Wednesday, November 15, 2006

Kupasan Buku: Tsawabit Dalam Gerakan Ikhwan

Judul : TSAWABIT DALAM MANHAJ GERAKAN IKHWAN; Analisis terhadap prinsip-prinsip yang baku dan dinamis dalam manhaj gerakan Ikhwanul Muslimin.

Penulis: Jum’ah Amin Abdul Aziz.

Penerbit: Asy Syamil Press & Grafika.

Credit to: Abu Mardhiah

TSAWABIT & MUTAGHAIYYIRAT

Definisi & Konsep

Tsawabit

  • Hal yang tidak berubah dan tidak akan berganti selama-lamanya.
  • Hukum2 yang dijelaskan Al-Quran dan Sunnah mutawatir yang qat’ie.

Mutaghayyirat

  • Lahan berfikir, perenungan dan ijtihad
  • Bersifat zhanni
  • Tidak membahayakan bahkan menjadi kekayaan agung perundangan Islam dan pustaka fiqh yang indah
  • Pengambilan (boleh diterima atau ditolak) suatu hukum berdasarkan kekuatan hujah
  • E.g. penafsiran ulama mujtahid yang berbeza-beza terhadap ayat Al-Quran

Saya tidak gembira jika para sahabat tidak berbeza pendapat.”

-Umar Abdul Aziz-

Tsawabit Gerakan Ikhwan

  • Setiap jemaah mempunyai tsawabit masing-masing, begitu juga dengan Ikhwanul Muslimin
  • Dalam Ikhwan juga memiliki mutaghayyirat yang tidak beku dan kaku mengikut kesesuaian dakwah pada setiap masa dan tempat
  • Prinsip Jamaa’tun min Jamaa’aatil Muslimin (satu dari sekian banyak jemaah kaum Muslimin) bukannya Jamaa’atul Muslimin
  • Orang2 yang tidak bergabung dalam jemaah ini tidaklah hilang keislamannya sebaliknya prinsip ikhwab hanya wajib diikuti bagi para pendokongnya.

Nama jemaah Al Ikhwan Al Muslimun, fikrah, sejarah dan aplikasi

  • Gerakan Islam yang terbesar
  • Simbol yang menunjukkan fikrah dan sejarah
  • Mengingatkan kita tentang nilai2 Islam (ikatan iman dan ikatan persaudaraan).
  • Penghargaan kepada muassis (pengasas) sebagai tanda cinta atas segala jasanya, As-Syahid Hassan Al-Banna.

Kewajiban amal jama’i

  • Islam menyeru kepada jemaah dan membenci bersendirian (solat sendirian, dll) 61:4
  • Terdiri drpd qiyadah yang bertanggungjawab, asas yang kukuh dan jundi yang taat.
  • Sifat Ikhlas individu menajdi sempurna dengan berjemaah
  • Tiada Islam tanpa jemaah dan tiada jemaah tanpa imarah (kepimpinan).

Tarbiyah adalah jalan Ikhwan dan menjauhi kekerasan adalah jalannya

  • Pemahaman dan pembaharuan dalam agama agar menjadi benar.
  • Perlu ada fikrah yang baik (persepsi yg jelas tentang fikrah, yakin akan fikrah dan berpadu hati).
  • Sasaran perlu jelas
    1. Membangunkan kesedaran rohani imani
    2. Membina individu muslim yang syumul/kamil dari aspek Jasad, Emosi, Rohani, Intelektual (JERI)
    3. Membentuk keluarga muslim atas dasar tarbiyah.
    4. Mewujudkan masyarakat muslim yang menerapkan manhaj Islam dalam kehidupan.
    5. Mengembalikan ‘izzah umat Islam antarabangsa agar menjadi umat terbaik yang diorbitkan buat manusia

Usrah (halaqah) adalah pusat tarbiyah

  • Halaqah adalah wasilah utama tarbiyah
  • Terjadi….
    1. Ta’aruf- 49:10
    2. Ta’awun – 5:2
    3. Takaful
  • Agendanya..
    1. Menyelesaikan musykilah seseorg akh
    2. Taujihat(pengarahan) oleh qiyadah
  • Problem umat bukan hal remeh, seharusnya solusi bukan skadar dgr ceramah, mendengar pendapat seorang individu atau penerbitan risalah iklan akan tetapi diasuh dan dibina di tempat asuhan tarbiyah iaitu.HALAQAH
  • Perlu mengikut tertib 2:151 dan 62:2 barulah akan jd individu yg memahami Islam dan berakidah murni

Komprehensif dalam pemahaman dan gerakan

  • Yakin hukum dan ajaran Islam adalah syumul
  • Asas nya adalah al-qur’an dan sunnah rasulullah s.a.w
  • Keistimewaan dakwah Ikhwan :
    1. Sifatnya rabbani dan berterusan
    2. Mengambil manhaj salafussoleh dlm fikrah,pemahaman dan keyakinan
    3. Keputusan diambil selepas syura
  • Antara buku rujukan untuk pemahaman fikrah gerakan Ikhwan:
    1. Risalatul ta’lim
    2. Al-Ushul ‘isyrin
    3. Arkanul bai’ah
    4. Risalatul ‘aqaid

Menghormati peraturan jemaah adalah akhlak

  • Prasyarat nk msk pintu Ikhwan
  • Kes tidak taat pd aturan jemaah..Al-Baquri dan jabatan menteri

Syura (Pengikat dan penghilang pertentangan)

  • Rasulullah pun sering ambil pendapat sahabat apatah lg kita umatnye..kalau nk boleh je rasulullah mohon doa tp baginda nk didik umatnye jgn ikut pendapat sendiri dlm semua hal..
  • E.g org yg pentingkan pendapat sendri je:Fir’aun (43:38,40:26,43:51-53)
  • Dalilnye 42:37-38 & 2:223 (tafsiran ulama berbeza ada yg kata wajib,harus dsb..)
  • Syura wajib ditaati dan dipatuhi.Even resultnya myb kurang tepat.

Pilihan fiqih yang diambil adalah mengikat

  • Ijtihad sesorg ulama x leh nk batalkan ijtihad ulama lain(salamatus sadr), yg diselisihkan x boleh ade penolakan.tp it juz happen in fiqih ta’abbudi.
  • But bile dh be part of ikhwan kena ikut fiqh yg diambil oleh syura jamaah
  • Ape pun kena still jaga adabul ikhtilaf (etika perbezaan pendapat).

Allah ghoyatuna segala yang kita lakukan dan lafaz

  • 51:56-alwayz refresh kembali tujuan kita,ke mane kita menyeru…ALLAH swt
  • Pemerintahan dan kuasa hanyalah satu wasilah je bukan ghoyah
  • jadilah kalian para hamba Allah sblm menjadi pemimpin.Ibadah akan menghantarkan kalian pada sebaik2 kepimpinan”As-syahid Hasan Al-Banna
  • Tuntasnya,everything that we in life must return to Allah as our ghoyah. Perasaan sayang,benci,rajuk cemburu kita adalah krn ALLAH swt.

Sunday, November 12, 2006

Selamat berjuang......

Ma'a taufiq wan najah fil imtihan. Kepada semua yang menduduki peperiksaan akhir, semoga dapat membuat yang terbaik. Kepada sahabat yang baru selesai ta'aruf, jangan lupa istikharah minta petunjukNya. Kepada sahabat yang telah pun tetap tarikh pernikahannya, tingkatkan mutabaah kerana saat ini godaan syaitan adalah yang paling tinggi. Kepada sahabat yang masih lagi tidak berjaya melobi ibubapa, teruskan 'perjuangan'. Impian tidak akan menjadi kenyataan tanpa usaha. Kepada yang tidak memahami apa yang saya tulis ini, biarkan. Tidaklah ia akan mempengaruhi hidup anda. Kepada diri saya sendiri...."Woit, pergila study. Menghadap komputer je dari pagi"

Wish Me Luck For My Final Exam.

Saturday, November 11, 2006

Dilema Hati

Kepada ikhwan wa akhwatku yang sedang meniti hari menunggu saat saat untuk diijabkabulkan, nasyid di bawah ini mungkin menggamit sedikit memori.

Gondes - Dilema Hati

Bangun pagi…dini hari
Buru-buru sampai lupa mandi
Ingat janji mau ketemu Murobbi
Dengan semangat tinggi…juga bawa data diri

Dandanan rapi…aromanya serba wangi
Sisiran gaya sepuluh jari
Menata hati…biar tidak tampak grogi
Terima tantangan dengan PeDe tinggi

Terkejutnya…tiada tara…
Saat Murobbi memberi data
Sekumtum bunganya serba mempesona
Hapalan Al-Qur’annya…(yuhu…)..Sungguh luar biasa

Visi jihadnya…mengurai indah Sastra
Visi da’wahnya…setara dengan S3

Sedangkan diri…cuma pemateri…
LDK atau sekolah pagi
Paling banternya hanya jadi MC
Juz ‘Ammanya pun bolong sana-sini…

Susahnya…mengukur…Potensi…di dalam hati…
Jujur mana tahan hidup sendiri…
Mudahkanlah segala pintu rizki…
Dengan Ma’isyah dan A’isyah…Percayalah hidup jadi serba indah…


Thursday, November 09, 2006

Pendedahan Mufti dan Dato' Azhar Mansor

Isu berkaitan dengan penyebaran sms berkaitan dengan pembaptisan orang Melayu di Gereja di Silibin sedang menjadi isu yang sangat panas diperkatakan di saat ini. Bagi kami di UTP, kami masih menanti nanti untuk mengetahui kisah yang sebenarnya berlaku. Dan saya rasa, semua orang di luar UTP pun sedemikian. Jumlah hit di dalam blog saya pun meningkat setelah saya memberi komen terhadap isu ini.

Alhamdulillah, bagi saya ini adalah bukti bahawa umat Islam di negara ini masih sensitive terhadap akidah mereka. Walaupun tidaklah sehebat apa yang berlaku di dalam kes Natrah yang lama dahulu (saya pun belum lahir lagi), di mana umat Islam bangkit untuk menjaga akidah seorang budak perempuan yang di ancam kemurtadan., tetapi semangat itu masih tidak padam, walaupun sinarnya tidak seterang dahulu. Saya menganggapkan sinar ini akan terus menyinar, dan memberi petanda bahawa kebangkitan Islam akan kembali berlaku, InsyaAllah.Amin.

Alhamdulillah sahabat saya telah mengambil langkah yang sangat proaktif untuk bertanya khatib yang memberi khutbah untuk menjelaskan perkara sebenar, adakah seperti apa yang dia khutbahkan. Peristiwa bertemu dengan mufti adalah perkara benar, dan pendedahan oleh mufti juga adalah benar. Cuma sahaja, menurut beliau, mufti mengingatkan untuk tidak dilakukan demonstrasi kerana maklumat yang dia terima masih tidak begitu jelas. Dan berkenaan dengan khutbah beliau, walaupun beliau mendedahkan akan peristiwa ini, tetapi beliau ada menegaskan bahawa ianya masih lagi belum pasti (saya x pasti ada tidak beliau sebutkan, mungkin saya je kot yang x perasan)

Apa pun, walaupun umat Islam boleh dikatakan ‘tertipu’ dengan sms tersebut, tetapi semangat mereka untuk membela akidah patut dipuji. Bahkan diceritakan kepada saya, orang yang tidak mengerjakan solat pun turut ikut serta. Ketika ditanya, dia kata seteruk teruk dia, tak lah dia sampai mahu murtad. Pelajaran yang boleh diambil oleh umat Islam ialah mereka perlu untuk memeriksa segala berita yang mereka terima, terutama di dalam hal hal yang sensitive ini, agar umat Islam tidak dimalukan lagi (saya telah mengambil pelajaran, insyaAllah)

Walaupun sms itu adalah palsu, tetapi hakikat ramai umat Islam yang telah murtad adalah benar. Pendedahan yang dibuat oleh Sahibus Samahah di UTP (10 Oktober) dalam salah satu talknya bersama dengan student ada menyebutkan lebih kurang 360000 telah memasuki agama Kristian, 100000 agama Hindu dan 100000 masuk ke dalam ajaran sesat. Walaupun ramai pihak yang mempersoalkan keshahihan cerita ini, tetapi saya andaikan ia adalah satu yang benar melihatkan pada kedudukan beliau sebagai seorang mufti.

Kes kes seperti Lina Joy, Aisyah Bukhari, Hartina Kamaruddin dan ramai lagi adalah sebahagian kecil kes murtad yang dikesan oleh akhbar arus perdana kita. Sehingga tidak dapat lagi hendak dinafikan bahawa gerakan dakyah kristian untuk memurtadkan umat Islam exist dan berkembang mekar. Gerakan dakyah ini bahkan mendapat financial support yang sangat besar dari pihak pihak tertentu.

Berkaitan dengan Dato’ Azhar Mansor, statusnya masih lagi boleh dikatakan tidak menentu. Ada pihak yang mengatakan dia sudah murtad, ada pihak yang mengatakan dia masih Islam. Saya kirakan, adalah menjadi kewajipan bagi beliau untuk menjelaskan perkara sebenar berkaitan dengan akidah beliau. Andai lebih lama masa yang beliau gunakan untuk membuat kenyataan berkaitan dengan akidahnya, maka ia seolah olah membenarkan tuduhan ke atas beliau.

Apa pun , kita sebagai umat Islam perlu sedar akan ancaman yang sedang kita hadapi sekarang ini. Kita berhadapan dengan perkara yang boleh merosakkan akidah kita, anak anak kita, cucu cucu kita, adik beradik kita, dan yang paling nyata ialah akidah umat Islam itu sendiri. Bekalkan diri dengan iman, sebarluaskan dakwah agar umat sedar akan kebenaran agama Islam dengan kesedaran yang jitu, tidak mudah digoncangkan. Bahkan justeru, umat kita mampu untuk menunjukkan akhlak yang baik, yang mampu untuk menarik non-muslim ke arah islam, seperti yang disebut oleh Ustaz Maszlee, sesungguhnya jumlah non-muslim yang mampu kita tarik untuk masuk Islam adalah lebih tinggi dari umat Islam yang mahu murtad. Wallahu’alam.

“Tidakkah Engkau melihat (Wahai Muhammad) Bagaimana Allah mengemukakan satu perbandingan, iaitu: kalimah Yang baik adalah sebagai sebatang pohon Yang baik, Yang pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh, dan cabang pucuknya menjulang ke langit.Dia mengeluarkan buahnya pada tiap-tiap masa Dengan izin Tuhannya. dan Allah mengemukakan perbandingan-perbandingan itu untuk manusia, supaya mereka beringat (mendapat pelajaran).”

(Ibrahim 14:24-25)

Monday, November 06, 2006

Komen terhadapa Isu Murtad di Ipoh

Scenario 1

Pada hari jumaat yang lepas, mimbar jumaat di Masjid An Nur UTP menyentuh isu murtad dan di dalamnya diselitkan satu pendedahan yang boleh saya sifatkan sebagai sangat berani dan memeranjatkan. Khatib yang bertugas, mengatakan bahawa beliau telah melakukan satu pertemuan dengan Sahibus Samahah Dato’ Seri Harussani Zakaria, Mufti Perak beserta dengan beberapa NGO Islam yang lainnya. Di dalam pertemuan itu, Mufti Perak mengesahkan akan diadakan satu acara pembaptisan orang Melayu di sebuah Gereja di Silibin yang akan disaksikan oleh Dato’ Azhar Mansor

Scenario 2

Saya mendapat satu sms yang lebih kurang berbunyi seperti begini dari sahabat saya:

Sejumlah Melayu akan dibaptiskan oleh Dato AZHAR Mansor Ahad ini di gereja Silibin IPOH. Seramai 600 pelajar Politeknik Unku Omar Ipoh telah masuk Kristian baru2 ini. Pendedahan oleh Mufti Perak ptg ini dimasjid negeri. Sebarkan info ni

Perkara ini tiada apa bezanya dengan apa yang didedahkan oleh Khatib dalam khutbahnya, cuma sahaja ada tambahan 600 pelajar dari Politeknik Ungku Omar (PuO). Maka dengan segeranya saya, mem’forward’kan sms tersebut kepada beberapa orang lagi sahabat saya.

Scenario 3

Saya dikejutkan apabila diberitahu bahawa acara pembaptisan di gereja Silibin tidak melibatkan orang Melayu tetapi 110 kanak kanak India. Saya mendapat maklumat dari kawan yang sedang ber’chatting’ di MiRC, melalui global message from non-muslim yang dia terima mengatakan bahawa sekumpulan melayu yang membuat demo di hadapan Gereja di Silibin untuk membantah acara pembaptisan tersebut terkejut apabila mengetahui acara pembaptisan tidak melibatkan orang Melayu tetapi kanak kanak India. Saya juga mendapat maklumat dari emel sahabat saya yang mengatakan SMS yang saya terima adalah palsu sambil meng’attach’kan petikan akhbar Utusan Melayu yang menafikan kebenaran SMS tersebut. Dan juga kenyataan dari laman web PEMBELA. Boleh rasanya saya memetik petikan petikan yang berkaitan sms tersebut :

“IPOH 5 Nov. – Ketua Polis Perak, Datuk Abdul Aziz Bulat kesal dengan perbuatan tidak bertanggungjawab pihak yang menyebarkan khidmat pesanan ringkas (SMS) yang berbaur perkauman dan menyentuh sensitiviti agama.”

“IPOH 5 Nov. – Azham Mansor, abang sulung kepada pelayar solo negara, Datuk Azhar Mansor, hari ini menafikan adiknya itu sudah murtad dan tinggal di Australia.

Ahli perniagaan berusia 56 tahun itu menegaskan, Azhar masih beragama Islam dan kini tinggal di Langkawi kerana menguruskan perniagaannya di sana.

Katanya, mesej Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dan e-mel yang tersebar luas mengatakan Azhar sudah menganut agama Kristian serta membaptiskan ramai pelajar adalah fitnah dan tidak benar sama sekali.

‘‘Saya sebagai abang Azhar mahu menjelaskan bahawa SMS itu menipu dan tidak benar sama sekali. Setahu saya adik saya bekerja keras menjalankan perniagaan di Langkawi.

‘‘Saya pasti dan tahu Azhar seorang Islam. Saya minta tolonglah jangan ganggu dia lagi, sejak semalam saya cuba hubungi dia tapi tak dapat,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini hari ini.”

Dari laman web PEMBELA, www.myislamnetwork.net/portal/

“PEMBELA ingin memaklumkan bahawa maklumat yang telah disebarkan secara berleluasa dalam sistem pesanan ringkas (SMS) baru-baru ini tidak dapat disahihkan kebenarannya.

PEMBELA memohon jasa baik semua pihak untuk tidak membuat apa-apa kesimpulan yang drastik dan melulu terutama berasaskan maklumat yang belum pasti. Sebarang makluman yang relevan dan penting untuk masyarakat akan dimaklumkan oleh pihak PEMBELA kelak.”

Dalam emel sahabat saya tersebut, beliau ada memberi nasihat bagi peng’forward’ sms itu supaya mengambil pelajaran dari ayat Allah dalam Surah Hujurat ayat ke 6 yang bermaksud:

“Hai orang yang beriman, apabila datang orang fasik membawa sesuatu berita maka TABAYYUNlah.. “ (Surah 49:6)

Apa sebenarnya yang berlaku??

Saya sebagai salah seorang yang terlibat dalam aktiviti mem’forward’kan sms tersebut amat tersentak apabila mengetahui bahawa berita tersebut menurut akhbar Utusan Melayu dan Ketua Polis Perak adalah palsu.

Saya juga tersentak apabila diberi tazkirah (tazkirah umum) untuk menghayati ayat 49 surah Hujurat (untuk teliti segala berita dari orang fasik) kerana ternyata menurut beliau, saya secara tidak langsung telah bersekongkol dalam menyebarkan fitnah ini .

Ketika mana saya mem’forward’kan sms tersebut, saya sangat amat berkeyakinan bahawa sms tersebut adalah benar, kerana mimbar jumaat di UTP telah menyebutkannya. Khatib tersebut juga dikenali sebagai seorang ustaz yang sangat lantang dalam menyuarakan kebenaran (tidak seperti pengecut yang lain) mengatakan bahawa hal tersebut disahkan sendiri oleh Mufti di dalam pertemuan mereka.

Maka apabila timbulnya isu bahawa sms itu palsu, maka dengan secara langsungnya kami di UTP boleh mengambil salah satu dari dua kesimpulan berikut:

1. Khatib menipu dan menyandarkannya pada Mufti Perak.

2. Khatib dan Mufti adalah penipu.

Maka perlulah bagi kita, untuk tidak membuat sebarang kesimpulan terhadap berita yang kita sendiri tidak pasti keshahihan dan kepalsuannya. Adapun apa yang diumumkan oleh laman web PEMBELA tidak pernah menyatakan kebenaran atau kepalsuan sms tersebut. Laman web PEMBELA hanya menyatakan bahawa sms tersebut tidak dapat dishahihkan kebenarannya. Atau dalam bahasa lain, pihak PEMBELA juga mengatakan sms tersebut tidak dapat dishahihkan kepalsuannya.

Setiap kesimpulan yang diambil mana mana pihak akan memberikan kesan buruk seperti yang berikut:

1. Andai ada pihak yang mengatakan sms itu palsu, maka Khatib tersebut dengan secara automatiknya akan dikatakan sebagai penipu. Segala usaha dakwahnya di UTP dan di mana mana akan menjadi sia sia dan masyarakat akan mula hilang tsiqah kepadanya. Mufti Perak tidaklah menerima natijah yang serupa kerana beliau tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi.

2. Andai ada pihak yang mengatakan sms itu benar, maka Dato’ Azhar Mansor dengan secara automatiknya di label sebagai murtad, seterusnya mengesahkan 600 org pelajar PuO turut murtad. Keadaan ini amat membimbangkan dan bakal mencetuskan polemic agama yang mungkin akan bertukar menjadi sesuatu keadaan yang sangat buruk.

Saya bukanlah mahu membela mana mana pihak atau pun diri sendiri. Saya sendiri tidak mengetahui yang manakah kebenaran? Adalah kesilapan bagi saya untuk terlibat dalam aktiviti mem’forward’kan sms tersebut dengan hanya atas dasar ketsiqahan kepada Khatib tersebut tanpa mengesahkan dahulu dari Mufti. Tetapi adalah juga kesilapan andai sms itu dilabel sebagai ‘palsu’ tanpa kita sendiri mengesahkan dari Mufti. Terlampau banyak persoalan yang perlu dirungkaikan untuk mencari kebenaran berkaitan isu ini.

Berkaitan dengan isu ini, mari kita lihat kemungkinan kemungkinan tersebut:

1. Mungkin ketika pertemuan dengan Mufti, Khatib tersalah faham dengan statement Mufti.

2. Mungkin Mufti benar benar mengesahkannya, tetapi timbul juga kemungkinan bahawa mungkin Mufti mendapat maklumat yang tidak benar berkaitan dengan isu tersebut.

3. Mungkin Mufti tidak pernah mengesahkannya, Khatib sahaja yang mereka reka cerita untuk mendapat publisiti.

4. Mungkin saya yang tersalah dengar ketika khutbah, Khatib tidak pernah mengaitkan dengan Mufti, cuma saya sahaja pandai pandai tambah. (boleh check dengan member member yang dengar khutbah jumaat di UTP)

5. Mungkin isu ini benar, setelah mengetahui bahawa umat Islam akan berkumpul untuk membantah, maka pihak gereja menukar waktu atau menukar agenda.

6. Mungkin isu ini benar, tetapi pihak kerajaan tidak mahu berlaku polemic agama, maka menyembunyikan hal ini.

Tetapi, kebenarannya hanya akan dapat terungkai andai dua individu terpenting dalam isu ini dapat memberikan keterangan, iaitu Sahibus Samahah Mufti Perak Dato’ Seri Harussani Zakaria dan Dato’ Azhar Mansor. Kita sibuk untuk mencari kemungkinan kemungkinan yang berlaku, meneka neka siapakah yang bersalah tetapi kita lupa terhadap dua individu terpenting ini. Andai mereka mahu bersuara, dan suara mereka di’benar’kan untuk tersebar, maka segala galanya akan terungkai, insyaAllah. Tidak perlu lagi bagi kita untuk meneka neka. Saya harap ia akan menjadi suatu kenyataan dalam masa terdekat ini. Amin

Friday, November 03, 2006

Puasa 6 berturut-turut??

(diambil dari www.eramuslim.com)

Assallamu'alaikum Wr Wb.

Pak Ustadz, saya mau tanya kalau puasa syawal 6 hari itu sebenarnya berurutan atau selang-seling misalnya hari Senin, Rabu, Kamis atau nanti dilanjutkan minggu berikutnya, sebaiknya bagaimana, terima kasih atas jawabannya.

Wassallamualaikum Wr Wb
Baryono

Jawaban:
Assalamu 'alaikum warahmatullahi wa barakatuh
Al-hamdulillah, wash-shalatu wassalamu 'ala rasulillah, wa ba'du
Ternyata para ulama berbeda pendapat dalam menjawab pertanyaan yang anda sampaikan. Sebagian di antara mereka mengatakan memang sebaiknya puasa 6 hari bulan Syawwal dilakukan berturut-turut, sedangkan sebagian lainnya tidak mensyaratkannya. Kalau kita telusuri ragam pendapat mereka di dalam kitab-kitab fiqih, ringkasannya adalah sebagai berikut:

a. Asy-Syafi'iyah dan sebagian Al-Hanabilah

Al-Imam Asy-Syafi'i dan sebagian fuqaha Al-Hanabilah mengatakan bahwa afdhalnya puasa 6 hari Syawwal itu dilakukan secara berturut-turut. Dan waktu pelaksaannya lebih utama bila dilakukan tepat selepas hari raya Iedul fithri. Yaitu mulai tanggal 2 hingga tanggal 7 Syawwal.
Alasan yang mereka kemukakan adalah agar jangan sampai timbul halangan bila ditunda-tunda. Semakin cepat sebuah pekerjaan sunnah dilakukan, maka akan semakin baik dan semakin sempurna.

b. Mazhab Al-Hanabilah

Sedangkan pendapat resmi mazhab Al-Hanabilah tidak membedakan apakah harus berturut-turut atau tidak. Dalam pandangan mereka, sama sekali tidak berpengaruh dari segi keutamaan. Sama saja dalam pandangan mereka, apakah mau dilakukan dengan cara berturut-turut atau dengan cara diselang-seling. Tidak ada perbedaan dari segi keutamaan atau pahala.
Dan mereka mengatakan bahwa puasa 6 hari syawwal ini hukumnya tidak dianjurkan bila yang melakukannya adalah orang yang tidak puasa bulan Ramadhan.

c. Mazhab Al-Hanafiyah

Sedangkan para ulama di kalangan mazhab Al-Hanafiyah sedikit tidak kompak dalam masalah hukum puasa 6 hari bulan Syawwal. Sebagian kalangan Al-Hanafiyah tidak menganggapnya sunnah dan merupakan pendapat menyendiri dari kalangan mazhab Al-Hanafiyah.
Namun para ulama Al-Hanafiyah dari kalangan mutaakhirin tidak berpendapat sebagaimana pendapat Al-Imam Abu Hanifah. Mereka sebagaimana pendapat dari mazhab lainnya menyatakan bahwa puasa 6 hari di bulan syawwal itu memang hukumnya sunnah.
Diriwayatkan bahwa Al-Imam Abu Hanifah menghukumi puasa 6 hari syawwal baik berturut-turut maupun tidak berturutan dengna hukum karahah (tidak disukai). Sedangkan Abu Yusuf, salah seorang ulama dari mazhab Al-Hanafiyah mengatakan bahwa karahah (tidak disukainya) hanyalah bila puasa 6 hari syawwal itu dilakukan dengan cara berturut-turut. Sedangkan bila dilakukan dengan berselang-seling atau tidak berturut-turut, maka hukumnya tidak makruh. Mereka mengatakan bahwa lebih utama bila dilakukan dengan tidak berturut-turut dan menyarankan agar dikerjakan 2 hari dalam satu minggu.

d. mazhab Al-Malikiyah

Adapun kalangan fuqaha Al-Malikiyah justru mengatakan bahwa puasa itu hukumnya makruh, yaitu bila dikerjakan bergandengan langsung dengan bulan Ramadhan. Maksudnya bila langsung dikerjakan mulai pada tanggal2 syawwal selepas hari hari 'Iedul Fithri. Bahkan mereka mengatakan bahwa puasa 6 hari itu juga disunnahkan di luar bulan syawwal, seperti 6 hari pada bulan Zulhijjah.
Kalau kita kembalikan kepada nash yang sharih (eksplisit) memang pada dasarnya kita tidak menemukan isyarat atau anjuran untuk melakukan puasa enam hari bulan Syawwal secara berurutan. Sebab nash-nash yang kita terima pun tidak pernah menyebutkan syarat berturut-turut. Hanya disebutkan puasa enam hari saja. Sehingga tidak ada salahnya bila dilakukan berselang-selang, atau dijatuhkan pada setiap hari Senin dan Kamis.
Pendapat seperti ini diutarakan juga oleh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi dalam salah satu fatwanya. Dalam pandangan beliau, tidak ada syarat untuk melakukan puasa 6 hari Syawwal itu secara berturut-turut, sebagaimana tidak ada keharusan untuk segera melakukannya sejak mulai tanggal 2 bulan Syawwal. Sebab lamanya bulan Syawwal itu 29 atau 30 hari, dipotong satu hari yaitu tanggal 1 dimana hari itu umat Islam memang diharamkan puasa. Jadi paling tidak ada kesempatan untuk melakukan puasa 6 hari diantara 28 hari yang tersedia.
Sedangkan pahala puasa 6 hari Syawwal sendiri memang lumayan besar, sebagaimana ditetapkan dalam beberapa hadits berikut ini:
Dari Abi Ayyub Al-Anshari ra. berakta bahwa Rasulullah SAW bersabda,"Orang yang berpuasa Ramadhan kemudian mengikutinya dengan puasa 6 hari bulan Syawwal, maka (pahalanya) seperti puasa selama setahun." (HR Muslim1164, Abu Daud 2433, At-Tirmizy 759 dan Ibnu Majah 1716).
Penafsiran hadits ini adalah bahwa bila seseorang puasa 6 hari bulan Syawwal sama dengan dia berpuasa selama setahun lamanya. Dan bila setiap tahun dia melakuakn puasa 6 hari bulan Syawwal, maka sama saja dia mendapat pahala seolah-olah berpuasa sepanjang masa.
Dan ada hadits lainnya lagi yang tidak kalah menarik untuk menjelaskan pahala puasa 6 hari bulan Syawwal, misalnya hadits berikut ini:
Dari Tsauban ra. berkata bahwa Rasulullah SAW bersabda,"Puasa ramadhan pahalanya seperti puasa 10 bulan. Dan puasa 6 hari setelahnya (syawwal) pahalanya sama dengan puasa 2 bulan. Dan keduanya itu genap setahun.
Wallahu a'lam bish-shawab, Wassalamu 'alaikum warahmatullahi wa barakatuh
Ahmad Sarwat, Lc

Kupasan Buku : Al Isti'ab (Fathi Yakan)

Judul asli : Al-Isti’ab fi Hayatid-Da’wah wad-Da’iyah.

Penulis : Fathi Yakan.

Judul Terjemahan : Isti’ab, Meningkatkan Kapasitas Rekrutmen Dakwah.

Definisi:

Isti’ab (daya tampung) adalah kemampuan da’i utk menarik mad’u dan merekrut mereka dengan segala perbezaan intelektual, kejiwaan, status sosial dll.

ISTI’AB KHARIJI (Daya Tampung Eksternal)

Definisi:

Kemampuan utk menarik mad’u ke dalam Islam, dakwah dan pergerakan.

Tuntutan terhadap para da’i:

  1. Kefahaman tentang agama.39:9, 34:6, 45:18
  2. Teladan yang baik.33:21, 42:15, 61:2-3, 2:44
  3. Kesabaran. 2:45, 20:130, 22:34-35, 3:200, 2:153, 2:155, 39:10, 32:24
  4. Santun dan lemah lembut. 3:159, 41:34, 3:134, 25:63
  5. Memudahkan, bukan mempersulitkan.

“Mudahkanlah dan jangan mempersulit, senangkanlah mereka dan jangan membuat mereka lari.” (HR Bukhari dan Muslim).

  1. Tawadhu’ dan merendahkan sayap (tidak sombong).

“Tidak akan masuk syurga seseorang yang di dalam hatinya terdapat sedikit kesombongan.”

(HR Muslim)

  1. Muka berseri-seri dan perkataan yang baik. 17:53, 2:83, 2:263, 33:70, 22:24, 16:125, 20:44
  2. Melayani orang lain dan membantu keperluan mereka.

“Seorang Muslim adalah saudara bagi Muslim yang lain. Barangsiapa yang memenuhi keperluan saudaranya, maka Allah akan memenuhi keperluannya….”

(HR Bukhari, Muslim dan Abu Dawud)

  1. Dermawan dan berinfaq kepada orang lain. 3:180, 59:9, 17:29, 17:100, 3:17, 51:19, 4:113

ISTI’AB DAKHILI (Daya Tampung Internal)

Definisi:

Kemampuan utk menampung mad’u yang telah berada di tengah-tengah saff dakwah.

Tahapan

  1. Isti’ab ‘aqidi dan tarbawi
  2. Isti’ab haraki

Isti’ab ‘Aqidi dan Tarbawi

Tujuan:

  1. Membersihkan para kader drpd pelbagai polutan masa lalu, baik berkaitan pemikiran mahupun tindakan.
  2. Mencuci otak para kader drpd karat-karat yang menempel, iaitu berbagai hal yang tak islami.
  3. Meluruskan aqidah para kader.
  4. Meluruskan perilaku dan akhlak para kader.
  5. Mengarahkan keinginan dan kecenderungan para kader.
  6. Menentukan dan menjelaskan arah sasaran dan tujuan para kader.

Kaedah pembentukan peribadi Muslim menurut Sunnah Nabawiyah

1. Memerangi sisi negatif, kebekuan, dan kerahiban.

“Orang yang bergaul dengan masyarakat dan bersabar terhadap gangguannya lebih baik drpd orang yang tak bergaul dengan masyarakat dan tak sabar terhadap gangguannya.”

(HR Tirmidzi dan Ibnu Majah)

2. I’tidal (proporsional) dan tak berlebih-lebihan.

“Ingatlah, akan hancur orang-orang yang berlebih-lebihan, akan hancur orang-orang yang berlebih-lebihan.”

(HR Muslim, Abu Dawud dan Ahmad)

3. Sedikit dan kontinu (berterusan) lebih baik drpd banyak tapi terputus.

Dari A’isyah ra: bahawa Rasulullah saw ditanya tentang amalan yang paling afdhal. Beliau menjawab: “Yang kontinu meskipun sedikit.”

(HR Bukhari)

4. Mendahulukan prioritas dalam pembentukan. (Fiqh Al-Awlawiyyat)

5. Pembentukan melalui teladan. 2:44, 61:2-3, 33:21

6. Pembentukan yang menyeluruh dan tak parsial. Konsep tawazun (keseimbangan).

7. Kesolehan lingkungan.

· Keluarga.

· Teman.

· Masyarakat.

“Seseorang selalu mengikuti agama teman dekatnya, maka lihatlah salah seorang dari kalian siapa yang dijadikan teman dekatnya.” (HR Tirmidzi)

8. Dampak pahala dan hukuman dalam pembentukan.

Tingkatan penggunaan prinsip ini:

· Nasihat.

· Tindakan lemah lembut.

· Sampaikan peringatan tak langsung.

· Sampaikan celaan.

· Putuskan hubungan sementara.

· Menggunakan hukuman yang sesuai dan membuat jera.

Isti’ab Haraki

Syarat yang perlu dipenuhi oleh sesuatu gerakan utk bisa menampung para ahlinya:

  1. Proses tarbiyah yang matang.
  2. Pengurusan yang cekap.
  3. Perancangan yang teliti
  4. Konsep yang jelas.
  5. Memahami semua ahli dengan benar, mengetahui potensi yang dimiliki, kecenderungan, sisi positif dan negatifnya, dll.
  6. Mengerahkan seluruh ahli, bukan sebahagian yang berpotensi sahaja.
  7. Penugasan ahli jama’ah secara bersama-sama dan bukan secara individu.

Perkara-perkara penting yang harus dikuasai oleh para da’i

  1. Pemahaman yang benar dan sempurna tentang sasaran dan sarana yang digunakan.
  2. Memahami tanzim dan tabi’atnya dengan benar.
  3. Pemahaman yang benar dan menyeluruh terhadap tab’iat dan hakikat teman dan lawan, hal yang bisa membezakan antara teman dan lawan, sarana dan sasaran yang hendak dicapai, dan perancangan mereka serta para tokohnya.
  4. Pemahaman yang baik tentang berbagai aspek, tabi’at dan keeperluan amal.
  5. Menjauhi fenomena istiknaf (keengganan utk bergabung dlm masyarakat, atau instansi, atau berbagai organisasi yang ada).

Mana dakwah pilihan kita?

Dakwah orang soleh yang terbatas pada anggotanya, tanpa peduli dengan masyarakat sekelilingnya.

ATAU

Dakwah yang berusaha memancarkan sinar hidayah kpd sesiapa sahaja, menyayangi sesiapa sahaja, menghendaki kebaikan bagi sesiapa sahaja dan bahkan memanfaatkan dan mengoptimalkan seluruh potensi yang ada dalam masyarakat demi kepentingan dakwah dan Islam.

Wednesday, November 01, 2006

Pengurusan Dakwah

Keadaan sistem pengetahuan Islam dewasa ini semakin kritis. Pemikiran dan perencanaan mereka hampir tidak berdaya menghadapi lingkungan dan tuntutan baru. Sedangkan keadaan pemikiran para aktivis pula seakan lumpuh bila dituntut untuk mengemukakan teori baru yang sesuai dengan tuntutan yang akan dicapai. Padahal semua itu memerlukan perencanaan, organisasi dan pengurusan yang tinggi". (Sa'id Hawa, Durus Fil 'Amal Al-Islami)


Kerja dakwah dengan segala ciri-cirinya merupakan sarana utama mewujudkan Islam sebagai rahmatan lil'alamin. Kesempurnaan Islam dan kemanfaatan Islam bagi hidup ini, hanya akan dirasakan apabila mereka yang berada di dalam Islam memahami Islam secara syamil (sempurna) yang utuh. Ini menuntut syarat lain,iaitu ; adanya sekelompok manusia yang bergerak membimbing dan menyebarkan risalah ini untuk seluruh manusia. "Manusia dakwah" inilah yang akan mengalirkan fikrah dan roh baru kepada kalbu dan akal seluruh manusia seperti mengalirnya air segar yang menghidup suburkan tanah kering kontang.

Namun persoalan ini tidak berhenti sampai disitu. Dakwah yang dilaksanakan tidak hanya terbatas menyebarkan Islam semata-mata, malah ia lebih dari itu. Sejak awal dakwah Islam - sebagaimana yang dicontohkan oleh Rasulullah dan para sahabat - bertujuan membentuk insan kamil yang akan menyebarkan rahmat bagi seluruh manusia. Hasil dakwah akan dilihat apabila tumbuh dan perkembangnya "generasi rabbani" yang akan bersatu dalam shaf "khairu ummah" ; merupakan generasi yang memiliki peribadi, sikap hidup dan tujuan yang berbeza dengan seluruh manusia. Allah berfirman:

"….. kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah yang mungkar dan beriman kepada Allah" (QS. 3:110).

Proses pembentukan generasi ini, mahu tidak mahu, merupakan proses yang panjang. Ia menuntut dan memerlukan kesungguhan kerja dan pengorbanan yang besar. Tidak kurang dua puluh tiga tahun Rasulullah berjuang menegakkan risalah ini sebelum berhasil menumbuhkan generasi rabbani.

Dari sudut yang lain, proses pembentukan generasi Rabbani juga memerlukan pembentukan organisasi dan pengurusan kerja yang sempurna. Sunnatullah menentukan bahawa hasil kerja dengan usaha yang dikerjakan adalah selari. Allah berfirman:

"Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan suatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka". (QS. 13:11).
Proses ini semakin jelas, jika kita meneliti sirah perjuangan Rasul dalam menegakkan dakwah. Rasulullah memulakan tugas sucinya secara diam-diam (rahsia) kemudian dengan perhitungan yang tepat dilancarkan gerakan terbuka. Bukti lain boleh dilihat ketika Rasulullah memerintahkan orang-orang ansar, dalam bai'at 'aqabah kedua supaya memilih dua belas orang naqib. Juga ketika Rasulullah memerintahkan Mush'ab bin Umair sebagai da'i pertama yang beroperasi di Madinah. Padahal saat itu Mush 'ab berusia masih sangat muda. Atau bagaimana Rasulullah mempersiapkan proses hijrah dengan matang. Dimulakan dengan pencarian tempat yang strategik dan sesuai serta penumbuhan Ansar di daerah tersebut. Semuanya jelas tidak lepas dan perencanaan dan pengorganisasian. Ali bin Abi Thalib berkata:

"AI-Haq tanpa penyusunan yang rapi (tanzhim) akan dikalahkan oleh kebatilan yang tersusun rapi (tertanzhim)"

Unsur Dakwah

Kelancaran dakwah bergantung kepada dua hal; orang dan sistem yang diterapkan. Kedua-duanya saling berkait dan saling memberi kesan. Dan kedua-duanya - dalam Islam - dinaungi oleh prinsip Rabbani. Ertinya, orang dan sistem yang menggerakkan dakwah harus berpegang kepada aturan yang telah Allah SWT tetapkan.

Unsur orang (manusia) terdiri dari mad'u dan murabbi. Pada kondisi yang benar keduanya dalam proses interaksi yang aktif menuju pemahaman dan pelaksanaan Islam secara kafah. Ada ta'lifu qulub serta hubungan yanc mawaddah wa rahmah. Sehingga, amal jama'i keduanya dalam bahu membahu menegakkan dakwah selalu dinaungi oleh ukhuwah Islamiyah.

Unsur sistem manhaj menentukan arah dan tujuan dakwah, serta metode dan cara pelaksanaan dakwah. Dalam Islam semuanya bermuara pada bagaimana manusia menghambakan diri kepada Allah secara benar. Jika ini telah tercapai, maka misi Islam sebagai rahmatan lil alamin - insya Allah - akan tercapai. Kerana, tidak akan ada output (keluaran) rahmat manakala input yang masuk kedalam dirinya tidak berasal dari Allah SWT. Ertinya, hanya dengan penyerahan total soluruh hidup ke dalam sistem Allah saja yang membuat seseorang meninggi dimensinya tidak hanya terbatas kepada din dan ego semata.

Prinsip Pengurusan

Pada dasarnya, pengurusan hanyalah mengefisienkan yang tengah dilaksanakan. Menghasilkan output yang sesuai dengan usaha yang dikerjakan. Prinsip manajemen terangkum dalam tiga kata: perencanaan, pelaksanaan dan pengawasan (evaluasi). Dan kesemuanya ini sebenarnya hal yang fitrah ada dalam din manusia yang ingin selalu memperbaiki kualiti kerjanya. Setiap amal yang mampu menghasilkan prestasi, selalu dimulai dengan perencanaan yang matang. Perencanaan yang meliputi iseluruh aspek yang mendukung pekerjaan itu. Samaada aspek orang mahupun sistem. Pelaksanaan memerlukan aturan mainnya sendiri. Ada hal-hal yang umum diketahui ada pula yang tidak. Setiap tahap amal memerlukan penanganan yang berbeza sesuai dengan marhalahnya.

Evaluasi adalah proses menilai kembali seluruh amal yang telah dikerjakan. Menarik hikmah dan menyarikan pelajaran yang terkandung di dalamnya. Yang kesemuanya itu akan dijadikan masukan untuk memulai proses amal yang baru. Tentunya seluruh proses di atas dapat terlaksana semata dengan izin Allah.

Pengurusan Dakwah

Pekerjaan dakwah diumpamakan seperti kilang yang menghasilkan produk manusia-manusia berkualiti ungggul, dunia dan akhirat. Di dalamnya ada bahan baku yang harus dibentuk oleh tangan tangan mahir dan berilmu.Ada mad'u dan murabbi. Disana juga terdapat sistem kerja yang efisien, sehingga besarnya amal akan berbanding lurus dengan prestasi yang dicapai. Amal dakwah berbentuk upaya menyeru dan cara yang telah dicontohkan Rasulullah SAW. Dan hasil dakwah adalah terbentuknya generasi "Siap pakai" yang akan memakmurkan bumi. Allah berfirman:

"Berkata Yusuf : "Jadikanlah aku bendaharawan negara Mesir, aku adalah orang yang pandai menjaga dan lagi berpengetahuan (QS. 12:55).

Perancangan

Perancangan dakwah meliputi unsur orang dan sistem. Orang-orang yang terlibat dakwah haruslah menyadari pentingnya perencanaan dalam melaksanakan harakah yang muntijah (bernilai). Allah berfirman:

"Dan janganlah kamu mengikuti sesuatu yang kamu tidak memiliki pengetahuan tentangnya". (QS. 17:36).

Dengan perencanaan yang benar, para muharik dakwah dapat menentukan skala prioriti dalam melaksanakan dakwahnya. Hal-hal yang memang utama dapat dikedepankan dalam penyelesaiannya, sementara yang cabang dapat ditangguhkan atau dialihkan.

Perencanaan sistem, meliputi usaha memahami rambu-rambu dakwah. Dakwah memiliki karakteristik yang berbeda dengan kerja lainnya. Disana diperlukan perjuangan dan pengorbanan. Ada marhalah yang berbeda untuk tiap kondisi dan tingkatan manusia yang borbeda, yang sekaligus menuntut perlakuan yang berbeda. Allah berfirman:

"Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik." (QS16:125).

Termasuk perancangan dakwah adalah usaha untuk membekali diri dengan iImu dan iman yang menghasilkan taqwa. Seorang muharik dakwah akan berhasil manakala sejak awal terjunnya kedunia dakwah, a membekali dirinya dengan kemesraan berhubungan dengan Allah SWT. Dan sebaik-baik bekal adalah taqwa. (QS.2:197).
Dengan bekal ini seorang muharik dakwah dapat membuat kurikulum ringkas dalam melaksanakan dakwahnya. Kurikulum yang menyangkut marhalah, tingkat interaksi sampai evaluasi terhadap perkembangan dan kemajuan mad'u. Sama ada sudut ruhiyah, fikriyah mahupun amaIiyah.

Pelaksanaan

Pada tahap pelaksanaan ada banyak hal yang timbul akibat interaksi nyata dengan dunia realiti. Akan banyak ditemui hambatan, baik yang bersifat internal mahupun eksternal. Hambatan internal berwujud adanya kesulitan pengambilan mad'u baru, penerapan sistem (manhaj) yang tidak sempurna atau tumbuhnya gejala tidak sehat dalam tubuh jamaah yang membuat lesu dan sedikitnya amal yang dikerjakan. Hambatan eksternal timbul dan orang-orang yang memang sejak awalnya telah memiliki rasa dengki dan benci kepada Islam. Allah berfirman:

Demikianlah sifat mereka dalam Taurat, dan sifat-sifat mereka dalam InjiI, iaitu seperti tanaman yang mengeluarkan tugasnya maka tugas itu menjadi tanaman itu kuat lalu menjadi besarlah ia dan tegak lurus di atas pokoknya, tanaman itu menyenangkan hati penanam-penanamnya kerana Allah hendak menjengkelkan hati orang orang kaflr dengan kekuatan orang-orang mukmin" (QS. 48:29).

Dalam kondisi nyata inilah dakwah harus berjalan, tumbuh dan menghasilkan. Untuk itu beberapa prinsip dasar dakwah harus benar-benar dilaksanakan pada tahap ini:

Prinsip amal jama'i dan harakah yang manhaji (gerak yang teratur). Sejak awalnya, RasuluIlah mencontohkan bahwa kekuatan dakwah selain dari keunggulan minhaj Islam itu sendiri - selalu bertumpu pada amal yang terkoordinasi dalam sebuah jamaah dakwah. Kerja dakwah infiradi (sendin-sendiri) sulit diharapkan mampu menghasilkan generasi Rabbani. Hal ini disebabkan penghalang-penghalang dakwah dalam menghadapi dakwah (Islam) selalu bersatu dalam koordinasi yang rapi dan didukung berbagai unsur kekuatan. Di pihak lain, masalah masalah yang akan dihadapi dakwah meliputi seluruh bidang kehidupan, yang menuntut pemecahan bersifat multi disiplin ilmu dan pengalaman. Dan ini hanya terwujud dalam jamaah.

Prinsip harakah yang manhaji menuntut setiap orang yang terlibat dalam dakwah memahami hakikat, sasaran dan tujuan dakwah. Dakwah Islam berbeza dengan seluruh amal lain, semata-mata ditujukan untuk Allah SWT. Tidak ada unsur figuriti, kelompok atau ashabiyah yang lain. Allah berfirman:

Tidak wajar bagi seorang manusia yang Allah berikan kepadanya Al-kitab, hikmah dan kenabian, lalu ia berkata kepada manusia:

Hendaklah kamu menjadi penyembah-penyembahku bukan penyernbah Allah. Akan tetapi (Dia berkata): Hendaklah kamu menjadi orang-orang Rabbani, karena kamu selalu mengajarkan Al-kitab dan disebabkan kamu tetap mempelajarinya". (QS.3:79).
Dengan menyadari hakekat ini, insya Allah dakwah akan selalu ada pada jalur yang benar. Namun jika dakwah melaju menuju arah yang salah, akan timbul masalah-masalah yang malah menyusahkan dakwah itu sendiri.

Evaluasi

Tahap ini memerlukan kearifan para muharrik dakwah untuk menilai - dengan jujur - sampai dimana langkah dakwah sekarang ini, apa sahaja fenomena yang timbul, yang mengganggu dan menggembirakan dakwah. Kadang kesibukan dalam arena dakwah menyebabkan banyak muharrik lalai menjalankan proses ini. Padahal, hikmah Allah baru muncul manakala kita mahu kembali menengok kebelakang dan menyedari dengan segala kerendahan din dihadapan Allah akan kesalahan yang telan diperbuat. Forum-forum muhasabah harus selalu dihidupkan. Kritik dan saran yang memang keluar dari hati nurani harus mendapatkan perhatian yang serius. Bukan jamaah yang sihat jika ruang untuk saranan ditutup rapat-rapat. Kerana itu semua dilakukan semata untuk kebaikan dakwah. Abu Hurairah pernah meriwayatkan: "Tidak aku lihat orang yang lebih suka bermusyawarah dengan sahabatnya lebih dari yang Rasulullah kerjakan".

Akhirnya, semuanya kembali kepada Pemilik Dakwah dan Penguasa Alam Semesta akankah dakwah ini memberikan hasilnya ketika kita masih tegar berdiri ataukah ketika kita tengah menanti dalam penantian yang panjang. Allahu A'lam bishawab.

Ukhuwah

Dari barisan usrah
Dan dari umbi tarbiah
Muncullah sinaran fikrah
Islah terus meniti masa

Dari dewan selesa ke jalanan yg berhaba
Pejuang keadilan dan penjulang kebenaran
Bersama islam membina ummah
Usaha daulatkan syariah
Agar hidup penuh barakah

Di dalam sedih dan ketawa
Di dalam susah dan mewah
Tetap teguh iman dan takwa

Sehati sejiwa
Dulu kini selamanya
Walau apa yg melanda hadapi bersama

Ya Allah ya rabbi
Teguhkan iman kami
Moga tabah hati tak berbelah bagi

Berbekalkan islam membina masyarakat
Mengukuh umat insan sejagat
Setiap mehnah pastinya ada hikmah
Berbaik sangka pada yg Esa.

Rasulullah contoh ikutan
Prinsip syura jadikan amalan
Korban masa tenaga kita
Dan fikiran perkasakan maruah kita

(di ambil dari far-east)

Monday, October 30, 2006

Tarbiyyah Dzatiyyah (Kupasan Buku)


Bedah Buku: Tarbiyah Dzatiyah

Definisi Tarbiyah Dzatiyah

Suatu kumpulan cara cara atau jalan jalan tarbiyah (pembinaan) yang diberikan oleh orang Islam kepada dirinya untuk membentuk peribadi Islami yang sempurna di seluruh aspek ilmiah, iman , akhlak, social dan sebagainya. Dan juga menaikkan tingkatan kesempurnaan sebagai seorang manusia. Boleh disimpulkan sebagai tarbiyyah seseorang terhadap diri sendiri dengan dirinya sendiri.

Kepentingan Tarbiyyah Dzatiyyah

-Menjaga diri sendiri mesti didahulukan drpd menjaga orang lain.
-Tarbiyyah diri sendiri adalah faktor utama perubahan (islah) dalam diri.
-Hisab kelak bersifat individual.
-Cara untuk istiqamah dan tsabat dalam perjuangan.
-Method dakwah yang paling efektif
-Cara yang benar dan betul dalam memperbaiki realiti yang ada.

Kenapa ramai tidak mempedulikannya?

-Sangat kurangnya ilmu
-Matlamat dan tujuan yang tidak jelas.
-Pemahaman yang salah tentang tarbiyyah
-Asas tarbiyah yang kurang
-Kurang merasakan tanggungjawab atau peranan sebagai murabbi.
-Panjang angan angan.

Cara cara untuk Tarbiyyah Dzatiyyah

-Muhasabah
-Taubat dari segala dosa
-Mencari ilmu dan meluaskan wawasan
-Mengerjakan amalan amalan iman
-Memperhatikan aspek akhlak (moral)
-Merasakan kewajiban dakwah- komitmen dgn kerja kerja dakwah
-Mujahadah
-Berdoa dengan jujur kepada Allah swt

Hasil dari Tarbiyyah Dzatiyyah

-Mendapat keredhaan Allah dan syurgaNya
-Kebahagian dan ketenteraman.
-Dicintai dan diterima Allah
-Terpelihara dari keburukan dan hal2 yang tidak sepatutnya
-Keberkatan waktu dan harta
-Sabar dgn penderitaan dalam semua keadaan
-Jiwa tenang dan aman.