Showing posts with label Keluarga. Show all posts
Showing posts with label Keluarga. Show all posts

Friday, September 17, 2010

SEPATUTNYA awak sebagai isteri....?

Dari artikel Ust Hasrizal di saifulislam.com dan juga bukunya Murabbi Cinta.

Sabar, Ikhlas, Redha
Ramuan Suami Mithali
Mampukah Aku?

Di Dalam Dunia Yang Serba TIDAK PATUT Ini


“Saya susah hati,” kata Nasir.

“Kenapa?” saya menoleh ke arahnya.

“Bulan depan saya akan menyertai ‘kelab ustaz’!” ujar beliau.

“Kelab Suami Doktor ke?” saya bertanya.

“Ya. Tak lama lagi Insya Allah,” kata Nasir lagi.

“Alhamdulillah. Welcome to the club, akhi!” saya teruja dan menumpang gembira.

Di kalangan rakan yang mengenali, istilah ‘Kelab Suami Doktor’ itu sinonim dengan saya. Hingga ada yang secara lurus bendul mahu mendaftarkan diri dengan organisasi yang hakikatnya hanya gurauan sesama kami sahaja.

Saya menumpang kereta Nasir untuk pulang daripada menjalankan sebuah program latihan siswazah. Perjalanan sejam menuju ibu kota tidak kami sia-siakan kerana walaupun sama-sama tinggal di Kuala Lumpur, peluang berjumpa dan berbual bukan selalu diperolehi.

Satu bentuk usrah barangkali.

“Mengapa susah hati?” saya teringat balik kepada soalan asal Nasir.

“Macam-macam cerita yang saya dengar. Trauma barangkali. Malah sekarang ini pun sudah ketara sibuknya bakal isteri saya,” cerita beliau.

“Oh begitu. Anta pun apa kurangnya. Jurutera atau doktor, sibuknya lebih kurang sahaja” saya cuba mengendurkan persepsi Nasir.

“Selain apa yang ada dalam buku Aku Terima Nikahnya dan Bercinta Sampai ke Syurga, apa yang boleh ustaz nasihatkan saya? Nasihat ringkas dan padat untuk saya pegang” pinta Nasir.

TAHAP TOLERANSI

“Hmm… ana menimbang-nimbang permasalahan yang sampai ke pengetahuan. Rasanya, kebanyakan kita mempunyai tahap toleransi sekadar lima tahun sahaja. Selepas lima tahun, mula berantakan, bermasam muka, tak bertegur sapa, malah membelakangkan semua hasil mahsul Tarbiyah hingga tergamak bermain kayu tiga,” saya memulakan kisah.

“Berat tu, ustaz. Apa penyelesaiannya?” Nasir kelihatan sedikit resah.

“Tidak semudah itu untuk memberi penyelesaian. Tetapi sekurang-kurangnya ustaz boleh cadangkan satu petua penting” saya menambah.

“Apa dia?” beliau bertanya.

“Kurangkan SEPATUTNYA di dalam hidup ini!” saya cuba membuat rumusan yang mudah saya dan Nasir ingat tatkala melayari kehidupan berumahtangga.

Mungkin pelik bunyinya.

Memang SEPATUTNYA adalah sesuatu yang diperlukan untuk kita menetapkan matlamat, tetapi ia juga boleh menjadi racun yang memusnahkan kehidupan berumahtangga tatkala SEPATUTNYA menjadi sesuatu yang dipertahankan melebihi APA YANG PATUT.

“Sepatutnya, awak sebagai isteri kenalah…” ayat ini boleh dituturkan oleh sang suami dari pagi ke pagi.

“Awak sebagai suami, sepatutnya…” balas si isteri pula.

Sukar untuk sebuah rumahtangga berdiri dengan aman apabila terlalu banyak SEPATUTNYA yang diperjuangkan. Jika di dalam Bahasa Inggeris, SEPATUTNYA itu adalah sebuah EXPECTATION. Kita meletakkan banyak jangkaan dan jangkaan itulah yang kemudiannya berubah menjadi kekecewaan.

PEMIKIRAN IDEAL

Semasa mula berumahtangga, dengan pemikiran yang ideal tentang Bait Muslim, kita merancang pelbagai benda.

Misalnya, si isteri bercita-cita untuk si suami menjadi Imam Mithali dalam sebuah rumahtangga. Mengimamkan solat, memberi tazkirah dan membacakan hadith kepadanya setiap hari dan pelbagai impian yang indah lagi sempurna.

Bukan sahaja dalam soal ibadah dan amalan Islam di dalam rumahtangga, si isteri juga mahu suaminya menjadi seorang menantu yang diidam-idamkan oleh ibu bapanya. Menantu yang boleh diharap, yang pandai mengambil hati mertua dan terpercik pujian kepadanya kerana bijak menemukan calon suami yang begitu.

Itulah impiannya.

Impian yang kemudiannya mula memberanakkan pelbagai SEPATUTNYA di sepanjang pelayaran rumahtangga.

Suami pun sama juga.

Beliau mengidamkan sebuah kehidupan yang teratur, tidak perlu lagi bersusah payah ke dapur seperti di alam bujang yang serba kurang. Isteri dikahwini dengan 1001 harapan agar dapat berperanan dengan cemerlang, malah bayangan ibunya sendiri yang bermujahadah membesarkan beliau dan seisi keluarga menjadi kayu ukur untuk menilai pencapaian isteri yang dinikahinya itu.

Harapan.

Tempat kelahiran banyak SEPATUTNYA apabila satu demi satu harapan itu tidak kesampaian.

“Tapi ustaz, bukankah SEPATUTNYA itu perlu supaya kita boleh muhasabah tahap masing-masing?” soal Nasir kepada saya.

“Betul. Namun jika kita bercakap tentang soal survival rumahtangga, SEPATUTNYA itu juga memerlukan muhasabah yang khusus. Periksa balik dari semasa ke semasa, mungkin ada beberapa SEPATUTNYA yang perlu kita uzurkan. Terutamanya suami” saya menambah.

“Misalnya?” Nasir tidak puas hati.

KISAH TELADAN

“Macam yang anta katakan tadi, anta mengharapkan agar isteri anta menjadi menantu yang baik kepada ibu bapa anta. Namun selepas lima tahun berumahtangga, isteri anta masih tidak mesra dengan mertuanya. Tetapi dia masih seorang isteri yang baik. Bincangkanlah hal ini dengan isteri. Ruang untuk beliau membuat perubahan, memerlukan anta untuk mengundurkan beberapa SEPATUTNYA. Kalau anta masih mahu mempertahankan expectation di awal perkahwinan dahulu, takut-takut yang dikejar tidak dapat ketika yang dikendong berciciran. Reality check, kata orang kampung ana!” saya menyambung lagi.

“Hmm. Takut saya. Ustaz sendiri masa baru-baru kahwin macam mana ustaz amalkan bab SEPATUTNYA ini?” soal beliau.

“Di awal perkahwinan, kami tinggal berjauhan. Ana di Belfast dan isteri di Galway, kemudiannya Letterkenny. SEPATUTNYA selepas kahwin kami dapat bersama sepuas-puasnya, tetapi keadaan tidak mengizinkan. Malah selepas mendapat tahu yang isteri mengandung, SEPATUTNYA ana yang turun ke Galway atau naik ke Letterkenny melawat isteri. Tetapi hujung minggu adalah kemuncak kesibukan ana. Maka Ummu Saif yang turun naik bas pergi ke Belfast dalam keadaan sarat mengandung. Apa nak buat?” saya membuka cerita.

“Tahan ke?” Nasir seakan-akan tidak yakin.

“Kami berkahwin semasa usia lebih kurang anta dan bakal isteri. Tidak sampai seminggu selepas akad nikah, Ummu Saif sudah memulakan rotation beliau sebagai doktor junior yang menjalani tempoh housemanship yang sangat menekan. Kerja separuh mati, balik rumah sudah tidak punya sisa tenaga untuk buat apa-apa. Sebagai suami, ana ada banyak SEPATUTNYA yang boleh ditimbulkan. Tetapi menyedari akan realiti, banyak SEPATUTNYA yang ana buang” saya mengimbau kisah lama.

“Misalnya?” soal Nasir.

“Ana kemas rumah, ana masak dan bawa makanan ke hospital. Dan jika dua-dua sudah terlalu letih untuk balik, kami bermalam sahaja di Doctor Rest yang sempit itu. Esok paginya ana bawa bekas-bekas makanan kotor itu balik ke rumah untuk dibasuh. Cuba untuk bahagia dengan keterbatasan yang ada,” saya berkongsi kisah dengan bakal suami doktor yang seorang ini.

“Sampai bila proses membuang SEPATUTNYA itu perlu dibuat?” Nasir cemas.

“Sampai MATI. Sampai terkambus di liang lahad!” saya menjawab ringkas.

“Suami sahaja?” Nasir gelisah.

PERAWAN MANJA

“Kalau perempuan daripada zaman batu sampai zaman hutan batu mampu bergadai nyawa beranak, beranak dan beranak, mengapa lelaki hari ini yang sudah tidak mengangkat pedang di medan jihad tidak mampu untuk BERJIHAD menjaga rumahtangga? Manja sangatkah perawan akhir zaman sekarang?” saya cuba menyuntik semangat.

“Beratnya jadi suami. Mesti mampu sabar sampai ke mati!” ulas Nasir. Pendek.

“Sabar itu di permulaan sahaja. Insya Allah ia akan naik taraf menjadi redha” saya menokok.

“Susah saya nak bayangkan macam mana suami sabar dan redha sampai ke kubur” Nasir jujur memberitahu.

“Sebab itu ramai anak menjadi pening melayan ibu yang tua selepas kematian ayah!” saya terkenang kisah seorang teman.

“Kenapa?” Nasir tidak faham.

“Hebatnya seorang suami dan ayah, dia mengundurkan banyak SEPATUTNYA hingga dibawa ke kubur. Tolak ansur ayah itu menjadi pakaian yang menghijab kekurangan si isteri yang juga ibu kepada anak-anak mereka berdua. Apabila ayah sudah tiada, barulah kelemahan-kelemahan si ibu muncul menjadi ‘perangai’ yang meletihkan anak-anak. Lepas ayah mati, baru nampak rupa emak yang tidak pernah dilihat sebelum ini.” saya mencukupkan penjelasan.

“Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka” [al-Baqarah 2: 186]

Suami yang menjadi pakaian isteri itu menyembunyikan kelemahan-kelemahan si isteri dengan penuh sabar dan redha hingga dibawa mati bersama ke kubur, sampai anak tidak nampak kelemahan ibu mereka sepanjang ayah ada bersama. Dia dikebumikan bersama banyak SEPATUTNYA yang dibawa mati tanpa rasa terkilan.

“Inikah maksudnya ERTI HIDUP PADA MEMBERI bagi seorang suami, ustaz?” tanya Nasir.

“Ya. Ia bukan slogan. Tetapi sumber kekuatan diri,” saya menyetujui beliau.

“Dari manakah kekuatan itu mahu dicari?” Nasir melangsaikan pertanyaan.

“Kita hidup dalam dunia yang penuh dengan benda yang TIDAK PATUT. Jadi berpada-padalah pada melayan SEPATUTNYA yang banyak hinggap ke diri. Hidup memberi itu mustahil boleh dibuat-buat, sehinggalah kita berjaya untuk benar-benar percaya, bahawa kita hanyalah HAMBA kepada-Nya. Hamba tidak layak meminta-minta dan meletakkan pelbagai standard atau jangkaan hidup. Fokuskan kepada peranan, dan syukuri setiap yang diterima, biar sekecil mana pun ia” saya selesai berkongsi pandangan.

“Ustaz rasa saya mampu?” Nasir menoleh ke arah saya.

“Berikan ilmu kepada akal supaya tahu. Suntikkan iman ke hati supaya mahu. Berjihadlah menundukkan nafsu supaya mampu. Insya Allah!” saya tersenyum.

Kami sama-sama sepi.

Merenung hutan belantara yang luas terbentang di kiri dan kanan lebuh raya. Hutan tebal yang menyembunyikan 1001 isi dan rahsia, seperti sebuah perjalanan rumahtangga yang tidak diketahui akan rupa kembaranya di hari-hari muka.

Selamat berumahtangga, Nasir.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG

Thursday, November 06, 2008

Aina anta Abi!!

Lagu: Di manakah abi
Artis: Ar-Raid

Dalam damai teratak sepi,
menjelma pertanyaan menyentap hati.
Bermainlah pilu sang isteri,
membelai pipi permata suci...

Ummi, di manakah abi?
Bergetarlah bibir mencari...
Perlukah, kukisahkan apa yang terjadi...
pada si kecil yang ingin mengerti,
sayang, Abi kekasih ummi,
pergi mencari cinta ILLAHI...

Tidurlah sayang
ummi dodoikan
bersama dzikir mendamaikan....

Bangunmu esok
menjadi pejuang
mujahid sepanjang zaman...


Thursday, February 01, 2007

Serangkap Puisi Buat Isteri

~Serangkap Puisi Buat Isteri~

Sepanjang kehidupan ini
Belum lagi ku temui
Kebahgiaan yang kucari
Masih Jauh dari sisi

Ku berjalan tanpa henti
Mencari sesuatu untuk dimiliki
Sayangnya aku masih lagi mencari
Bila bertemu belum pasti


Sedang sibuk ku meneliti
Tiba-tiba kau muncul disisi
Membawa seribu erti
Buat diri ini yang dalam sepi


Kini awan mendung berlalu pergi
Datang pula pelangi pembawa seri
Semoga cahaya pelangi selalu disisi
Menemani diriku dikala sepi
(dipetik dari http://azmanidah.blog.com/Puisi/)

Selamat Ulangtahun ke 2, wahai bidadari tercinta.
1 Muharram 1426H-1 Muharram 1428H

Friday, January 05, 2007

Wahai anakku, bersabarlah!!

Darah mula menitik menuruni pipi putih anakku ini. Tidak lama sejurus itu, Aisyah mula menjerit kesakitan. Sayu, pilu, sedih. Luluh jantungku. Ku pegang tangan kecilnya, ku hentikan gerak jemari tangannya yang buas menggaru kepalanya yang kegatalan. Lalu ku peluk Aisyah, kudekatkan ke dadaku, ku lantunkan pujian selawat ke atas Rasulullah, ku harap Aisyah beroleh ketenangan. Syafakillah ya Aisyah, semoga Allah menyembuhkanmu nak!. Tidak hentiku doakan buat anakku ini. Air mataku mengalir perlahan lahan, dadaku sebak, pedih tidak terkata. Andai dunia ini milikku, ingin saja ku pindahkan kesakitanmu ke atas diriku, wahai anakku. Biar Abimu yang menanggung derita, bukan dirimu. Malam ini terasa amat panjang sekali.

Apalah gerangannya perasaan Ummimu Aisyah melihat keadaanmu begini? Pasti lebih peritkan. Ummimu adalah insan yang paling mencintaimu wahai anakku. Jangan sesekali kau derhaka padanya, ingatlah pesanan Abimu ini, ye Aisyah. Janganlah sesekali kau tinggikan suaramu padanya, ye Aisyah, owh andai kau memahami.

Lalu Ummi pun menyapukan bedak sejuk ke atas kepala Aisyah yang kegatalan, alhamdulillah, puji untukmu ya Allah, kegatalannya pun hilang. Lalu malam itu pun berlalu sesudah lelapnya mata si bayi, di alun dodoian tasbih dan tahmid dari Sang Ummi. Ku harap ini yang penghabisan, ku tidak mahu menempuhi malam seperti ini lagi.

p/s: setelah diperiksa pakar, ternyata Aisyah terkena penyakit kulit iaitu Seboric Eczema yang bersifat gatal gatal di seluruh kulit, terutama ketika panas dan berpeluh. Aisyah mewarisi sakit ini dari Mak Chiknya yang menghidap penyakit sama ketika kecil, menurut doktor tersebut, faktor kehadiran penyakit ini adalah faktor keturunan, dan insyaAllah akan hilang ketika Aisyah berusia 2 tahun. Sepanjang tempoh 2 tahun tersebut, penyakit terkadang akan hilang dan terkadang akan datang kembali. Minta doa dari semua moga Allah memberikan keringanan kepada Aisyah, Amin.

Friday, November 24, 2006

Barangkali, Kitalah Penyebabnya

Barangkali, Kitalah Penyebabnya


oleh Muhammad Fauzail Adhim


Menjelang tengah malam, seorang ikhwan mengirim SMS kepada saya. Dia seorang aktivis yang amat banyak menghabiskan waktunya untuk menyebarkan kebaikan. Bila berbicara dengannya, kesan yang tampak adalah semangat yang besar di dadannya untuk melakukan perbaikan. Kalau saat ini yang mampu dilakukan masih amat kecil, tak apa-apa. Sebab perubahan yang besar tak 'kan terjadi bila kita tidak mau memulai dari yang kecil. Tetapi kali ini, ia berkirim SMS bukan untuk berbagi semangat. Ia kirimkan SMS karena ingin meringankan beban yang hampir ada kerinduan yang semakin berambah untuk memiliki pendamping yang dapat menyayanginya sepenuh hati.

SMS ini mengingatkan saya pada beberapa kasus lainnya. Usia sudah melewati tiga puluh, tetapi belum juga ada tempat untuk menambatkan rindu. Seorang pria usia sekitar 40 tahun, memiliki karier yang cukup sukses, merasakan betapa sepinya hidup tanpa istri. Ingin menikah, tapi takut ! tak bisa mempergauli istrinya dengan baik. Sementara terus melajang merupakan siksaan yang nyaris tak dapat ditahan. Dulu ia ingin menikah, ketika keriernya belum seberapa. Tetapi niat itu dipendam dalam-dalam karena merasa belum mapan. Ia harus mengumpulkan dulu uang yang cukup banyak agar bisa menyenangkan istri. Ia lupa bahwa kebahagiaan itu letaknya pada jiwa yang lapang, hati yang tulus, niat yang bersih dan penerimaan yang hangat. Ia juga lupa bahwa jika ingin mendapatkan istri yang bersahaja dan menerima apa adanya, jalannya adalah dengan menata hati, memantapkan tujuan dan meluruskan niat. Bila engkau ingin mendapatkan suami yang bisa menjaga pandangan, tak bisa engkau meraihnya dengan, "Hai, cowok... Godain kita, dong. "

Saya teringat dengan sabda Nabi Saw. (tapi ini bukan tentang nikah). Beliau berkata, "Ruh itu seperti pasukan tentara yang berbaris." Bila bertemu dengan yang serupa dengannya, ia akan mudah mengenali, mudah juga bergabung dan bersatu. Ia tak bisa mendapatkan pendamping yang mencintaimu dengan sederhana, sementara engkau jadikan gemerlap kemapananmu sebagai pemikatnya? Bagaimana mungkin engkau jadikan gemerlap kemapananmu sebagai pemikatnya? Bagaimana mungkin engkau mendapatkan suami yang menerimamu sepenuh hati dan tidak ada cinta di hatinya kecuali kepadamu; sementara engkau berusaha meraihnya dengan menawarkan kencan sebelum terikat oleh pernikahan? Bagaimana mungkin engkau mendapatkan lelaki yang terjaga bila engkau mendekatinya dengan menggoda?

Di luar soal cara, kesulitan yang kita hadapi saat ingin meraih pernikahan yang diridhai tak jarang kerana kita sendiri mempersulitnya. Suatau saat seorang perempuan memerlukan perhatian dan kasih-sayang seorang suami, ia tidak mendapatkannya. Di saat ia merindukan hadirnya seorang anak yang ia kandung sendiri dengan rahimnya, tak ada suami yang menghampirinya. Padahal kecantikan telah ia miliki. Apalagi dengan penampilannya yang enak dipandang. Begitupun uang, tak ada lagi kekhawatiran pada dirinya. Jabatannya yang cukup mapan di perusahaan memungkinkan ia untuk membeli apa saja, kecuali kasih-sayang suami.

Kesempatan bukan tak pernah datang. Dulu, sudah beberapa kali ada yang mau serius dengannya, tetapi demi karir yang diimpikan, ia menolak semua ajakan serius. Kalau kemudian ada hubungan perasaan dengan seseorang, itu sebatas pacaran. Tak lebih. Sampai karier yang diimpikan tercapai; sampai ia tiba-tiba tersadar bahwa usianya sudah tidak terlalu muda lagi; sampai ia merasakan sepinya hidup tanpa suami, sementara orang-orang yang dulu bermaksud serius dengannya, sudah sibuk mengurusi anak-anak mereka. Sekarang, ketika kesadaran itu ada, mencari orang yang mau serius dengannya sangat sulit. Sama sulitnya menaklukkan hatinya ketika ia muda dulu.

Masih banyak cerita-cerita sedih semacam itu. Mereka menunda pernikahan di saat Allah memberi kemudahan. Mereka enggan melaksanakannya ketika Allah masih memberinya kesempatan karena alasan belum bisa menyelenggarakan walimah yang "wah". Mereka tetap mengelak, meski terus ada yang mendesak; baik lewat sindiran maupun dorongan yang terang-terangan. Meski ada kerinduan yang tak dapat diingkari, tetapi mereka menundanya karena masih ingin mengumpulkan biaya atau mengejar karier. Ada yang menampik "alasan karier" walau sebenarnya tak jauh berbeda. Seorang akhwat menunda nikah mesti ada yang mengkhitbah karena ingin meraih kesempatan kuliah S-2 ("Tahun depan kan belum tentu ada beasiswa"). Ia mendahulukan pra-sangka bahwa kesempatan kuliah S-2 tak akan datang dua kali, lalu mengorbankan pernikahan yang Rasullah Saw. Telah memperingatkan: "Apabila datang kepadamu seorang laki-laki (untuk meminang) yang engkau ridha terhadap agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah dia. Bila tidak engkau lakukan, maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerusakan yang merata di muka bumi." (HR. At-Ti! rmidzi dan Ahmad).

Saya tidak tahu apakah ini merupakan hukum sejarah yang digariskan oleh Allah. Ketika orang mempersulit apa yang dimudahkan oleh Allah, mereka akhirnya benar-benarmendapati keadaan yang sulit dan nyaris tak menemukan jalan keluarnya. Mereka menunda-nunda pernikahan tanpa ada alasan syar'i, dan akhirnya mereka benar-benar takut melangkah di saat hati sudah sangat menginginkannya. Atau ada yang sudah benar-benar gelisah, tetapi tak kunjung ada yang mau serius dengannya.

Kadangkala, lingkaran ketakutan itu terus belanjut. Bila di usia-usia dua puluh tahunan mereka menuda nikah karena takut dengan ekonominya yang belum mapan, di usia menjelang tiga puluh hingga sekitar tiga puluh lima berubah lagi masalahnya. Laki-laki sering mengalami sindrom kemapanan (meski wanita juga banyak yang demikian, terutama mendekati usia 30 tahun). Mereka menginginkan pendamping dengan kriteria yang sulit dipenuhi. Seperti hukum kategori, semakin banyak ! kriteria semakin sedikit yang masuk kategori. Begitu pula dengan kriteria tentang jodoh, ketika kita menetapkan kriteria yang terlalu banyak, akhirnya bahkan tidak ada yang sesuai dengan keinginan kita. Sementara wanita yang sudah berusia sekitar 35 tahun, masalah mereka bukan soal kriteria, tetapi soal apakah ada orang yang mau menikah dengannya. Ketika usia 40-an, ketakutan yang dialami oleh laki-laki sudah berbeda lagi, kecuali bagi mereka yang tetap terjaga hatinya. Jika sebelumnya, banyak kriteria yang dipasang, pada usia 40-an muncul ketakutan apakah dapat mendampingi istri dengan baik. Lebih lebih ketika usia sudah beranjak mendekati 50 tahun, ada ketakutan lain yang mencekam. Ada kekhawatiran jangan-jangan di saat anak masih kecil, ia sudah tak sanggup lagi mencari nafkah. Atau ketika masalah nafkah tak merisaukan (karena tabungan yang melimpah), jangan-jangan ia sudah mati ketika anak-anak masih perlu banyak dinasehati. Bila tak ada iman di hati, ketakutan ini akhi! rnya melahirkan keputus-asaan.


Wallahu A'lam bishawab.

Tuesday, November 21, 2006

Ketika Aisyah berusia 3 tahun.....

Dialog ini berlaku di dalam temuramah bersama Dato Rafizal, seorang pakar motivasi terkenal, di sebuah radio Ikmm.fm

Dato Rafizal: Jadi kami di PureBase Training Centre menyediakan summercamp yang berupa kursus motivasi 3 hari 2 malam untuk anak anak remaja yang mahu mendapat keputusan cemerlang di dalam peperiksaan dunia dan juga cemerlang di dalam peperiksaan akhirat. Sudah ramai yang menyertai program ini, dan alhamdulillah mereka semua bersyukur terhadap perubahan pada anak anak mereka.

DJ: Jadi Dato’, bagaimana jika terdapat ibubapa yang berminat, adakah nombor telefon yang boleh mereka hubungi?

Dato Rafizal: Ya, mereka boleh menghubungi kami di talian 03-******* ataupun melalui handphone saya di talian 019-*********

“tuut tuutt....tuut tuuutt.....”

DJ: Nampaknya Dato’ kita ada panggilan telefon ya. Assalamualaikum, siapa di sana?

Aisyah: Hello, nie adik nie. Adik nak tau pasal summercamp tue, adik nak daftar bley?

DJ: Owh, pasal summercamp tue. Boleh boleh. Sebelum tue akak nak kenal adik juga, nama adik siapa? Dari mana adik buat panggilan nie? Rumah ke? Ayah dan ibu bapa adik ada? Erm, sebenarnya berapa ya umur adik?

Aisyah: Nama adik Aisyah, Abi ngan Ummi panggil adik ‘adik’, kengkawan panggil Ecah. Abi ngan Ummi tengah tido kat ruang tamu tue. Adik bulan nie baru nak masuk 3 tahun.

DJ: Owh, baru nak masuk 3 tahun rupanya. Petahnya adik cakap. Bagus pula tue, kecil kecil sudah mahu mengikuti program motivasi. Mesti ibu bapa adik mendidik adik dengan baik kan?. Bagaimana Dato’, beria ia adik nak ikut program Dato’ nie. Ada ke program motivasi untuk kanak kanak berusia 3 tahun?

Dato Rafizal: Maaf lah adik, program pakcik hanya disediakan untuk pelajar sekolah rendah ke atas sahaja. Kalau adik nak jugak, adik tunggu lagi 4 tahun, haa, masa tue dah ada program untuk adik, insyaAllah.

Aisyah: Tak tak, akak ngan pakcik jangan salah faham. Adik bukan nak daftar diri adik. Adik nak daftarkan Abi ngan Ummi adik. Abi ngan Ummi tengah belajar lagi. tapi adik tengok diorang macam takde semangat je nak belajar. Tue yang adik risau tue. Adik risau nanti, kalu diorang gagal, siapa nak bagi makan adik. Adik takleh cari duit sendiri, adik kecil lagi. Tue la adik nak daftarkan Abi ngan Ummi dalam program pakcik. Kot kot naik semangat dia nak belajar. Hari nie diorang tak gi kuliah, tue yang adik buat buat merajuk tue. Padan muka Abi ngan Ummi.

DJ: (ketawa) la, macam tue ke. Kepada Abi ngan Ummi Aisyah yang tengah tidur tue, diharap dapat mendengar luahan hati anak anda yang mahu anda berjaya dunia dan akhirat.(mengeluh)....macam macam ye Dato’ dah terjadi kat dunia sekarang nie. Biasanya mak bapak yang risau anak anak tak belajar, ini, anak yang risau mak bapak tak belajar.

(p/s: kejadian di atas bersifat fiktif, rekaan semata mata. But Aisyah is so cute if she can talk like that. Really cute. Honey, ring a bell???)

Friday, November 17, 2006

Wanita


wanita,
satu ungkapan yang tersirat,
dek menenun benang cakerawala,
memancar makna sebuah keindahan,
sesuci putihnya cahaya,
tanpa ketidakadilan yang Maha Pencipta...

wanita,
lambang pelangkap alam,
tak lari dari mencari kumbang di taman,
untuk mengintai kebenaran Al-Wajid,
Maha menemukan,
kerna kamus kehidupan tiada erti kesepian,
namun...waspadalah kaum keayuan,
jangan dicari kumbang keduniaan,
kerna takut kau sesat ditaman larangan,
dihanyut kealpaan buih dilautan,
tanpa ikatan...

wahai insan bergelar hawa,
lahirmu dari kebengkokan,
andai dilentur dengan keimanan,
gah berdirinya wirawati,
tapi...andai dibaluti dengan kelekaan maya,
maka benarlah kau pesona dunia,
jangan sia-siakan coretan kehidupan,
jadilah wanita bertakhtakan keilmuan,
menghiasi dengan kelembutan,
selari kelemahan dengan penghormatan,
berbalutkan sucinya keimanan,
bagai sekuntum bunga ditaman,
bersinar di satu sudut,
membenarkan erti kau seorang wanita....

credit to:i^believe production

Thursday, November 16, 2006

Kupinang engkau dengan Al Quran

Nasyid yang menjadi ‘zikir’ harian ketika ini. Sungguh menggugah hati dan membuaikan. Mengimbas memori sepanjang pernikahan dengan isteri tercinta. Pasang surut kehidupan terkadang mengalpakan. Sungguh, aku bersyukur dikau menjadi isteriku.


Kupinang engkau dengan Al Quran
Munsyid: Gradasi

Kupinang engkau dengan Al Quran
Kokoh dan suci ikatan cinta
Kutambatkan hati penuh marhamah
Harungi bersama samudra dunia

Jika terhempas di lautan duka
Tegar dan sabarlah tawakal pada-Nya
Jika berlayar di sukacita
Ingatlah tuk selalu syukur padaNya

Hadapi gelombang ujian
Sabarlah tegar tawakal
Harungi samudra kehidupan
Ingatlah syukur pada-Nya


p/s: sesiapa tau camne nak letak lagu kat blog? maklum le, saya ahli baru dalam dunia pem'blog'an.

Saturday, November 11, 2006

Dilema Hati

Kepada ikhwan wa akhwatku yang sedang meniti hari menunggu saat saat untuk diijabkabulkan, nasyid di bawah ini mungkin menggamit sedikit memori.

Gondes - Dilema Hati

Bangun pagi…dini hari
Buru-buru sampai lupa mandi
Ingat janji mau ketemu Murobbi
Dengan semangat tinggi…juga bawa data diri

Dandanan rapi…aromanya serba wangi
Sisiran gaya sepuluh jari
Menata hati…biar tidak tampak grogi
Terima tantangan dengan PeDe tinggi

Terkejutnya…tiada tara…
Saat Murobbi memberi data
Sekumtum bunganya serba mempesona
Hapalan Al-Qur’annya…(yuhu…)..Sungguh luar biasa

Visi jihadnya…mengurai indah Sastra
Visi da’wahnya…setara dengan S3

Sedangkan diri…cuma pemateri…
LDK atau sekolah pagi
Paling banternya hanya jadi MC
Juz ‘Ammanya pun bolong sana-sini…

Susahnya…mengukur…Potensi…di dalam hati…
Jujur mana tahan hidup sendiri…
Mudahkanlah segala pintu rizki…
Dengan Ma’isyah dan A’isyah…Percayalah hidup jadi serba indah…


Thursday, October 19, 2006

Dia dan airmata.....

Aku baru sahaja melelapkan mata selepas menunaikan solat maghrib tadi. Kalau nak diikutkan, tak elok tidur lepas berbuka puasa, al maklumlah perut masih penuh. Tetapi, entah kenapa sejak akhir akhir ini, selalu terkena migrain. Memang tak larat untuk bangun dan membuka mata. Sedang nyenyak aku melayari peniduranku, tiba tiba sayup sayup aku terdengar sedu sedan seseorang. Aku menggagahkan diri untuk membuka mata.

"Owh, isteri aku rupanya" getus hatiku.

"Kenapa sayang?" aku terkedu melihat matanya yang kemerah merahan. Puas dia menyeka air mata yang turun ke pipi, tetapi tidak mampu menahannya. Aku menjadi tidak keruan. Kutanya sekali lagi.

"Kenapa sayang? Kenapa menangis nie?" tanyaku dengan suara yang lemah, dan tanganku memicit micit dahiku yang terasa sakit, tak kebah lagi migrainku rupanya.

"Takde pape la bang, mata kita masuk habuk." ujar isteriku yang membahasakan "kita" sebagai kata ganti dirinya. Isteriku ini memang perahsia orangnya. Suka menangis dan tersenyum sendiri. Bila ditanya kenapa, begitulah jawapan skemanya. "Takde pape".

"Betul ke takde pape? lain macam je abang tengok"

"Betul, takde pape. Mata kita masuk habuk tadi. Abang dah sihat? Nak kita picitkan?"

"Takpe lah, abang tidur sikit lagi, nanti baiklah. Aisyah dah tidur sayang?" tanyaku walaupun terlihat sendiri anak perempuan sulungku ini sudah pun melelapkan mata.

"Alhamdulillah, baru tadi dia tidur. Takpe la bang, abang tidur balik.Nanti cepat sembuh. Malam ini abang nak iktikaf kan?" memang benar kata isteriku, malam ini dah termasuk antara 10 malam terakhir di bulan Ramadhan. Aku tak mahu melepaskan peluang untuk menambahkan pahala mengikuti sunnah Rasulullah ini. Ya Allah, semoga aku menemui Lailatul QadarMu.

Aku pun tidak mengambil masa yang lama untuk kembali pada pelayaran tidurku. Berat benar rasa kepala ini. Berdenyut denyut tidak henti. Ya Allah, moga moga ini adalah kafarah dosaku padaMu ya Allah. Ampuni aku ya Allah. Astaghfirullahal 'azhim. Tiba tiba terdengar betul betul di tepi telingaku sedu sedan yang bertalu talu hadirnya. Kepala ku bertambah sakit. Orang migrain nie, kalau bunyi jarum peniti jatuh dalam perpustakaan pun akan menambahkan derita di kepalanya.

"Aduss, apa lagi nie sayang?" bentakku. Aku bingkas bangun dari pembaringan dan melepaskan pelukannya dari diriku.

"Abang kan sakit kepala, jangan la buat abang macam nie. Sayang kenapa menangis lagi nie. Cuba bagitahu abang. Boleh abang cuba selesaikan, ini tidak, menangis je." Air matanya kian deras mengalir. Mungkin bentakanku sebentar tadi mengejutkan dia.

"Maafkan kita bang, kita tak berniat nak menganggu tidur abang. Maafkan kita...." kata katanya tersekat sekat menahan sebak di dada. Aku melihat jam di dinding, nyatanya isya' dah masuk. Aku lantas mengambil kunci kereta, meninggalkannya dengan sedu sedan tangisannya. Sedang aku mahu membuka pintu rumah, terdetik rasa bersalah di hatiku. Aku terfikir apakah besar benar salahnya sehingga aku sanggup membuatnya begitu. Ku kembali menemuinya, untuk memohon maaf dan memujuknya.

"Maafkan abang sayang, abang teremosi sikit. Abang sakit kepala sangat tadi. Maafkan abang ye...?" ujarku sambil mengecup dahinya, kebiasaanku sebelum pergi menunaikan solat.

"Takpe la bang. Kita faham, lagipun kita yang bersalah ganggu abang tidur." ujarnya sambil mengambil tanganku, dikucupnya seperti selalu. Syahdunya diriku ini, bagaimana tergamak aku meninggikan suara pada dirinya. Aku tersenyum padanya, dan sambil dia menyeka air matanya, dia membalas senyumanku. Mulianya dirimu wahai isteriku. Semoga Allah menempatkanmu di syurga di akhirat nanti.

Aku melangkah menuju ke tempat pembaringan anakku, Aisyah Al Humaira. Ku lihat dia sedang lena di buai mimpi. Terkadang terlihat senyuman terukir di wajah comelnya. Mimpi indah rupanya. Ku kecup dahinya. Semoga engkau menjadi wanita solehah dan mulia wahai anakku, semulia Ummahatul Mukminin Aisyah Al Humaira r.a.

"Abang, cepat, nanti tak sempat pula solat Isya' berjemaah. Abang balik rumah tak nanti? Ke abang terus pergi iktikaf?"

"Abang terus iktikaf rasanya. Ikhwah semua dah ada. Kami nak bertadarus malam nie, lepas tue ada bacaan tafsir zhilal sedikit. Ok la, nanti terlambat pula. Assalamu'alaikum."

"Wa'alaikumsalam"

Sesudah selesai menunaikan solat fardhu Isya' berjemaah, aku mengambil handsetku dan melihat ada satu message dihantar padaku. Dengan segera aku menekan butang untuk membacanya. Tertulis di folder sender tertera perkataan "sayang".

"Isteriku rupanya. Apa yang dia nak agaknya?" getus hatiku.

Perlahan lahan aku membaca messagenya. Aku kaget dan tersentak. Ya Allah, apa yang telah aku lakukan.

"Abang, maafkan kita sebab ganggu abang tidur. Kita tau abang memang jarang balik ke rumah, kita faham, abang ada tanggungjawab lain. Kita tau abang balik umah untuk berehat, tue la kenapa kita meluahkan masalah kita, meluahkan perasaan kita masa abang tidur. Tak sangka abang terganggu. Alhamdulillah, sekarang dah release sikit. Mekasih abang :)"

Ya Allah, kenapa la aku suka sangat melenting tak tentu pasal. Maafkan abang sayang, abang tak tau sayang ada masalah. Mungkin kerana abang sudah mula menjauhkan diri dari AL Quran maka hati abang tidak sensitif untuk merasakan permasalahanmu. Ampuni aku Ya Allah, hidupkanlah hatiku dengan Al Quran ya Allah, moga moga hati ini tidak memberi beban pada insan yang sangat kucintai ini. Maka malam itu berlalu dengan rasa bersalah terus membaluti perasaanku. Dan sehingga kini aku terus tertanya tanya apakah gerangannya yang dia bicarakan, apakah yang ingin dia katakan padaku, adakah dia takut luahan hatinya akan mengguris perasaanku, lantas dia hanya mampu untuk berbicara denganku ketika aku tidur. Apakah gerangannya sayang?

Sayang, kunukilkan lagu ini untukmu.......

Biar Bulan Bicara (Broery Marantika)

Bulan sabit

Yang jatuh dipelantaran
Bintang redup
Tanpa cahaya gemintang
Langkah tanpa arah
Sesat di jalan yang terang
Aku yang terlena dibuai pelukan dosa

Chorus:
Ingin pulang membalut luka hatimu
Ku pun tahu betapa pedih batinmu
Beri kesempatan atau jatuhkan hukuman
Andai maaf pun tak kau berikan

Air mata tulus jatuh di sudut bibir mu
Tak terlintas dendam di bening madah indah mu
Aku yang merasa sangat berdosa pada mu
Masih pantaskah mendampingi mu

Biar lah bulan bicara sendiri
Biarlah bintang kan menjadi saksi
Tak kan ku ulangi walau sampai akhir nanti
Cukup derita sampai di sini

Wednesday, October 18, 2006

10 ciri isteri solehah

Mari hayati pesanan isteri ‘Auf bin Muhlim Ashaibani kepada puterinya ketika hendak bernikah dengan al Haris bin Amr, raja negeri Kandah. Sewaktu utusan diraja hendak membawa pengantin untuk disampaikan kepada raja, ibunya berwasiat kepada anak perempuannya:

“Wahai anakku! Kalaulah wasiat ini untuk kesempurnaan adabmu, aku percaya kau telah mewarisi segala-galanya, tetapi ia sebagai peringatan untuk yang lalai dan pedoman kepada yang berakal.

Andai kata wanita tidak memerlukan suami kerana berasa cukup dengan kedua ibu bapanya, tentu ibumu adalah orang yang paling berasa cukup tanpa suami. Tetapi wanita diciptakan untuk lelaki dan lelaki diciptakan untuk mereka.

Wahai puteriku, Sesungguhnya engkau akan meninggalkan rumah tempat kamu dilahirkan dan kehidupan yang telah membesarkanmu untuk berpindah kepada seorang lelaki yang belum kamu kenal dan teman hidup yang baru. Kerana itu, jadilah 'budak' wanita baginya, tentu dia juga akan menjadi 'budak' bagimu serta menjadi pendampingmu yang setia.

Peliharalah sepuluh sifat ini terhadapnya, tentu ia akan menjadi perbendaharaan yang baik untukmu.

Pertama dan kedua, berkhidmat dengan rasa puas serta taat dengan baik kepadanya.

Ketiga dan keempat, memerhatikan tempat pandangan matanya dan bau yang diciumnya. Jangan sampai matanya memandang yang buruk daripadamu dan jangan sampai dia mencium kecuali yang harum daripadamu.

Kelima dan keenam, memerhatikan waktu tidur dan waktu makannya, kerana lapar yang berlarutan dan tidur yang terganggu dapat menimbulkan rasa marah.

Ketujuh dan kelapan, menjaga hartanya dan memelihara kehormatan serta keluarganya. Perkara pokok dalam masalah harta adalah membuat anggaran dan perkara pokok dalam keluarga adalah pengurusan yang baik.

Kesembilan dan kesepuluh, jangan membangkang perintahnya dan jangan membuka rahsianya. Apabila kamu tidak mentaati perintahnya, bererti kamu melukai hatinya. Apabila kamu membuka rahsianya kamu tidak akan aman daripada pengkhianatannya.

Kemudian janganlah kamu bergembira di hadapannya ketika dia bersedih atau bersedih di hadapannya ketika dia bergembira. Jadilah kamu orang yang sangat menghormatinya, tentu dia akan sangat memuliakanmu.

Jadilah kamu orang yang selalu sepakat dengannya, tentu dia akan sangat belas kasihan dan sayang kepadamu.

Ketahuilah, sesungguhnya kamu tidak akan dapat apa yang kamu inginkan sehingga kamu mendahulukan keredaannya daripada keredaanmu, dan mendahulukan kesenangannya daripada kesenanganmu, baik dalam hal yang kamu sukai atau yang kamu benci dan Allah akan memberkatimu.”

Nasihat di atas seharusnya diterima dengan beberapa asas penting:

  • Suami yang dicari adalah suami yang beriman lagi taat kepada perintah Allah.
  • Ketaatan kepada suami adalah wajib dengan syarat beliau tidak melakukan perkara yang bertentangan dengan syariat Allah.
  • Begitulah hukum Allah, di sana sentiasa ada ‘dua bahagian muka syiling’. Kalau diperhati setiap nasihat di atas, perbuatan kita yang positif akan menghasilkan reaksi dan tindak balas positif juga dengan izin Allah.

Saya sering mengingatkan diri sendiri dan semua bahawa kitai dari muda hingga sekarang dan masih sangat mempercayai bahawa: "Kita hanya boleh mengubah diri sendiri. Percayalah apabila kita berubah, persekitaran dan orang di sekeliling juga akan berubah secara positif.

Monday, October 09, 2006

Kekasih

Akan ku pintal buih-buih,
Menjadi tali mengikatmu.
Akan ku anyam gelombang-gelombang,
Menjadi hamparan ranjang tidurmu.
Akan ku tenun awan gemawan,
Menjadi selendang, Menudungi rambut mu.
Akan ku jahit bayu gunung,
Menjadi baju pakaian malam mu.
Akan ku petik bintang timur,
Menjadi kerongsang menyinari dada mu.
Akan ku jolok bulan gerhana,
Menjadi lampu menyuluhi rindu,
Akan ku rebahkan matahari,
Menjadi laut malam mu.
Menghirup sakar madumu,

Kekasih... Hitunglah mimpi,
Yang membunuh realiti, dari syurga ilusi...

(untuk isteri yang setia mendampingi, aku mencintaimu)



Wednesday, October 04, 2006

Sajak utk anakku


Sajak Untuk Anakku

memandangimu saat tertidur
tak pernah aku sekhawatir ini dalam hidup

sungguh, usia anak-anak sudah kau lewatkan
betapa lekas waktu mematangkanmu menjadi dewasa
membuat aku dan ibumu begitu renta
dan usia perkawinan kami menjadi sangat sederhana

aku dan ibumu silih berganti mengawasi tidurmu
kulitmu putih, matamu jernih
dengan senyum seindah pagi, kami tahu kau bermimpi
segala yang menyegarkan mantul di wajahmu

tak pernah aku sekhawatir seperti saat ini
maka kuterjemahkan cintaku kepadamu
dengan lembut kutepuk nyamuk pada kulitmu
dengan hati-hati menyelimutimu

aku cinta padamu, nak, seperti juga cinta
pada ibumu