Monday, December 18, 2006

Menerapkan Al Hilm dalam diri.

Seorang ustaz pernah memberi taujih kepada saya berkaitan dengan Al Hilm. Selama ini saya memahami Al Hilm sebagai satu sikap santun, lemah lembut, dan segala sesuatu yang berkaitan dengannya. Nyatanya maksud sebenar di sebalik Al Hilm menurut ustaz tersebut adalah penguasaan sepenuhnya akal terhadap emosi, kesabaran di dalam menahan amarah.

Ustaz tersebut berkata bahawa sesungguhnya bersabar di dalam perang adalah syajaah (keberanian), bersabar di dalam berusaha adalah mujahadah (bersungguh sungguh) dan bersabar di dalam amarah adalah Al Hilm. Taujih ini diberikan kepada saya selepas kami sama sama membaca Al Mathurat selepas solat Subuh di dalam penghabisan Mabit (Malam Bina Iman dan Takwa) kami. Sebenarnya saya di dalam keadaan sedar tak sedar sahaja. Almaklumlah, sehari suntuk sibuk dengan aktiviti. Mata pun dah kuyu sahaja, antara masuk atau tidak taujih yang ustaz tersebut berikan. Tetapi alhamdulillah, gist dari taujih dari ustaz tersebut dapat saya tangkap.

Fenomena perlunya Al Hilm:

Kisah 1

Saya di minta untuk memberi taujih buat akhwat di Tanjung Malim seawal jam 8.00 pagi. Sedangkan perjalanan dari UTP ke Tanjung Malam (mengikut kadar kelajuan biasa) lebih kurang 2 jam. Bermakna saya perlu bertolak dari UTP selewat lewatnya jam 6.00 pagi. Saya mengajak bersama saya beberapa ikhwah yang di harapkan boleh menemani saya kerana liqa semalam yang habis lewat (mengantuk). Kami berjanji untuk bertolak selepas solat Subuh. Nyatanya terdapat seorang ikhwah yang tidak menepati janji. Tak henti henti saya cuba menghubungi hensetnya tapi tidak berhasil. Amarah saya sudah meninggi. Manakan tidak, tidak menepati janji bukanlah sifat seorang dai, tetapi sifat seorang munafik!!.

Saya hampir berputus asa.Tetapi tiba tiba henset saya berbunyi, si ikhwah memohon maaf, dia tertidur. Nak dijadikan cerita, kami bertolak lewat lebih kurang pukul 7 pagi. Saya terpaksa menelefon akhwat di sana memohon maaf berkali kali dan meminta untuk melambatkan waktu pengisian saya ke pukul 8.30 pagi. Di dalam hati saya penuh dengan sumpah seranah, ‘izzah saya telah tercemar dengan keterlambatan ikhwah tersebut. Saya berdoa moga moga saya sempat sampai sebelum pukul 8.30 pagi.

“Afwan akh, ana terlambat bangun.”

“Antum tak pasang alarm ke?” suara saya sudah mula meninggi.

“Pasang akh, tapi tak dengar. Ana letih sangat kot.”

“Kenapa?”

“Tak, semalam ana mesin rumput dekat banglo ikhwah, dah tinggi sangat rumputnya. Sengal sengal jugalah badan ana nie.” jelas beliau.

Memang saya akui, memotong rumput sangat melelahkan. Saya masih ingat ada seorang ikhwah yang demam sesudah memotong rumput di banglo tersebut. Saya secara peribadi tidak pernah mencuba untuk memesin rumput rumput di banglo, tetapi melalui pengalaman pengalaman ikhwah, saya memahami tugas memotong rumput memang melelahkan. Amarah saya mula menurun. Alhamdulillah, saya tak sempat melepaskan amarah saya tadi. Alangkah indahnya andai saya mampu bersangka baik terhadap beliau. Alangkah baiknya andai Al Hilm ada pada diri saya ketika itu. Akhirnya saya tiba ke lokasi jam 8.20 pagi setelah memecut kenderaan Kenari milik ikhwah yang lain dengan kadar 180 km/j. Alhamdulillah saya selamat sampai.

Kisah 2

Peristiwa ini sudah sangat lama berlalu. Seorang manusia telah menghantar email kepada saya, mengutuk saya. Saya jadi begitu emosi. Saya mula melakukan ‘tugas’ saya. Jari jemari saya memainkan peranan menulis bait bait kalimat yang ingin saya ungkapkan. Karangan itu dihasilkan dengan cepat, saya menulis dengan lancar. Mungkin kerana ia datang dari hati. Tetapi malangnya, ia datang dari hati yang beremosi. Tanpa berlengah lagi, saya pun menghantar balasan saya itu. Dalam hati saya terbit satu kepuasan yang tidak dapat nak digambarkan. Biar padan dengan muka dia. Tetapi tidak lama selepas itu, saya menerima kutukan balas. Adus, ini tidak boleh jadi. Maka jari jemari saya pun memainkan peranan kembali. Melakukan serangan balas, tetapi kali ini tiada reserve, all out. Saya melakukan serangan dari segala arah, dari kiri, dari kanan, dari depan dan dari belakang. “Heh, sekarang cuba nko balas lagi. Siap nko aku kerjakan” getus hati saya. Nyatanya memang dia membalas kembali, dan tanpa reserve, all out (saya fikir). Maka saya pun bersiap sedia untuk membalas kembali. Lalu, entah kenapa hati saya terlintas untuk melihat waktu. Nyatanya sudah hampir 3 jam masa berlalu sejak saya membalas kutukan tersebut. Terus saya delete kutukan kutukan saya. Dan terus tutup komputer. Dalam hati saya berkata, nasib baik aku tak hantar kutukan lagi, mau mau sampai esok tak habis. Lalu saya terfikir, apa manfaat yang saya peroleh. Erm, takde!. Kan dah membazir 3 jam. Jikalau saya ada Al Hilm ketika itu, kan saya dah menyelamatkan 3 jam saya.

Sama juga ketika ikhwah mula mula menjinakkan diri di dalam dunia pem’blog’an ini. Blog yang saya dan mereka kendalikan akhirnya terjebak di dalam kancah perdebatan berkaitan dengan jemaah. Saya alhamdulillah dengan sebaik mungkin cuba menjawab dengan cara yang terbaik yang tidak menyinggung mana mana pihak (tak tau hasilnya), tetapi malangnya terdapat segelintir ikhwah yang tidak senang duduk dengan perdebatan tersebut. Masing masing cuba untuk melihatkan kebenaran sendiri. Perdebatan yang atas dasar syok sendiri pasti akan melibatkan emosi dan itu nyata sekali akan memberi dampak yang negatif bagi ukhuwah islamiyyah. Setiap jawaban di jawab dengan pantas tanpa perlu membaca semula soalan. Dan jawaban itu tidak pernah di bacaulang untuk melihat jenis tulisan yang mereka tuliskan, adakah ia bersikap rasional atau lebih kepada emosional. Tulisan yang emosional biasanya akan membawa kepada perpanjangan debat yang menghiris jiwa yang membacanya. Manakala tulisan yang rasional akan memberi kepuasan bagi si penanya dan menutup peluang syaitan untuk mengobarkan api permusuhan. Jadi pesan saya buat ikhwan dan akhwat sekalian, jauhkanlah diri dari perdebatan, dan andai mahu juga memberi penjelasan, maka letakkanlah Al Hilm dalam dirimu. Insyaallah, tulisanmu akan menjadi tulisan yang bererti.

Idle time....

Lama x update blog, bukan apa. Saya dalam mode 'idle'. Berehat sebentar, lagi pun UTP tengah cuti semester. Cuti semester=cuti update blog :), lagipun aktiviti saya dah menggila. Takde masa rasanya nak menghadap computer. Sekarang nie alhamdulillah ada sedikit masa nak update. Ok lah, semoga Allah terus memberi saya keberkahan waktu supaya sempurna semua aktiviti yang dirancangkan sambil saya mampu meng'update' blog ini. Amiin.

Monday, December 04, 2006

If I had My Child to Raise Over Again

“If I had My Child to Raise Over Again”
By Diane Lemons
(From Chicken Soup for the Soul)

If I had my child to raise all over again :
I’d build self-esteem first, and the house later.
I’d finger-paint more, and point the finger less.
I would do less correcting and more connecting.
I’d take my eyes off my watch, and watch with my eyes.

I would care to know less and know to care more.
I’d take more hikes and fly more kites.
I’d stop playing serious and seriously play.
I would run through more fields & gaze at more stars.