Thursday, February 15, 2007

Cinta Teratas

Satu lagi karya hebat dari i^believe production (al akh xxxxxx) selepas ”Wanita”, susunan kata yang sangat indah, bermakna, dan mencerahkan. Teruskan berkarya akh, semoga sinar iman menusuk ke kalbu yang membacanya.

Cinta Teratas

saat hati mula berbicara,
mimpi maya kembali menjelma,
memaksa jari mencoret rasa,
bagi mengubat sepinya cinta,
seakan menggapai angkasa,
payah..tapi bermakna....

perlahan dan teratur,
ku mempersoal rasa dijiwa,
cukup jauh tuk menggapaiNya,
keunikan yang terlalu berharga,
bagai murninya cahaya,
cukup sempurna.....

ya Rabb,hati ini berkata,
mengapa susah tuk mengengam suciMu,
menggapai tangan seakan tanpa makna,
terlalu bererti dan menjiwai,
cinta pencipta cinta,
satu fenomena yg jauh mengelirukan....

ku berjalan dan berlari,
menjelajah alam cinta naluri,
jauh dan tiada mati,
perjalanan yg penuh sepi,
unik, kerna terpelihara,
cantik, kerna teragung,
suci, kerna teratas,
subhanAllah..diri ini saja yang memahami....

saat demi saat,
perbicaraan jiwa yg amat tersirat,
dari sudut ke satu ruang,
dari ruang ke satu paradigma,
tanda jitu, rapatnya cinta,
hamba dan tuhan, bagai jarak yang tiada makna,
membentuk satu ikatan yang tersendiri,
ikatan kasih yang tumbuh mewangi,
ikatan suci yang amat indah,
ikatan jiwa pencari cinta,
ikatan kukuh, c i n t a t e r a t a s .....

1 comment:

Anonymous said...

salam,

akh, ana pn nak buat jgk cam akh xxxxxx tu buat, support k ,
"mas FAHRI"