Monday, July 18, 2011

Taujih Syeikh Hesham Sakr


Alhamdulillah saya bersyukur kepada Allah swt kerana sempat mendengar taujih dari Syeikh Prof Dr Hesham Hosni Sakr, salah seorang senior Ikhwanul Muslimin dan juga penulis buku hebat Ghulam Dakwah. Di dalam taujih beliau, beliau menekankan akan kepentingan kefahaman Islam yang syumul, yang menjadi teras kepada kebangkitan umat. Dan caranya adalah dengan 'deep tarbiyah' (tarbiyah yang mengakar).

Namun bagi saya yang paling menarik adalah dalam sesi soal jawab. Antara yang paling saya ingat ialah:

1) Sepanjang 20 tahun ini banyak perkara telah berlaku dan salah satunya ialah perpecahan. Perpecahan terjadi dengan masalah yang terkumpul (combined problem) tetapi yang bertanggungjawab bagi perpecahan ini adalah qiyadah (pimpinan). Qiyadah tidak dapat menanggapi masalah orang bawah dan tidak bertindak bijak di dalam menghadapi ketidakpuas hatian mereka. Namun, syeikh juga menyeru agar para pendakwah bersikap memaafkan dan menambahkan toleransi dalam berhubungan di dalam jemaah. Jangan terlalu mudah memisahkan diri dari Jemaah kerana ia akan melemahkan umat Islam.

2) Namun, syeikh sedar perkara itu sudah berlaku dan yakin ada pengajaran besar yang boleh diambil. Manusia cenderung untuk melihat dengan lebih jelas pokok pangkal permasalahan apabila ditimpa musibah dan itu pasti menjadi sesuatu yang berharga buat mereka.

3) Syeikh menegaskan beliau percaya kepada ISMA, kalimah 'I trust you, thats why i'm here with you' terus diulang berkali kali. Kepercayaan itu berdasarkan hakikat keyakinan beliau bahawa ISMA terdiri dari orang yang soleh dan dia melihat ada 'harapan' bagi ISMA. Syeikh tidak menerangkan apakah bentuk harapan yang beliau maksudkan tetapi saya merasakan beliau maksudkan adalah ISMA dapat bersatu kembali dan memperbaiki perpecahan sebelum ini. Wallahua'lam.

4) Syeikh menegaskan berkali kali bahawa dakwah Islam adalah untuk semua, bukan kepada bangsa Melayu sahaja. Tetapi logik bagi Malaysia yang majoriti muslimnya adalah Melayu, maka usaha dakwah kepada bangsa Melayu perlu lebih kuat dan terfokus.

5) Kata kata keramat pada malam itu ialah Deep Tarbiyah, Expand then Deep Tarbiyah, Expand..over and over again...

6) Ada peserta bertanya apakah relevannya meletkkan Melayu sebagai tonggak kebangkitan Islam sedangkan Melayu sendiri tidak diyakini oleh bukan Islam untuk memimpin. Syeikh menjawab, orang bukan Islam percaya bahawa Melayu tidak mampu dan mereka juga mahu Melayu mempercayai begitu. Itu agenda mereka.

7) Tetapi, syeikh menegaskan bahawa orang Melayu mempunyai potensi besar untuk meninggikan Islam namun harus dengan kerja keras dan pengorbanan yang tinggi.Never lose confidence in yourself...

8) Dari sudut negara, Mesir sedang menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara contoh. Apa yang ada di Malaysia sekarang adalah target Mesir di dalam membentuk negara mereka.

9) Penutupnya, syeikh menegaskn bahawa ISMA mengikuti fikrah Ikhwan Muslimin, memahami Islam sebagai mana IM memahaminya. Tetapi itu tidak menutup pintu perbaikan dan kesungguhan.

Wallahua'lam.

p/s: sekiranya ada penambahan dan perbaikan boleh comment di bawah.

2 comments:

ikrambadar said...

Nice entry.

Muhamad Zulhakimi bin Samsudin said...

syukran atas perkongsian jazkk.