Sunday, March 02, 2008

Menuju Cahaya

Baru pulang dari Sabah. Letih. Tapi gembira. Saya sangat gembira. Gembira kerana sambutan para du'at di sana, begitu menghargai kedatangan kami, memastikan setiap masa yang berlalu digunakan sepenuhnya untuk berkongsi cerita dan pengalaman, berkongsi rasa dan pengharapan.

Saya amat terharu apabila menyaksikan kejadian akhwat yang berebut rebut menanyakan soalan, meminta solusi dan pencerahan, sehinggakan terpaksa diberhentikan kerana melebihi masa pertemuan. Subhanallah. Saya bermohon pada Allah moga moga saya dapat memberikan yang terbaik.

Begitu juga dengan para ikhwan. Banyak persoalan yang dilemparkan. Ya ikhwati, ana uhibbukum.

Barakah insyaAllah bumi Sabah. Barakah insyaAllah bumi Malaysia. Moga bumi itu subur dengan keringat peluh pengorbanan antum, biar bumi itu rata dihentak pijakan kaki dakwah antum.

Ya akhi wa ukhti, kumtum khaira ummah...khaira ummah....