Friday, October 08, 2010

Bekal Ikhtilaf

p/s: materi ini saya sampaikan kepada adik adik yang baru mengikuti program tarbiyah, kerana terdapat kelompok yang mendakwa hanya mereka yang layak diikuti oleh faktor mereka lebih lama dan lebih syumul. Mereka juga dipaksa untuk memberi bai'ah kepada kelompok ini walaupun baru 2 atau 3 kali mengikuti usrah mereka. Sesungguhnya dakwah kita ialah illallah, bukan kepada individu atau mana mana jemaah. Jemaah hanyalah wasilah (jalan) untuk kita mendapat redhaNya. Apa salahnya jika mereka tidak memilih jemaah kita, parti kita, NGO kita tetapi mereka tetap memilih Islam?

Bekal Ikhtilaf

Pengertian Ikhtilaf

Ikhtilaf, dalam istilah lain mukhalafah, iaitu perbedaan cara pandang antara satu orang dengan orang lain baik dalam perkataan mahupun perbuatan. Kata kata al-khilaf (berbeza) lebih umum maknanya dibanding adh-dhid (berlawanan). Sebab, dua hal yang berlawanan pasti berbeza, tetapi tiap tiap yang berbeza belum tentu berlawanan.

Faktor Faktor Kewujudan Perbezaan Pendapat

Faktor Akhlaq
  1. Kagum dan Bangga dengan pendapatnya sendiri
  2. Buruk sangka terhadap yang lain dan menuduh tanpa bukti.
  3. Egoisme dan menurut hawa nafsu
  4. Fanatisme terhadap kelompok/orang/mazhab/parti
  5. Ikhtilaf seperti ini adalah terlarang.

Faktor pemikiran

Perbezaan sudut pandang dalam:
  1. Masalah Ilmiah
  2. Masalah Amaliyah
  3. Penilaian terhadap berbagai disiplin ilmu seperti ilmu kalam, tasawuf, falsafah, fiqh mazhab.
  4. Penilaian terhadap peristiwa sejarah dan tokohnya.

Landasan Menyikapi Perbezaan Pendapat

Landasan Pemikiran
  1. Perbezaan pendapat dalam masalah furu’ adalah suatu kemestian
  2. Mengikut manhaj pertengahan dan meninggalkan berlebih lebihan di dalam agama.
  3. Mengutamakan muhkamat bukan mutasyabihat
  4. Tidak memastikan dan menolak dalam masalah ijtihad
  5. Menelaah perbedaan pendapat di kalangan ulama
  6. Membatasi pengertian dan istilah (cth:iman, kafir dsb)
  7. Perhatian terhadap masalah besar umat Islam
  8. Bekerjasama dalam hal yang disepakati
  9. Bertolak ansur dalam hal hal yang diperselisihkan
  10. Menahan diri dari mengkafirkan orang yang mengucap ‘la illa ha illa allah’

Landasan Akhlak
  1. Ikhlas dan terbebas dari nafsu
  2. Meninggalkan fanatisme individu, mazhab, jemaah
  3. Bersangka baik pada yang lain
  4. Tidak menyakiti dan mencela
  5. Menjauhi perdebatan dan permusuhan sengit
  6. Dialog dengan cara yang lebih baik
  7. Kita tidak setuju terhadap seseorang atau jemaah yang mendakwa diri bebas dari kesalahan dalam urusan urusan ijtihad
  8. Kita mencari kebenaran baik disampaikan lisan kita atau lisan orang lain
  9. Kita tidak mencari cari kesalahan orang/jemaah lain untuk menjauhkan manusia dari mereka.
  10. Kesepakatan dalam pokok pokok manhaj tidak bererti sepakat dalam cabang cabangnya
  11. Menafsirkan apa yang dikatakan orang yang berbeza dengan kita dengan versi yang menguntungkannya dan hendaknya kita menghimpun semua yang diucapkannya di dalam satu persoalan yang sama.
  12. Kita menghormti ulama tetapi tidak mengultuskan mereka.

Kepelbagaian Jemaah

Perpecahan Umat bukan Kelaziman

  1. 3:105
  2. 30:31-32
  3. “Penyakit umat terdahulu telah menjangkit pada kalian. Kedengkian dan Permusuhan. Permusuhan adalah pencukur, yang aku maksudkan bukanlah pencukur rambut, tetapi pencukur agama. Demi Dzat yang diriku berada di tengahNya, kalian tidak akan masuk syurga sehingga kalian beriman, dan tidak beriman sehingga saling mencintai.” (HR Tirmidzi)

Persatuan Umat adalah Kewajiban

“Bacalah Al Quran selama bacaan itu dapat menyatukan hati kalian, tetapi jika berselisih maka hentikanlah bacaan itu.” (Muttafaq ‘Alaih)

Fenomena Ta’adud Jemaah

“ Hati saya juga tidak resah jika gerakan kebangkitan Islam mempunyai pelbagai aliran sekolah, kumpulan dan jemaah. Setiap mereka mempunyai manhajnya yang tersendiri untuk berkhidmat kepada Islam dan bekerja memperkukuhkannyadi muka bumi. Mereka melaksanakannya mengikut objektif dan pendidikan yang ditetapkan, cara dan peringkat- peringkat yang ditentukan, serta berdasarkan kepercayaan kepada pelaksananya sama ada dari segi kekuatan, sifat amanah, kelayakan dan keikhlasan mereka. Satu tindakan berpemikiran cetek jika saya mengajak mereka kepada sebuah jemaah atau gerakan yang menggabungkan semua aktivis Islam dalam satu sistem dan di bawah satu kepimpinan. Ia juga merupakan sikap tamak yang tidak bertempat.”
(Yusuf Qardhawi, Mukadimah Fiqh Ikhtilaf)

“Penyertaan ke dalam sesebuah jamaah adalah pilihan. Berdasarkan ijtihad seseorang. Bukan suatu kewajipan agama. Tiada dalil sarih yang mewajibkannya. Apa yang diwajibkan ialah tolong menolong dalam kebaikan dan taqwa. Jalan tolong menolong itu luas. Bukan sekadar mengisi borang ahli. Justeru, ramai ulama antarabangsa zaman ini tidak terikat dengan peraturan mana-mana kumpulan, bahkan tidak menyertainya pun.

Sikap sempit hanya membunuh keupayaan umat untuk berdakwah. Sehingga hari ini, belum siapa dapat membuktikan bahawa hanya jamaah tertentu yang dapat menjadikan Islam dilaksanakan sepenuhnya. Bermula dari akidah sehingga syariat dan akhlak. Maka tiada siapa boleh menyebut bahawa, kaedah ‘sesuatu yang tidak dapat disempurnakan perkara wajib melainkan dengannya, maka juga menjadi wajib’ itu merujuk kepada jamaahnya. Lantas ia mendakwa Islam yang tulen tidak dapat dilaksanakan melainkan dengan menyertai jamaahnya, maka penyertaan ke dalam jamaahnya menjadi wajib. Ini adalah dakwaan tanpa bukti”
(Dr Asri Zainal Abidin, Mantan Mufti Perlis, Pensyarah USM di dalam artikel beliau “Antara Jemaah dan Dakwah”)

Jama’atul Muslimin

“Hudzaifah al Yamani ra bertanya kepada Rasulullah tentang keburukan. Beliau berkata: Apa yang engkau perintahkan kepadaku bila keadaan itu aku jumpai, ya Rasulullah? Rasulullah menjawab: Engkau ikutilah Jama’atul Muslimin dan Imamnya.”

Adakah Jama’atul Muslimin ketika ini?

Dalam Al-Mu’jam al-Wasith, menurut bahasa Jamaah diartikan sebagai ”Sejumlah besar manusia”, atau ”sekelompok manusia yang berhimpun untuk mencapai tujuan yang sama”. Sedangkan menurut syari’at berdasarkan hadist nabi melalui penelitian imam asy-Syatibi adalah:

1. Jama’ah adalah para penganut Islam apabila bersepakat atas suatu perkara, dan para pengikut agama lain diwajibkan mengikuti mereka
2. Masyarakat umum dari penganut islam
3. Kelompok ulama mujtahidin
4. Jamaah ialah Jama’atul Muslimin apabila menyepakati seorang Amir
5. Para sahabat Rasulullah secara khusus2

Jama’atul Muslimin mempunyai kedudukan yang mulia dalam syari’at islam, sangat banyak ayat-ayat dan hadith yang menunjukkan urgensi dari sebuah jama’atul muslimin, sekaligus menunjukkan risiko yang harus ditanggung oleh umat ini ketika tidak berada dalam satu jama’ah, seperti Ali Imran: 103 dan 105; ar-Rum 31-32; Thaha: 94; dll.

Pernyataan yang muncul sekarang: adakah wujud Jama’atul Muslimin di dunia dewasa ini? Berdasarkan definisi-definisi tersebut, kita bisa sampai pada kesimpulan bahwa Jama’atul muslimin sekarang ini tidak ada lagi. Yang ada hanyalah Jama’ah dari sebagian kaum muslimin (Jama’atul minal Muslimin), dan Negara sebagian dari kaum Muslimin, bukan Negara Kaum muslimin.
(Husin Ali Jabir, Menuju Jama’atul Muslimin)

Baiat yang Wajib hanya untuk Khalifah

“Tiada perselisihan pendapat bahawa bai’at umum- yang diberikan untuk memimpin seluruh umat Islam, yang membawa konsekuensi ketaatan secara umum dalam hal selain maksiat, yang wajib atas seluruh umat, yang disebut pemberontak orang yang merosaknya, yang tidak boleh berbilang, dimana kalau ada 2 orang yang dibaiah, maka yang kedua harus diperangi-tidak diberikan kecuali kepada imam yang seluruh umat bersatu di bawahnya (Khilafah Islamiyah)”
(Dr Shalah Shawi, ats Tsaabit wal Mutaghayirat, Bab Jama’atul Muslimin)

“Membatasi sifat jama’atul muslimin hanya untuk kelompok dakwah tertentu adalah sikap berlebihan yang mungkar”
(Dr Shalah Shawi)

Ta’adud Jemaah yang DILARANG

“Keragaman jemaah yang dilarang adalah yang menimbulkan pertentangan dalam sikap politik dan jihad, atau yang mendatangkan fanatisme dan menjadikannya sebagai pangkal wala’ wal bara’, kerana akan mendatangkan perpecahan umat kepada berbagai keanggotaan yang saling bertikai dan berbagai kelompok yang tidak dibenarkan.”
(Dr Shalah Shawi, ats Tsawabit al Mutaghayyirat)

Ta’adud Jemaah yang DIBENARKAN


“Apabila keragaman jama’ah terbebas dari yang demikian, dan mereka tetap berada dalam lingkungan furu’iyah ijtihadiyah yang dibenarkan, tidak menyebabkan pertentangan dalam sikap politik dan jihad dengan jama’atul Muslimim, tidak dijadikan sebagai pangkal wala’ dan bara melainkan menjadi keragaman spesialisasi yang saling melengkapi, saling berlumba dalam kebaikan dalam bingkai saling menasihati, saling menyayangi dan berukhuwah islamiah yang bersifat umum, maka ia justeru akan menjadi fenomena positif yang memperkaya dakwah islam dan memperbaharui kebugarannya.”
(Dr Shalah Shawi, Ibid)

Prinsip di dalam Ta’adud Jemaah

  1. Kesatuan landasan dan mazhab akidah
  2. Meletakkan khilafiah hanya dalam masalah furu dan ijtihad
  3. Tetapnya jalinan hati dan ukhuwah
  4. Kesatuan sikap politik dan jihad
  5. Saling melengkapi antara satu sama lain
  6. (Dr Shalah Shawi, ats Tsawabit al Mutaghayyirat)

No comments: