Monday, June 07, 2010
SMS Berangkai: Nasrallah dan Palestin
SMS tersebut masuk ke HP isteri saya malam semalam dari seorang akhwat. Isteri saya terus menunjukkannya kepada saya. Saya meyakini dia bukanlah source kepada berita itu melainkan dia hanya menyambung rangkaian SMS sebelumnya atas semangat kepedulian terhadap nasib umat Islam. Saya terus menjawab:
"Jangan sebar sebarang berita sebelum tabayyun kesahihannya. Ambil pelajaran. Ipin."
Peristiwa ini sama dengan peristiwa yang berkaitan dengan umat Islam murtad di Silibin, Ipoh. Oleh kerana rantaian SMS yang tidak diperiksa asal mu'asal nya, umat Islam yang bersemangat untuk membanteras kejadian murtad di gereja Silibin, ternyata terkejut bahawa upacara pembaptisan adalah melibatkan kanak kanak India, bukan Melayu seperti yang didakwa SMS tersebut.
Nampaknya kita masih belum mengambil pelajaran.
Berkaitan dengan SMS yang dihantar malam semalam, ada beberapa isu yang menyelubunginya:
1) Adakah benar Sayyid Hassan Nasrallah meminta untuk berbuat demikian. Dimakah sumber berita tersebut? Tidakkah kita mengetahui bahawa Allah memerintahkan kita untuk tabayyun (re-check) segala berita yang kita terima, terutama yang tidak kita ketahui asal usulnya.
"Hai orang orang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu."
(Al Hujurat 49: 6)
Rasulullah pernah berpesan yang bermaksud:
"Daripada Abu Hurairah r.a., sesungguhnya Nabi s.a.w. bersabda: Cukuplah seseorang itu (untuk dikatakan) berdusta (apabila) dia mengutarakan semua perkara yang didengarnya.
(HR Muslim)
Dan sesungguhnya segala ungkapan yang berasal dari kita, ianya dipertanggungjawabkan:
"Tidak ada satu ucapan pun yang diucapkannnya melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa hadir (Raqib Atid)."
(Al Qaf 50: 18)
2) Apakah amalan membaca surah surah tertentu pada malam semalam benar benar bertepatan dengan amalan Islam yang sahih? Saya masih teringat akan satu kisah di mana, oleh kerana kejahilan Khalifah ketika itu, ketika berlaku pemberontakan yang besar, dia telah mengarahkan semua ulamanya untuk membaca kitab sahih Bukhari dan Muslim untuk membendung pemberontakan tersebut. Islam bukanlah agama mistikal. Ia adalah agama yang praktikal. Ketika mana Rasulullah dan sahabatnya sedang berhadapan dengan kemungkinan perang, Allah menurunkan ayat berikut:
"Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu sanggupi dan dari kuda kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggentarkan musuh Allah, musuhmu dan orang orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya...."
(Al Anfal 8: 60)
Ketika mana Allah memerintahkan kita untuk membuat persiapan dengan apa saja kekuatan, ia bukanlah bermaksud kita memenuhi masjid dan membaca kalamNya dan berdoa sahaja. Adakah musuh Allah akan gentar dengan itu?
Makanya dari segi konten, seruan untuk membaca ayat ayat tertentu pada malam malam tertentu untuk mengelak musibah adalah satu bidaah yang nyata dan tidak berasal dari Islam.
3) Sayyid Hassan Nasrallah adalah pemimpin Hizbullah di Lubnan yang berakidah Syiah. Kita berterima kasih kepada Hizbullah atas dokongan mereka berkaitan isu Palestin. Tetapi kita sekali kali tidak menerima pemimpin mereka sebagai sanjungan kita. Syiah dengan segala fahamannya, mengatakan Ummahatul Mukminin Aisyah ra dan Hafsah ra sebagai pelacur. Mereka telah mengatakan Abu Bakar dan Umar ra ajmain sebagai pengkhianat. Dan mereka mencela sebahagian besar sahabat sahabat Rasulullah saw. Yang mana menurut kita (Ahli Sunnah wal Jamaah) isteri isteri Nabi saw adalah ibu kita, Abu Bakar dan Umar ra adalah sahabat Rasulullah yang terutama dan sahabat sahabat Rasulullah yang lain adalah adil secara ijmak.
Ia seolah olah, seorang jiran kita, menuduh ibu kita sebagai pelacur, pakcik pakcik kita sebagai pengkhianat, kemudian dia menyeru kita untuk berbuat suatu amalan dan kita dengan penuh tawadhu dan gembira menyahutnya. Sifirnya tidak mengena dan pelik.
Walaupun kita berterima kasih kepada Hizbullah atas bantuannya kepada Palestin, tetapi kita harus berhati hati (extra careful), kerana lipatan sejarah membuktikan sebaliknya. Tidak pernah dalam sejarah Islam, Syiah dan Sunnah bersatu untuk memerangi musuh. Apa yang terjadi ialah Sunnah terpaksa berhadapan dengan gabungan Syiah dan musuh Islam. Dan sejarah ialah satu event yang berulang ulang.
4) Pendapat peribadi saya, ini adalah satu propaganda Syiah di Malaysia untuk menggunakan moment yang ada, untuk mengangkat pimpinan mereka di mata masyarakat Malaysia. Sesungguhnya, kita di Malaysia berakidah Ahli Sunnah wal Jamaah. Kita menyeru mereka untuk menahan diri dari membawa akar akar kefahaman Syiah di sini. Kita tidak mahu pergolakan di Iraq berulang di sini. Tidak pernah ada sebarang usaha dari Sunnah untuk menyebarkan kefahamannya di wilayah Syiah. Walaupun banyak usaha taqarrub (mendekatkan) Sunnah dengan Syiah dilakukan oleh Ulama masa kini, terutama Dr Yusuf Qardhawi, beliau terang terang mengatakan, usaha taqarrub ini hanya akan berjaya sekiranya Syiah menghentikan cercaan mereka kepada isteri isteri dan sahabat sahabat nabi, yang mana pada pandangan kita, mereka sangat mulia.
5) Penyebaran SMS ini menampakkan betapa mudahnya jaringan komunikasi kita dimanipulasi oleh pihak yang berkepentingan. Dan bagi sebuah gerakan Islam, perkara ini adalah amat serius dan memerlukan tindakan tegas dan menyeluruh bagi memastikan peristiwa yang sama tidak berulang kembali. Teknologi adalah sebuah wasilah yang bergantung kepada tujuan penggunaannya. Sekiranya ia tidak dikawal dengan baik, maka ia akan merosakkan kita. Contoh yang mudah adalah television.
Untuk umat Islam, keprihatinan kita kepada isu Palestin tidaklah seharusnya menjadikannya satu sebab bagi kita menampakkan sisi ketidakmatangan kita. Dengan batasan yang kita ada, ada banyak benda yang kita boleh lakukan untuk membantu Palestin. Perkara ini sudah dibahas dengan baik oleh Ustaz Hasrizal di blognya.
Mudah mudahan Allah mengampuni dosa kita dan dosa sahabat sahabat kita. Sesungguhnya kita perlu berubah untuk memastikan dunia berubah. 3 syarat perubahan, bak kata AA Gym, ialah 3M:
1) Mulai dari diri sendiri
2) Mulai dari yang kecil
3) Mulai dari sekarang
Wallahualam.
Abu Humaira
Mohd Sahrularifin Ab Manan
Ahli ISMA Cawangan Hulu Langat.
10:20 am , Taman Tenaga.
Friday, June 04, 2010
Gambar Rapat Umum Solidarity- End D Siege on Gaza

Allahu Akbar

Khaibar Khaibar Ya Yahud

Mahasiswa Palestin Pun Join Sekaki

Aisyah Yang Tengah Geram

Seriusnya saya

Si Cilik Uwais

'Amad Yang Moody'

Lepas Pukul 6.00 petang baru dia ber'semangat'
Wednesday, June 02, 2010
Blokade Gaza: Sejarah Pasti Berulang
Umat Islam pernah menjadi sangat terhina ketika mana jatuhnya kerajaan Islam di Iraq pada tentera Monggol. Leher mereka diserahkan untuk disembelih tentera Monggol tanpa sebarang perlawanan, seolah olah binatang ternak yang redha terhadap nasibnya. Oleh kerana putaran alam, yang menjajah akhirnya menganut agama yang dijajah. Dan Islam kembali menyinar.
Dan putaran alam kembali berlaku. Umat Islam kembali terhina, pada 1924M, runtuhlah sistem Khalifah milik umat Islam dek kerana kelemahan umat Islam sendiri. Hingga sekarang, sesudah 86 tahun, kita masih gagal menebus maruah kita.
Tetapi, butakah mata kita? Tidakkah kita melihat percikan kebangkitaan Islam sudah meletus lama. Kebangkitan Islam di mana mana dengan berbagai rupa. Keadaan Islam sudah membaik berbeza di awal awal titik kejatuhan kita. Ertinya, putaran alam, kembali melakukan tugasnya.
“Periode an-Nubuwwah (kenabian) akan berlangsung pada kalian dalam beberapa tahun, kemudian Allah mengangkatnya, setelah itu datang periode khilafatun ‘ala minhaj an-Nubuwwah (kekhalifahan atas manhaj kenabian), selama beberapa masa hingga Allah ta’aala mengangkatnya, kemudian datang periode mulkan aadhdhon (penguasa-penguasa yang menggigit) selama beberapa masa, selanjutnya datang periode mulkan jabbriyyan (penguasa-penguasa yang memaksakan kehendak) dalam beberapa masa hingga waktu yang ditentukan Allah ta’aala, setelah itu akan terulang kembali periode khilafatun ‘ala minhaj an-Nubuwwah. Kemudian Nabi Muhammad saw diam,”(HR Ahmad 17680).
Periode an-Nubuwwah = Zaman pemerintahan Nabi sehingga wafat
Khilafatun 'ala Minhaj an-Nubuwwah = Zaman Khalifah ar Rasyidin
Mulkan 'Aadhdhon = Khalifah Bani Umayyah sehingga Khalifah Turki Uthmaniyah
Mulkan Jabbriyyan = Dari 1924M (kejatuhan Khilafah) sehingga sekarang.
Dan Allah menjanjikan akan kembalinya Khilafatun 'ala Minhaj an Nubuwwah. Islam akan kembali kepada era kegemilangannya. Islam akan kembali menjadi syiar yang paling tinggi, menjadi solusi bagi segenap lapisan masyarakat. Janji Allah adalah benar.
Blokade Dunia Terhadap Gaza
Tidakkah kita melihat bahawa peristiwa ini berlaku seperti deja vu kepada umat Islam. Ingatkah kita kepada peristiwa boikot Quraisy terhadap Bani Hasyim yang mana semuanya adalah keturunan dan sahabat Baginda saw. Mereka hidup dalam kesengsaraan, kehinaan dan kepayahan. Sehingga terpaksa memakan kulit kulit kayu dan batu batuan untuk mengalas perut yang lapar.
As-Suhaili berkata: "Apabila suatu kafilah dagangan tiba di Mekah, para sahabat segera pergi ke pasar untuk membeli sedikit makanan untuk keluarga mereka. Lantas bangkitlah Abu Lahab dan berkata "Wahai para pedagang, naikkan harga barang kepada pengikut pengikut Muhammad. Agar mereka tidak dpat membeli apa apa daripada kamu. Kamu semua tahu tentang hartaku dan aku menepati janji. Aku jamin kamu tidak akan rugi."
Yunus pula meriwayatkan daripada Sa'ad bin Abi Waqqash ra bahawa beliau berkata " Aku keluar untuk membuang air kecil pada suatu malam. Semasa kencing, aku terdengar bunyi sesuatu di timpa air kencing. Aku pun ternampak sepotong kulit unta yang kering. Lalu aku mengambilnya dan membasuh kulit itu. Kemudian aku membakarnya dan hancurkannya dengan air. Dengan memakannya, aku bertahan selama 3 hari."
Dan keadaan ini berterusan selama 3 tahun yang suram (Dipetik dari Fiqh Sirah, Muhammad al Ghazali)
Akhirnya tibalah saat Allah menentukan saat pembebasan Bani Hasyim dari blokade Quraisy. Hisyam bin Amru dari Bani Amir bin Lu'ay secara sembunyi sembunyi sering membawa makanan kepada Bani Hasyim. Kemudian dia mendatangi Zuhair bin Abi Umayyah al Makhzumi dan berkata, " Zuhair, apakah kamu sanggup bersenang lenang makan dan minum, sementara kamu mengetahui bagaimana keadaan saudaramu sekarang ini (Bani Hasyim)?" Zuhair menjawab, "Apa yang boleh aku lakukan? Aku hanya seorang diri. Seandainya ada orang lain yang bersedia membantuku, naskah perjanjian (blokade) itu akan kurobek robek." Hisyam menyahut "Kamu telah mendapatkan seorang yang bersedia membantumu" Zuhair bertanya "Siapa dia?" Hisyam menjawab "Saya." Kemudian Zuhair berkata kepada Hisyam "Kita harus mencari orang ketiga"
Kemudian mereka menemui Muth'am bin Ady, dan Hisyam berbicara seperti yang dilakukannya kepada Zuhair dan Muth'am bersetuju. Kemudian mereka berjumpa Abul Bukhturi dan kemudia Zam'ah bin al Aswad. Kelima mereka berkumpul di Hujun dan bersepakat untuk membatalkan perjanjian blokade.
Keesokan harinya, mereka berangkat ke Kaabah dan melakukan tawaf. Setelaf tawaf, Zuhair menghadap ke khalayak dan berkata " Wahai penduduk Mekah, apakah kita bersenang-senang makan dan minum, sedangkan Bani Hasyim kita biarkan binasa, tidak melakukan jual beli? Demi Allah, saya tidak akan duduk sebelum merobek robek naskah pemboikotan yang zalim ini."
Abu Jahal yang berada di sisi berkata: " Kamu dusta. Jangan kau robek" Zam'ah menyanggah Abu Jahal, "Demi Allah, kamu yang berdusta. Kami tidak rela terhadap naskah ini ketika ditulis." Abul Bukhturi memperkuat ucapan Zam'ah, dan sesama mereka, mereka saling memperkuatkan satu sama yang lain.
Sementara itu, Abu Talib yang berada di sisi Kaabah datang kepada mereka, kerana Allah telah menunjukkan kepada RasulNya tentang perkara naskah perjanjian tersebut. Yakni, Allah telah mengirim anai-anai untuk memakan seluruh is perjanjian itu kecuali tulisan yang menyebutkan Allah Azza wa Jalla.
Berita itu Rasulullah sampaikan kepada kaumnya dan Abu Talib keluar menemui orang orang Quraisy dan mengabarkan kepada mereka bahawa anak saudaranya telah berkata begini dan begitu. Jika ia dusta, kami akan menyerahkan dia kepada kalian, dan jika benar, kalian harus menghentikan pemboikotan dan kezaliman terhadap kami. Mereka menjawab "Anda telah berlaku adil".
Setelah terjadi dialog antara orang orang Quraisy dan Abu Jahal, Muth'am bangkit menghampiri naskah perjanjian dan ia melihat seluruh isi kandungan perjanjian telah musnah dimakan anai-anai kecuali tulisan yang tertulis Bismikallahumma. Dengan itu, berakhirlah boikot terhadap Bani Hasyim. (Dipetik dari Ar Raheequl Makhtum, Syeikh Safiyurrahman al Mubarakfuri)
Sejarah akan berulang.
Sebelum ini, Freedom Flotilla, bantuan kemanusiaan untuk Gaza dan juga sebagai sebuah kempen untuk menghentikan blokade Israel kepada Gaza, telah diserang oleh Komando Tentera Israel yang mengakibatkan hampir 20 orang syahid dan mengakibatkan hampir 50 yang lain cedera.
Kempen yang disertai hampir 40 negara, dari Eropah, Arab dan Asia, dari pelbagai agama dan bangsa telah membuka mata dunia tentang hakikat kekejaman tentera Zionis Israel. Kecaman kecaman hebat mula menimpa Israel, Amerika Syarikat terpaksa berhati hati dalam menyatakan sokongan terhadap Israel kerana itu akan mempengaruhi pandangan dunia terhadap kepimpinan mereka, apatah lagi, janji Barrack Obama untuk mengubah polisi luar negaranya, akan meletakkannya pada satu posisi yang sulit.
Sejarah akan berulang. Gaza pasti akan dibebaskan. Allah telah mengaturkannya. Dunia sedang mengikuti perancangan Allah Yang Maha Sempurna.
Tetapi bukan sejarah ini sahaja yang akan berulang. Sejarah yang lain juga. Setelah ini, pasti peristiwa Hijrah yang besar akan berulang juga, meski dalam bentuknya tersendiri. Peristiwa Badar, Uhud, Khaibar akan berulang. Apatah lagi, peristiwa Fathul Mekkah, mungkin menjadi Fathul Palestin.Tentera Muhammad akan menundukkan Yahudi laknatullah 'alaih. "Khaibar khaibar Ya Yahud, Jaisyu Muhammad Saufa Ya'uud, Khaibar, Khaibar, wahai Yahudi, tentara Muhammad akan kembali"
Dari Abi Hurairah ra. bahwa Nabi SAW bersabda, "Tidak akan terjadi hari kiamat hingga kalian (muslimin) memerangi Yahudi, kemudian batu berkata dibelakang Yahudi, "Wahai muslim, inilah Yahudi di belakangku, bunuhlah!" (HR Bukhari dan Muslim dalam Shahih Jami' Ash-Shaghir no. 7414)
Tidak akan terjadi hari kiamat, hingga muslimin memerangi Yahudi. Orang-orang Islam membunuh Yahudi sampai Yahudi bersembunyi di balik batu dan pohon. Namun batu atau pohon berkata, "Wahai muslim, wahai hamba Allah, inilah Yahudi di belakangku, marilah dan bunuh saja. Kecuali pohon Gharqad (yang tidak demikian), karena termasuk pohon Yahudi." (HR Muslim dalam Shahih Jami' Ash-shaghir no. 7427)
Persoalannya, dimanakah kita?
Sesungguhnya, dari zaman kejatuhan Khalifah Islamiah Turki, sesuai peraturan alam, di dalam kebangkitan ini, ramai yang telah mengukir nama, menjadi sebahagian dari arkib sejarah. Menempa nama mereka di dalam peristiwa peristiwa penting kebangkitan Islam. Menyumbang harta dan jiwa mereka bagi menyelamatkan umat ini dari kehinaan. Sepanjang masa, nama nama ini akan terus terpahat di jiwa mereka yang rindukan kemenangan. Hasan al Banna, Syed Qutb, Abu 'Ala al Maududi, Syeikh Muhammad al Ghazali, Syeikh Zakaria dan Yusuf Kandahlawi, Syeikh Taqiuddin Nabhani dan berbagai lagi.
Di dunia kontemporer, perjuangan Islam tidak pernah surut. Seruan kebenaran akan selalu bergema. Cuma, dimanakah kita? Adakah kita golongan yang diseru itu? Atau kita adalah golongan yang menyeru?
Oleh itu, apa yang kita tunggu lagi. Mari menjadi sebahagian dari aturan Allah dalam membebaskan umat ini.
Ayuh berdakwah dan ber tarbiyah. Jom Halaqah!!
Abu Humaira
Mohd Sahrularifin Ab Manan
Ahli ISMA Cawangan Hulu Langat.
p/s:
BANTAHAN SEKATAN GAZA & SOKONGAN TERHADAP PENDIRIAN KERAJAAN TURKI akan dianjurkan oleh Aman Palestin, ISMA dan PEMBINA seperti berikut:
Tarikh: Jumaat, 4 Jun 2010
Masa : 11.00 pagi
Tempat: Di Depan Kedutaan Turki
Wednesday, February 10, 2010
Komen tentang Mesir
Yang ana suka tentang Mesir:
1) Mudah beribadah (tak tahu kenapa)
2) Ukhuwah
3) Masyarakat dekat dengan Al Quran (dah jadi budaya)
4) Harga transportation murah, terutama luar Cairo
5) Student sini yang baru ana kenal panggil ana ustaz, memang kebiasaan di sini.
6) Harga sayuran dan buah buahan murah
7) Kagum. driver derang berani dan cekap. (sebenarnya gerun)
8) Air jus buah buahan yang superb sedap.
9) Masjid merata rata, so banyak pilihan.
10) Banyak perempuan pakai purdah dan menutup aurat
11) Solat berjemaah yang meriah
12) Jubah wanita dia cantik cantik dan murah (untuk zaujah, sejuk mata memandang)
13) Buat cermin mata, half-frame, glass multi-coated layer, anti-reflection dan warna bertukar ikut suhu, hanya RM 110. Murah tu.
Yang ana tak suka tentang Mesir:
1) Kotor dan berhabuk
2) Kencing merata rata
3) Serabut
4) Jalan redah semacam.
5) Makanan dia tak best
6) Kena berlari kejar bas
7) Duk berhimpit himpit macam sardin dalam bas dan tremco.
8) Kena banyak berjalan
9) Roti dia keras, kalau lembut pun,x selembut roti gardenia, tp harga RM 4++ sebuku.
10) Tak faham bahasa 'Amiyah (bahasa pasar), actually tak faham pun fushah (hehe)
Itu sahja coretan pribadi. Nnt update perjalanan kt sini insyaAllah.
p/s: berhajat untuk menulis tentang isu yang lebih serius berbanding isu diri sendiri, nampaknya masih belum kesempatan. Tp, alhamdulillah, blog kembali akktif setelah tersadai hampir 3 tahun.
Tuesday, February 09, 2010
Dedicated to my lovely Wife (Happy 5th Anniversary)
(10 February 2005-10 February 2010)
Untukmu sayang, dari suamimu yang di kejauhan...
Maher Zain
For The Rest Of My Life
For The Rest Of my Life
I praise Allah for sending me you my love
You found your home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO
And there is a couple words I want to say
Chorus:
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you...loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I…I`ll be there for you
I know it deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together in Jannah
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
OOOO
And theres a couple word I want to say
*Repeat Chorus
I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally
Repeat Chorus
I know that deep in my heart..
Saturday, February 06, 2010
Catatan Jaulah Mesir 5-13 Feb 2010 (1)
Sebelum penerbangan.
- Beli kasut dan stoking.
- Baju winter kat bundle harga RM 10.
- Berangkat jam 8.25 am
- Meninggalkan wang dan pesan kepada isteri. Mencium anak anak yang sedang tidur.
- Berjumpa dengan Akh Kojie dan Akh Nukman untuk menyerahkan amanah pengurusan perniagaan dan juga kesinambungan dakwah.
- Cek passport dan tiket.
- Tukar duit ke US Dollar
- Sampai KLIA check-in, boarding pukul 9.35, flight pukul 10.35.
Semasa penerbangan
- Naik Gulf Air, ruang agak luas compare dengan Egypt Air. Sentiasa cuba untuk melelapkan mata bagi menghindari jet lag.
- Duduk sorang sahaja dalam barisan tengah. Ingat nak baring, tetiba ada pak arab ni duduk n buka laptop dia.
- Makanan biasa tetapi Alhamdulillah kenyang.
- Ada pak arab yang minum vodka ngan wine, husnu dzon mungkin diorang bukan orang islam.
- Boring. Nak baca buku tapi mengantuk.
- Transit di Bahrain. KL-Bahrain 8 jam.
- Sampai jam 2 waktu Bahrain, jam 7 waktu Malaysia.
- Flight ke Cairo pkl 4.45 waktu Bahrain.
- Lapar. Makan kat Restoran Jasmi’ dalam Bahrain International Airport.
- Kentang goreng, Burger dan air harga dia BD 2.40, sama dengan RM 24.00. (Mahalnya)
- Pkl 3 masuk waktu asar, terus pergi solat n jamak qasar.
- Pergi toilet untuk tukar baju. Hp jatuh ke lantai, pecah n masuk air. Terus rosak
- Berusaha membaiki HP, tetapi tidak Berjaya. Berdoa mudah mudahan ada Ikhwah yang sudah menunggu di Cairo International Airport.
- Berangkat jam 5, flight delay.
- Ingat nak tidur, tetapi ada 2 orang Cina kat belakang bersembang macam flight dia yang punya. Non-stop sembang sampai Cairo. Perempuan pun x sembang macam tu.
Ketibaan.
- Sampai jam 7.20 pm di Cairo (Pkl 1.20am waktu Malaysia). Suhu 10 degree celcius. Sib baik ada baju winter RM 10
- Nasib baik Akh Affiq, Akh Kimi dan Akh Jarir sudah sedia menunggu.
- Setengah jam jalan nak cari bas ke rumah Affiq, last2 naik teksi. 35junaih (RM23.50)
- Rupa2nya rumah affiq dekat ARMA (Dewan Asrama Malaysia)
- Solat maghrib isya.
- Affiq ajak makan kat Restoran Cina. Order 6 pinggan, 2 pinggan lauk, 4 pinggan lg untuk kami berempat. Rupa2nya, 1 hidang pinggan cukup untuk makan 4 orang, tp kami order smp 6 pinggan. Huhu, larat habiskna 5 pinggan je, Jarir menjadi juara. Total 67junaih (RM44.50). Masing2 menggeleng kepala memikirkan kemewahan makanan yang baru dinikmati tetapi tetap bersyukur .
- Jam 10 malam ana tidur dengan berselimut tebal. Indahnya tidur.
- K, esok sambung.
Thursday, April 16, 2009
Quran Syamil Harfiah
Kepada Umat Islam yang ingin memahami Al-Quran
"Fahami al Quran dan Pelajari Bahasa Arab dengan Al Quran Syamil
Terjemahan PerKata (Harfiah)"
-
Anda bermasalah untuk memahami makna Al-Quran ?
-
Adakah anda bermasalah untuk khusyu' dalam solat kerana tidak memahami apa yang dibaca ?
-
Apa yang menyebabkan anda tidak berasa tenang apabila membaca Al-Quran, sedangkan sepatutnya begitu ?
Assalamualaikum ,
Memperkenalkan, Al-Quran Syaamil Harfiah (PerKata). Di import daripada Indonesia, dan terjamin kualitinya.
Pembaca akan dapat mempelajari bahasa Arab secara terus kerana setiap perkataan dalam Al-Quran Syaamil Harfiah ini, disertai maksud.
Ciri ini sangat sesuai untuk mereka yang tidak mempunyai kemahiran berbahasa Arab dan mereka yang tidak sempat untuk menyemak maksud perkataan daripada Kamus.
Selain daripada itu, Al-Quran Syaamil Harfiah ini juga, di sertai dengan terjemahan di bahagian tepi muka surat.
Ciri ini memberikan kemudahan kepada para pembaca untuk menghayati makna Al-Quran lalu mempraktikkan dalam kehidupan harian.
Maksud firman Allah dalam surah Ali Imran ayat yang ke 7 ;
" Dialah yang menurunkan Al-Kitab (Al-Quran_ Kepada kamu. Di antara (isi)nya ada ayat-ayat yang muhkamaat itulah pokok-pokok isi Al-Quran dan yang lain (ayat-ayat) mutasyaabihaat.
orang-orang yang dalam hatinya condong kepada kesesatan, maka mereka mengikuti sebahagian ayat-ayat yang mutasyabihaat untuk menimbulkan fitnah dan untuk mencari-cari ta'wilnya padahal tidak ada yang mengetahui ta'wilnya melainkan Allah.
Dan orang-orang yang mendalam ilmunya berkata "Kami beriman kepada ayat-ayat mutasyabihat, semuanya itu dari sisi Tuhan kami"
Dan tidak dapat mengambil pelajaran (daripadanya) melainkan orang-orang yang berakal"
Al-Quran ini sangat sesuai untuk dijadikan bacaan peribadi, wakaf masjid, hantaran perkahwinan, dan pelbagai lagi.
Sedikit maklumat mengenai Al-Quran Syaamil Harfiah :
1. Di bawah setiap perkataan, ada maksudnya
2. Selain mempunyai maksud pada setiap perkataan, Al-Quran ini juga dilengkapi terjemahan di bahagian tepi.
3. Size Al-Quran adalah bersaiz A4, sangat sesuai untuk dibaca oleh semua golongan, tua dan muda.
4. "Recommended" untuk mereka yang ingin mempelajari bahasa Arab. Sesuai untuk memahami makna Al-Quran dan seterusnya boleh dibawa ke dalam solat.
5. Kulit tebal dan kertas yang berkualiti tinggi.
5. Serta banyak lagi keistimewaannya yang lain.
Sila klik pada gambar di sebelah untuk melihat contoh muka surat.
TAWARAN TERHAD
PENGHANTARAN PERCUMA KE SELURUH MALAYSIA
Testimonial Produk :
Tiada lagi buat masa ini. Al-Quran ini sangat baru di pasaran. Kami bukan seperti sesetengah syarikat yang ingin menarik pelanggan dengan testimonial-testimonial palsu. Walaubagaimanapun, kami akan masukkan testimonial anda sebagai pembeli di sini.
Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi :
email Admin :
admin(at)kedaibukuhumaira.com
SMS :
013-207 1215
Monday, November 10, 2008
Ujian Allah tanda cinta, merendahlah!!
Terkadang ujian itu berbentuk nikmat dan terkadang ujian itu berbentuk kesusahan.
(Al A'raf 7:168)
(Al Isra 17: 16)
(Yunus 10:12)
Begitulah manusia yang melampaui batas, apabila bantuan Allah tiba, mereka kembali kepada kesesatannya seolah olah mereka tidak pernah berdoa kepada Allah. Tetapi, tahukah kita, di antara keduanya, terdapat satu lagi golongan yang lebih melampaui batas dari keduanya.
Golongan ini ialah golongan yang apabila ditimpa ujian dari Allah, ujian itu tidak mendekatkan mereka kepada Allah bahkan mereka menjadi lebih sombong lagi. Maka ketika mereka diberi kenikmatan, mereka bergembira seolah olah mereka merasakan mereka termasuk golongan yang dibantu Allah. Mereka meyakini ayat Allah bahawa sesungguhnya setiap kesusahan akan diakhiri dengan kesenangan. Sebagaimana datangnya siang sesudah malam, sebagaimana mendung yang pasti berlalu, sebagaimana gerhana yang hanya sementara, sebagaimana fajar yang bakal menyinsing. Kezaliman yang amat besar andai seorang manusia itu sangat meyakini bahawa ampunan Allah itu sangat luas, tetapi dia lupa akan azab Allah dan menangguh nangguhkan taubat.
Wahai jiwaku, merendahlah pada Alllah yang memberimu ujian sebagai tanda cintaNya. Merendahlah dengan penuh pengharapan akan ampunan dan takutkan azabNya.
Thursday, November 06, 2008
Aina anta Abi!!
Artis: Ar-Raid
Dalam damai teratak sepi,
menjelma pertanyaan menyentap hati.
Bermainlah pilu sang isteri,
membelai pipi permata suci...
Ummi, di manakah abi?
Bergetarlah bibir mencari...
Perlukah, kukisahkan apa yang terjadi...
pada si kecil yang ingin mengerti,
sayang, Abi kekasih ummi,
pergi mencari cinta ILLAHI...
Tidurlah sayang
ummi dodoikan
bersama dzikir mendamaikan....
Bangunmu esok
menjadi pejuang
mujahid sepanjang zaman...
Wednesday, November 05, 2008
Erti sebuah kesyukuran.
"Owh, itu tumor." balas kawanku.
"Tak boleh nak diubat dah ke?"
"Kena operation la. Tapi rasanya kalau dah macam itu, dah tak boleh nak buat apa apa. Peringkat teruk dah tue. Dah la akhi, tak elok tenung orang lama lama. Terasa dia nanti." ujar beliau sambil menarik badanku menuju kearah tangga.
"Ana bersyukur ana dilahirkan sebagai Islam"
Beliau terhenti lalu memandang wajahku. Tertanya tanya.
"Kita akh, Allah dah janjikan syurga. Tidak kira betapa teruk dan banyaknya dosa kita, selagi kita tak mensyirikkannya, akhirnya syurga adalah destinasi akhir kita. Tetapi dia?" aku sebak.
"Allah uji dengan kesusahan di dunia. Tetapi ujian itu tidak dapat menghantarkannya ke syurga Allah walau betapa sabar dia menghadapinya....kita akh, Allah beri berbagai nikmat, Allah tidak memberikan kita wajah yang hodoh dan menggelikan, terkadang mudah kita mengeluh....ya Allah, jadikanlah kami hamba hambaMu yang bersyukur!"
| "Dan seandainya pohon-pohon di bumi menjadi pena dan laut (menjadi tinta), ditambahkan kepadanya tujuh laut (lagi) sesudah (kering) nya, niscaya tidak akan habis-habisnya (dituliskan) kalimat Allah. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana." (Luqman 31:27) |
| "Hai manusia, ingatlah akan nikmat Allah kepadamu. Adakah pencipta selain Allah yang dapat memberikan rezeki kepada kamu dari langit dan bumi? Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia; maka mengapakah kamu berpaling (dari ketauhidan)?" (Fathir 35:3) |
| "Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?" (Ar Rahman 55:13) |
Kejadian ini sungguh membekas di hati. Ya Allah, Engkau kurniakanlah hidayahMu kepadaku dan kepadanya mudah mudahan kami bertemu dengan petunjukMu. Masukkanlah dia kedalam Islam, semoga dia menjumpai kebahagiaan. Amin.
