Thursday, November 09, 2006

Pendedahan Mufti dan Dato' Azhar Mansor

Isu berkaitan dengan penyebaran sms berkaitan dengan pembaptisan orang Melayu di Gereja di Silibin sedang menjadi isu yang sangat panas diperkatakan di saat ini. Bagi kami di UTP, kami masih menanti nanti untuk mengetahui kisah yang sebenarnya berlaku. Dan saya rasa, semua orang di luar UTP pun sedemikian. Jumlah hit di dalam blog saya pun meningkat setelah saya memberi komen terhadap isu ini.

Alhamdulillah, bagi saya ini adalah bukti bahawa umat Islam di negara ini masih sensitive terhadap akidah mereka. Walaupun tidaklah sehebat apa yang berlaku di dalam kes Natrah yang lama dahulu (saya pun belum lahir lagi), di mana umat Islam bangkit untuk menjaga akidah seorang budak perempuan yang di ancam kemurtadan., tetapi semangat itu masih tidak padam, walaupun sinarnya tidak seterang dahulu. Saya menganggapkan sinar ini akan terus menyinar, dan memberi petanda bahawa kebangkitan Islam akan kembali berlaku, InsyaAllah.Amin.

Alhamdulillah sahabat saya telah mengambil langkah yang sangat proaktif untuk bertanya khatib yang memberi khutbah untuk menjelaskan perkara sebenar, adakah seperti apa yang dia khutbahkan. Peristiwa bertemu dengan mufti adalah perkara benar, dan pendedahan oleh mufti juga adalah benar. Cuma sahaja, menurut beliau, mufti mengingatkan untuk tidak dilakukan demonstrasi kerana maklumat yang dia terima masih tidak begitu jelas. Dan berkenaan dengan khutbah beliau, walaupun beliau mendedahkan akan peristiwa ini, tetapi beliau ada menegaskan bahawa ianya masih lagi belum pasti (saya x pasti ada tidak beliau sebutkan, mungkin saya je kot yang x perasan)

Apa pun, walaupun umat Islam boleh dikatakan ‘tertipu’ dengan sms tersebut, tetapi semangat mereka untuk membela akidah patut dipuji. Bahkan diceritakan kepada saya, orang yang tidak mengerjakan solat pun turut ikut serta. Ketika ditanya, dia kata seteruk teruk dia, tak lah dia sampai mahu murtad. Pelajaran yang boleh diambil oleh umat Islam ialah mereka perlu untuk memeriksa segala berita yang mereka terima, terutama di dalam hal hal yang sensitive ini, agar umat Islam tidak dimalukan lagi (saya telah mengambil pelajaran, insyaAllah)

Walaupun sms itu adalah palsu, tetapi hakikat ramai umat Islam yang telah murtad adalah benar. Pendedahan yang dibuat oleh Sahibus Samahah di UTP (10 Oktober) dalam salah satu talknya bersama dengan student ada menyebutkan lebih kurang 360000 telah memasuki agama Kristian, 100000 agama Hindu dan 100000 masuk ke dalam ajaran sesat. Walaupun ramai pihak yang mempersoalkan keshahihan cerita ini, tetapi saya andaikan ia adalah satu yang benar melihatkan pada kedudukan beliau sebagai seorang mufti.

Kes kes seperti Lina Joy, Aisyah Bukhari, Hartina Kamaruddin dan ramai lagi adalah sebahagian kecil kes murtad yang dikesan oleh akhbar arus perdana kita. Sehingga tidak dapat lagi hendak dinafikan bahawa gerakan dakyah kristian untuk memurtadkan umat Islam exist dan berkembang mekar. Gerakan dakyah ini bahkan mendapat financial support yang sangat besar dari pihak pihak tertentu.

Berkaitan dengan Dato’ Azhar Mansor, statusnya masih lagi boleh dikatakan tidak menentu. Ada pihak yang mengatakan dia sudah murtad, ada pihak yang mengatakan dia masih Islam. Saya kirakan, adalah menjadi kewajipan bagi beliau untuk menjelaskan perkara sebenar berkaitan dengan akidah beliau. Andai lebih lama masa yang beliau gunakan untuk membuat kenyataan berkaitan dengan akidahnya, maka ia seolah olah membenarkan tuduhan ke atas beliau.

Apa pun , kita sebagai umat Islam perlu sedar akan ancaman yang sedang kita hadapi sekarang ini. Kita berhadapan dengan perkara yang boleh merosakkan akidah kita, anak anak kita, cucu cucu kita, adik beradik kita, dan yang paling nyata ialah akidah umat Islam itu sendiri. Bekalkan diri dengan iman, sebarluaskan dakwah agar umat sedar akan kebenaran agama Islam dengan kesedaran yang jitu, tidak mudah digoncangkan. Bahkan justeru, umat kita mampu untuk menunjukkan akhlak yang baik, yang mampu untuk menarik non-muslim ke arah islam, seperti yang disebut oleh Ustaz Maszlee, sesungguhnya jumlah non-muslim yang mampu kita tarik untuk masuk Islam adalah lebih tinggi dari umat Islam yang mahu murtad. Wallahu’alam.

“Tidakkah Engkau melihat (Wahai Muhammad) Bagaimana Allah mengemukakan satu perbandingan, iaitu: kalimah Yang baik adalah sebagai sebatang pohon Yang baik, Yang pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh, dan cabang pucuknya menjulang ke langit.Dia mengeluarkan buahnya pada tiap-tiap masa Dengan izin Tuhannya. dan Allah mengemukakan perbandingan-perbandingan itu untuk manusia, supaya mereka beringat (mendapat pelajaran).”

(Ibrahim 14:24-25)

No comments: