Sunday, November 21, 2010

Aduhai Melayu.....

Aduhai Melayu
Oleh: Ust Sarip Adul

Membelek-belek akhbar beberapa hari ini penuh dengan berita MELAYU. Selama duduk di Sabah, jarang diperkatakan isu tersebut. Mungkin kerana etnik Sabah dan Sarawak tidak merasakan diri mereka Melayu walau dari sudut perlembagaan mereka termasuk dalam takrifan Melayu. Cuma mereka mungkin ada alasan tersendiri untuk tidak mahu mengaku Melayu kerana sifat Melayu di Semenanjung itu sendiri.

Sudah beberapa bulan aku di Semenanjung, menggamit kenangan zaman remaja ketika belajar di sini dahulu. Kolej Islam Klang dan Pondok Pak Man Bukit Besar, Kedah. Zaman itu aku juga macam remaja yang lain sangat bersemangat dengan isu-isu politik. Aku rajin beli buku dan kaset-kaset ceramah pelbagai pemimpin dan tok guru. Waktu sekolah pondok dulu, hampir tiap minggu buat rombongan pergi mendengar ceramah politik. Seronok sebab banyak isu. Ceramah politik tanpa isu baru upama makan gulai basi.

Bab kata mengata memang dah jadi tabiat orang Melayu apatah lagi kalau dapat microphone di pentas politik. Sampai ke dalam almari pun kalau mampu mereka akan ceritakan. Bila penceramah menekan suara, kita dah tahu ia minta kita bertepuk atau bertakbir. Naik bulu roma dibuatnya. Sampai sebahagian ceramah tersebut aku hafal. Pandangan aku juga waktu itu macam kawan-kawan lain. Yang tak sebulu dianggap thagut.

Orang Melayu memang hebat berpolitik dan hebat dalam percaturan politik. Politik mereka lebih bersifat politik permusuhan dan bukan permuafakatan. Mungkin darah Hang Jebat dan Hang Tuah masih mengalir dalam darah mereka walau ada yang mengatakan keturunan Hang ni bukan Melayu. Menghimpunkan orang Melayu dalam satu wadah politik agak mustahil, kecualilah kita mampu memaksa semua orang Melayu makan belacan… ramai juga orang Melayu yang geli melihat belacan. Tapi yang tak mustahil ialah duduk semeja berbincang walau kerusinya berlainan… tapi itupun orang Melayu tak mampu buat.

Rasanya dah tiba masanya parti-parti orang Melayu bersaing di medan praktikal. Kurangkan tuduh menuduh di akhbar dan ceramah. Fokuskan minda pengikut pada risalah sebenar kewujudan mereka sebagai Melayu Islam. Dari memperbanyakkan penceramah yang pandai berkata-kata ketika persidangan, muktamar dan konvensyen, baik parti-parti ini berlumba-lumba melahirkan intelektual, jutawan dan negarawan. Dari menghabiskan wang ringgit dalam kempen pilihanraya bagus mereka berlumba-lumba bagi biasiswa kepada pelajar-pelajar Melayu yang berkemampuan. Sayangnya orang Melayu menjadi bangsa yang paling ramai berhutang setelah menamatkan pengajian di universiti.

Banyak lagi medan boleh tunjukkan hebatnya parti-parti politik Melayu. Cubalah berlumba-lumba bina sekolah, universiti swasta bertaraf dunia, syarikat-syarikat gergasi bertaraf dunia. Atau berlumba-lumpa menyelesaikan masalah ummah… sosial, miskin tegar, mundur akademik dan pelbagai bidang lain yang mereka boleh tunjuk kehebatan. Kadangkala melihat sekolah agama swasta milik orang Melayu dan sekolah swasta milik bangsa lain… tengok rupa bangunan sudah mengambarkan jurang perbezaan. Kita masih mengharapkan subsidi kerajaan dan itulah mentaliti kita… termasuk aku.

Kalau orang Melayu benar-benar hebat barulah kita boleh syaratkan yang cuma ada Ph.D sahaja yang boleh dicalonkan bertanding. Barulah yang memimpin kita benar-benar cerdik seperti Oxford dan Harvard Universiti melahirkan pemimpin barat. Kadangkala nak memangkah kertas undi pun serba salah bila nama calon tu dulu mengaji kat U pun tak berapa nak lepas… baca teks ucapan yang orang sediakan pun tergagap-gagap… ermm. Sayangnya hingga kini orang Melayu hanya terkenal pandai bercakap dan kurang buat. Teori banyak, praktikal kurang. Sembang kedai kopi cukup hebat, yang kaya tauke Kopitiam.

Kini setelah hampir puluhan tahun, aku dapati corak berpolitik dan berfikir orang Melayu tak banyak berubah. Cuma mungkin dulu bangsa lain berdiam diri, pasrah dan mengalah. Dulu mereka tumpukan penguasaan bidang ekonomi, kuasai sektor perniagaan, jadi jutawan dan KAYA. Sekarang mereka dah dapat semua itu sebab waktu itu orang Melayu sibuk berebut kerusi, sibuk hukum menghukum hingga terlupa pada risalah asal kewujudan mereka. Kini bangsa lain yang dah dapat habuan dari kekayaan beralih pula kepada kekuatan kedua. KUASA. Ini kerana KAYA dan KUASA lengkap melengkapi. Orang Melayu dari dulu terlalu menumpu yang namanya KUASA dan agak zuhud mengejar yang namanya KAYA. Zaman tu mereka banyak dahulukan bangsa lain. Hinggakan habuan mereka dalam DEB yang cuma 30% mereka tak ambil semuanya.

Toleransinya orang Melayu. Sebab itu sampai kini kita masih tak mampu menyaingi bangsa lain. Paling-paling pun mampu mengeluarkan produk pencecah roti yang menyerupai KAYA keluaran YEOS. Membimbangkan… orang Melayu masih mengamalkan politik berpecah, fitnah memfitnah, tuduh menuduh, kata mengata macam dulu-dulu juga. Tidak mustahil suatu hari mereka akan menjadi hamba di tanah sendiri. Kadang, baru sahaja ada cadangan untuk duduk semeja, datang orang Melayu juga yang memecahkan kerusi meja sebelum sempat duduk berbincang. Banyak masa dan emosi kita habis ke situ dan terlupa untuk mengejar bangsa lain yang memang telah menguasai KAYA… kini mengimpikan KUASA…

Memang tidak dapat dinafikan orang Melayu pernah hebat. Sejarah membuktikan dulunya kawasan ini dikuasai oleh kerajaan Melayu yang dikenali seluruh dunia. Kalau kita kaji mereka menjadi hebat akibat kedatangan Islam. Islam yang dianuti oleh raja dan rakyat diamalkan bukan hanya sebagai peraturan hidup harian bahkan menjadi undang-undang negara. Akhirnya kerajaan-kerajaan Melayu Islam ini mengusai laluan perdaganan Selat Melaka dan berniaga hingga ke timur dan barat. Orang Melayu dulu KAYA dan BERKUASA. Kalau bukan kerana kedatangan penjajah nescaya kerajaan-kerajaan Melayu masih lagi mengamalkan Islam dalam perundangan dan segenap aspek hidup mereka. Macam nenek moyang mereka dulu.

Bila penjajah datang, mereka cuba buang Islam sedikit demi sedikit dari diri orang Melayu. Akhirnya orang Melayu bukan hanya terjajah negara, bahkan ekonomi, minda dan emosi mereka. Bila merdeka mereka sibuk mencari resepi kemajuan di timur dan di barat untuk memajukan diri dan negara. Kadang nampak berjaya tapi dalam masa yang sama mengundang bahaya. Lihat sahaja, dalam kita berbangga dengan wujudnya pencakar langit dan majunya prasarana, orang Melayulah juga yang paling tinggi ranking dalam penagihan dadah, anak luar nikah, buang bayi, perceraian… Seolah-olah resepi yang kita guna manisnya cuma pada kulit tapi isinya pahit tak mampu ditelan.

Melayu memang perlu terus menguasai tanah ini sebab di sinilah tumpah darah mereka. Tapi tidak bererti bangsa lain tidak ada hak dan tertindas. Mereka juga warganegara. Mereka juga lahir di sini. Tapi hak tuan rumah tetap tidak boleh dipertikaikan. Memperjuangkan bangsa sambil menindas bangsa lain itulah rasis dan asobiyyah jahiliyyah. Memperjuangkan bangsa tanpa mengambil hak dan menindas bangsa lain itu fitrah manusia, Nabi pun seringkali menyebut keistimewaan orang Arab dan bangsa Quraish. Cuma dalam kontek memperjuangkan Melayu, perlulah memahami maknanya seperti takrifan perlembagaan. Melayu itu Islam. Memperjuangkan Melayu bukan sekadar kerana Melayunya bahkan kerana Islamnya Melayu. Perjuangan bangsa mesti bersadurkan agama.

Melayu perlu terus memerintah kerana di situlah letaknya kuasa ISLAM yang diiktiraf oleh perlembagaan. Tapi apakah resepinya? Adakah masih resepi lama? Pandang ke barat atau pandang ke timur? Kita sudah tahu kesannya… kenapa kita tak pandang pada resepi yang pernah memajukan kerajaan Melayu yang dibangunkan oleh nenek moyang kita? Kalau Melayu dulu mampu maju dengan resipi Islam, kenapa kita tidak? Kenapa kita hilang keyakinan? Adakah minda kita masih terjajah oleh Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun?

Kesultanan Melaka, Johor, Pahang, Acheh, Perlak, Samudera Pasai dulu maju dengan Islam. Satu resepi sahaja… Islam, yang telah dijanjikan oleh tuhan orang Melayu dan manusia sejagat bahawa di dalamnya ada hasanah dunia dan hasanah akhirat. Kenapa kita tak gali semua resepi dan rempah ratusnya lalu dimasak betul-betul menjadi identiti Melayu Muslim sejati. Orang Melayu paling mudah mengamalkan Islam kerana mereka memang telah difitrahkan dengan pelbagai sifat yang baik. Tidak macam orang Arab terkenal kasarnya. Pernah aku makan bersama mereka waktu di luar negara. Mereka makan nasi dengan mengepalnya besar dan bulat dan apabila memasukkannya dalam mulut melekat pada janggut. Orang Melayu makan sungguh tertib.

Itu baru makan. Islam mampu sebenarnya bawa orang Melayu maju seperti zaman kegemilangan nenek moyang mereka bahkan akan lebih maju. Lihat sahaja apabila kerajaan mula melaksanakan sistem kewangan Islam, orang Melayu mampu menjadi peneraju hinggakan bangsa asing belajar dari kita. Mereka mula menaruh minat pada ekonomi Islam. Itu juga satu dakwah kerana tabiat manusia nak kaya, nak untung dan tak nak rugi walau apapun sumbernya. Kenapa kita tak cuba gali lagi resepi Islam dan laksanakan pula dalam aspek-aspek lain? Pasti kesannya sama.

Islam bukan hanya undang-undang, undang-undang juga bukan sekadar hudud. Memang semua itu wajib dilaksanakan. Mengingkarinya boleh mengugurkan shahadatain. Orang Melayu sekarang tahu semua tu, tak mcm era 70-an 80-an. Zaman tu ramai sangat yang jahil. Orang Melayu sudah mula faham cuma kefahaman mereka belum sampai ke akarnya. Masih ada yang yang anggap Islam ini sekadar syiar-syiar tertentu. Masih ada yang anggap Islam fokus pada akhirat melebihi dunia. Ramai pelajarku yang ada kesedaran agama mengabaikan pelajaran kerana alasan dakwah dan risalah lebih utama dari akademik. Ajaran-ajaran sesat begini perlu diperbetulkan. Ia samalah seperti tinggalkan dunia demi persiapan ibadah dan akhirat.

Bahkan aku terpaksa menjadi motivator kepada beberapa usahawan bumiputera di Sabah dan Sarawak yang berpada dengan pendapatan RM20,000 hingga RM30,000 setahun kerana takut terlalu kaya. Akhirnya mereka sekadar menguruskan pendapatan dan bisnes yang sedia ada dan tidak mahu memperkembangankanya. Kataku umat Islam dahulu mencari kekayaan sampai menguasai kekayaan dunia. Tapi akhirnya mereka gunakan semua itu untuk membeli syurga dengan menafkahkannya pada jalan Allah. Kenapa usahawan Melayu tak mahu kaya? Kenapa tak wujud seratus orang seperti Syed al-Bukhari? Yang mampu menyediakan pelbagai bantuan kepada umat Islam? Untuk mewujudkan satu sekolah yang cukup prasarana sahaja ahli jawatankuasa terpaksa menagih simpati orang ramai.

Ada satu masjid di Bangi ini, setiap Jumaat aku mesti bawa sedikit bekalan wang. Lepas solat pasti ada sejadah dihamparkan untuk orang ramai bersedekah dan menderma bagi pembinaan bangunan sekolah. Kadangkala sekolah yang terbina serba kekurangan. Paling sedih kadangkala Khatib terpaksa berkhutbah berapi-api untuk menaikkan semangat hadirin menderma. Sebab orang kita tidak ramai yang kaya raya. Yang kaya raya pula masih ramai yang sayang harta. Imam al-Banna pernah menyebut: Bukanlah zuhud itu engkau meninggalkan dunia dan menyerahkannya kepada orang kafir untuk menikmatinya. Tapi zuhud yang sebenarnya ialah engkau memiliki seluruh isi dunia hinggakan nilai dunia ini seumpama tanah sahaja dan kau nafqahnya pada jalan Allah. Itulah kefahaman sebahagian besar para sahabat yang dijanjikan masuk syurga. Mereka orang kaya dan mereka gunakan kekayaan tersebut untuk membeli syurga.

Melayu tanpa Islam umpama badan tanpa nyawa. Kalaupun mereka mampu bergerak, ia umpama mayat yang berjalan di tengah malam. Orang Melayu perlu membina diri mereka dengan Islam. Mereka perlu memahami Islam sebagaimana yang difahami oleh generasi awal dan sebagaimana yang difahami oleh nenek moyang orang Melayu di zaman keagungan mereka. Tanpa Islam Melayu akan terus layu.

Lantaran itu pendekatan politik kepartian dan cara berfikir orang politik tak akan mampu menyatukan orang Melayu. Mereka telah dibesarkan oleh sistem berpolitik ala barat yang kadangkala tidak terikat dengan batasan akhlak dan karamah insan. Tak kira golongan manapun mereka, hampir sama sahaja sepak terajangnya di pentas. Politik memang sebahagian dari Islam untuk mengurus kekuatan ummah. Politik Islam penuh dengan adab dan tatasusila. Ia bukan sekadar medan mencari kuasa tapi ia wasilah untuk mendekatkan manusia kepada penciptanya. Kita perlu pendekatan lain yang juga tak kurang pentingnya bahkan paling utama. Pendekatan tarbiah.

Tarbiah selama 13 tahun di Mekah telah mengeluarkan orang-orang Arab dari lemah menjadi kuat. Akhirnya mengetuai manusia membina tamadun yang hingga kini diingati sumbangannya. Orang Melayu perlu dididik semula memahami agama mereka. Perlu dididik semula memahami risalah hidup mereka. Perlu dididik semula memahami tabiat agama mereka. Perlu dididik semula seni menguasai dunia dan akhirat. Perlu dididik semula tentang kesyumulan Islam. Sayangnya mata pelajaran yang ada di sekolah-sekolah orang Melayu dan universiti-universiti mereka cuma sarat dengan masalah furu’ dan kurang menekankan semua itu. Hatta di sekolah-sekolah agama. Akhirnya mereka hidup dan berfikir dalam lingkungan diri mereka sendiri sahaja. Memang ada pelajaran agama… tapi sekadar melahirkan saudagar mimpi dan bomoh.

Islamlah sebenarnya yang memajukan Melayu. Tapi Islam yang difahami oleh generasi awal Islam. Tanpa Islam Melayu beginilah keadaannya sampai bila-bila. Kalau pun mereka maju, mereka sama macam orang putih yang menjajah mereka. Melayu dan Islam tidak sepatutnya berpisah.

Apapun aku orang Kedayan dari Sarawak.

“MELAYU SEPAKAT ISLAM BERDAULAT”

10 comments:

Ukhtiutmuda said...

salam.
afwan.
kenapa ek dengan antum.
ana pelik lah pasal blog satu ummah tu.
lebih2 lagi tentang post melayu.
kenapa perlu antum tulis ISMA?dan menerangkan ideologi kalian di situ.
ada ke pasal post tu dia condem ISMA?ana kurang mengertilah.
walaupun ana nhe hanya insan kecil di mata antum,tapi ana memerhati.
pelik2.
semoga berbuat hanya keranaNya.sangat terkesan dengan satu ummah.antum tibai dia macam mana pun,dia tetap cool.mashaAllah.
bagus blog nhe,teruskan ~

Abu Humaira said...

allahuakbar....

kat mana yang ana tibai dia?

ana tak kata pun dia kondem ISMA, ada?

baca dengan rasional, jangan tuduh melulu tak tentu pasal...

salahkah ana menerangkan ideologi ISMA, apatah lagi post itu memang berkaitan dengan perjuangan ISMA?

ana bagi idea, tak setuju keluarkan hujah...bukan menuduh tidak tentu hala...

ukhti pun ada pegangan dan hujah, dan ana yakin itu juga yang ukhti terangkan pada mad'u...so, apa salahnya ana terangkan pegangan dan hujah ana...

rasional dik...matang sikit...

Ukhtiutmuda said...

ana je lah yang x matang ~~~

o.k teruskan.tapi x elok lah.masuk tumah orang a.ka blog then cakap pasai ideologi sendiri.

kalau ana pAs then ana keluarkan hujah2 ana ada antum nak terima?lebih kurang la.
bagi ana x salah nak perjuangkan melayu tapi x perlu la kat blog orang tu tulis nama organisasi.

macam kelakar la,bayangkan antum ISMA kemudia ana Ikram ke , Jim ke Pmi ke masuk sini dan terangkan ideologi ana habis2an.lebih2 lagi yang konon ada kaitan ngan ideologi ana.amacam suka?

satu ummah kan bukan ISMA.biarlah dia jangan diganggu.biarkan dia bersama dakwahnya.x salah pencerahan tapi jangan la sampai kata "kami di ISMA"..Ideologi ISMA.ISMA itu ISMA ini.Ana pon ISMA gak tapi x adalah macam tu sekali.

apapun selamat menerima anak baru,semoga anak itu bakal mewarisi perjuangan kalian.

Abu Humaira said...

ana menjelaskan ideologi itu bukan untuk mengajak dia masuk ISMA...

ana nak menjelaskan ideologi ISMA sebab perkara itu adalah agenda umat Islam bersama, bukan agenda ISMA sahaja...

dan kalau ukhti perasan, masa first comment ana langsung tak bawa cerita ISMA,then akh Zikri yang sebut dia dah baca statement ISMA sendiri dan buat kesimpulan.

Ana just terangkan kesimpulan dia dibuat dari base yang salah. Perjuangan ISMA bukan seperti yang dia faham.

That's y ana minta ukhti matang sikit. Dalam dunia blog, kalau tidak mahu kena comment, disable comment. Tapi selama ana tengok,akh zikri meraikan semua pihak, x pernah ada comment yang dia delete, yang ada kena delete bahkan post dia sendiri sebab yang baca blog dia bukan dari group dia sahaja.

So,xde isu kalau orang IKRAM,PMI, dan sesiapa saja nak berhujah dengan ana di sini. Hujah secara matang. ISMA meraikan budaya ilmu dan hujah,kalau ukhti nak tau. Bukan budaya pak turut benarkan kata pimpinan. Memberi hujah yang berlainan tidak bermaksud kita bermusuh. Atau itu yang ukhti faham?

dah boleh faham duduk isu sekarang?

Abu Humaira said...

satu lagi, kalau betul ukhti ahli ISMA, nasihat ana, hayati perjuangan ISMA...

ahli ISMA dia akan menyampaikan risalah perjuangannya di mana sahaja ada kesempatan untuk berbuat begitu.

Slogan 'Memartabatkan Kesetiaan Bangsa', 'Melayu Sepakat Islam Berdaulat' dan 'Membina Generasi Harapan' bukan slogan untuk manis mulut.

Ia adalah aspirasi perjuangan ISMA untuk menyelamatkan umat Islam di Malaysia. Ia adalah perjuangan yang ada 'izzah di dalamnya.

Ana tidak akan pernah segan silu bahkan ana bangga mengaku sebagai ahli ISMA sebagai natijah dari keyakinan ana pada perjuangan ISMA. Di berbagai kesempatan atau majlis, ana akan memperkenalkan diri ana sebagai ahli ISMA.

Untuk mempertahankan fikrah ini,harta dan nyawa sanggup ana pertaruhkan.

wallahua'lam.

Ukhtiutmuda said...

lelaki nak menang jek.amiklah.

oh lupa ana 'terturut'.

sila2.hidup ISMA.Hidup Humaira !

ana bukan ISMA lupa lak,afwan.

selamat mempertaruhkan nyawa kerana ISMA.

-ISMA TERUS MARA UNTUK RAKYAT MALAYSIA-

sekian.

Abu Humaira said...

loo...mana satu yang betul ni, kejap ISMA kejap tak...

macam biskut...

ok lah, ana pun takde masa nak layan orang takde pendirian dan ntah apa apa...

sekian...

Abu Humaira said...

nak jadi budak budak japlah...

"memang perempuan tak boleh fikir rasional, nak menang ikut emosi..ameklah.."

adei...buang masa betul...

azura said...

19 disember 2010
"kenapa perlu antum tulis ISMA?dan menerangkan ideologi kalian di situ." - ini ayat cm bukan ahli ISMA.

20 disember 2010

"Ana pon ISMA gak tapi x adalah macam tu sekali."- tibe2 jadi ahli ISMA.

22 disember 2010

"ana bukan ISMA lupa lak,afwan."-aik?


sekadar nasihat : berhati2lah bt ukhti yg di sayangi.. kadang2 bila terlalu bayak barhujah dgn emosi, syaitan akan menguasai diri.. tidak sepatutnya bg akhwat untuk berbohong untuk memenangkan pendapat sendiri. apatah lagi sbg diri yg bergelar daie yg ingin membimbing manusia. ini akan memburukn sendiri gelaran akhwat,Islam, serta badan dakwah yg ukhti sertai..

semoga ALLAH memberi petunjuk kpd kita semua. amin.

ukhtiutmuda said...

salam.

baru tahu, ideologi isma.

jzk atas nasihat u.azura. I'm growing, I'm learning and I'm thinking.

ameen. lagi satu. apa ana perhati, ISMA sering bermain dengan isu konntroversi. kadang sampai menjerat diri. isu BERSIH, isu Hasan Ali, isu mahasiswa dsb. bagus bg ana ambil cakna. tetapi mengeluarkan kenyataan seolah orang yang bertanggungjawab akan mudah dimanipulasi. terutama tuan presiden ISMA.

bagus mengangkat bendera, untuk mempromosikan ISMA (ISLAM). cuma di Malaysia, kita ada dua puak. BN vs BA. jadi jika antum dilihat sentiasa mengeluarkan kenyataan bercanggah dengan BA maka akan dilihat sebagai UMNO (justeru, tidak mustahil dilabel begitu. bukan sekadar slogan s semata). jadi nanti tempias pada ahli.

itu sahaja kot, mungkin kadang ISMA perlu diam / direct teguran kepada golongan tersebut. untunglah hilal asyraf ada tegur ISMA tentang keadaan 'menentang' PAS yang mewakili majoriti. baru terbit satu kritikan terhadap UMNO. berhati-hati, antum sedang memasuki fasa baru. mungkin ke dunia politik jika dilihat.

sama-sama lah kita kembali kepada assolah dakwah.

Allahua'lam.