang itu (untuk dikatakan) berdusta (apabila) dia mengutarakan semua perkara yang didengarnya.
(HR Muslim)

Dan sesungguhnya segala ungkapan yang berasal dari kita, ianya dipertanggungjawabkan:

"Tidak ada satu ucapan pun yang diucapkannnya melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa hadir (Raqib Atid)."
(Al Qaf 50: 18)

2) Apakah amalan membaca surah surah tertentu pada malam semalam benar benar bertepatan dengan amalan Islam yang sahih? Saya masih teringat akan satu kisah di mana, oleh kerana kejahilan Khalifah ketika itu, ketika berlaku pemberontakan yang besar, dia telah mengarahkan semua ulamanya untuk membaca kitab sahih Bukhari dan Muslim untuk membendung pemberontakan tersebut. Islam bukanlah agama mistikal. Ia adalah agama yang praktikal. Ketika mana Rasulullah dan sahabatnya sedang berhadapan dengan kemungkinan perang, Allah menurunkan ayat berikut:

"Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu sanggupi dan dari kuda kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggentarkan musuh Allah, musuhmu dan orang orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya...."
(Al Anfal 8: 60)

Ketika mana Allah memerintahkan kita untuk membuat persiapan dengan apa saja kekuatan, ia bukanlah bermaksud kita memenuhi masjid dan membaca kalamNya dan berdoa sahaja. Adakah musuh Allah akan gentar dengan itu?

Makanya dari segi konten, seruan untuk membaca ayat ayat tertentu pada malam malam tertentu untuk mengelak musibah adalah satu bidaah yang nyata dan tidak berasal dari Islam.

3) Sayyid Hassan Nasrallah adalah pemimpin Hizbullah di Lubnan yang berakidah Syiah. Kita berterima kasih kepada Hizbullah atas dokongan mereka berkaitan isu Palestin. Tetapi kita sekali kali tidak menerima pemimpin mereka sebagai sanjungan kita. Syiah dengan segala fahamannya, mengatakan Ummahatul Mukminin Aisyah ra dan Hafsah ra sebagai pelacur. Mereka telah mengatakan Abu Bakar dan Umar ra ajmain sebagai pengkhianat. Dan mereka mencela sebahagian besar sahabat sahabat Rasulullah saw. Yang mana menurut kita (Ahli Sunnah wal Jamaah) isteri isteri Nabi saw adalah ibu kita, Abu Bakar dan Umar ra adalah sahabat Rasulullah yang terutama dan sahabat sahabat Rasulullah yang lain adalah adil secara ijmak.

Ia seolah olah, seorang jiran kita, menuduh ibu kita sebagai pelacur, pakcik pakcik kita sebagai pengkhianat, kemudian dia menyeru kita untuk berbuat suatu amalan dan kita dengan penuh tawadhu dan gembira menyahutnya. Sifirnya tidak mengena dan pelik.

Walaupun kita berterima kasih kepada Hizbullah atas bantuannya kepada Palestin, tetapi kita harus berhati hati (extra careful), kerana lipatan sejarah membuktikan sebaliknya. Tidak pernah dalam sejarah Islam, Syiah dan Sunnah bersatu untuk memerangi musuh. Apa yang terjadi ialah Sunnah terpaksa berhadapan dengan gabungan Syiah dan musuh Islam. Dan sejarah ialah satu event yang berulang ulang.

4) Pendapat peribadi saya, ini adalah satu propaganda Syiah di Malaysia untuk menggunakan moment yang ada, untuk mengangkat pimpinan mereka di mata masyarakat Malaysia. Sesungguhnya, kita di Malaysia berakidah Ahli Sunnah wal Jamaah. Kita menyeru mereka untuk menahan diri dari membawa akar akar kefahaman Syiah di sini. Kita tidak mahu pergolakan di Iraq berulang di sini. Tidak pernah ada sebarang usaha dari Sunnah untuk menyebarkan kefahamannya di wilayah Syiah. Walaupun banyak usaha taqarrub (mendekatkan) Sunnah dengan Syiah dilakukan oleh Ulama masa kini, terutama Dr Yusuf Qardhawi, beliau terang terang mengatakan, usaha taqarrub ini hanya akan berjaya sekiranya Syiah menghentikan cercaan mereka kepada isteri isteri dan sahabat sahabat nabi, yang mana pada pandangan kita, mereka sangat mulia.

5) Penyebaran SMS ini menampakkan betapa mudahnya jaringan komunikasi kita dimanipulasi oleh pihak yang berkepentingan. Dan bagi sebuah gerakan Islam, perkara ini adalah amat serius dan memerlukan tindakan tegas dan menyeluruh bagi memastikan peristiwa yang sama tidak berulang kembali. Teknologi adalah sebuah wasilah yang bergantung kepada tujuan penggunaannya. Sekiranya ia tidak dikawal dengan baik, maka ia akan merosakkan kita. Contoh yang mudah adalah television.

Untuk umat Islam, keprihatinan kita kepada isu Palestin tidaklah seharusnya menjadikannya satu sebab bagi kita menampakkan sisi ketidakmatangan kita. Dengan batasan yang kita ada, ada banyak benda yang kita boleh lakukan untuk membantu Palestin. Perkara ini sudah dibahas dengan baik oleh Ustaz Hasrizal di blognya.

Mudah mudahan Allah mengampuni dosa kita dan dosa sahabat sahabat kita. Sesungguhnya kita perlu berubah untuk memastikan dunia berubah. 3 syarat perubahan, bak kata AA Gym, ialah 3M:

1) Mulai dari diri sendiri
2) Mulai dari yang kecil
3) Mulai dari sekarang

Wallahualam.

Abu Humaira
Mohd Sahrularifin Ab Manan
Ahli ISMA Cawangan Hulu Langat.

10:20 am , Taman Tenaga.

Friday, June 04, 2010

Gambar Rapat Umum Solidarity- End D Siege on Gaza

Untuk laporan Malay Mail, boleh KlIK DI SINI




Allahu Akbar




Khaibar Khaibar Ya Yahud



Mahasiswa Palestin Pun Join Sekaki



Aisyah Yang Tengah Geram


Seriusnya saya


Si Cilik Uwais


'Amad Yang Moody'


Lepas Pukul 6.00 petang baru dia ber'semangat'

Wednesday, June 02, 2010

Blokade Gaza: Sejarah Pasti Berulang

Telah menjadi sebuah kefahaman, bahawa peristiwa di dunia ini berlaku seperti roda yang berputar. Sebuah kerajaan yang gemilang dek kerana kecekapan pengurusannya, pemimpin yang hebat dan sokongan rakyatnya, perlahan lahan akan melemah dek kerana harta kemewahan, pemberontakan, politik dalaman, ketiadaan bakat pimpinan. Dan akhirnya kerajaan ini roboh dan digantikan dengan kerajaan baru yang mengulangi kembali kehebatan kerajaan sebelumnya. Dan kerajaan baru akan mengalami sunnatullahnya sendiri, perlahan lahan dia akan melemah dan akhirnya akan digantikan lagi dengan kerajaan yang lain.

Umat Islam pernah menjadi sangat terhina ketika mana jatuhnya kerajaan Islam di Iraq pada tentera Monggol. Leher mereka diserahkan untuk disembelih tentera Monggol tanpa sebarang perlawanan, seolah olah binatang ternak yang redha terhadap nasibnya. Oleh kerana putaran alam, yang menjajah akhirnya menganut agama yang dijajah. Dan Islam kembali menyinar.

Dan putaran alam kembali berlaku. Umat Islam kembali terhina, pada 1924M, runtuhlah sistem Khalifah milik umat Islam dek kerana kelemahan umat Islam sendiri. Hingga sekarang, sesudah 86 tahun, kita masih gagal menebus maruah kita.

Tetapi, butakah mata kita? Tidakkah kita melihat percikan kebangkitaan Islam sudah meletus lama. Kebangkitan Islam di mana mana dengan berbagai rupa. Keadaan Islam sudah membaik berbeza di awal awal titik kejatuhan kita. Ertinya, putaran alam, kembali melakukan tugasnya.

Periode an-Nubuwwah (kenabian) akan berlangsung pada kalian dalam beberapa tahun, kemudian Allah mengangkatnya, setelah itu datang periode khilafatun ‘ala minhaj an-Nubuwwah (kekhalifahan atas manhaj kenabian), selama beberapa masa hingga Allah ta’aala mengangkatnya, kemudian datang periode mulkan aadhdhon (penguasa-penguasa yang menggigit) selama beberapa masa, selanjutnya datang periode mulkan jabbriyyan (penguasa-penguasa yang memaksakan kehendak) dalam beberapa masa hingga waktu yang ditentukan Allah ta’aala, setelah itu akan terulang kembali periode khilafatun ‘ala minhaj an-Nubuwwah. Kemudian Nabi Muhammad saw diam,”(HR Ahmad 17680).

Periode an-Nubuwwah = Zaman pemerintahan Nabi sehingga wafat
Khilafatun 'ala Minhaj an-Nubuwwah = Zaman Khalifah ar Rasyidin
Mulkan 'Aadhdhon = Khalifah Bani Umayyah sehingga Khalifah Turki Uthmaniyah
Mulkan Jabbriyyan = Dari 1924M (kejatuhan Khilafah) sehingga sekarang.

Dan Allah menjanjikan akan kembalinya Khilafatun 'ala Minhaj an Nubuwwah. Islam akan kembali kepada era kegemilangannya. Islam akan kembali menjadi syiar yang paling tinggi, menjadi solusi bagi segenap lapisan masyarakat. Janji Allah adalah benar.

Blokade Dunia Terhadap Gaza

Tidakkah kita melihat bahawa peristiwa ini berlaku seperti deja vu kepada umat Islam. Ingatkah kita kepada peristiwa boikot Quraisy terhadap Bani Hasyim yang mana semuanya adalah keturunan dan sahabat Baginda saw. Mereka hidup dalam kesengsaraan, kehinaan dan kepayahan. Sehingga terpaksa memakan kulit kulit kayu dan batu batuan untuk mengalas perut yang lapar.

As-Suhaili berkata: "Apabila suatu kafilah dagangan tiba di Mekah, para sahabat segera pergi ke pasar untuk membeli sedikit makanan untuk keluarga mereka. Lantas bangkitlah Abu Lahab dan berkata "Wahai para pedagang, naikkan harga barang kepada pengikut pengikut Muhammad. Agar mereka tidak dpat membeli apa apa daripada kamu. Kamu semua tahu tentang hartaku dan aku menepati janji. Aku jamin kamu tidak akan rugi."

Yunus pula meriwayatkan daripada Sa'ad bin Abi Waqqash ra bahawa beliau berkata " Aku keluar untuk membuang air kecil pada suatu malam. Semasa kencing, aku terdengar bunyi sesuatu di timpa air kencing. Aku pun ternampak sepotong kulit unta yang kering. Lalu aku mengambilnya dan membasuh kulit itu. Kemudian aku membakarnya dan hancurkannya dengan air. Dengan memakannya, aku bertahan selama 3 hari."

Dan keadaan ini berterusan selama 3 tahun yang suram (Dipetik dari Fiqh Sirah, Muhammad al Ghazali)

Akhirnya tibalah saat Allah menentukan saat pembebasan Bani Hasyim dari blokade Quraisy. Hisyam bin Amru dari Bani Amir bin Lu'ay secara sembunyi sembunyi sering membawa makanan kepada Bani Hasyim. Kemudian dia mendatangi Zuhair bin Abi Umayyah al Makhzumi dan berkata, " Zuhair, apakah kamu sanggup bersenang lenang makan dan minum, sementara kamu mengetahui bagaimana keadaan saudaramu sekarang ini (Bani Hasyim)?" Zuhair menjawab, "Apa yang boleh aku lakukan? Aku hanya seorang diri. Seandainya ada orang lain yang bersedia membantuku, naskah perjanjian (blokade) itu akan kurobek robek." Hisyam menyahut "Kamu telah mendapatkan seorang yang bersedia membantumu" Zuhair bertanya "Siapa dia?" Hisyam menjawab "Saya." Kemudian Zuhair berkata kepada Hisyam "Kita harus mencari orang ketiga"

Kemudian mereka menemui Muth'am bin Ady, dan Hisyam berbicara seperti yang dilakukannya kepada Zuhair dan Muth'am bersetuju. Kemudian mereka berjumpa Abul Bukhturi dan kemudia Zam'ah bin al Aswad. Kelima mereka berkumpul di Hujun dan bersepakat untuk membatalkan perjanjian blokade.

Keesokan harinya, mereka berangkat ke Kaabah dan melakukan tawaf. Setelaf tawaf, Zuhair menghadap ke khalayak dan berkata " Wahai penduduk Mekah, apakah kita bersenang-senang makan dan minum, sedangkan Bani Hasyim kita biarkan binasa, tidak melakukan jual beli? Demi Allah, saya tidak akan duduk sebelum merobek robek naskah pemboikotan yang zalim ini."

Abu Jahal yang berada di sisi berkata: " Kamu dusta. Jangan kau robek" Zam'ah menyanggah Abu Jahal, "Demi Allah, kamu yang berdusta. Kami tidak rela terhadap naskah ini ketika ditulis." Abul Bukhturi memperkuat ucapan Zam'ah, dan sesama mereka, mereka saling memperkuatkan satu sama yang lain.

Sementara itu, Abu Talib yang berada di sisi Kaabah datang kepada mereka, kerana Allah telah menunjukkan kepada RasulNya tentang perkara naskah perjanjian tersebut. Yakni, Allah telah mengirim anai-anai untuk memakan seluruh is perjanjian itu kecuali tulisan yang menyebutkan Allah Azza wa Jalla.

Berita itu Rasulullah sampaikan kepada kaumnya dan Abu Talib keluar menemui orang orang Quraisy dan mengabarkan kepada mereka bahawa anak saudaranya telah berkata begini dan begitu. Jika ia dusta, kami akan menyerahkan dia kepada kalian, dan jika benar, kalian harus menghentikan pemboikotan dan kezaliman terhadap kami. Mereka menjawab "Anda telah berlaku adil".

Setelah terjadi dialog antara orang orang Quraisy dan Abu Jahal, Muth'am bangkit menghampiri naskah perjanjian dan ia melihat seluruh isi kandungan perjanjian telah musnah dimakan anai-anai kecuali tulisan yang tertulis Bismikallahumma. Dengan itu, berakhirlah boikot terhadap Bani Hasyim. (Dipetik dari Ar Raheequl Makhtum, Syeikh Safiyurrahman al Mubarakfuri)

Sejarah akan berulang.

Sebelum ini, Freedom Flotilla, bantuan kemanusiaan untuk Gaza dan juga sebagai sebuah kempen untuk menghentikan blokade Israel kepada Gaza, telah diserang oleh Komando Tentera Israel yang mengakibatkan hampir 20 orang syahid dan mengakibatkan hampir 50 yang lain cedera.

Kempen yang disertai hampir 40 negara, dari Eropah, Arab dan Asia, dari pelbagai agama dan bangsa telah membuka mata dunia tentang hakikat kekejaman tentera Zionis Israel. Kecaman kecaman hebat mula menimpa Israel, Amerika Syarikat terpaksa berhati hati dalam menyatakan sokongan terhadap Israel kerana itu akan mempengaruhi pandangan dunia terhadap kepimpinan mereka, apatah lagi, janji Barrack Obama untuk mengubah polisi luar negaranya, akan meletakkannya pada satu posisi yang sulit.

Sejarah akan berulang. Gaza pasti akan dibebaskan. Allah telah mengaturkannya. Dunia sedang mengikuti perancangan Allah Yang Maha Sempurna.

Tetapi bukan sejarah ini sahaja yang akan berulang. Sejarah yang lain juga. Setelah ini, pasti peristiwa Hijrah yang besar akan berulang juga, meski dalam bentuknya tersendiri. Peristiwa Badar, Uhud, Khaibar akan berulang. Apatah lagi, peristiwa Fathul Mekkah, mungkin menjadi Fathul Palestin.Tentera Muhammad akan menundukkan Yahudi laknatullah 'alaih. "Khaibar khaibar Ya Yahud, Jaisyu Muhammad Saufa Ya'uud, Khaibar, Khaibar, wahai Yahudi, tentara Muhammad akan kembali"

Dari Abi Hurairah ra. bahwa Nabi SAW bersabda, "Tidak akan terjadi hari kiamat hingga kalian (muslimin) memerangi Yahudi, kemudian batu berkata dibelakang Yahudi, "Wahai muslim, inilah Yahudi di belakangku, bunuhlah!" (HR Bukhari dan Muslim dalam Shahih Jami' Ash-Shaghir no. 7414)

Tidak akan terjadi hari kiamat, hingga muslimin memerangi Yahudi. Orang-orang Islam membunuh Yahudi sampai Yahudi bersembunyi di balik batu dan pohon. Namun batu atau pohon berkata, "Wahai muslim, wahai hamba Allah, inilah Yahudi di belakangku, marilah dan bunuh saja. Kecuali pohon Gharqad (yang tidak demikian), karena termasuk pohon Yahudi." (HR Muslim dalam Shahih Jami' Ash-shaghir no. 7427)

Persoalannya, dimanakah kita?

Sesungguhnya, dari zaman kejatuhan Khalifah Islamiah Turki, sesuai peraturan alam, di dalam kebangkitan ini, ramai yang telah mengukir nama, menjadi sebahagian dari arkib sejarah. Menempa nama mereka di dalam peristiwa peristiwa penting kebangkitan Islam. Menyumbang harta dan jiwa mereka bagi menyelamatkan umat ini dari kehinaan. Sepanjang masa, nama nama ini akan terus terpahat di jiwa mereka yang rindukan kemenangan. Hasan al Banna, Syed Qutb, Abu 'Ala al Maududi, Syeikh Muhammad al Ghazali, Syeikh Zakaria dan Yusuf Kandahlawi, Syeikh Taqiuddin Nabhani dan berbagai lagi.

Di dunia kontemporer, perjuangan Islam tidak pernah surut. Seruan kebenaran akan selalu bergema. Cuma, dimanakah kita? Adakah kita golongan yang diseru itu? Atau kita adalah golongan yang menyeru?

Oleh itu, apa yang kita tunggu lagi. Mari menjadi sebahagian dari aturan Allah dalam membebaskan umat ini.

Ayuh berdakwah dan ber tarbiyah. Jom Halaqah!!

Abu Humaira
Mohd Sahrularifin Ab Manan
Ahli ISMA Cawangan Hulu Langat.

p/s:

BANTAHAN SEKATAN GAZA & SOKONGAN TERHADAP PENDIRIAN KERAJAAN TURKI akan dianjurkan oleh Aman Palestin, ISMA dan PEMBINA seperti berikut:

Tarikh: Jumaat, 4 Jun 2010
Masa : 11.00 pagi
Tempat: Di Depan Kedutaan Turki

Wednesday, February 10, 2010

Komen tentang Mesir

Ini adalah kali kedua ana ke Mesir, bumi Kinanah. Tahun lepas ana pergi 1 Feb-14 Feb, tahun ini 5 Feb-13 Feb. Alhamdulillah, jatuh pada musim sejuk.

Yang ana suka tentang Mesir:

1) Mudah beribadah (tak tahu kenapa)
2) Ukhuwah
3) Masyarakat dekat dengan Al Quran (dah jadi budaya)
4) Harga transportation murah, terutama luar Cairo
5) Student sini yang baru ana kenal panggil ana ustaz, memang kebiasaan di sini.
6) Harga sayuran dan buah buahan murah
7) Kagum. driver derang berani dan cekap. (sebenarnya gerun)
8) Air jus buah buahan yang superb sedap.
9) Masjid merata rata, so banyak pilihan.
10) Banyak perempuan pakai purdah dan menutup aurat
11) Solat berjemaah yang meriah
12) Jubah wanita dia cantik cantik dan murah (untuk zaujah, sejuk mata memandang)
13) Buat cermin mata, half-frame, glass multi-coated layer, anti-reflection dan warna bertukar ikut suhu, hanya RM 110. Murah tu.

Yang ana tak suka tentang Mesir:

1) Kotor dan berhabuk
2) Kencing merata rata
3) Serabut
4) Jalan redah semacam.
5) Makanan dia tak best
6) Kena berlari kejar bas
7) Duk berhimpit himpit macam sardin dalam bas dan tremco.
8) Kena banyak berjalan
9) Roti dia keras, kalau lembut pun,x selembut roti gardenia, tp harga RM 4++ sebuku.
10) Tak faham bahasa 'Amiyah (bahasa pasar), actually tak faham pun fushah (hehe)

Itu sahja coretan pribadi. Nnt update perjalanan kt sini insyaAllah.

p/s: berhajat untuk menulis tentang isu yang lebih serius berbanding isu diri sendiri, nampaknya masih belum kesempatan. Tp, alhamdulillah, blog kembali akktif setelah tersadai hampir 3 tahun.

Tuesday, February 09, 2010

Dedicated to my lovely Wife (Happy 5th Anniversary)

Happy 5th Anniversary, may Allah bless our Marriage
(10 February 2005-10 February 2010)
Untukmu sayang, dari suamimu yang di kejauhan...

Maher Zain
For The Rest Of My Life

For The Rest Of my Life
I praise Allah for sending me you my love
You found your home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO
And there is a couple words I want to say
Chorus:
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you...loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I…I`ll be there for you

I know it deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together in Jannah
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
OOOO
And theres a couple word I want to say

*Repeat Chorus
I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally

Repeat Chorus
I know that deep in my heart..

Saturday, February 06, 2010

Catatan Jaulah Mesir 5-13 Feb 2010 (1)

Hari Pertama

Sebelum penerbangan.

- Beli kasut dan stoking.
- Baju winter kat bundle harga RM 10.
- Berangkat jam 8.25 am
- Meninggalkan wang dan pesan kepada isteri. Mencium anak anak yang sedang tidur.
- Berjumpa dengan Akh Kojie dan Akh Nukman untuk menyerahkan amanah pengurusan perniagaan dan juga kesinambungan dakwah.
- Cek passport dan tiket.
- Tukar duit ke US Dollar
- Sampai KLIA check-in, boarding pukul 9.35, flight pukul 10.35.

Semasa penerbangan

- Naik Gulf Air, ruang agak luas compare dengan Egypt Air. Sentiasa cuba untuk melelapkan mata bagi menghindari jet lag.
- Duduk sorang sahaja dalam barisan tengah. Ingat nak baring, tetiba ada pak arab ni duduk n buka laptop dia.
- Makanan biasa tetapi Alhamdulillah kenyang.
- Ada pak arab yang minum vodka ngan wine, husnu dzon mungkin diorang bukan orang islam.
- Boring. Nak baca buku tapi mengantuk.
- Transit di Bahrain. KL-Bahrain 8 jam.
- Sampai jam 2 waktu Bahrain, jam 7 waktu Malaysia.
- Flight ke Cairo pkl 4.45 waktu Bahrain.
- Lapar. Makan kat Restoran Jasmi’ dalam Bahrain International Airport.
- Kentang goreng, Burger dan air harga dia BD 2.40, sama dengan RM 24.00. (Mahalnya)
- Pkl 3 masuk waktu asar, terus pergi solat n jamak qasar.
- Pergi toilet untuk tukar baju. Hp jatuh ke lantai, pecah n masuk air. Terus rosak 
- Berusaha membaiki HP, tetapi tidak Berjaya. Berdoa mudah mudahan ada Ikhwah yang sudah menunggu di Cairo International Airport.
- Berangkat jam 5, flight delay.
- Ingat nak tidur, tetapi ada 2 orang Cina kat belakang bersembang macam flight dia yang punya. Non-stop sembang sampai Cairo. Perempuan pun x sembang macam tu.

Ketibaan.

- Sampai jam 7.20 pm di Cairo (Pkl 1.20am waktu Malaysia). Suhu 10 degree celcius. Sib baik ada baju winter RM 10 
- Nasib baik Akh Affiq, Akh Kimi dan Akh Jarir sudah sedia menunggu.
- Setengah jam jalan nak cari bas ke rumah Affiq, last2 naik teksi. 35junaih (RM23.50)
- Rupa2nya rumah affiq dekat ARMA (Dewan Asrama Malaysia)
- Solat maghrib isya.
- Affiq ajak makan kat Restoran Cina. Order 6 pinggan, 2 pinggan lauk, 4 pinggan lg untuk kami berempat. Rupa2nya, 1 hidang pinggan cukup untuk makan 4 orang, tp kami order smp 6 pinggan. Huhu, larat habiskna 5 pinggan je, Jarir menjadi juara. Total 67junaih (RM44.50). Masing2 menggeleng kepala memikirkan kemewahan makanan yang baru dinikmati tetapi tetap bersyukur .
- Jam 10 malam ana tidur dengan berselimut tebal. Indahnya tidur.
- K, esok sambung.