Showing posts with label Ringkasan Buku. Show all posts
Showing posts with label Ringkasan Buku. Show all posts

Tuesday, November 28, 2006

Kupasan Buku: EMPAYAR MINDA MUSLIM

BEDAH BUKU

EMPAYAR MINDA MUSLIM

Modul Tarbiah Asas Alaf Ketiga

credit to: http://pakare22.googlepages.com/download

Judul: EMPAYAR MINDA MUSLIM

Modul Tarbiah Asas Alaf Ketiga

Penulis: Dr. Danial Zainal Abidin

Penerbit: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd., Pahang.

Cetakan: Kedua, 2004

Bilangan muka: 294

APA ITU ISLAM?

PRINSIP-PRINSIP ISLAM

  1. Rabbaniyah (Bersifat ketuhanan) 45:20, 4:59, 20:123-124

+ Rabbaniyah = Allah yang Maha Pentadbir lagi Maha Penentu.

+ Islam didatangkan oleh Allah, segala dasar dan prinsip ditentukan Allah.

+ Sumber rujukan = Al-Quran, as-Sunnah, dll.

  1. Syumuliah (Komprehensif) 5:3, 2:208, 2:42, 2:85

+ Hasan Al-Banna: “Ajaran Islam mencakupi kesemua bidang kehidupan. Islam adalah Negara dan watan, atau pemerintah dan umat. Islam adalah akhlak dan kekuatan, atau rahmat dan keadilan. Islam adalah pengetahuan dan undang-undang, atau ilmu dan kehakiman. Islam menekankan aspek kebendaan dan harta, atau usaha dan kekayaan. Islam juga mementingkan jihad dan dakwah, atau ketenteraan dan fikrah. Islam adalah akidah yang benar dan ibadah yang sah.”

  1. Universal (Ke seluruh alam) 21:107, 34:28

+ “…..dikurniakan kepadaku syafaat dan setiap Nabi diutus kepada kaumnya yang khusus sedangkan aku diutuskan kepada manusia sejagat.” (HR Bukhari dan Muslim)

  1. Menentang jahiliyah 5:50, 3:154

+ ‘Jahiliyah’ berasal daripada kalimat Arab ‘jahala’ (jahil).

+ Said Hawwa: “Zaman jahiliyah adalah suatu keadaan yang berlaku apabila hukum hakam dan syariat ditentukan mengikut hawa nafsu manusia terpisah daripada minhaj atau kaedah dan syariay ditentukan Allah.”

+ Darwinisme – Kesemua makhluk yang hidup sama ada manusia ataupun haiwan berasal daripada keturunan yang sama. Penentu dalam proses evolusi ialah ‘natural selection’ (kuasa semulajadi).

+ Machiavellianisme – Perangai yang cenderung melakukan tipu daya dan putar belit demi mencapai cita-cita dan kehendak peribadi.

+ Tabarrujul jahiliyah – Kaum wanita berjalan di hadapan lelaki dengan gaya yang mengghairahkan. 33:33

  1. Menentang khurafat dan tahyul 2:170

+ Khurafat & tahyul = Kepercayaan sesat yang tidak bersandarkan Al-Quran dan As-Sunnah serta tidak dapat diterima oleh akal yang waras.

+ Contoh; pemujaan keramat, bulan Safar sebagai bulan bala, kucing hitam petanda buruk, dan nombor 13 membawa sial.

  1. Mengutamakan akhirat tanpa mengabaikan dunia 3:185, 28:77, 29:64, 87:17

+ “Jadilah kamu di dunia seperti seorang pengembara atau seorang yang sedang melalui satu jalan.” (HR Bukhari)

+ Dunia adalah tempat semaian benih dan akhirat adalah tempat tuaian hasil.

  1. Mengutamakan akal dan ilmu 96:1, 2:31, 27:38-40, 3:79, 3:190, 9:122, 8:60

+ Ulul albab = Golongan yang berakal

+ “Menuntut ilmu adalah suatu perkara yang diwajibkan ke atas setiap muslim.” (HR Ibn Majah)

+ Khalifah Umar bin Abdul Aziz: “Sesiapa yang melakukan sesuatu tanpa ilmu, dia akan mendatangkan lebih banyak kerosakan daripada kebaikan.”

  1. Mudah dan sederhana 7:157, 5:87

+ “Islam itu mudah dan tidaklah seseorang mempersusahnya melainkan dia akan dikalahkan oleh agama.” (HR Bukhari)

+ “Sesungguhnya kamu diutuskan bagi memudahkan dan kamu tidak diutus untuk menyusahkan…” (HR Bukhari, Abu Daud, Tirmizi, Ahmad)

+ “Sesungguhnya Tuhanmu ada hak ke atasmu, dirimu ada hak ke atasmu dan ahli keluargamu ada hak ke atasmu. Berikan setiap yang berhak ini haknya. (Kata-kata Salman al-Farisi ra kepada Abu Dardak) (HR Bukhari)

FAKTOR YANG MELONJAKKAN UMAT KEPADA KEUNGGULAN

  1. Penghayatan syahadatain melahirkan umat yang bermisi. 12:40
  2. Ibadah melahirkan pengurus masa yang baik. 23:1-3, 103:1-3
  3. Ibadah melahirkan insan efisien lagi efektif. 23:1-2, 29:45, 2:197
  4. Ibadah melonjakkan akal dan ilmu.
  5. Ibadah melahirkan tokoh yang terang hatinya. 107:4-6
  6. Ibadah merangsang pengukuhan ekonomi.
  7. Ibadah melonjakkan ISO kualiti. 67:2, 23:1-2, 2:267
  8. Ibadah melahirkan umat yang sihat. 13:28, 25:47
  9. Ibadah melahirkan umat yang tahu keutamaan.
  10. Ibadah mendekatkan manusia kepada alam. 21:30
  11. Ibadah melahirkan pemimpin-pemimpin masyarakat.
  12. Ibadah melonjakkan globalisasi akidah dan takwa.

IMAN

Iman = (Bahasa) Membenarkan sesuatu di hati

Iman = (Iktikad Ahli Sunnah Wal Jamaah) Keyakinan yang mantap di hati disusuli dengan manifestasi melalui perkataan dan amalan dalam kehidupan.

GOLONGAN AHLI SUNNAH WAL JAMAAH

Ahlu Sunnah Wal Jamaah:

Sahabat-sahabat Nabi SAW dan mereka yang mengikut minhaj serta landasan para sahabat Nabi SAW daripada kalangan tabi’in, ahli hadis serta ulama fekah, daripada generasi dahulu hingga generasi kini..

Ciri-ciri golongan Ahlu Sunnah Wal Jamaah:

  1. Mengikut landasan al-Quran dan as-Sunnah.
  2. Taat kepada kebenaran, bukan kepada bangsa dan negara.
  3. Iktiraf dan berlapang dada terhadap perbezaan pendapat di sudut fekah.
  4. Yakin al-Quran adalah Kalam Allah yang qadim, bukannya makhluk.
  5. Yakin Allah tidak boleh dilihat di dunia. Di akhirat, orang beriman boleh melihat Allah.
  6. Yakin iman ada perkara pokok dan cabang. Kemaksiatan seseorang tanpa menjejaskan perkara pokok tidak menyebabkan seseorang menjadi murtad
  7. Mencintai Allah, Nabi SAW, ahlul bait, isteri-isteri Nabi SAW serta para sahabat Nabi SAW tanpa meyakini adanya kemaksuman kepada sesiapa kecuali Nabi SAW.
  8. Mencintai orang soleh dan para wali Allah. Yakin bahawa golongan ini tidak dapat memberi sebarang kemudaratan atau kemanfaatan kepada manusia.
  9. Berjihad mencegah kemungkaran dan menegakkan kebenaran.
  10. Yakin keramat dan kejadian yang luar biasa yang harus berlaku pada para aulia dengan izin Allah.

AJARAN SESAT

  1. Khawarij

+ Lahir selepas kematian Uthman bin Affan.

+ Ketika berlaku persengketaan antara Saidina Ali dan Muawiyah, mereka menarik balik sokongan kepada Ali dan berkampung di Harura’.

+ Mengagungkan al-Quran tetapi keluar daripada as-Sunnah dan al-Jamaah.

+ Mengkafirkan setiap mukmin yang berdosa, Uthman, Ali dan para pengikut mereka.

  1. Syiah

+ Lahir selepas kematian Uthman bin Affan.

+ Pengasas = Abdullah bin Saba’ (Seorang Yahudi yang memeluk Islam).

+ Abdullah bin Saba’ menyemarakkan kefahaman di kalangan umat Islam bahawa Nabi mewasiatkan kepimpinan kepada Ali dan Ali adalah sahabat yang paling layak menjadi khalifah.

+ Penentang ajaran ini dianggap kafir.

+ Syiah Rafidah

@ Paling ekstrem.

@ Beriman dengan konsep imamah (kepimpinan Ali), ‘ismah (kemaksuman Ali), nubuwwah (kenabian Ali) dan ilahiyah (ketuhanan Ali).

@ Tuduh golongan Ansar dan Muhajirin menyembunyikan nas-nas qat’ie tentang kepimpinan dan kemaksuman Ali.

@ Semua sahabat kecuali beberapa orang adalah kafir.

+ Syiah as-Sabbah

@ Suka mencaci para sahabat Nabi SAW

@ Terpengaruh dengan Abdullah bin Saba’ yang sering mencela Abu Bakar, Omar, Uthman dll.

  1. Murjiah

+ Tidak wajib melaksanakan beberapa tuntutan syariat.

+ Tidak perlu menjauhi segala perkara yang haram.

+ Amalan tidak termasuk dalam persoalan iman.

  1. Qadariah

+ Dua golongan; al-Qadariah an-Nufat (Muktazilah) dan al-Qadariah al-Mujbirah (Jahmiah).

+ Muktazilah

@ Mengingkari takdir.

@ Yakin Allah tidak mencipta perbuatan para hamba-Nya, tidak tahu siapa yang akan melakukan taat dan maksiat.

@ Menafikan Kudrat, Iradat dan Ilmu-Nya.

@ Konsep pegangan ialah ‘manzilatun bainal manzilatain’ (satu kedudukan atau keadaan antara dua kedudukan).

+ Jahmiah / Batiniah

@ Menafikan sifat-sifat Allah dan anggap iman hanyalah pembenaran di hati sekalipun tidak dilahirkan melalui ucapan lisan.

@ Manusia tiada sebarang perbuatan dan kudrat.

@ Yakin buruk dan baik adalah sama, perintah dan larangan-Nya adalah sama, dan tiada beza antara tauhid dan syirik serta halal dan haram.

@ Menolak syariat dan nubuwwah.

  1. Bahai

+ Yakin Mirza Ali Muhammad sebagai Rasul dan kitab suci mereka, al-Bayan memansuhkan kitab al-Quran.

+ Cuba menyatukan ajaran Yahudi, Nasrani dan Islam dengan alas an semua agama itu dating daripada Tuhan.

+ Sembahyang 9 kali sehari semalam.

+ Puasa Ramadhan digantikan dengan puasa 19 hari pada musim bunga.

  1. Qadiani

+ Pengasas: Mirza Ghulam Ahmad dari Qadian.

+ Yakin pengasasnya sebagai Nabi, Rasul, Nabi Isa, al-Mahdi.

+ Jihad tidal wajib dan ibadah haji diubah dari Mekah ke Qadian.

  1. Anti Hadis

+ Sebahagian tokoh Islam terpengaruh dengan tulisan orientalis Barat seperti Goldzieher.

+ Mengutuk Imam Zuhri dan menganggap beliau membuat hadis palsu.

+ Pertikai kebenaran beberapa para sahabat Nabi SAW dan mempersoalkan kebenaran hadis.

+ Dr Rashad Khalifa

@ Pengembang ajaran anti hadis di Amerika.

@ Lahir di Mesir.

@ Bapanya adalah ketua satu kumpulan tarekat di Mesir.

@ Mengatakan hadis dan sunnah adalah omongan iblis.

@ Menjadi imam di masjid Tucson dan pernah dakwa dirinya jadi Nabi.

@ Mati dibunuh pada 1990.

+ Dr Kassim Ahmad

@ Pengasas anti hadis Malaysia.

@ Dibantu Othman Ali.

@ Cuba menubuhkan Jemaah Al-Quran Malaysia tetapi ditolak pendaftaran.

@ Difatwakan haram pada 6/9/1995.

MENGENALI ALLAH

1. Manusia boleh mengenali Allah melalui 3 cara; mengenali sifat-Nya, mengenali Asma al-Husna-Nya dan mengenali af’al-Nya.

2. Sifat-sifat Allah termasuklah Wujud, Qidam (sedia ada), Baqa (kekal), Mukhalafatuhu lil hawadith (tidak menyerupai yang baru), Qiyamuhu binafsihi (berdiri dengan sendiri), Wahdaniyah (esa), Qudrat (maha berkuasa), Iradat (berkehendak), ‘ilmun (maha mengetahui), Hayyun (hidup), Samak (maha mendengar), Basar (maha melihat), Kalam (maha berkata-kata).

3. Asma al-Husna 59:22-24, 17:110

4. Af’al Allah 21:31, 23:115, 87:1-5

+ Kekuasaan Allah bagi mewujudkan dan mencipta segala sesuatu.

+ Umat Islam yakin bahawa Allah tidak menjadikan sesuatu itu sia-sia.

BUKTI KECINTAAN TERHADAP ALLAH

  1. Tidak melakukan syirik. 4:11, 2:22
  2. Keikhlasan. 18:110
  3. Tidak mudah terpedaya dengan tipu daya dunia. 9:24
  4. Berjihad di jalan Allah dan mencintai mati syahid. 61:4
  5. Mengutamakan perkara yang dicintai Allah serta mengetepikan hawa nafsu dan kehendak peribadi.
  6. Mencintai al-Quran dan as-Sunnah.

BUKTI KEBENARAN AL-QURAN

  1. Kaum Thamud 26:149

+ Kesan peninggalan sejarah yang berkaitan dengan kaum Thamud berbentuk bangunan-bangunan yang dipahat di gunung ganang ditemui di Lembah Rom, Jordan.

  1. Peristiwa banjir besar Nabi Nuh as

+ Leonard Woolley dan rakan-rakan dari Muzium Britain dan Universiti Pennsylvania melakukan penyelidikan dari tahun 1922-1934 sehingga akhirnya mereka menemui bukti jelas yang menunjukkan banjir Nabi Nuh as berlaku di Lembah Mesopotamia di Iraq.

  1. Kehancuran kaum Nabi Lut as di Sodom 11:82

+ Azab yang menyebabkan negeri kaum Lut dibalikkan selari dengan kejadian gempa bumi dan azab berbentuk hujan batu tanah yang terbakar pula selari dengan kejadian letusan gunung berapi.

+ Ketika mengkaji kesan kehancuran di kawasan Laut Mati, pakar arkeologi Jerman, Werner Keller, mengesahkan kejadian kedua-dua bala ini.

  1. Ashabul Kahfi 18:8-26

+ Dalam Tafsir Al-Azhar oleh Hamka disebutkan: “Seorang tokoh orientalis Perancis membuat kajian berhubung gua di Bulaqaak, Oman pada 1868. Jabatan Purbakala Jordan memulakan kerja penggalian gua di Bulaqaak pada 1962. Di dalamnya terdapat tulisan-tulisan huruf Byzantium dan ini selari dengan pandangan yang mengatakan mereka hidup di zaman Byzantium. 6 peti mati yang dipenuhi tulang dan tengkorak serta dua kuburan ditemui dan ini selari dengan pendapat ramai ahli tafsir yang mengatakan jumlah mereka adalah 7 orang dan seekor anjing. Di atas gua ditemui sebuah tempat ibadah dan ini selari dengan Surah al-Kahfi ayat 21. Apabila matahari terbit, cahayanya tidak memancar terik ke dalam gua dan ini selari dengan Surah al-Kahfi.

  1. Tembok Zulkarnain

+ Hamka menyebutkan dalam Tafsir Al-Azhar: “Imam Ibn Kathir meriwayatkan, khalifah al-Wathiq daripada Bani Abbas pernah menghantar satu ekspedisi mencari tembok ini. Selepas dua tahun mereka pun kembali melaporkan tembok itu sudah ditemui. Syed Qutb dalam Tafsir Fi Zilal mengatakan tembok itu terdapat di kota Tarmiz, Asia Tengah.

  1. Kemenangan Rom ke atas Parsi 30:1-4

+ Pada peringkat awal, Parsi berjaya mengalahkan Rom. Pemerintah Parsi, Maharaja Khosrau II memulakan serangan besar-besaran ke atas Rom pada tahun 602M. Tahun 613M Damascus ditawan diikuti dengan Jerusalem (Baitul Maqdis) pada tahun 614M. Inilah yang dimaksudkan dengan kejatuhan bumi terdekat dengan Mekah.

+ Namun, Allah menjelaskan, dalam jangka masa yang singkat (bidh’a sinin), Rom akan kembali menang. Bermula tahun 622M Maharaja Heraclius (pemerintah Rom) berjaya mengusir tentera Parsi keluar dari bumi jajahan mereka secara berperingkat-peringkat.

+ Bidh’a sinin = beberapa tahun.

= tujuh tahun.

= 3-9 tahun.

  1. Pembukaan kota Mekah (Fathu Mekah) 48:27

+ Pada tahun ke-6 Hijrah, Nabi SAW bermimpi umat Islam akan memasuki kota Mekah dan beribadah dengan aman. Persiapan dilakukan untuk melakukan umrah tahun itu. Pada bulan Zulkaedah, tahun ke-6 Hijrah, Nabi SAW dan 1500 umat Islam bertolak ke Mekah untuk umrah. Mereka berhenti rehat di Hudaibiyah dan di situ mereka dihalang pemuka-pemuka Quraisy. Akhirnya, termeterai Perjanjian Hudaibiyah.

+ Tidak lama selepas itu, pihak Quraisy melanggar syarat Perjanjian Hudaibiyah, iaitu tidak boleh membantu sekutu-sekutu mereka dalam peperangan. Pihak Quraisy membantu Bani Bakar dengan memberikan senjata.

+ Nabi SAW menyiapkan 10000 tentera Islam dan bertolak ke Mekah. Akhirnya, Mekah ditakluki pada hari Jumaat, 10 Ramadhan tahun ke-8 Hijrah.

  1. Pengembangan alam 51:47

+ Said Hawwa mengatakan langit telah dijadikan Allah dalam keadaan mengembang secara berterusan.

+ Pada 1929M, Edwin Hubble (tokoh astronomi Amerika) mendapati alam ini sedang mengembang. Pada 9 Mei 1996M, satu kenyataan akhbar dikeluarkan berhubung dengan teori pengembangan alam.

+ Dua kumpulan pakar sains antarabangsa mengesahkan teori ini malah mereka berjaya mengukur kelajuan pengembangan alam.

  1. Teori Big Bang 21:30

+ Diasaskan daripada formula General Theory of Relativity oleh Albert Einstein pada 1915M. Pada 1922M, Alexander Friedmann (pakar fizik Rusia) mengembangkan teori ini dan mengukuhkan teori Big Bang. Pada 1929M, Edwin Hubble mendapati alam ini sedang mengembang. Penemuan ini mengukuhkan lagi pendapat bahawa alam ini dahulunya bercantum padu diikuti dengan satu letupan besar. Letupan besar inilah yang menyebabkan pengembangan.

BIBLE DAN KISAH-KISAH YANG MENGAIBKAN NABI

  1. Nabi Lut as

+ Dalam Bible versi King James bab Genesis (19:30-36) yang diterjemahkan mengikut Bible al-Kitab Berita Baik oleh Bible Society of Malaysia yang menunjukkan Nabi Lut as sanggup meminum arak sehingga mabuk dan kemudian terlibat dengan perbuatan sumbang mahram dengan kedua-dua anak perempuannya.

  1. Nabi Daud as

+ Dalam Bible versi King James bab 11 Samuel menunjukkan Nabi Daud as sanggup berzina dengan isteri orang tanpa segan silu.

NABI MUHAMMAD SAW

  1. Nabi Muhammad SAW adalah rasul terakhir yang diutus Allah kepada seluruh alam. 33:40, 33:21, 2:129, 21:107, 34:28, 2:146

  1. Nabi SAW dalam Bible

+ Dikenali sebagai Paracletos, Comforter, Consoler, Paraclete, Penolong, Roh Kebenaran dan Ahmad yang akan bersama-sama dengan umat manusia untuk selama-lamanya.(Gospel St. John; 16:7, 14:16-17)

+ Gospel; 14:16-17: “Aku (Isa) akan minta kepada Bapa (Tuhan) dan Ia akan memberikan kepadamu seorang Penolong (Muhammad) yang lain, supaya Ia menyertai kamu selama-lamanya.”

+ Ada tokoh-tokoh Kristian mentafsirkan kalimat Paracletos sebagai Holy Spirit (Roh Suci) walau bercanggah dengan doktrin (ajaran) Kristian yang menetapkan bahawa Roh Suci sudah sedia ada sebab dia adalah Tuhan dalam konsep Tritunggal (Trinity).

+ Dalam The English Version of the Authorised Version of the Bible pada bab Isaiah 29:12 menceritakan peristiwa di Gua Hira’.

  1. Nabi SAW dalam Veda dan Purana (kitab-kitab suci agama Hindu)

+ Digelar sebagai Narashangsa (The Praised – Yang Terpuji), Antim Rishi (Final Sage – Utusan Terakhir), Kalki Avatar (Sage of the Last Period – Utusan Akhir Zaman), serta Mahama dan Ahamiddhi (Muhammad).

+ Dalam Atharva-Veda disebutkan:

@ “Dia akan guna unta sebagai kenderaan.” (Nabi SAW ada seeokr unta bernama Adhba’)

@ “Dia ada 12 isteri.”

@ “Tuhan akan memuliakannya dengan 10 kalungan di leher.” (10 orang sahabat Nabi SAW yang dijamin masuk syurga)

@ “Dia akan menerima anugerah 10000 ekor lembu.” (10000 umat Islam semasa Pembukaan Kota Mekah)

  1. Nabi SAW dalam Gospel of Buddha

+ Dikenali sebagai Maitreya.

+ Seorang manusia (18:110) berperibadi amat mulia (33:21, 68:4) yang akan datang sebagai pemimpin bagi manusia (4:80) dan pembimbing kepada kebenaran. Dia diutus kepada seluruh manusia (34:28) dan ajaran yang dibawanya adalah suatu ajaran yang lengkap (5:3)

BAHAGIAN-BAHAGIAN TAKDIR

  1. Qada mubram

+ Allah mengetahui segala-galanya sebelum ia benar-benar berlaku.

+ Tidak mungkin berubah secara mutlak. (50:29)

+ Takdir dalam ilmu Allah yang azali.

+ Takdir yang pasti.

  1. Qada mu’allaq

+ Boleh berubah dari semasa ke semasa. 13:39

+ “Tiada yang boleh menolak takdir selain doa dan tiada yang boleh memanjangkan umur kecuali perbuatan yang baik.” (HR Tirmizi)

TANDA-TANDA KECIL HARI KIAMAT

  1. Terangkat ilmu dan berleluasa kejahilan. (HR Bukhari dan Muslim)
  2. Perbuatan zina berleluasa. (HR Bukhari dan Muslim)
  3. Minuman arak berleluasa. (HR Bukhari dan Muslim)
  4. Jumlah kaum lelaki berkurangan berbanding wanita sehingga mencapai 1L:50W.
  5. Urusan (umat) diserahkan kepada mereka yang tidak layak. (HR Bukhari)
  6. Api (kebakaran) berlaku di bumi Hijaz sehingga menerangi leher-leher unta di Busra. (HR Bukhari dan Muslim). Kebakaran ini berlaku di Madinah pada 650H dan berterusan selama 3 hari. Cahayanya dapat dilihat dari Busra, Damaskus, Yamamah.
  7. Tentera Islam berperang dengan tentera Rom. 1/3 tentera Islam melarikan diri, 1/3 tentera Islam syahid, dan 1/3 tentera Islam mendapat kemenangan dan menguasai Konstantinople. (HR Muslim). Kota Konstantinople berjaya ditakluk pada 753H (1453M) pada zaman kerajaan Othmaniah di bawah pimpinan Sultan Muhammad al-Fateh yang berumur 24 tahun.
  8. Binatang buas bercakap kepada manusia, hujung cemeti dan tali kasut seseorang bercakap kepadanya serta paha seseorang memberitahu kepadanya perbuatan yang dilakukan oleh ahli keluarganya. (HR Tirmizi). Kini, manusia bercakap dengan menggunakan alat komunikasi yang canggih.
  9. Api yang akan menghimpunkan manusia dari Timur ke Barat. (HR Bukhari).
  10. Masa menjadi singkat, setahun seperti sebulan, sebulan seperti seminggu, seminggu seperti sehari, sehari seperti sejam dan sejam seperti masa menyalakan api. (HR Tirmizi)
  11. Hamba melahirkan tuannya, orang yang tidak berkasut, berpakaian, hidup miskin sebagai pengembala kambing duduk bermegah-megah dalam bangunan yang besar. (HR Muslim)
  12. Berlaku pembunuhan dalam keadaan pembunuh tak tahu mengapa dia membunuh dan yang terbunuh tak tahu mengapa dia dibunuh. Nabi ditanya mengapa ini berlaku. Nabi menjawab: “Huru-hara. Yang membunuh dan yang terbunuh sama-sama masuk neraka. (HR Muslim)
  13. Umat Islam memerangi orang Yahudi. Apabila orang Yahudi bersembunyi di belakang batu dan pokok, pokok dan batu itu akan berseru: “Wahai hamba Allah, di belakangku terdapat seorang Yahudi, bunuhlah dia.” Hanya pokok Qarqad tidak berseru kerana ia adalah pokok Yahudi.

TANDA-TANDA BESAR HARI KIAMAT

  1. Asap
  2. Dajjal
  3. Haiwan yang bercakap (dabbatul ard)
  4. Matahari terbit dari Barat
  5. Turun Nabi Isa as
  6. Yakjuj dan Makjuj
  7. Bumi tenggelam di tiga tempat
  8. Terbit api dari Yaman

(HR Muslim)

AL-MASIH AD-DAJJAL

1. Antara kejadian Adam dan kejadian hari kiamat, tidak ada kejadian yang lebih dahsyat daripada Dajjal.” (HR Muslim)

2. Dajjal = dajala (yang menutup). Dajjal adalah pendusta yang menutup kebenaran dengan kebatilan. Dajjal akan mendatangkan huru-hara dan pancaroba yang dahsyat di muka bumi.

3. Mata kanannya buta dan mata kirinya bersinar seperti bintang (HR Bukhari dan Ahmad) – tidak mementingkan aspek kerohanian sama sekali, hanya untuk duniawi.

4. Di dahi Dajjal tertulis kalimat ‘kafir’ dan dapat dibaca oleh setiap Muslim (HR Ahmad) – sebahagian manusia terpedaya dengan tipu daya orang kafir, mukmin akan mengenali kesesatan mereka berdasarkan kebenaran al-Quran.

5. Dajjal menyembuhkan orang buta, pesakit kusta dan menghidupkan orang mati – teknologi moden.

6. Kelajuan perjalanan Dajjal adalah seperti awan yang dipukul angin. (HR Muslim dan Tirmizi), Dajjal akan mengenderai keldai. Jarak antara kedua telinganya adalah tujuh puluh ela. (HR Baihaqi), Dajjal akan melompat antara langit dan bumi. (HR Abu Daud) – sistem pengangkutan, kapal terbang, jet.

7. Dajjal akan mengarahkan langit dan langit akan menurunkan hujan dan dia akan mengarahkan bumi dan bumi akan mengeluarkan tumbuh-tumbuhan. (HR Muslim dan Tirmizi) – Daily Telegraph 20/8/1969 melaporkan, kristal silver iodine digunakan di padang pasir supaya menurunkan hujan.

8. Dajjal akan datang dari sebelah Timur. Tujuannya adalah menghancu.

rkan Madinah…” (HR Bukhari dan Muslim) – Palestin diserang Israel, Afghanistan diserang Amerika, Iraq diserang Amerika.

9. 70000 golongan Yahudi dari Isfahan akan mengikut Dajjal. (HR Muslim) – Bekas Senator Amerika, J. William Fulbright pada 1973 menegaskan bahawa kongres Amerika sebenarnya dikawal oleh Israel.

10.Dajjal akan melalui segolongan manusia dan menyeru mereka (supaya mengikutnya) tetapi mereka menolak Selepas Dajjal pergi, keesokan paginya, mereka mendapati segala harta benda mereka luput. (HR Muslim dan Tirmizi) – Dalam akhbar Philadelphia Inquirer 13/9/2002, David Perlmutter memberi amaran bahawa mereka yang tidak mahu mengikut rentak Washington ‘perlu bersedia menerima padah dalam bentuk kemusnahan industri minyak, markas ketenteraan, serta pejabat kerajaan…Akan berlaku kehancuran ke atas kerajaan dan sistem ekonomi negara itu selama satu generasi.’

11. Dajjal akan melalui suatu kawasan dan berkata: “Keluarkan segala perbendaharaan.” Segala perbendaharaan itu akan mengikut Dajjal seperti lebah mengikut ketuanya. (HR Muslim dan Tirmizi) – Menurut Enver Masud, penulis buku ‘War on Islam’ (1891-1991), Eropah telah mengeksploitasi getah asli serta gading di Congo dan akibatnya 10 juta orang Afrika terkorban.

12. Dajjal akan membawa air dan api. Apa yang dilihat manusia sebagai air sebenarnya api yang membakar. Apa yang dilihat sebagai api sebenarnya air yang sejuk lagi lazat… (HR Bukhari dan Muslim) – Rakyat Palestin = pengganas, Israel = mangsa.

13. Dajjal akan membawa sesuatu seumpama syurga dan neraka. Syurga Dajjal adalah neraka… (HR Bukhari dan Muslim) – Projek ‘The Stealth Crusade’ di mana mubaligh-mubaligh Kristian dilatih cara bergerak dalam dunia Islam untuk mengkristiankan golongan Islam. Rujuk www.motherjones.com dan cari kata ‘stealth crusade’.

14. Ujian Dajjal yang paling hebat adalah dia mendatangi seorang lelaki yang kematian abang dan bapa dan berkata: “Jika aku dapat hidupkan bapa dan abangmu adakah kamu akan mempercayai aku Tuhanmu?” Lelaki itu menjawab: “Ya.” Maka syaitan akan mencipta sesuatu yang menyerupai bapa dan abangnya. (Hadis Misykatul Masabih Jil.4 Hal.70) – Pada 29/12/2002 Dr Brigitte Boisselier mendakwa berjaya mengklon seorang bayi perempuan hasil DNA daripada seorang wanita Amerika 31 tahun.

15. Dajjal akan membawa segunung roti dan sungai yang dipenuhi air. (HR Bukhari dan Muslim) – Roti dan air = kekayaan dan kemewahan.

16. Golongan terakhir yang akan mengikut Dajjal adalah kaum wanita dan anak-anak luar nikah. (Kanzul Ummal Jil.7) – Mengikut The Times London 29/12/1962, bagi setiap lapan orang bayi yang dilahirkan, seorang adalah anak luar nikah.

17. Air di Tasik Tiberia atau Laut Galilee di Israel akan surut. (HR Muslim) – Reuters 14/8/2001 memaparkan artikel yang mengatakan air Laut Galilee sedang berada di paras terendah dalam sejarah (214.04m), lebih rendah daripada paras bahaya yang ditetapkan.

YAKJUJ DAN MAKJUJ

1. Yakjuj dan Makjuj (Gog and magog) adalah golongan yang suka membuat kerosakan di muka bumi. 18:94-98, 21:96

2. Pada suatu hari Nabi SAW bangun daripada tidur dalam keadaan merah padam wajah baginda dan bersabda: “Lailahaillallah. Kecelakaan bagi golongan Arab disebabkan kebinasaan yang hampir menimpa. Pada hari ini telah terbuka benteng Yakjuj dan Makjuj sebesar ini (Nabi membuat bulatan menggunakan ibu jari dan jari telunjuk).” Zainab bt Jahsy bertanya: “Apakah kita akan binasa sedangkan masih ramai di antara kita yang soleh?” Baginda bersabda: “Ya, apabila kekejian berleluasa.” (HR Bukhari dan Muslim)

3. Yakjuj dan Makjuj berasal daripada kata Arab ‘ajja’ dan ‘taajjaja’ yang bermaksud ‘menyala, membakar, menggelegak’.

4. Hamka merumuskan dalam Tafsir al-Azhar: “Yakjuj dan makjuj adalah dua nama yang bersatu padu melaksanakan aktiviti kerosakan di muka bumi. Ia boleh diertikan sebagai isme dan ideologi sesat yang boleh membawa manusia kepada kebinasaan. Yakjuj dan makjuj bergerak laksana air, ia akan terus mencari ruang untuk masuk walaupun ruang itu sebesar lubang jarum. Justeru, benteng dalam bentuk pemikiran yang baik, cita-cita yang mulia serta ideologi yang sihat mesti sentiasa teguh dalam diri seseorang.

MATAHARI AKAN TERBIT DARI BARAT?

1. As-Syeikh Syed Sabiq dalam kitabnya al-Aqaid al-Islamiyah menyebutkan beberapa fakta daripada buku al-Islam Maal Hayah. Buku ini memuatkan keratan akhbar Jumhuriah 13/12/1957 berhubung kajian oleh seorang pakar ilmu alam Rusia. Beliau menjelaskan, apabila sesuatu planet atau cahaya yang kuat mendekati bumi, pelbagai kejadian luar biasa boleh berlaku. Antaranya, bumi berputar lebih perlahan atau berhenti sama sekali sehingga pada pandangan mata kasar perjalanan matahari terhenti. Lautan boleh terbelah dua dan awan boleh tergantung seperti tiang lurus dari atas ke bawah sepanjang hari.

2. Ada berpendapat sabda Nabi SAW tentang matahari terbit dari Barat mungkin bermaksud pada akhir zaman ramai dari Barat akan memeluk agama Islam.

+ Marc Ramirez dari Seattletimes dalam artikelnya 24/1/1999 melaporkan: “Dengan 6 juta penganut Islam di Amerika, Islam menjadi agama yang paling cepat berkembang di Amerika.”

+ Jocelyn Wiener dari St Petersburg Times 7/10/2002 melaporkan: “Setiap tahun lebih kurang 20000 orang memeluk agama Islam di Amerika.”

Wednesday, November 15, 2006

Kupasan Buku: Tsawabit Dalam Gerakan Ikhwan

Judul : TSAWABIT DALAM MANHAJ GERAKAN IKHWAN; Analisis terhadap prinsip-prinsip yang baku dan dinamis dalam manhaj gerakan Ikhwanul Muslimin.

Penulis: Jum’ah Amin Abdul Aziz.

Penerbit: Asy Syamil Press & Grafika.

Credit to: Abu Mardhiah

TSAWABIT & MUTAGHAIYYIRAT

Definisi & Konsep

Tsawabit

  • Hal yang tidak berubah dan tidak akan berganti selama-lamanya.
  • Hukum2 yang dijelaskan Al-Quran dan Sunnah mutawatir yang qat’ie.

Mutaghayyirat

  • Lahan berfikir, perenungan dan ijtihad
  • Bersifat zhanni
  • Tidak membahayakan bahkan menjadi kekayaan agung perundangan Islam dan pustaka fiqh yang indah
  • Pengambilan (boleh diterima atau ditolak) suatu hukum berdasarkan kekuatan hujah
  • E.g. penafsiran ulama mujtahid yang berbeza-beza terhadap ayat Al-Quran

Saya tidak gembira jika para sahabat tidak berbeza pendapat.”

-Umar Abdul Aziz-

Tsawabit Gerakan Ikhwan

  • Setiap jemaah mempunyai tsawabit masing-masing, begitu juga dengan Ikhwanul Muslimin
  • Dalam Ikhwan juga memiliki mutaghayyirat yang tidak beku dan kaku mengikut kesesuaian dakwah pada setiap masa dan tempat
  • Prinsip Jamaa’tun min Jamaa’aatil Muslimin (satu dari sekian banyak jemaah kaum Muslimin) bukannya Jamaa’atul Muslimin
  • Orang2 yang tidak bergabung dalam jemaah ini tidaklah hilang keislamannya sebaliknya prinsip ikhwab hanya wajib diikuti bagi para pendokongnya.

Nama jemaah Al Ikhwan Al Muslimun, fikrah, sejarah dan aplikasi

  • Gerakan Islam yang terbesar
  • Simbol yang menunjukkan fikrah dan sejarah
  • Mengingatkan kita tentang nilai2 Islam (ikatan iman dan ikatan persaudaraan).
  • Penghargaan kepada muassis (pengasas) sebagai tanda cinta atas segala jasanya, As-Syahid Hassan Al-Banna.

Kewajiban amal jama’i

  • Islam menyeru kepada jemaah dan membenci bersendirian (solat sendirian, dll) 61:4
  • Terdiri drpd qiyadah yang bertanggungjawab, asas yang kukuh dan jundi yang taat.
  • Sifat Ikhlas individu menajdi sempurna dengan berjemaah
  • Tiada Islam tanpa jemaah dan tiada jemaah tanpa imarah (kepimpinan).

Tarbiyah adalah jalan Ikhwan dan menjauhi kekerasan adalah jalannya

  • Pemahaman dan pembaharuan dalam agama agar menjadi benar.
  • Perlu ada fikrah yang baik (persepsi yg jelas tentang fikrah, yakin akan fikrah dan berpadu hati).
  • Sasaran perlu jelas
    1. Membangunkan kesedaran rohani imani
    2. Membina individu muslim yang syumul/kamil dari aspek Jasad, Emosi, Rohani, Intelektual (JERI)
    3. Membentuk keluarga muslim atas dasar tarbiyah.
    4. Mewujudkan masyarakat muslim yang menerapkan manhaj Islam dalam kehidupan.
    5. Mengembalikan ‘izzah umat Islam antarabangsa agar menjadi umat terbaik yang diorbitkan buat manusia

Usrah (halaqah) adalah pusat tarbiyah

  • Halaqah adalah wasilah utama tarbiyah
  • Terjadi….
    1. Ta’aruf- 49:10
    2. Ta’awun – 5:2
    3. Takaful
  • Agendanya..
    1. Menyelesaikan musykilah seseorg akh
    2. Taujihat(pengarahan) oleh qiyadah
  • Problem umat bukan hal remeh, seharusnya solusi bukan skadar dgr ceramah, mendengar pendapat seorang individu atau penerbitan risalah iklan akan tetapi diasuh dan dibina di tempat asuhan tarbiyah iaitu.HALAQAH
  • Perlu mengikut tertib 2:151 dan 62:2 barulah akan jd individu yg memahami Islam dan berakidah murni

Komprehensif dalam pemahaman dan gerakan

  • Yakin hukum dan ajaran Islam adalah syumul
  • Asas nya adalah al-qur’an dan sunnah rasulullah s.a.w
  • Keistimewaan dakwah Ikhwan :
    1. Sifatnya rabbani dan berterusan
    2. Mengambil manhaj salafussoleh dlm fikrah,pemahaman dan keyakinan
    3. Keputusan diambil selepas syura
  • Antara buku rujukan untuk pemahaman fikrah gerakan Ikhwan:
    1. Risalatul ta’lim
    2. Al-Ushul ‘isyrin
    3. Arkanul bai’ah
    4. Risalatul ‘aqaid

Menghormati peraturan jemaah adalah akhlak

  • Prasyarat nk msk pintu Ikhwan
  • Kes tidak taat pd aturan jemaah..Al-Baquri dan jabatan menteri

Syura (Pengikat dan penghilang pertentangan)

  • Rasulullah pun sering ambil pendapat sahabat apatah lg kita umatnye..kalau nk boleh je rasulullah mohon doa tp baginda nk didik umatnye jgn ikut pendapat sendiri dlm semua hal..
  • E.g org yg pentingkan pendapat sendri je:Fir’aun (43:38,40:26,43:51-53)
  • Dalilnye 42:37-38 & 2:223 (tafsiran ulama berbeza ada yg kata wajib,harus dsb..)
  • Syura wajib ditaati dan dipatuhi.Even resultnya myb kurang tepat.

Pilihan fiqih yang diambil adalah mengikat

  • Ijtihad sesorg ulama x leh nk batalkan ijtihad ulama lain(salamatus sadr), yg diselisihkan x boleh ade penolakan.tp it juz happen in fiqih ta’abbudi.
  • But bile dh be part of ikhwan kena ikut fiqh yg diambil oleh syura jamaah
  • Ape pun kena still jaga adabul ikhtilaf (etika perbezaan pendapat).

Allah ghoyatuna segala yang kita lakukan dan lafaz

  • 51:56-alwayz refresh kembali tujuan kita,ke mane kita menyeru…ALLAH swt
  • Pemerintahan dan kuasa hanyalah satu wasilah je bukan ghoyah
  • jadilah kalian para hamba Allah sblm menjadi pemimpin.Ibadah akan menghantarkan kalian pada sebaik2 kepimpinan”As-syahid Hasan Al-Banna
  • Tuntasnya,everything that we in life must return to Allah as our ghoyah. Perasaan sayang,benci,rajuk cemburu kita adalah krn ALLAH swt.

Friday, November 03, 2006

Kupasan Buku : Al Isti'ab (Fathi Yakan)

Judul asli : Al-Isti’ab fi Hayatid-Da’wah wad-Da’iyah.

Penulis : Fathi Yakan.

Judul Terjemahan : Isti’ab, Meningkatkan Kapasitas Rekrutmen Dakwah.

Definisi:

Isti’ab (daya tampung) adalah kemampuan da’i utk menarik mad’u dan merekrut mereka dengan segala perbezaan intelektual, kejiwaan, status sosial dll.

ISTI’AB KHARIJI (Daya Tampung Eksternal)

Definisi:

Kemampuan utk menarik mad’u ke dalam Islam, dakwah dan pergerakan.

Tuntutan terhadap para da’i:

  1. Kefahaman tentang agama.39:9, 34:6, 45:18
  2. Teladan yang baik.33:21, 42:15, 61:2-3, 2:44
  3. Kesabaran. 2:45, 20:130, 22:34-35, 3:200, 2:153, 2:155, 39:10, 32:24
  4. Santun dan lemah lembut. 3:159, 41:34, 3:134, 25:63
  5. Memudahkan, bukan mempersulitkan.

“Mudahkanlah dan jangan mempersulit, senangkanlah mereka dan jangan membuat mereka lari.” (HR Bukhari dan Muslim).

  1. Tawadhu’ dan merendahkan sayap (tidak sombong).

“Tidak akan masuk syurga seseorang yang di dalam hatinya terdapat sedikit kesombongan.”

(HR Muslim)

  1. Muka berseri-seri dan perkataan yang baik. 17:53, 2:83, 2:263, 33:70, 22:24, 16:125, 20:44
  2. Melayani orang lain dan membantu keperluan mereka.

“Seorang Muslim adalah saudara bagi Muslim yang lain. Barangsiapa yang memenuhi keperluan saudaranya, maka Allah akan memenuhi keperluannya….”

(HR Bukhari, Muslim dan Abu Dawud)

  1. Dermawan dan berinfaq kepada orang lain. 3:180, 59:9, 17:29, 17:100, 3:17, 51:19, 4:113

ISTI’AB DAKHILI (Daya Tampung Internal)

Definisi:

Kemampuan utk menampung mad’u yang telah berada di tengah-tengah saff dakwah.

Tahapan

  1. Isti’ab ‘aqidi dan tarbawi
  2. Isti’ab haraki

Isti’ab ‘Aqidi dan Tarbawi

Tujuan:

  1. Membersihkan para kader drpd pelbagai polutan masa lalu, baik berkaitan pemikiran mahupun tindakan.
  2. Mencuci otak para kader drpd karat-karat yang menempel, iaitu berbagai hal yang tak islami.
  3. Meluruskan aqidah para kader.
  4. Meluruskan perilaku dan akhlak para kader.
  5. Mengarahkan keinginan dan kecenderungan para kader.
  6. Menentukan dan menjelaskan arah sasaran dan tujuan para kader.

Kaedah pembentukan peribadi Muslim menurut Sunnah Nabawiyah

1. Memerangi sisi negatif, kebekuan, dan kerahiban.

“Orang yang bergaul dengan masyarakat dan bersabar terhadap gangguannya lebih baik drpd orang yang tak bergaul dengan masyarakat dan tak sabar terhadap gangguannya.”

(HR Tirmidzi dan Ibnu Majah)

2. I’tidal (proporsional) dan tak berlebih-lebihan.

“Ingatlah, akan hancur orang-orang yang berlebih-lebihan, akan hancur orang-orang yang berlebih-lebihan.”

(HR Muslim, Abu Dawud dan Ahmad)

3. Sedikit dan kontinu (berterusan) lebih baik drpd banyak tapi terputus.

Dari A’isyah ra: bahawa Rasulullah saw ditanya tentang amalan yang paling afdhal. Beliau menjawab: “Yang kontinu meskipun sedikit.”

(HR Bukhari)

4. Mendahulukan prioritas dalam pembentukan. (Fiqh Al-Awlawiyyat)

5. Pembentukan melalui teladan. 2:44, 61:2-3, 33:21

6. Pembentukan yang menyeluruh dan tak parsial. Konsep tawazun (keseimbangan).

7. Kesolehan lingkungan.

· Keluarga.

· Teman.

· Masyarakat.

“Seseorang selalu mengikuti agama teman dekatnya, maka lihatlah salah seorang dari kalian siapa yang dijadikan teman dekatnya.” (HR Tirmidzi)

8. Dampak pahala dan hukuman dalam pembentukan.

Tingkatan penggunaan prinsip ini:

· Nasihat.

· Tindakan lemah lembut.

· Sampaikan peringatan tak langsung.

· Sampaikan celaan.

· Putuskan hubungan sementara.

· Menggunakan hukuman yang sesuai dan membuat jera.

Isti’ab Haraki

Syarat yang perlu dipenuhi oleh sesuatu gerakan utk bisa menampung para ahlinya:

  1. Proses tarbiyah yang matang.
  2. Pengurusan yang cekap.
  3. Perancangan yang teliti
  4. Konsep yang jelas.
  5. Memahami semua ahli dengan benar, mengetahui potensi yang dimiliki, kecenderungan, sisi positif dan negatifnya, dll.
  6. Mengerahkan seluruh ahli, bukan sebahagian yang berpotensi sahaja.
  7. Penugasan ahli jama’ah secara bersama-sama dan bukan secara individu.

Perkara-perkara penting yang harus dikuasai oleh para da’i

  1. Pemahaman yang benar dan sempurna tentang sasaran dan sarana yang digunakan.
  2. Memahami tanzim dan tabi’atnya dengan benar.
  3. Pemahaman yang benar dan menyeluruh terhadap tab’iat dan hakikat teman dan lawan, hal yang bisa membezakan antara teman dan lawan, sarana dan sasaran yang hendak dicapai, dan perancangan mereka serta para tokohnya.
  4. Pemahaman yang baik tentang berbagai aspek, tabi’at dan keeperluan amal.
  5. Menjauhi fenomena istiknaf (keengganan utk bergabung dlm masyarakat, atau instansi, atau berbagai organisasi yang ada).

Mana dakwah pilihan kita?

Dakwah orang soleh yang terbatas pada anggotanya, tanpa peduli dengan masyarakat sekelilingnya.

ATAU

Dakwah yang berusaha memancarkan sinar hidayah kpd sesiapa sahaja, menyayangi sesiapa sahaja, menghendaki kebaikan bagi sesiapa sahaja dan bahkan memanfaatkan dan mengoptimalkan seluruh potensi yang ada dalam masyarakat demi kepentingan dakwah dan Islam.